Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :
PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.
Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.
Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.
Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.
PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.
‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.
PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.
PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.-Di sini
Dalam isu Kalimah Allah ini nampak sangat Umno tidak ada kekuatan untuk berhujah dan keluarkan kenyataan yang berani samaada setuju atau pun tak setuju Kalimah Allah ini digunapakai oleh orang bukan Islam yang beragama Kristian. Walaupun ada perbezaan pendapat oleh pimpinan Pas dalam isu Kalimah Allah ini mereka berani berhujah secara ilmiah dengan berdasarkan Quran dan Hadis. Tak dinafikan ada pimpinan Pas secara peribadi menolak penggunaan Kalimah Allah digunapakai dalam akhbar The Herald kepunyaaan Kristian. Mereka bersetuju dan tidak setuju berdasarkan ilmu satu perkara yang tidak ada kepada pemimpin Umno kebanyakkannya dalam bidang agama.
Umno hanya pandai nyalakan api tapi tidak pandai nak memadamkannya.Umno hanya pandai pukul gendang tapi tidak tahu buka langkah untuk bersilat. Umno hanya mampu tengok pemimpin Pas buka langkah silat sesama sendiri yang mencalai rata gelanggang untuk pemati buah yang dibuka pemimpin Pas yang lain.Secara tak langsung Pas telah jadi juara dalam menjelaskan isu berkaitan agama supaya tidak timbul ketegangan antara kaum dan agama di Malaysia. Pas juga telah 'banyak menolong Umno' untuk jelaskan kepada rakyat Malaysia betapa Islam itu agama yang adil satu kerja yang tak mampu dilakukan Umno yang memang dangkal dalam Agama.Kalau bab 'batu api' Umno memang pandai.
Penjelasan PM Najib dan TPM Muhyidin bab agama langsung tidak uumph bahkan mereka jadi serba salah nak jawab setuju atau nak jawab tak setuju. Kalau Umno jawab tak setuju orang Kristian guna Kalimah Allah maknanya sudah tentu bertentangan dengan Satu Malaysia. Kalau jawab setuju Umno takut dicap anti Islam yang sememangnya sifat tu memang ada pada Umno.Pemimpin Umno jadi serba salah akibat daripada sistem sekular yang berakar umbi sejak sebelum medeka lagi dalam perundangan negara yang disambung hayatnya oleh Umno sendiri sehingga sekarang.
Mungkin kerana takut terperangkap akibat agenda politik sendiri Pemuda Umno Selangor batalkan hasrat untuk buat demontrasi setelah tersedar akan natijahnya yang akan memakan diri. Pemuda Umno Selangor baru sedar daripada tidur rupanya.Menteri Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom sajalah yang dok keriau minta penulis blog jangan main sentimen yang negatif dalam blog masing-masing.Pertama-tama Datuk Jamil kena suruh Tun Mahathir dulu jangan main sentimen negatif dalam blog beliau isu Kalimah Allah.Sudah tentu Tun yang menganggap 'pangkat cicit saja' Datuk Jamil itu yang agak baru dalam dunia politik takkan mendengar arahan tersebut.
Baca juga
Sudahlah kita buta, kita mahu orang lain juga buta-Bila sauh dibongkar
Dr Asri pertikai Dr Haron Din isu 'Allah'-malaysiakini
Idris:Pas Kecewa mahkamah benar Herald guna 'Allah'-Malaysian Insider
Mari Berhibur Dengan Umno-Penarik Beca
Tiada ulasan:
Catat Ulasan