Jumaat, 8 Januari 2010

SUA PKR Letak Jawatan

Lapor Malaysian Insider;

Datuk Salehuddin Hashim yang dilantik sebagai setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) April 2008 mengesahkan yang beliau melepaskan jawatan itu berkuat kuasa hari ini.

Ia sekali gus menamatkan spekulasi lebih empat bulan.

Salehuddin, 58, ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan yang beliau telah menghantar surat peletakan jawatan petang tadi.

“Ya, ya saya sudah berbincang dengan presiden, dan timbalan presiden dan kemudian menghantar surat letak jawatan.

“Saya hantar surat letak jawatan pada pukul 5 petang,” kata beliau.

Salehuddin berkata beliau memutuskan untuk meletakkan jawatan untuk meneruskan tugasan baru sebagai konsultan di luar negara, yang akan mengambil masa antara satu hingga dua tahun.

Ketika ditanya samada beliau meletakkan jawatan kerana masalah dalaman parti, Salehuddin berkata: “Tidak, tidak.”

Kata Salehuddin, beliau akan kekal sebagai ahli PKR.

“Saya seorang reformis. Saya akan kekal bersama PKR... cuma selepas enam tahun dalam jawatan setiausaha termasuk empat tahun sebagai setiausaha pengelola, kini masa untuk orang muda mengambil alih jawatan ini,” katanya.

Beliau dilantik April 2008 bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.-Malaysian Insider

Kata Salehuddin ialah nak bagi peluang kepada pemimpin muda ambil alih baguih sangat la kalau macam tu. Kalau ada sebab lain tu aku tak tau la.Pemimpin Pas yang dah tua dan uzur termasuk yang timbul masalah tak teringin ka nak mengundur diri bagi peluang orang muda jawatan yang mereka pegang?(Selain Jawatan Presiden dan Murshidul Am) Kalau bagi jawatan dalam parti peringkat pusat pula jangan dok kerja perosok satu negeri saja nanti nampak pula macam kenegerian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan