Kata negara dalam keadaan kucar kacir, bom gereja ,bakar gereja, sabotaj surau dan kuil Sikh tapi pemimpin negara dah berlepas ke luar negara atas 'urusan yang tak dapat dielakkan'. Siapa yang akan buat keputusan negara kalau dah dua -duaPM Najib dan Muhyidin Yasin TPM ke luar negara? Adakah Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein yang berkuasa sekarang buat sebarang keputusan?
PM Najib sekarang berada di Arab Saudi dan Muhyidin Yasin pula pi bagi syarahan di London.Awat jadi lagu tu?Apakah bom gereja ,bakar gereja,baling batu dan simbah cat merah ke rumah ibadat bukan perkara besar bagi mereka berdua?
Kata Mahfuz Omar Naib Presiden Pas dalam harakahdaily;
“Wajarkah Perdana Menteri dan timbalannya meninggalkan negara, ketika negara diambang bahaya...(iaitu) isu kalimah (Allah) tak selesai-selesai dan beberapa gereja terus dibom sehingga masyarakat berasa seperti tak selamat,” jelasnya.
“Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tak ada dalam negara. Najib baru bertolak semalam (ke Arab Saudi) dan Muhyiddin sekarang berada di Landon...siapa yang perlu dipertanggungjawabkan kalau apa-apa tercetus di dalam negara? KDN?”
“Dalam keadaan tenang pun, mesti sekurang-kurangnya Perdana Menteri atau Timbalannya mesti tidak boleh meninggalkan negara, inikan pula pada waktu yang begitu kecoh.”-Baca di sini
Depa main wayang apa sampai dua-dua ke luar negara?Kita rakyat jadi keluh kesah takut berlaku rusuhan agama depa dua tak rasa apa-apa pun.Kebimbangan rakyat dilupakan urusan yang boleh ditangguhkan disegerakan.Ambik hang pa Satu Malaysia.
sapa ganti? takkan hisyamuddin kot
BalasPadam