Siapa sebenarnya penjenayah antara Ibrahim Libya dan pengikutnya atau pihak berkuasa yang membunuh orang tanpa rasa bersalah dengan memuntahkan peluru-peluru yang menusuk jantung dan kepala orang yang belum pasti bersalah dan mereka tidak ada senjata di Memali pada 19 november 1985?
Perkara ini diungkitkan kembali kerana pihak polis telah menukilkan dalam Muzium Polis bahawa Ibrahim Libya dan pengikutnya sebagai penjenayah.Mengungkitkan kembali peristiwa Memali dengan memahatkan kata-kata berunsur penjenayah ke atas mereka yang syahid itu samalah seperti mencurah petrol kedalam api yang sedang marak.
Malaysian Insider dalam laporannya mendedahkan seperti berikut;
Oleh Zukri Aksah
KUANTAN, Jan 1 — Pemimpin Pemuda PAS mendakwa maklumat di Muzium Polis Diraja Malaysia di ibu negara menggambarkan Ibrahim Libya dan pengikut yang terlibat dalam peristima Memali lebih dua dekad lalu sebagai "penjenayah".
Sehubungan itu Exco Dewan Pemuda PAS Pahang, Aris Fezul Ismail berkata kepimpinan PAS pusat perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk membetulkan maklumat tersebut yang dikhuatiri pihaknya akan memberi tafsiran yang jauh berbeza.
"Bagaimana Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya boleh disebut sebagai penjenayah sedangkan Mahkamah Tinggi Alor Star sudah memutuskan sebaliknya dan Tuanku Sultan Kedah juga sudah berkenan melawat perkuburan mereka.
"Ini menghina mahkamah dan menghina perkenan Tuanku Sultan,” kata Aris Fezul yang melawat muzium itu baru-baru ini.
Permintaan itu turut disebarkan menerusi blog tukul besi.
Maklumat tentang tragedi Memali di muzium tersebut antara lain menyatakan bahawa "pada 19 Nov 1985 satu pertempuran telah tercetus dalam misi khas menangkap ketua penjenayah iaitu Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya di Kampung Memali, Mukim Siang, Baling, Kedah.
"Mereka menggunakan kanak-kanak dan wanita sebagai benteng pertahanan diri setelah mengetahui kedatangan pihak polis.
"Dua buah kereta perisai terpaksa digunakan untuk merempuh masuk ke kawasan kediaman ketua mereka.
"Pihak polis terpaksa memisahkan wanita dan kanak-kanak daripada mereka sebelum serbuan dilakukan. Dengan laungan “ALLAHU AKHBAR” mereka menyerang pasukan polis dengan menggunakan senjata seperti lastik, panah beracun, ..."baca di sini seterusnya.
Mahkamah Tinggi Alor Star telah memutuskan bahawa 14 orang yang menjadi mangsa tersebut bukan penjenayah dan memerintahkan supaya kerajaan membayar pampasan kepada balu-balu mereka.Semasa kejadian yang menyayat hati itu berlaku Tun Mahathir adalah Perdana Menteri Malaysia dan Musa Hitam adalah orang yang bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.Kalau mahkamah dunia pun Umno tak boleh terima insyAllah mahkamah yang lebih besar dan Agung di Padang Mahsyar kelak akan menghukum kamu semua wahai umno dan pemimpin-pemimpin kamu yang membunuh Ulama dan orang yang belajar agama tanpa rasa salah dan berdosa. Kamu dan balaci-balaci kamu dan pak yet kamu akan dihitung oleh Allah walaupun sebesar biji sawi Allah tetap mengambil kira.
Sebab tu aku tak dapat terima Umno dan sekutunya bila timbul pemimpin Pas nak UG dengan UMNO! Kita jangan jadi pemimpin yang buloq atau yang tamak dengan janji manis Umno yang sentiasa memasang jerangkap samar untuk hancurkan Pas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan