Kata PM Najib isu bakar Gereja;
"Perbuatan seperti membakar tempat orang lain beribadah dalam agama yang lain adalah satu perbuatan yang sangat terkutuk...bukan sahaja di sisi undang-undang negara... segi agama Islampun kita dilarang oleh agama untuk melakukan perbuatan seperti ini.
"Dalam Surah Al An'am Ayat 108, Allah berfirman " Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan."
Ditanya tentang usaha kerajaan melakukan yang terbaik bagi mencari jalan penyelesaian kepada isu ini, sedangkan ada pula pihak yang masih melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan, Najib berkata pihak-pihak ini ada agenda politik.
"Ialah dia tuduh...ini orang kata spinning. Mereka cuba menuding jari kerana mereka ada agenda politik. Jadi saya mengutuk cara seperti ini sebab kita tak boleh mempolitikkan insiden atau perkara-perkara seperti ini.-Bernama
Kata Presiden Pas;
"Ini bercanggah dengan ajaran agama Islam yang melarang umatnya mengganggu rumah ibadat agama lain seperti gereja semasa perang ataupun aman. Islam tidak mengajar begini (menyerang gereja) saya tidak tahu orang yang buat perkara seperti ini sembahyang atau tidak," katanya yang melawat gereja pada masa yang berasingan. -Bernama
Kata Murshidul Am Pas;
"Tiap-tiap orang nak bakar gereja kena reti (tahu) gereja ini harta kawan kita orang Kristian, bila kita bakar kita lukakan hati dia, berdosa kita di akhirat kelak.
"Sama juga arak kepala lembu, melukakan hati orang India (Hindu), ini berdosa. Tapi perasaan dosa pahala tidak ada dalam orang Melayu sekarang kerana telah dibuang oleh Umno, ini kita dukacita," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan. -Harakahdaily baca di sini
Kata Tun Mahathir Mantan PM;
"Satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu ini (membakar gereja) adalah untuk bertenang, tetapi bagaimana anda boleh beri jaminan bahawa mereka yang kurang berpendidikan akan turut akur dan bertenang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Keluarga Proton 2010 yang diadakan sempena ulang tahun ke-25 Proton di sini Sabtu.
"Di negara ini, isu sensitif tertentu perlu diselesaikan secara tertutup tetapi apabila ada peristiwa umum dengan mahkamah membuat keputusan, maka sesetengah pihak mungkin berasa gembira dan ada juga yang tidak gembira... saya berasa tidak gembira," katanya merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Dis yang membenarkan Gereja Roman Katolik di Malaysia menggunakan kalimah "Allah" dalam penerbitan mingguannya, Herald. Baca di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan