Sabtu, 16 Januari 2010

Perangai Pemimpin Umno Macam Kura-kura.

Kita dikejutkan lagi hari ini dengan kejadian Gereja diserang lagi kini di Seremban pula menjadikan 10 kes setakat ini. Semalam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri telah mengesahkan Kalimah Allah boleh digunakan di Sabah /Sarawak bagi orang Kristian tapi di Semenanjung saja yang tak boleh mereka guna .

Pemimpin Umno kadang-kadang cakap macam kura-kura punya perangai yang hidup dalam dua alam.Di darat pun hidup dalam air pun boleh hidup.Di sana boleh guna di sini tak boleh guna. Talam dua muka.Kita bercakap kena tegas kalau tak boleh di mana-mana pun tak boleh guna.Ini tidak hanya kepentingan politik sempit takut kalah di Sabah dan Sarawak dalam pilihanraya akan datang Umno cakap berputar-putar nak ambil hati pengundi di Sabah/Sarawak.

Ada yang bercakap biar isu Kalimah Allah ni serah pada Mahkamah tentukan tapi dalam masa yang sama pemimpin Umno pertahankan Kalimah Allah hanya untuk orang Islam, Ada yang minta suruh dibawa ke Mahkamah Syariah untuk diselesaikan yang mana satu boleh pakai kita pun pening. Inilah Umno parti yang hidup dua alam.

Lapor malaysian insider;

Gereja Grace Global Prayer di Rasah, dekat Seremban, diserang lewat petang tadi dengan tingkapnya didapati pecah, menjadikan kes yang ke-10 setakat ini — dipercayai berkait rapat dengan isu kontroversi penggunaan kalimah “Allah”.

Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat insiden tersebut.

Ia merupakan kejadian terakhir gereja di pelbagai lokasi di seluruh negara diserang dengan bom petrol dan perbuatan vandalisme sejak awal pagi Jumaat lalu.

Ketua Polis Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin memberitahu The Malaysian Insider bahawa satu objek telah dilemparkan dengan kuat ke arah tingkap gereja tersebut.

Pekerja-pekerja gereja menyedari kemusnahan kira-kira 7.30 malam tadi.

“Kami sedang menyiasat dan akan mempertingkatkan keselamatan di kawasan sekitar gereja,” katanya. Baca di sini

1 ulasan:

  1. x habis lagi ke cite tntang kalimah allah..haha...
    -syamil-

    BalasPadam