Isnin, 31 Oktober 2011

Najib-Rosmah dah pi Haji

Kita dikenyangkan dengan laporan audit negara 2010 yang begitu menakutkan bagaimana wang rakyat dibelanjakan secara rakus untuk kenyangkan perut kroni Umno-BN.Ada yang kata , "Alah kalau PR perintah pun sama ..hang pa ingat puak PR pun tak songlap duit."Inilah mentaliti kelas ketiga untuk halalkan apa yang kerajaan BN buat.Cakap ikut lubang bawah apa boleh buat!

Kabar angin bertiup kencang apabila Najib pulang dari tunaikan fadrhu Haji beliau akan umumkan bubar parlimen untuk buat pru 13.Betoi atau tidak kita sama-sama tengok nanti.Orang Cina kata kat saya,"Buatlah pru tahun ni kalau berani.Laporan audit negara baru saja diumumkan semua berlaku penyelewengan.Itu yang kita diberitahu yang tak dilaporkan oleh Ketua Audit Negara tah berapa banyak yang songlap duit rakyat."

PM Najib tulis kat FB beliau " Saya akan berangkat untuk tunaikan fardhu Haji sebentar lagi.Terimakasih di atas doa anda semua".

Orang nak pi buat Haji semua pakat minta maaf , halal makan minum, kalau ada hutang tolong bayar dahulu bukan hanya takat suruh orang doa bagi selamat pi selamat balik saja:-)

Bagaimana dengan hutang tak bayar royalti minyak untuk Kelantan yang tak dibayar kerajaan pusat.Sapa mau tanggung?

Berapa ramai JKK Umno di bawa ke Mekah untuk doa depan Kaabah bagi BN menang? Ha Ha ini hanya kabar angin hingga ada yang dakwa ramai tak dapat pi Haji tahun ni sebab kuota pi haji dah diberi kepada orang Umno untuk berdoa depan Kaabah menang pru 13.


Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 bercanggah dengan perlembagaan

 Empat menag kes cabar AUKU dan UKM , mahkamah putus canggah perlembagaan

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti yang melarang penuntut universiti menyertai politik bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan — keputusan yang dilihat bersejarah dalam undang-undang melibatkan pentadbiran dan pengurusan institusi pengajian tinggi negara ini.
Mahkamah membuat keputusan 2-1 dalam permohonan yang dibawa oleh empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencabar peruntukan 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Permohonan itu dikemukakan awal tahun lalu selepas mereka dikenakan tindakan oleh UKM kerana berada di Hulu Selangor ketika pilihan raya kecil kerusi itu April 2010.
Keempat-empat pelajar itu sudah pun menawatkan pengajian mereka dan menerima ijazah pada majlis konvensyen September lalu.
Keputusan 2-1 itu dikurniakan oleh Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert memihak kepada plaintif — kini bertaraf bekas penuntut UKM. Kes rayuan itu turut didengar oleh Datuk Wira Low Hop Bing.
Keempat-empat mereka turut telah dihadapkan di mahkamah UKM kerana disyaki terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor tetapi telah bebas tuduhan awal Ogos 2010.
Mereka berempat, ketika itu pelajar jurusan sains politik, ditahan oleh polis di Pekan Rasa dan Ampang Pecah, Hulu Selangor pada 22 April 2010.
Mereka terdiri daripada Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adzha sebelum ini mendakwa tindakan tatatertib yang dikenakan oleh UKM bagi kesalahan mengikut Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti, adalah tidak berasas dan tidak sah di sisi undang-undang.
Justeru mereka mencabar seksyen itu yang didakwa bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
Keempat-empat mereka diwakili oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar, Ashok Kandiah dan Hariss Ibrahim.
Sementara itu, pihak defendan terdiri daripada kerajaan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan UKM diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Woon berkata Mahkamah Rayuan membuat keputusan 2-1 yang memihak kepada permohonan difailkan mereka tahun lalu dan memutuskan tindakan melarang pelajar menyertai politik bercanggah dengan Artikel 10 Perlembagaan.
“Ini satu keputusan yang bersejarah, keputusan tanda aras dalam sejarah... ia melibatkan perjuangan pelajar dan kepentingan publik,” kata beliau sambil menambah pihaknya memutuskan untuk tidak menerima ganjaran kos yang diputuskan oleh mahkamah hari ini.
“Mahkamah ada meminta kami jumlah kos yang ingin dituntut. Tetapi kami memutuskan untuk tidak mengambil ganjaran kos ini sebab kes ini melibatkan kepentingan orang ramai, kami tidak mahu ganjaran. Kami hanya mahu kepentingan orang ramai khususnya pelajar dipelihara,” kata Woon lagi.
Dalam pada itu, Hilman berkata keputusan hakim adalah sejarah kerana kali pertama perjuangan mahasiswa diiktiraf oleh mahkamah.
“Hakim mengulas bahawa generasi muda harus diberi peluang membuat pilihan dan keputusan sendiri dan ini adalah keyakinan saya sekian lama kerana generasi muda harus belajar membuat pilihan dan keputusan sendiri sebelum membuat keputusan untuk negara dan bangsa sebagai pimpinan negara pada masa depan,” katanya.-Themalaysianinsider

Chua Soi Lek hina Islam di mana Himpun?

Umno 'beri lesen' MCA hina Islam?-Harakahdaily


PAS mempersoal adakah benar kononya Umno mahu memperjuangkan Islam sedangkan parti itu hanya diam membisu ketika MCA sedang berpesta menghina Islam.

AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, kenyataan menghina Islam terbaru dari Presiden MCA, kononnya hukum Islam menjejaskan ekonomi dan membawa kemunduran, seperti "direstui" Umno dan NGO yang pro mereka.

"Di mana suara Umno ketika MCA biadab dengan Islam? Di manakah NGO Pro-Umno ketika pemimpin MCA menghina Islam degan penuh emosi? Kenapa mereka menikus?

"Apakah MCA berani menghina Islam kerana diberi lesen oleh Umno? Kenapa Umno tidak memberi amaran kepada MCA?," soalnya bertubi-tubi melalui satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau mengulas kenyataan terbaru Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mendakwa jika hukum Islam dilaksanakan, ekonomi negara akan terjejas dan akan membawa kemunduran kepada negara.

Menurutnya, adalah tidak mustahil tindakan 'tutup mulut' oleh Umno itu kerana ada kepentingan politik tertentu disebaliknya walaupun sanggup melihat sahaja Islam dihina.

"Apakah kerana takut kehilangan pengaruh dan meraih undi, maka Umno membisu, asalkan matlamat politik mereka tercapai walaupun Islam dihina.

"Cuba bayangkan jika kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin DAP atau pemimpin PKR, maka sudah tentu akan diadakan demontrasi di KOMTAR Pulau Pinang oleh tukang juak-juak mereka," ujar bekas ketua penerangan PAS itu lagi.

Kenyataan menghina Islam oleh presiden parti komponen BN itu menurut Idris, bukan pertama kali malah ketika pilihanraya kecil Tenang beliau menghina Islam apabila menghina calon PAS, Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan lelaki.

Beliau turut mempersoal dimanakah suara NGO Umno yang berkobar-kobar untuk mempertahankan Islam ketika program HIMPUN di Shah Alam 22 Oktober lalu.

Katanya, amat malang jika kita marah kepada orang lain menghina Islam tetapi pada masa yang sama 'memberi lesen' pula kepada MCA berbuat demikian.

"Setakat hari ini kita belum dengar lagi suara Perkasa, YB Zulkifli Nordin, Dr Rhidwan Tee, Tan Sri Ibrahim Abu Shah dan kuncu-kuncu mereka.

"Amat malang kepada kita jika kita ada orang yang mempunyai otak asabiah yang membuta tuli seperti ini.

"Kita akan dengar lagi selepas ini kenyataan yang lebih dahsyat kepada Islam, jika pemimpin MCA melihat sokongan orang bukan Islam masih tidak lari daripada menyokong Pakatan Rakyat menjelang PRU 13," katanya.-Harakahdaily

Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang mengadakan himpunan katanya untuk selamatkan akidah umat Islam takkan senyap saja bila Chua Soi Lek pelakon filem porno hina Islam.NGO Islam yang sokong Himpun termasuk Perkasa takkan hanya tengok dan lihat kelaku jahat Chua Soi Lek yang semakin biadap terhadap Islam.Jangan hanya mainkan isu terpilih bela Islam tapi bila kroni Umno hina Islam senyap tak kata apa.Saya tunggu Hasan Ali buat himpunan di stadium Shah Alam kutuk dan kecam Soi Lek.Beliau exco agama di Selangor boleh booking stadium bila-bila masa.

Berkaitan;
Pas kecam Soi Lek cetus polemik agama-Harakahdaily

Ahad, 30 Oktober 2011

Demo anti Najib -BN di Australia sempena CHOGM


Rakyat Malaysia di Australia tunggu PM Najib semasa persidangan negara -negara Komanwel dengan tunjuk perasaan mahukan pilihanraya dibersihkan dengan tunaikan 8 tuntutan Bersih 2.0.(klik gambar untuk besarkan).Berita baik ini tak keluar-keluar dalam media Umno tapi dalam dilaporkan mysinchew.com dan media antarabangsa.

Rakyat Malaysia di Australia disertai oleh rakyat negara lain seperti Republic of Congo, Sri Lanka , Zimbabwe, Afghanistan untuk tuntut pembaharuan dalam pentadbiran dan politik negara masing-masing.Antara banner yang ditunjukkan kepada Najib oleh rakyat Malaysia dan rakyat negara lain kepada negara masing-masing ialah;

Some of the banners at the protest read:
"We are all slaves to the dollars"
"We are many, they are few"
"Stop deaths in custody"
"Equal marriage rights"
"Renewable energy now'
"CHOGM welcomes war criminals"
"Malaysia says yes to democratic elections"
"Don't sit down with murderers, kick out Sri Lanka"
"We need peace in Congo"
 Baca di sini


Sabtu, 29 Oktober 2011

Selepas bakar pintu pagar rumah Mat Sabu kini hantar peluru nak bunuh Aziz Bari

Profesor Aziz Bari terima peluru nota ugutan bunuh-M'insider

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari yang sedang disiasat oleh tiga pihak berhubung kenyataannya tentang titah Sultan Selangor menerima peluru dengan ugutan bunuh hari ini. Aziz menerima sebutir peluru yang dihantar menerusi sampul surat ke rumahnya di Bandar Baru Selayang dekat sini kira-kira 11.45 pagi tadi.
“Saya menerima sampil surat dengan sebutir peluru, dengan nota berkata ‘jangan kurang ajar dengan Sultan, maut nanti’,” kata Aziz kepada The Malaysian Insider.
Aziz berkata beliau akan berhubung dengan peguamnya untuk tindakan susulan termasuk membuat laporan polis.
“Saya ada majlis di Ipoh, saya akan membuat laporan polis nanti... anda boleh menghubungi peguam saya untuk maklumat lanjut,” kata beliau yang disiasat oleh pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya tentangt titah Sultan Selangor awal bulan ini.-M'insider.

Pada bulan September lalu ada pihak tertentu cuba membakar rumah Mat Sabu Timbalan Presiden Pas di seksyen 19 , Shah Alam.Nasib baik kebakaran rumah Mat Sabu itu hanya sempat membakar pintu pagar rumah saja kerana jira-jiran Mat Sabu yang melihat kejadian tersebut pakat memadamkan api yang dipercayai dilontar dengan bom petrol.


Kini profesor Aziz Bari pulak dapat ancaman bunuh.Bercakap dan kritik raja berdasarkan perlembagaan Malaysia pun nak kena bunuh?Habis apa yang boleh cakap mengenai Raja?Banyak lagi mulut yang celupar kepada raja termasuk Umno sendri yang gelar raja dengan Natang (binatang) di Terengganu tapi tak dapat peluru dapat jadi wakil rakyat ada la.

Bagaimana yang hina dan celupar terhadap hukum Islam kata hukum Islam tak adil, zalim tak mau hantar peluru ka?

 Baca di sini.

Biarkan Hasan Ali terjun dengan labu-labunya

Hasan Ali:Saya tidak kisah jika hilang sokongan Pas-M'insider

Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali tidak pernah risau mengenai masalah kehilangan sokongan dalam PAS ekoran beberapa tindakannya yang dikatakan berlawanan dengan parti hingga menyebabkan beliau dikritik pimpinan dan rakan seperjuangan yang lain. Tindakan yang dimaksudkan termasuk kehadiran dan penglibatannya dalam Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu lalu bagi membincangkan isu gejala pemurtadan.
Hasan (gambar), bekas Pesuruhjaya PAS Selangor berkata apa yang paling penting baginya adalah segala tindak tanduknya itu dilakukan dengan kesedaran dan rasa penuh tanggungjawab menunaikan amanah Allah.
“Itu yang lebih penting bagi saya, bukannya pangkat, populariti dan kekayaan.
“Bukan saya tak sayang parti tetapi di tahap tertentu dalam perjuangan, parti pun perlu letak ke tepi demi melaksanakan tanggungjawab kepada
Allah s.w.t,” kata Hasan yang memegang portfolio agama dipetik Sinar Harian hari ini.
Mengenai Himpun, tegas Hasan, beliau hadir kerana menganggap perhimpunan seperti itu sangat mustahak dan selari dengan perjuangannya menegakkan akidah.
“Ini semata-mata mengenai akidah, tiada kena mengena dengan sebarang parti politik,” katanya.
Hasan berkata, seruan untuk beliau menyelamatkan akidah umat Islam adalah daripada perintah Allah manakala arahan yang melarangnya menghadiri perhimpunan itu daripada sesama manusia.
“Oleh itu, saya memilih untuk patuhi titah Allah. Ingin saya tegaskan di sini perjuangan dalam politik ada hadnya. Kecaman yang saya terima daripada manusia langsung tiada kesan. Apa yang lebih saya takutkan adalah kecaman Allah, bayangkan jika tuhan mengecam kita,” katanya.
Selain itu, beliau turut menegaskan prinsip perjuangannya yang melihat politik hanya platform untuk menyampaikan pesanan agama kepada seberapa ramai umat Islam walaupun menyedari perjuangan itu akan sentiasa mendepani halangan.
“Saya tinggalkan kehidupan dahulu kerana mahu menyebarkan mesej Islam. Saya tidak menyesal menceburi bidang politik, malah lebih menyesal jika mesej tidak sampai kepada umum,” katanya.-M'insider

Wow! sekarang dah tak kisah .Boleh cakap apa saja.Ini Hasan sedar Pas tak akan mengapa-apakan beliau dalam keadaan sekarang kerana tarikh pru dah semakin dekat.Hasan boleh pukul gendang , tabuh dan gong kerana dalam keadaan sekarang jika Hasan diambil tindakan disiplin pada tanggapan Pas boleh jejaskan Pas dalam pilihanraya.Jadi dibiarkan Hasan bercakap sampai letih akhirnya akan jadi macam gasing jatuh sendiri!

Hasan Ali ibarat Zul Nordin semasa berada dalam PKR .Tunggu Pas pecat beliau maka akan berlari-larilah Hasan Ali bersama Zul Noordin dalam satu pentas.Malah jangan terkejut jika Hasan Ali dan Zul Noordin berceramah dalam satu pentas masa akan datang.Ini politk macam -macam boleh jadi.Hang Pa ingat orang politik cakap semua betoi ka?Ha Ha..

Yaa tak sayang parti pun tak pa sebab dah boleh jadi exco, boleh jadi wakil rakyat hidup dah senang.Tu semua sebab rakyat yang benci Umnp-BN pangkah Hasan Ali bukan sayang Hasan Ali.

Jangan terkejut selepas ini ada dua tiga lagi mambang tanah , mambang  angin  dalam Pas akan menyeberang jambatan duduk atas pagar tepi rumah Umno apabila mereka tidak dipilih sebagai calon dalam pru akan datang oleh Pas.Mereka akan jadi aktor popular tanah air kalahkan Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.Muka mereka akan jadi berita utama dalam media Umno-BN kutuk Pas dan PR  bila tarikh bubar parlimen diumumkan Najib bila pulang daripada tunaikan haji di Mekah.

Kalau Si Luncai nak terjun dengan buah labunya cuma saya nak kata biarkan...biarkan...Ada pun tak menambah pi pun tak berkurang.

Kalau nak cakap bohong berlapikkan agama sudah banyak kita lihat.Malah yang sanggup bersumpah laknat dengan nama Allah SWT pun ada nak bagi orang percaya!

Semua datang tuntut macam mana nak tidur lena mati aman

Steve Shaariibu bapa Altantuya yang mati dibom hingga berkecai kini minta percepatkan kes perbicaraan saman beliau terhadap kerajaan Malaysia dan pihak-pihak yang bertanggungjawab atas kematian anak beliau di Malaysia.Kes saman itu difailkan di mahkamah pada  Jun 2007.Altantuya mati dibunuh pada tahun 2006.

 Malaysiakini melaporkan bapa Altantuya merayu kepada Mahkamah Tinggi agar mempercepatkan perbicaraan saman sivil berjumlah RM100 juta tersebut.
Dalam sepucuk surat yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh peguam Mukhsaruul Mijiddorj, Shaariibuu berkata beliau telah membayar sejumlah besar wang kepada mahkamah Malaysia pada tahun lalu.
Wang, berjumlah RM60,000 itu sebagai bon keselamatan, dibayar oleh kerajaan Mongolia bagi pihak Shariibuu.

Anak dah mati ingat boleh selesai kes kini bapa pulak datang tuntut .Siapa makan cabai sudah tentu rasa pedas.Siapa yang suruh bunuh Altantuya hidup tak boleh senang.Famili dok cari sampai lubang kubur.

Teoh Beng Hock juga dah mati  disiasat sampai jatuh bangunan tapi famili masih mahu keadilan.Macam mana nak mati aman?Macam mana nak hidup senang?Silap-silap mati berdiri!Duit banyak pun tak guna, cincin RM24 juta pun tak guna.Bega tangan banyak pun tak guna hidup dilanda bayangan hantu!

Lapor Malaysiakini Keluarga mendiang Teoh Beng Hock hari ini membuat laporan polis untuk mendesak supaya siasatan dijalankan ke atas individu yang dibabitkan dalam siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) ke atas kematian pembantu politik itu.

Peguam, Gobind Singh Deo berkata, keluarga Teoh mengambil langkah berkenaan susulan daripada kenyataan menteri undang-undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di parlimen, Isnin lalu.

Nazri dalam ucapannya di Dewan Rakyat berkata tiada siasatan jenayah dijalankan kerana tiada laporan polis dibuat ke atas tiga orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibabitkan dalam siasatan RCI itu.

Keluarga arwah Ahmad Sarbaini juga mahu tuntut keadilan atas kematian  Ahmad Sarbaini yang juga mati jatuh bangunan ketika disiasat  oleh pegawai SPRM.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Selepas Ananda Krishnan kini Kenneth Eswaran pulak dapat stesen tv

Kenneth Eswaran 'nadi' stesen tv kabel terbaru , dijangka operasi awal  2012-M'inisder

Ahli perniagaan Datuk K.K. Eswaran, yang rapat dengan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, merupakan individu di sebalik usaha terbaru perkhidmatan televisyen kabel kendalian Nilamas Corporation Sdn Bhd, yang dijangka memulakan operasi pada separuh pertama tahun depan, demikian menurut sumber-sumber industri. The Malaysian Insider difahamkan bahawa syarikat itu, yang dijangka membelanjakan RM2 bilion akan mencabar Astro, penyedia perkhidmatan televisyen satelit, untuk mendapatkan bahagiannya dalam pasaran tempatan.
Syarikat itu akan dikenali sebagai Asian Broadcasting Network Sdn Bhd dan jenama baru ini bakal dilancarkan bulan depan.
“Datuk Kenneth Eswaran  merupakan orang di belakang usaha ini dan hubungan beliau dengan keluarga pertama telah membolehkannya memperoleh kelulusan awal lesen yang diperlukan,” kata sumber industri kepada The Malaysian Insider.
Mereka yang rapat dengan usaha ini mengesahkan kepentingan Eswaran dengan menekankan Nilamas berkongsi dua pengarah yang rapat syarikat utama dengan ahli perniagaan ini, Pinehill Pacific Berhad. Dua individu itu ialah bekas pegawai kanan perkhidmatan awam Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim dan Datuk Nik Mohd Amin Nik Abu Bakar.
“Eswaran ada hubungan politik. (Jadi) tidak menghairankan beliau mendapat kelulusan (lesen) dengan segera, dan kini beliau kena melancarkannya,” kata satu lagi sumber industri yang turut berkongsi bahawa pelancaran nama jenama baru akan disempurnakan bulan depan.-M'insider

Pas dah lama minta stesen tv dan radio sendiri tapi tak dapat-dapat.Yang dapat orang India yang kaya raya yang rapat dengan Najib-Rosmah.Dulu Ananda Krishnan jutawan sahabat Tun Madey dapat stesen TV Astro kini sahabat Najib , Eswaran pulak dapat stesen TV zaman Najib.

Peninju Israel masuk Malaysia, apa kata Ngo pro Palestine dan Perkasa?


Baca;Israeli kickboxer a hit in pro Palestine Malaysia-M'insider

Boxer Ilya Grad has made history as the first Israeli to enter Malaysia, wave his country’s flag and leave in one piece, according to a news report from the Middle East nation. Malaysia has no diplomatic ties with Israel due to the majority Muslim government’s pro-Palestinian stand in the long-running Middle East dispute.
Israeli news site Ynetnews.com reported yesterday Grad, 24, as starring in a sports reality TV show recorded in Malaysia, “a country which legally bans the entry of Israelis”.
It added he was detained for 25 hours during entry until Malaysia’s youth and sports minister intervened and handed him a special visa, but noted immigration refused to stamp Grad’s Israeli passport.

Ynetnews reported local audience booed and loudly roared their disapproval when Grad (picture) entered the ring. “When I wanted to start the first fight, the producers demanded that I carry a flag of Russia, the country I was born in. It was absurd, and I explained to them that if I was forced to do that I would fly back home immediately,” Grad was quoted as saying on Ynetnews.
Grad was last year’s Asian muaythai champion and the second runner-up in the world championship.
“They eventually gave in and waved our flag on prime-time TV,” said the Israeli nicknamed “Achilles” for his classical good looks and love of Greek mythology.
But Grad recounted that his experience in Malaysia was not all bitter.
“I was comforted when I left the ring and was approached by many Malaysians who apologised for booing and said that I was the real winner,” he was reported saying.
In a separate piece penned for a muaythai sports blog, Grad said he made some good local friends, including with the Malaysian champion, Mohd Faizal Ramli.
“With the support of Malaysian ministers, we made an exceptional achievement to let an Isreali athlete fight in Malaysia holding the Israeli flag. It takes us one step forward to live in peace as a species and proves Malaysia to be a civilised and modern society,” he wrote in the Muay Thai Authority.
The “Muay Thai Challenger” brings 16 of the world’s best kickboxers in the same house to eat, sleep and train together, and in the evenings they fight in a ring in front of the cameras.
The show is currently airing all over Asia on Sony-owned AXN, which Ynetnews mistakenly referred to as a Malaysian station.
Grad has been based in Thailand for the past four years.
This is not the first time Malaysia has approved the entry of Israeli athletes.
Midfielder Yossi Benayoun of English football giants Chelsea was allowed in for a local friendly in July this year at the Bukit Jalil Stadium.
But the Football Association of Malaysia was forced to apologise for the rude reception by an 80,000-strong crowd who jeered at the Israeli player.-M'inisder

Pada tahun 1997 ada demontrasi anti pasukan kriket Israel yang datang ke Malaysia di hadapan masjid Ar Rahman pintu masuk Universiti Malaya.Itulah pertama kali saya pergi demontrasi.Kena kejar dengan FRU.FRU pulak masuk dalam masjid tanpa buka kasut untuk tangkap para demontran.

Kini dah berekor-ekor rakyat Israel negara pembunuh umat Islam Palestine bebas masuk Malaysia walaupun Malaysia tak ada hubungan diplomatikdengan Israel.Ramai dah tak rasa lagi nak benci Israel.Ini semua mungkin kerana APCO talibarut Yahudi dah jadi penasihat kerajaan BN.Apa kata NGO pro Palestine dan Perkasa ?Takkan senyap ja!

Dalam paspot antarabangsa Malaysia tertera 'kecuali Israel' yang dilarang dilawati rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia ada yang ditahan daripada masuk ke Sabah dan Sarawak hanya kerana perbezaan ideologi politik tapi rakyat Israel bebas masuk Malaysia tanpa sekatan.

Ketua Penerangan Keadilan Selangor kata agensi bawah Noh Omar zalimi peniaga

Diemail kedalam blog ini tanpa edit;
KENYATAAN AKHBAR
PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SELANGOR
                                        27hb Oktober 2011

KEADILAN Selangor merujuk kepada kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato Seri Noh Omar dalam maksud 'ketirisan' dan 'hutang' yang disiarkan akhbar hari ini. Jelas ia adalah satu respon mentaliti rendah dari seorang yang bergelar Menteri. Tiris dari segi maksud sudah tentulah berlaku kebocoran, tak kira kecil atau besar jumlahnya. Apakah bukan satu 'ketirisan' dalam pentadbiran Noh Omar apabila dengan nyata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyegerakan untuk melaksana sebanyak 135 projek kepada 1,746 sub projek (rujuk m/s 20 Laporan Ketua Audit Negara) tetapi ‘berhutang’ pemberian insentif kepada petani kecil dan miskin? Kementerian ini menerima peruntukan sebanyak RM2.894 billion tetapi perbelanjaan pula adalah sebanyak RM2.906 billion. Maka terlebih 'tiris' oleh kementerian sebanyak RM11.94 juta. (Sumber: m/s 14 laporan Ketua Audit Negara) Kalaupun saya dituduh tidak mengetahui makna tiris dan hutang oleh Menteri terlibat, yang pasti saya mengetahui sedalamnya derita beban yang ditanggung oleh petani kecil disebabkan kelemahan pentadbiran Noh Omar yang lebih mementingkan pelaksanaan projek-projek yang sudah tentu menguntungkan kroni tetapi daleh dengan seribu satu alasan apabila melibatkan petani kecil.

Adakah ini halatuju baru kementerian yang cuba digarap oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani? Projek dahulu, Petani kemudian?

Sewajibnya insentif kepada petani ini ‘didahulukan’ berbanding pelaksanaan projek terpilih yang mana boleh dikaji keutamaannya. Unjuran oleh kementerian juga telah berbeza besar yang bermaksud kementerian sendiri gagal memberikan resional bajet pemberian insentif. Insentif kepada petani yang susah, kepada orang miskin boleh berhutang, boleh di tangguh, boleh di kurang tetapi projek kepada kroni jika perlu boleh pula di pohon bajet tambahan tanpa perlu menunggu bajet baru. Rang Undang Undang yang di tarik sebelah pagi, boleh pula diselitkan sebelah petang oleh rakan Menteri Noh Omar kerana di sana ada banyak peluang 'ketirisan' untuk terus merompak harta orang kampung. Inikah visi baru kerajaan BN dan kementerian Noh Omar? Jawaplah kepada Ketua Audit Negara dan rakyat, bukan kepada saya atau kepada KEADILAN Selangor!

KEADILAN Selangor kembali bertanyakan soalan pokok kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkaitan penggantungan tapak perniagaan di pasar tani Shah Alam baru baru ini. Jawapan balas beliau berhubung persoalan ini langsung tidak di sentuh, bahkan menyimpang jauh dari topik isu. Kenapa tidak mahu menjawap persoalan sebenar? Gentarkah dengan bukti nyata yang ada di tangan KEADILAN Selangor?

Soalan yang dikemukakan amat mudah; kenapa zalim sangat memberhentikan perniagaan ibu tunggal yang lemah dan mempunyai tanggungan tiga anak ini? Sebagai seorang Menteri yang berkuasa penuh pada agensi di bawah kementerian, seharusnya jawapan Menteri adalah jujur, ikhlas dan membantu menyelesaikan sengsara yang terpikul di bahu pengadu. Apa yang cuba dipesongkan oleh Noh Omar tidak lebih sebagai alasan untuk lari dari tanggungjawap menjawap persoalan pokok!

Saya tidak teruja dan tidak ‘terbakar dengan api provokasi‘ Noh Omar agar saya belajar semula kerana itu tidak membantu peniaga ini mendapat semula hak niaganya. Saranan itu tidak langsung mempercepatkan peniaga ini mencari rezeki semula bagi menyara dirinya sekeluarga.

Saya dengan rendah dirinya menyatakan tidak keberatan untuk berlajar lagi kerana menuntut ilmu adalah wajib, bahkan belajar sehingga sampai ke liang lahad adalah disarankan dalam agama dengan mencadangkan agar Noh Omar juga kembali ke sekolah semula bagi belajar cara cara menjawap soalan. Soalan saya mudah, kenapa begitu kejam tindakan pada seorang ibu tunggal yang kebetulan tidak dapat hadir menyambut Menteri hingga perlu di tabur pasir ke periuk nasinya? Kenapa lakukan kezaliman ini? Apakah ibu tunggal ini orang kaya seperti Khir Toyo? Dan jika amat kaya seperti ADUN Sementa sekalipun, perlukah di sekat rezekinya hanya semata mata tidak dapat hadir program Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani? Jawap soalan ini Dato Seri!

KEADILAN Selangor ingin tegaskan, surat hitam putih dan tindakan ‘ala penguatkuasa Tunisia’ ini benar benar berlaku di bawah seorang Menteri bernama Noh Omar!

Cabaran KEADILAN Selangor kepada Noh Omar adalah, jika benar Menteri mendahulukan rakyat, beri semula tempat niaga pada ibu tunggal ini dalam tempoh 7 hari. Jika Menteri gagal selesaikan aduan peniaga ini dengan menarik balik penggantungan yang di buat maka adalah jelas, Noh Omar 'kepala mahazalim' yang mewakili UMNO BN adalah kelompok orang sombong, kejam dan tidak berhati perut pada rakyat. Rakyat seluruh negara wajar menolak kepimpinan mereka yang tidak berperikemanusiaan seperti ini.

Untuk kesekian kalinya, KEADILAN Selangor ingin sebutkan peniaga ini di gantung atas alasan tidak hadir program perjumpaan bersama Noh Omar pada 19 september 2011 yang lalu. Apakah wajar anak anak peniaga ini di biar menjadi mangsa kelaparan kerana tiada wang untuk berbelanja atas ketidakhadiran ibunya berbaris menyambut Noh Omar? Kesalahan ini pun belum tentu dapat dibuktikan tetapi hukuman telah dijalankan. Undang undang dan peraturan manakah yang agensi di bawah kawalan kementerian guna pakai? Kita bukan di negara Afrika atau Timur Tengah yang perlu zalim pada rakyat sendiri seperti ini. Atau apakah ilmu zionis ajaran APCO sudah meresap masuk dalam agensi kementerian hingga tindakan melampau ini di buat? KEADILAN Selangor mencabar Noh Omar menjawap dengan tepat isu ini dan memohon maaf kepada semua peniaga terlibat. Usah berdolak dalik lagi dengan mengalih perhatian pada perkara lain.

Sekali lagi KEADILAN Selangor tegaskan, Noh Omar MESTI memastikan agensi di bawah kementeriannya yang bernama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau FAMA memansuhkan penggantungan kepada peniaga pasar tani pada 16, 23, 30 Oktober dan 6 November 2011 dengan segera. Peniaga ini memerlukan tapak niaganya semula kerana itu sahaja punca pendapatannya. Kemana dia harus pergi jika tapak niaganya di gantung? Apakah Noh Omar mahu membiayai semua keperluan peniaga ini dan keluarganya? Noh Omar adalah orang yang bertanggungjawap jika berlaku sesuatu pada keluarga ini kerana surat penggantungan ini pasti di buat atas restu Menterinya.

KEADILAN Selangor menyeru rakyat seluruh negara melihat tingkah laku Timbalan Pengerusi UMNO dan Barisan Nasional Selangor yang bongkak dalam menunjukkan kekuasaannya. Inikah sikap seorang pemimpin yang kononnya bakal menjadi Menteri Besar Selangor?

Mari kita doakan bersama agar negeri ini tidak mempunyai seorangpun pemimpin yang bersikap sedemikian tidak kira dari Barisan Nasional mahu pun Pakatan Rakyat. Semoga kes ini membuka mata rakyat agar tidak sewenang wenangnya memberi kuasa kepada 'Singa yang menjadi pengawal kambing'. Lagak mereka tidak ubah seperti samseng jalanan. Jika mereka di beri kuasa lagi pasti habis semua peniaga di gantung jika tidak mengikut kemahuan mereka. Apakah ini yang rakyat mahu? Jawapannya TIDAK pada UMNO BN! Ayuh, selamatkan Malaysia!

Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor /
Ahli Majlis Pimpinan Pusat /
ADUN Sri Muda

No 6, Tingkat 2,
Jln Anggerik Vanilla R31/R,
Kota Kemuning,
40460 Shah Alam
Tel: 51220050

Khamis, 27 Oktober 2011

Laporan audit negara 2010:'Kalau meleleh tak pa lagi boleh lap'

Lagi terkini laporan audit negara 2010;

Johor belanja RM1.78 juta bagi e-NCR yang belum boleh dilayari-Malaysiakini

Kerajaan Johor membelanjakan jutaan ringgit bagi menubuhkan e-portal untuk menyemak status nikah, cerai dan rujuk individu Islam, di negeri itu tetapi portal berkenaan tidak pernah menjadi kenyataan selepas hampir empat tahun tarikh yang dijadualkan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, portal 'e Nikah Cerai Rujuk' (e-NCR) - sepatutnya boleh dilayari pada Januari 2008, tetapi pemindahan atau migrasi data masih belum siap.

Ini berlaku meskipun Unit Sains Teknologi dan ICT Johor (Ustict) telah membayar RM1.78 juta untuk tujuan tersebut.

"Tiada tarikh akhir yang diberikan untuk kontraktor untuk menyiapkan kerja," petik laporan itu.


Papan iklan di Indonesia tanpa kelulusan Kementerian Kewangan-Malaysiakini

Semakan Jabatan Audit Negara mendapati perolehan pemasangan lima papan pengiklanan berjumlah RM3.64 juta di Medah, Surabaya dan Jakarta, Indonesia untuk tempoh setahun telah dibuat secara rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.

Semakan lanjut jabatan itu mendapati pemasangan papan iklan di Indonesia telah dibina pada 27 Januari 2009 sebelum mengambil kira ulasan dan maklum balas daripada pengawai Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) cawangan Medan melalui emel bertarikh 26 Januari 2009.

Jangan hina Melayu dan Islam tapi makan untung atas angin tak pa

Daripada apa yang dilihat dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 jelas menunjukkan berlakunya penyelewengan wang rakyat.Yang jaga kementerian dan kepala jabatan kerajaan ini kebanyakkannya adalah orang Melayu yang beragama Islam.Ini jelas bukan kelentong.Saya tak mau cakap depa daripada parti apa pun tapi jelas kalau tak betul samaada depa parti kerajaan dan bukan kerajaan kerja depa kaut untung daripada pejabat kerajaan.Depa berpakat dengan pembekal dengan harga yang jauh daripada munasabah.Macam saya kata orang meniaga , buat bisness belacan pun nak untung tapi kalau belacan seketul RM4  jual harga RM100 seketul mampoih orang tak beli.Tapi di pejabat kerajaan depa pakat buat bisness atas angin dengan kaut untung  tak payah keluar peluh setitik pun dengan harga yang cukup luarbiasa tapi dah jadi perkara biasa.

Tak payah contoh banyak-banyak ambik satu cukup yang lain boleh baca di sini dan di sini.Teropong Jabatan Taman Laut Malaysia harga asal RM 1940 di pasaran tapi dicaj RM56,350 sepasang!

Kita orang Melayu pakat berlumba  himpun berjuta orang Melayu pertahankan akidah tapi kerja buat kita jauh menyimpang daripada ajaran agama dalam urus tadbir negara.Masing-masing nak tunjuk jaguh jadi juara berjuang nasib bangsa dan agama tapi itu semua hanya wayang saja.Nak cari peluang dan lubang untuk kayakan perut sendiri ada la.Sibuk nak gubal akta murtad tapi dalam masa yang sama kita tak berani buka mulut untuk lawan apa yang dilaporkan dalam laporan audit negara 2010.Yang penting bangsa Melayu jangan dihina, makan untung atas angin duit rakyat banyak mana pun tak pa.

Presiden Perkasa Braheng Ali dengan bangganya bagi amaran bahawa pengikut setianya yang kononnya ada 300,000 orang akan tolak calon yang hina Melayu dan Islam dalam pru 13 nanti.Ewaaah...tuuu yang pelingkup duit rakyat dalam laporan audit negara 2010 tu bangsa mana yang ramai?Awat tak berani kata apa?Tak rasa terhina dan hilang maruah kah bila melihat gerombolan orang Melayu yang mengaku Islam jadi taiko makan untung  atas angin dari pejabat kerajaan dengan melampau dan ekstrim?

Rakyat pembayar cukai di negara ini bukan hanya orang Melayu tapi juga orang Cina, India dan lain-lain bangsa yang jadi warganegara Malaysia.

Lembu feedlot RM250 juta : TPM dan dua menteri tak berani buka mulut



Wajah-wajah  pejuang bangsa Melayu yang dicemburui pemimpin Pas dan PKR ha ha.Mereka patut dibakul sampahkan dalam pru 13 akan datang.Ada hati Noh Omar nak jadi MB Selangor ha ha.

Tiga pemimpin Umno di atas Muhyiidin Yaasin Timbalan Presiden Umno dan TPM Malaysia, Shahrizat Abdul Jalil Menteri Ketua Wanita Umno Malaysia dan juga Menteri Pembangunan Wanita & Keluarga dan Masyarakat dan Noh Omar Timbalan Ketua Umno Selangor yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani wajib bertanggungjawab di atas kegagalan projek lembu feedlot yang bernilai RM250 juta.

Bagaimana pulak dengan dakwaan bahawa projek lembu feedlot itu telah diberikan kepada suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno Malaysia.Ketiga-tiga pemimpin Umno di atas hanya berdiam diri atas dakwaan tersebut.

Prestasi hambar :NFC serah Noh Omar untuk jawab-Malaysiakini

Pusat Feedlot Kebangsaaan (NFC), projek bernilai RM73.64 juta yang digambarkan dalam keadaan "kacau-bilau" oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 enggan mengulas prestasi hambarnya

Sebaliknya, menurut jurucakapnya  Wan Zurina Saaran, sebarang pertanyaan perlu diajukan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

"(Noh) akan jelaskan isu-isu yang dibangkitkan di Parlimen pada penggulungan bahas minggu akan datang," katanya menjawab soalan e-mel yang diajukan.

Malaysiakini
menghubungi NFC bagi meminta ulasan berhubung laporan audit yang mendapati NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya serta juga dakwaan yang dibuat oleh PKR bahawa projek yang dikendalikan oleh suami dan anak-anak seorang menteri kabinet.

PKR telah berkata mereka akan "mendedahkan" lebih banyak bukti bagi menyokong dakwaan itu jika menteri Umno itu dan menteri pertanian ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bertindak menjelang Isnin depan.

Malaysiakini juga meminta ulasan mengenai penemuan audit bahawa badan itu kekurangan  4000 ekor lembu yang sepatutnya dibekalkan dan tindakan berkenaan menyebabkan program keusahawanan seperti yang disyaratkan oleh kerajaan tidak dapat dijalankan.

NFC juga enggan mengulas dakwaan PKR bahawa projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan kerajaan dan jauh ketinggalan daripada sasaran 40 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara projek itu bermasalah sehinggan memaksa syarikat Menteri Besar Negeri Sembilan Pemerbadanan mengambil semula 3,000 ekar daripada 5,000 ekar tanah yang diperuntukkan untuk projek berkenaan.-Malaysiakini

Berkaitan;
Pusat penternakan gagal :Suami Sharizat dan anak ada kepentingan-Keadilandaily
Kerajaan didesak perjelas projek lembu RM250 juta-Malaysiakini

Saya akan tampilkan bukti terhadap Noh Omar, kata Ketua Penerangan Keadilan Selangor


Melalui email ke dalam blog ini tanpa edit;

Merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato' Seri Noh Omar yang mengatakan bahawa BN Selangor akan merampas Selangor merupakan satu kenyataan kosong yang tidak berasaskan kepada gerak kerja akar umbi BN Selangor sebaliknya hanyalah retorik seorang pemimpin yang sudah mula diragui kepimpinannya oleh pimpinan UMNO di peringkat BN Selangor.

Ini jelas satu kenyataan untuk menutup kelemahan kepimpinan Noh Omar yang sudah mula dirasai oleh akar umbi UMNO Selangor kerana gagal untuk menyatukan UMNO Selangor yang bukan sahaja berpuak-puak , malah saling tuduh menuduh diantara satu sama lain demi memenangi hati Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO Selangor , Dato Seri Najib Abd. Razak.

Amat janggal sekali kenyataan yang dibuat oleh beliau.Tidak disahut langsung oleh pemimpin BN Selangor yang lain. Sudah jelas dan nyata tiada kesepakatan yang jitu dalam BN Selangor kerana dipercayai segala penat lelah yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di dalam BN Selangor tidak langsung dihargai oleh Noh Omar. Bak kata pepatah melayu ' Lembu punya susu , sapi dapat nama ' .

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang rungutan bekas Ketua Pembangkang BN Selangor , Dr Khir Toyo yang menyelar Menteri tertentu yang cuba menamatkan karier politiknya kerana saya percaya perang dingin beberapa bulan yang lalu kini sudah meletus menjadi perang besar yang membingungkan ahli UMNO Selangor dibawah.

Saya ingin nasihatkan Noh Omar supaya jangan asyik menyalahkan pihak tertentu demi melonjakkan nama kamu sebagai pemimpin yang kononnya mampu memimpin BN Selangor. Cukuplah saya membuat pendedahan tentang rintihan seorang peniaga ibu tunggal yang telah dizalimi oleh pihak kementerian Noh Omar di bawah agensi FAMA dengan menggantung tapak perniagaannya hanya kerana tidak hadir majlis yang dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Apakah politik samseng Noh Omar ini tidak mengira siapa sahaja ? Hatta kepada ibu tunggal yang terpaksa menyara 3 anak ? Saya tidak akan berdiam diri dan saya mohon penjelasan segera dalam tempoh seminggu.

Saya sedia untuk menampilkan bukti kepada dakwaan saya ini dan saya minta Menteri Pertanian Industri Asas Tani untuk jawab kenyataan saya ini. Apakah kamu sedia menerima tempelak dari rakyat sebagai seorang Menteri dari Selangor yang paling tidak berhati perut ?

Hentikanlah cara politik samseng kepartian kerana dalam berkhidmat kepada rakyat , amat tidak wajar rakyat diperlakukan sesuka hati dek kerana kerakusan kuasa seorang Menteri dalam menentukan punca rezeki seorang peniaga kecil.

Saya mohon Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani jangan terlampau ikutkan politik samseng kepartian dalam berkhidmat kepada rakyat. Jangan dipersalahkan rakyat sekiranya rakyat menolak pemimpin atau menolak BN Selangor. Sewajarnya rakyat diberi hak mereka , kerana kita semua hanyalah insan yang diamanahkan untuk memikul beban kesusahan rakyat. Kalau bukan kerana mereka , mungkin kita tidak ada di tempat di mana kita berada sekarang. Kesimpulannya , kembalikanlah semula hak peniaga kecil tersebut atau Noh Omar akan dikenang sebagai pemimpin yang zalim dalam sejarah Selangor seperti tragedi hadiah penyapu di Hulu Selangor yang meranapkan BN Selangor pada PRU 12.


SHUHAIMI HJ SHAFIEI

KETUA PENERANGAN KEADILAN SELANGOR / ADUN SRI MUDA

Rabu, 26 Oktober 2011

Mike Tyson beri amaran

Baca dan lihat siapa yang hadir dalam perhimpunan agung Perkasa.Siapa yang tak kenal Mike Tyson memang tak layak baca media baru ha ha.Layakkah Mike Tyson ni cakap pasal hak asasi?Mike Tyson ni pernah dipenjara dua bulan dan denda RM2000 kerana menumbuk bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hingga lebam biji mata pada 20 september  1998 jam 10.45 malam ketika bekas TPM itu ditahan di dalam lokap.Hakim yang jatuh hukum terhadap Rahim Nor berkata ;
Selain itu, kata Hakim Shaik Daud, beliau ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada mahkamah-mahkamah yang lebih rendah bahawa ia seharusnya menangani kes-kes melibatkan pegawai polis memukul sesiapa pun dengan serius.
``Tanpa mengira pangkat pegawai polis yang didapati bersalah memukul mana-mana orang awam ataupun seseorang tahanan seperti kes ini,'' tegas beliau.
Hakim Shaik Daud menjelaskan lagi, sebagaimana yang dinyatakan pada awalnya, mahkamah itu tidak mendapati sebarang kesilapan dalam undang-undang atas hukuman yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sesyen tersebut.Baca semua di sini.

Bekas IGP: Awas gelombang hak asasi-Malaysiakini

Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor hari ini memberi amaran berhubung kebangkitan gelombang hak asasi manusia yang dibimbanginya akan "merombak dan menghakis dasar yang dipersetujui bersama."
Katanya, penyokong kepada "agama baru human right" ini akan mengemukakan pandangan yang liberal sehingga mempersoalkan institusi raja.
"Banyak yang persoal hal-hal yang telah diterima, kontrak sosial ini, seolah-olah dia pandang remeh soal yang dipersetujui itu," tambahnya.
Katanya, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi gelombang ini, seperti juga pengalamannya ketika berdepan dengan gelombang Marxist dan komunisme sebelum ini.
Satu contoh yang dapat dilihat dalam kebangkitan gelombang hak asasi manusia ini ialah gerakan BERSIH yang mengadakan perhimpunan kedua pada 9 Julai lalu, dakwa Rahim.
Beliau yang juga bekas pengarah cawangan khas PDRM juga berkata, satu-satunya cara untuk menghadapi perkembangan itu adalah dengan memainkan peranan untuk kesepaduan dan perpaduan Melayu.
"Saya bukan bercakap kerana mewakili Umno atau PERKASA... Pada saya, bersatulah. Inilah yang jadi teras keamanan," katanya lagi dalam ucapannya ketika merasmikan perhimpunan agung PERKASA di Setiawangsa hari ini.
Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin dan seorang lagi bekas menteri kabinet Datuk Khalid Yunus.
Selain itu, ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak dan juga ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah turut hadir di perhimpunan berkenaan.-malaysiakini

Parti mana nak ambik Zul Kulim yang kini dah dilantik sebagai Naib Presiden Perkasa jadi calon?Parti mana....?Baca di sini.
 

Laporan audit negara: Harap Umno jaga duit rakyat macam harimau jaga kandang kambing

Lagi kisah laporan audit negara 2010.Ada sapa-sapa ambik kisah yang teramat sangat dengan laporan audit negara ni?Mungkin kita kena paksa macam dalam filem P.Ramlee 'Nujum Pak Belalang' baru kita nak kata betapa jahatnya si pemerintah yang kaut duit rakyat masuk dalam kantong kroni!

Kalau di negara luar rakyat yang jadi pembayar cukai kepada si pemerintah tak kiralah cukai jalan, cukai pendapatan, cukai mentekerdarah makanan segera, cukai simkad prabayar cukai telefon rumah, depa dah mengamok sakan sebab duit depa disalahguna sebab bagi kroni kaya raya.Kerajaan yang berkuasa akan tumbang dalam pilihanraya atau dijalanraya.

Kita , apa yang kita buat?Kita tengok tv, makan , tidur, bangun pagi pi kerja , malam minggu tengok bola tiket harga bolasepak cekik darah pun tak pa .Di negara luar  depa pun macam kita juga berhibur dan bekerja tapi dalam masa yang sama jika 10 sen sahaja pemerintah salahguna duit rakyat depa bangun dengan begitu cepat lawan kerajaan yang berkuasa.Tambah-tambah kalau si pemerintah kaki pembohong lagi cepat jatuh.Negara kita pemimpin cakap bohong kepada rakyat lagi lambat nak jatuh!Lagi banyak pelingkup duit rakyat lagi lama duduk ditampuk kuasa.

Kita jadi rakyat jika terus menerus tak ambik kisah dengan si pemerintah yang semakin tamak dan haloba kaut duit rakyat masuk kantong kroni sampai kiamatlah BN akan terus berkuasa!

Berikut senarai terkini laporan Ketua Audit Negara 2010;
1- Air berkuman dibekalkan ke 10 sekolah.Anak-anak orang kampung jatuh sakit tak kisah janji anak menteri dan pemimpin selamat !
2-Tujuh staf Risda Plantation tak pulang RM1.6 juta ,Audit arah kes saman.Duit penoreh getah kena tibai pun tak pa sebab penoreh getah hanya syok harga mahal!
3-Laporan audit:Lebih belanja tak langgar peraturan, kata SPRM.Ya la bukan keluar duit poket sendiri tapi duit rakyat.Nak siasat sampai jatuh bangunan pun peduli apa.
4-Menteri:Selain bumbung , JKR juga diminta kaji struktur Stadium Nasional.Orang putih penjajah buat bangunan sampai hari ni tegap dan teguh tak runtuh-runtuh!
5-RM770,000 untuk bekalan elektrik kepada satu rumah.Lu pikirlah sendiri!
6-Projek komputer di Sabah gagal-Tersadai dimakan anai-anai!
7-Kem tentera RM214 juta tak lengkap tapi mulai rosak.Semua lingkup dulu beli kapal selam didakwa tak boleh selam kini buat bangunan tapi tak boleh guna.Menteri pertahanan tak payahlah berlagak dengan uniform tentera lebih baik letak jawatan.
8-Noh Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani diminta bertanggungjawab peruntukkan RM110 juta untuk petani yang didakwa berlaku ketirisan dalam laporan audit negara.baca di sini.
Kerajaan didesak perjelas projek lembu RM250 juta-Malayskini

Kerajaan diminta menjelaskan kegagalan projek RM250 juta Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan seorang menteri Umnoyang dikatakan gagal walaupun menelan belanja besar.

"Kajian awal oleh PKR ini jelas menunjukkan bahawa projek ini telah gagal walaupun menelan belanja jumlah wang rakyat yang besar dan kurniaan tanah seluas 5,000 ekar.

"Malah, ada petani dan penternak kecil yang mempunyai operasi yang lebih besar dan berkesan walaupun tidak mendapat apa-apa bantuan kerajaan," kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin (kanan).

Dakwanya, projek syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd itu dikendalikan keluarga menteri itu, bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) untuk memenuhi sasaran 40 peratus (1,500 ekor sehari) permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan.

Sebaliknya, berdasarkan tinjauan PKR, projek yang beroperasi di Gemas, Negeri Sembilan itu didakwa hanya mengeluarkan sekitar 1,000 ekor lembu dipelihara dan sebanyak 20 ekor lembu disembelih setiap hari.

Sehubungan itu, PKR berpendapat isu itu perlu diberikan perhatian serius kerana ia salah contoh utama bagaimana "penyelewengan" wang rakyat dan mempunyai kesan mendalam kepada kenaikan harga barang.

"Rakyat memerlukan penjelasan segera mengenai kegagalan projek nasional yang menelan belanja besar ini," katanya.

Ahli parlimen Ampang itu juga mendesak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang didakwa terlibat menganugerahkan projek itu  - tidak boleh terus berdiam diri.-Malaysiakini

Saya nak tanya kepada Ketua Wanita Umno Shahrizat yang juga jadi Menteri yang ada remoih (ada jambul) awat diam dan senyap dalam isu ini?Jawab la!

Apabila laporan audit negara ini dah selesai kita akan diwar-warkan dengan macam -macam projek baru untuk rakyat sebagai tambahan kepada bajet 2012 yang digula-gulakan kepada rakyat.Rakyat pun rasa syok dan terus tertipu dengan mainan politik BN yang membuai rakyat.Rakyat dah tak pikir lagi pasal laporan audit negara yang jelas menunjukkan penyelewengan wang rakyat yang masuk ke dalam kantung kroni BN.

Orang Melayu yang terus bergayut kepada Umno jika masih tak sedar-sedar lagi kata Umno yang bawah-bawah ni tak dapat apa pun teruslah sokong Umno yang bawa rebah ini.Sokonglah dan terus sokong.Jangan rasa menyesal dengan sikap Umno yang membaham wang rakyat macam harimau yang tunggu kandang kambing.Sehari seekor demi seekor kena baham lama-lama tinggal kandang saja!

Selasa, 25 Oktober 2011

Anak muda yang berani bangkit melawan, Najib tak hadir ke UIA

Najib tak hadir, demo pro pensyarah diteruskan-Malaysiakini

Walaupun penggantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari ditarik balik semalam, kumpulan mahasiswa tetap mahu meneruskan perhimpunan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dekat ibu negara malam ini.

Perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu juga akan berlangsung tanpa kehadiran Merdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di universiti itu malam ini.

"Kami bersetuju meneruskan bantahan terhadap isu itu kerana SMM cuba mengangkat isu kebebasan akademik dan bukan hanya kes Aziz Bari semata-mata," kata Penyelaras Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) Khalid Mohd Ismath.

Katanya, mereka insaf bahawa banyak lagi kes dalam bidang pengetahuan di mana kebebasan menyampaikan maklumat akademik ditahan.

KAMI antara kumpulan bergabung dalam SMM.

SMM: Najib takut mahasiswa

Peguam Aziz semalam memberitahu, UIA menarik balik penggantungan itu berkuatkuasa serta merta dan dipercayai ekoran tekanan pelbagai pihak.

Najib dijadual hadir ke pertandingan akhir Debat Piala Perdana Menteri antara institusi pengajian tinggi di UIA.

NONEBagaimanapun, jadual terkini yang dikeluarkan agensi berita nasional Bernama menyatakan, teks ucapannya akan dibacakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam kenyataan hari ini, Khalid berkata, bantahan itu bertujuan menggesa UIA menghentikan siasatan terhadap Aziz susulan penarikan balik penggantungan itu.

Sementara itu, Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab (atas, berucap) menyifatkan pembatalan lawatan perdana menteri sebegai "takut" untuk berdepan dengan mahasiswa.

Katanya, penyerahan memorandum pada malam ini tetap akan berlangsung dan pihaknya menjangkakan Hishamuddin akan menerima memorandum mereka selaku wakil perdana menteri.

Perhimpunan malam ini dijadual bermula pada jam 7 petang di depan pintu utama UIA di Gombak.-Malaysiakini.

Tahniah mahasiswa yang berani.Tidak perlu bawa senjata, tidak payah rosakkan harta benda awam tapi cukup dengan suara anda semua yang berani ke depan suarakan hak rakyat , hak mahasiswa hingga PM Najib kecut telor.

Berkaitan;
Aziz Bari jangkakan lebih buruk selepas ini-Malaysiakini

Bik Mama melaram sakan menteri tutup mulut


Kata ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching, "Jika Nazri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) memilih untuk tidak menjelaskan soalan berhubung beg tangan Birkin itu, adakah ini bermakna bahawa khabar angin berkenaan adalah benar?" Teo Nie Ching membangkitkan isu beg Rosmah dalam parlimen baru-baru ini.Dapatkan naskah terbaru akhbar Suara Keadilan 38 di pasaran.

Laporan Audit Negara : Kerajaan BN seleweng duit rakyat untuk kroni

Macam-macam perkara luarbiasa kita baca dalam laporan Audit Negara .Ada yang kata perkara biasa sebab dah jadi lumrah laporan audit negara ada penyelewengan wang rakyat tapi pihak SPRM mana ada siasat pun.Setakat lapor lepas tu senyap ja .Pakat bincang pakat debat tapi habuk pun tarak.Wang rakyat mengalir deras masuk kantong kroni .Dibawah antara penyelewengan wang rakyat yang melampau yang dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010.

1-Beli Kuda 23 ekor bernilai RM 5.66 juta untuk sukan lasak ekuestrian tapi 18 ekor tak diiktiraf sukan antarabangsa.Beli 'kuda sakit' duit rakyat diperkudakan!
2-Jabatan Taman Laut Malaysia beli binokular (teropong) 29 kali ganda harga asal-Harga asal RM 1940 di pasaran tapi dicaj RM56,350 sepasang.Ia juga didapati ‘terlebih bayar’ RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing.

Barangan lain termasuk:
  • Komputer riba dan pencetak warna berharga RM3,428 pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus)
  • Hand-held portable VHF Transceiver berharga RM1,561 pada harga RM4,324 (lebihan 177 peratus).Baca di sini.
3-Majlis Amanah Rakyat (MARA) beli peralatan kursus untuk latihan seratus peratus lebih tinggi daripada harga pasaran.Peruntukan untuk MARA RM54 juta telah disalahgunakan.Katil boleh lipat harga RM100 di pasaran tapi dibeli dengan harga RM500. 

4-Laporan audit negara kata hati-hati ke Stadium Bukit Jalil takut runtuh sebab waranti penyelenggaraan stadium dah tamat 3 tahun lalu!Sapa mau mati cepat sila tidur di stadium .

5-Lebuh Raya Desaru:Silap kira kos ambik tanah kerajaan pikul RM375 juta.Silap kira atau memang dah buat kira kira untuk kroni sekali?
6-Laporan Audit:JPA terlebih bayar pencen lebih 2300 penerima.
7-Laporan Audit:LPKP ambil lebih 700 hari selesai kes, aduan.Lebih baik tak payah buat aduan!

Siapa meniaga tak mau untung .Tapi yang untung 100 kali ganda hanya kroni BN saja yang dapat.

Isnin, 24 Oktober 2011

Tokoh Himpun dalam Pas


HIMPUN:Tiada tindakan pada Hasan Ali-Malaysiakini

Exco Hal Ehwal Agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali tidak akan dikenakan tindakan displin oleh PAS susulan  menghadirkan diri dalam Perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah (HIMPUN) di Stadium Shah Alam Sabtu lalu.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri), berkata Dr Hasan yang juga ahli jawatankuasa parti itu berbuat demikian atas sifat peribadi sebagai "menyokong kesucian Islam".

Katanya, Dr Hasan berhak hadir untuk menyatakan pendirian bersatu menegakkan Islam serta menguatkan akidah, lapor sebuah harian berbahasa Melayu.

"PAS tidak akan mengenakan sebarang tindakan ke atas beliau atau mana-mana ahli parti yang turut serta dalam HIMPUN," beliau dipetik sebagai berkata.

PAS memutuskan tidak menyertai perhimpunan itu bagi menghormati pendirian penganjur yang tidak mahu melibatkan parti politik.

Manakala PAS Selangor mengarahkan ahlinya tidak terlibat dengannya selaras dengan arahan PAS di peringkat pusat.

Impak pada ahli
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman  berpendapat, kenyataan Dr Hasan berkaitan perhimpunan itu bersifat peribadi dan bukan pandangan parti."Seperti mana yang beliau declare (isytihar) sendiri, beliau hadir bukan atas tiket PAS dan bukan sebagai exco agama kerajaan negeri.

"Kalau itu pendirian beliau, saya tidak boleh buat apa-apa, jadi hormati pendiriannya.

"Cuma impak kepada ahli, saya tidak dapat menapis setiap tanggapan ahli PAS terhadap beliau," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian hari ini.

Manakala Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pula dilapor berkata, beliau menghormati tindakan Hasan menghadiri perhimpunan itu dan tidak menghalang mana-mana kakitangan kerajaan negeri ataupun individu menghadirinya.

"Atas dasar hak individu dan (hak) asasi, saya tidak menghalang sesiapa pun," katanya kepada harin berbahasa Melayu itu lagi.Berita oleh Malaysiakini.

Ada orang kata "Datuk Dr Hasan Ali dia orang besar kita orang kecil.Datuk Dr Hasan Ali modal RM100 kita yang bawah-bawah ni modal RM1 ja." .Ketua Pemuda Pas Pusat tidak hadir cuma kirim sajak yang dibacakan oleh Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan ,Kamaruzzaman (Gambar atas sekali) yang wakili FORKAD.

Orang besar tak payah wala', orang kecik yang  bawah-bawah ni kena wala' dengar cakap pemimpin.Wala' tak laku dan tak diambik pot pun oleh orang besar-besar di atas tuuuuu.Pi pun boleh tak jadi kudis pun.

Baca juga ;
Umno guna Himpun hidupkan dialog kerjasama , kata Pas-M'inisder
Pemuda Pas:Himpun bukti Umno wajib terima Islam termasuk Hudud-M'insider.
Himpun:Najib bermuka-muka-Harakahdaily

Adakah isu beg, cincin dan Altantuya urusan keluarga?

Kata PM Najib :Jangan heret keluarga kerana politik.Ketepikan keluarga dari politik keji , gesa PM.(Klik)

Kini rakyat sedang pertikaikan cincin isteri PM Najib Rosmah Mansor yang didakwa bernilai RM24 juta.Adakah ini hanya urusan keluarga bukan urusan negara?Rakyat juga diberitahu bahawa ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching dakwa isteri PM Najib Rosmah Mansor dikatakan ada 11 beg berjenama Birkin berlainan warna bernilai ribuan dan ratusan ribu ringgit.Adakah ini hanya urusan keluarga bukan urusan negara?

PM Najib juga tak habis-habis dikaitkan dengan Altantuya.Adakah ini urusan peribadi bukan urusan negara?

Orang ramai dijemput hadir



Ahad, 23 Oktober 2011

MP Serdang dakwa Rosmah Mansor ada 11 beg tangan berjenama Birkin bernilai RM28,000 hingga RM472,000?

Beg Rosmah:MP soal mengapa Nazri senyap-Malaysiakini

DAP mempersoalkan kegagalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menjawap soalan bertulis yang dikemukakan di Dewan Rakyat berhubung pemilikan beberapa beg tangan jenama Birkin oleh isteri Perdana Menteri.

Menurut ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching, tindakan Nazri yang membisu itu menimbulkan pelbagai soalan.

Dalam soalannya, Teo menyoal sama ada benar atau tidak Datin Seri Rosmah Mansor memiliki sebentuk cincin berlian bernilai RM24 juta berlian dan juga beberapa beg tangan yang mahal.

"Bagaimanapun, Nazri mengelak menjawab soalan yang berkaitan dengan beg tangan Birkin.

"Jika Nazri memilih untuk tidak menjelaskan soalan berhubung beg tangan Birkin itu, adakah ini bermakna bahawa khabar angin berkenaan adalah benar?" kata Teo yang juga adalah penolong setiausaha publisiti kebangsaan DAP, dalam satu kenyataan akhbar.

Sebelum ini, Nazri telah menafikan isteri Datuk Seri Najib Razak memiliki cincin RM24 juta yang menjadi kontroversi itu.

Menurut ahli parlimen Serdang itu, Rosmah telah dikesan "berulang kali membawa beg tangan Birkin" di khalayak awam.

najib razak and rosmah mansor 1"Berdasarkan gambar-gambar yang dibekalkan oleh ‘netizens’, bilangan beg tangan Birkin yang dibawa oleh beliau dalam majlis-majlis rasmi serta apabila bercuti, bukan sahaja berjumlah satu atau dua beg, tetapi terdapat sekurang-kurangnya 11 warna yang berlainan!"

Menurut Teo, beg tangan yang dinamakan sempena pelakon-penyanyi Britain yang terkenal Jane Birkin itu dihasilkan oleh Hermes sejak tahun 1984 dan ia adalah lambang barangan mewah yang eksklusif dan hanya mampu dimiliki oleh golongan tertentu yang kaya raya secara luar biasa.

Bagi beg edisi terhad itu, kata beliau, harga sebuah beg boleh mencecah daripada US$ 9,000 (RM28,000) hingga US$150,000 (RM472,000).-Malaysiakini.

Polis pencen dan askar pencen terus 'serang' Mat Sabu, bukan nak belanja kopi 0 secawan

Bukit Kepong:18 badan bekas polis , tentera terus kecam Mat Sabu-M'inisder

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang sebelum ini dikritik hebat dan dikenakan tuduhan bulan lalu berhubung kenyataan menyentuh peristiwa Bukit Kepong, terus berhadapan dengan kecaman 18 persatuan dan kelab bekas anggota tentera dan polis. Dalam iklan bertemakan “Tegakkan kebenaran, wira Malaysia tidak akan dilupai”, disiarkan dalam Berita Minggu dan Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno hari ini, pemimpin persatuan dan kelab mewakili pegawai dan anggota tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, mereka membantah sekeras-kerasnya kenyataan Mohamad.
“Kami rakan seperjuangan yang terdiri daripada bekas-bekas pegawai dan anggota Tentera Diraja Malaysia membantah sekeras-kerasnya kenyataan Mohamad Sabu yang mengiktiraf Mat Indera, ketua pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sebagai pejuang kemerdekaan.
“Kenyataan beliau ini menghina perajurit dan keluarga yang terkorban semasa menentang komunis dan boleh mengancam kedaulatan negara, agama dan perpaduan bangsa,” kata mesej 15 persatuan dan kelab anggota tentera.
Mohamad  (gambar) yang turut mesra dikenali sebagai “Mat Sabu” dihadapkan di mahkamah susulan siri laporan polis ke atas beliau sejak akhir Ogos lalu.
Sementara mesej di muka bersebelahan, yang dibawa oleh tiga persatuan bekas pegawai dan anggota PDRM pula berkata, “kami rakan seperjuangan yang terdiri daripada bekas-bekas pegawai dan anggota PDRM yang taat setia kepada raja dan negara serta mencintai keamanan berasa amat marah dan kecewa dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Mohamad Sabu, yang menghina pengorbanan anggota polis dalam peristiwa berdarah Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, sambil memuji pengganas komunis sebagai wira.”
Mesej itu juga berkata, kenyataan tersebut adalah dangkal dan tidak berperikemanusiaan.
“Ia telah memperlekek, menghina, mencerca, menjatuhkan maruah dan martabat warga polis yang telah terkorban atau cedera dalam mempertahankan kedaulatan negara dan institusi kepolisan,” kata presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Persatuan Pesara Pegawai Kanan Polis dan Persatuan VAT69 dalam mesej mereka.
Mohamad telah dihadapkan di Mahkamah Sesyen Butterworth pada 21 September lalu berhubung tuduhan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka pada ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor.
Mohamad, 57, mengaku tidak bersalah dan minta dibicara terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan itu.
Beliau didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Bukit Kepong dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka pada 21 Ogos lalu.-M'inisder

Woit! patut polis pencen dan askar pencen ni berterimakasih sikit la bukan terus bantai dan serang Mat Sabu yang bangkitkan isu Bukit Kepong.Dah dapat seorang RM3000 dalam bajet 2012 apa yang tak puas hati lagi!?Patut hang pa semua pakat jumpa jumpa Mat Sabu belanja kopi 0 la seorang secawan dapat elaun lebih.

Ni yang kata bagi betis nak telan peha.Jangan anggap duit RM 3000 tu duit Umno tapi duit rakyat, bukan upah nak bantai Mat Sabu.Dia dah kena naik court bukan dapat apa pun ha ha 

Kalau nak tibai dan serang Mat Sabu hang pa pi la serang sama Ghani Othman MB Johor dan semua profesor yang tulis buku pasal Mat Indera tu kata pejuang negeri Johor.Ada otak guna la jangan simpan di kepala lutut. Tulis semula buku di bawah kalau rasa Mat Indera tu pengkhianat.Otak lembu boleh goreng otak manusia takkan nak kena goreng juga ha ha.

Tambahan 4.57 ptg;
Jangan silap wahai polis pencen, askar pencen kes ini sedang berjalan di mahkamah.Kamu bukan hakim nak jatuh hukum.Kamu semua boleh didakwa hina mahkamah kerana mendahului mahkamah jatuh hukum terhadap Mat Sabu.





'Awat orang Melayu tak pi himpunan Himpun'


Sebelum ni saya ada tulis Himpun: Terbukti agama dan politik tak dapat dipisahkan.Hari ini saya ditanya oleh sahabat saya daripada Utara,"Berapa juta orang Melayu hadir himpunan sejuta umat di stadium Shah Alam?" Saya kata ,"lebih kurang 5000 orang Melayu hadir." Beliau kata, "laaa awat banyak tu saja tak macam himpunan Bersih 2.0.Himpunan Himpun dapat permit polis, tidak ada sekatan jalanraya di seluruh negara yang berlapis-lapis,tidak ada operasi bilik ke bilik di sekitar hotel di KL oleh pihak polis untuk cari peserta Bersih 2.0.Awat orang Melayu tak pi himpunan Himpun?"

Saya tidak ada niat untuk perlekehkan himpunan Himpun tapi itulah yang ditanya sahabat saya .

Biar dunia luar tahu apa yang rakyat tuntut, jangan ingat rakyat main lawak

Ini bukan fitnah , bukan lakonan , bukan program Rajalawak tapi ini tuntutan rakyat yang hingga kini kerajaan yang berkuasa masih tidak sedar diri atau pekakkan telinga apa yang rakyat mahu dalam pilihanraya.Kerajaan yang berkuasa ingat dengan bajet 2012 yang digula-gulakan kepada rakyat , rakyat akan lupa apa yang mereka mahu dalam pru 13.

Makin dituntut pembaharuan dalam pilihnaraya makin menjadi-jadi warga asing didakwa dibawa ke Putrajaya untuk dapatkan MyKad.Bila kena tekan kerajaan yang berkuasa kata warga asing dibawa naik bas express daripada Johor untuk diberi kursus dalam bidang keusahawanan!Kenyataan mengarut dan gila babi.Tuntutan rakyat cukup mudah hanya tunaikan 8 tuntutan dalam pilihanraya tapi kenapa kerajaan gerombolan takut untuk melaksanakannya?Kerajaan gerombolan jangan ingat rakyat nak main lawak dengan kerajaan.Rakyat adalah raja sebenar dalam pilihanraya.



Berkaitan;
Bersih teruskan momentum tuntutan , kempen di luarnegara dipertingkatkan-M'inisder


Sabtu, 22 Oktober 2011

Himpun :Terbukti agama dan politik tak dapat dipisahkan

Himpunan sejuta umat (Himpun)telah berlangsung di stadium Shah Alam.Tidak ramai yang hadir dalam ertikata yang lain tak dapat sambutan orang Melayu dan Islam.Himpun diterajui katanya oleh NGO Melayu dan Islam.Ada yang kata dibelakang Himpun ada Hasan Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor tapi Hasan Ali tak mengaku.Hasan Ali turut hadir dalam majlis Himpun tapi hanya sekadar jadi tukang baca doa penutup saja dan beliau hadir sebagai 'bukan ahli Pas' tapi sebagai orang Melayu dan Islam sokong Himpun.Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan turut berucap (hadir sebagai wakil ngo Forkad) dan baca sajak hasil ilham Ketua Pemuda Pas Pusat.Pas Pusat telah keluarkan kenyataan bahawa Pas tidak terlibat dengan agenda Himpun.

Kenapa Himpun yang turut dapat liputan meluas TV3 dan Utusan Malaysia tak dapat sambutan orang Melayu?Saya cuma nak katakan bahawa inilah jadinya jika cuba pisahkan agama dan politik dalam Islam.Masjid-masjid dihalang daripada digunakan orang politik yang pandai agama.Kena ada tauliah , kalau tak ada tauliah kena tangkap dan didakwa di mahkamah.Ini ajaran yang sesat lagi menyesatkan.Menyempitkan agama dengan menghalang orang berkelayakkan daripada masuk dalam masjid.Gila dan menggilakan.Pihak agama seolah-olah rela masjid jadi lengang dan lesu asalkan tidak ada orang politik yang ada pengetahuan agama masuk dalam masjid!

Lebih aneh lagi dalam masa yang sama puak-puak orang Melayu yang menghina agama sendiri tidak ada pulak NGO nak berhimpun kutuk dan maki depa.Disebelah kanan sokong lawan murtad sebelah kiri maki dan hina hukum Islam dan hudud.Depa ingat malaikat tak tulis waktu depa hina hukum Allah SWT yang boleh bawa kepada rosak akidah.

Setakat manakah kuasa yang ada pada NGO untuk selamatkan akidah umat Islam tanpa kuasa politik?Setakat melalak dengan slogan 'Hidup Melayu Hidup Islam' adakah akidah umat Islam boleh selamat?Yang mana satu betul Hidup Islam atau hidup Melayu?Gambar oleh Malaysiakini
Berkaitan;
Himpunan Sejuta Umat berlangsung dalam penyertaan 'jauh lebih kecil'-M'inisder
Kehadiran Hasan Ali curi perhatian-Malaysiakini
Himpun berjaya kata penganjur-Malaysiakini
himpun rally hasan ali speaking

Isu seks bodoh terhadap orang Cina akan menangkan BN dalam pru 13 akan datang

Ketika agenda fitnah Umno-BN bermaharajalela kita diberitahu dengan laporan OSK Research:BN dijangka menang besar pru-13.Antara lain  laporan itu menyebut;

Bank pelaburan utama menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan memperbaiki prestasi pada pilihan raya umum ke-13 berbanding kedudukan tiga tahun lalu berikutan indikasi adanya peralihan sokongan kepada perikatan itu.
Dalam laporannya semalam, OSK Research berkata, kerajaan pusat yang memerintah itu dipercayai akan menambah kerusi Parlimen pada pilihan raya umum kali ini yang dijangka akan diadakan Mac depan.
BN dinafikan majoriti dua pertiga pada Mac 2008.
“Jangkaan ini bersandarkan pada indikasi bahawa sokongan beberapa komuniti mula beralih kepada BN sejak awal 2010,” kata OSK.
“Sementara kita tidak boleh meramalkan bilangan kerusi yang akan dimenangi oleh BN, kami percaya kedudukan akan lebih baik daripada 63 peratus pada 2008,” katanya lagi.
Laporan OSK itu berkata berdasarkan pilihan raya 2008 dan aliran berita sejak itu, tiga negeri di pantai barat iaitu Kedah, Perak dan Selangor dijangka akan menyaksikan saingan sengit.Baca semua di sini.

Tapi bila tanya penjual ikan di pasar malam cakap lain pulak."Depa kata bajet 2012 kalau dengar semua manis belaka.Pembeli  ingat Bajet 2012 tu boleh turun harga barang ka?Kami ditanya pembeli ikan awat jual ikan kembong sekilo RM14 kan bajet 2012 semua manis-manis belaka?Macam mana kami nak turun harga, pemborong bagi harga kami boleh untung RM1 dan RM2 saja.Kami kena maki dengan pembeli." Kata orang meniaga pasar malam tu lagi ,"Rakyat sekarang boleh nilai apa yang dicakap si pemerintah itu benar atau tidak.Rakyat akan tunjukkan kemarahan mereka dalam pru akan datang.So sama-sama kita lihat siapa yang akan tumbang dalam pru akan datang!"

Adakah orang Cina dan India akan beralih sokong BN dalam pru 13 akan datang?Apa yang Umno dah buat kepada orang Cina sekarang ini?Umno mainkan isu seks bodoh terhadap anak Ketua Menteri Pulau Pinang untuk tarik undi orang Cina beralih kepada BN.Setelah disiasat rupa-rupanya isu isu tidak benar malah menyebabkan orang Cina rasa diperhina semata-mata tidak undi BN dalam pru 12 yang lalu.

Umno yang jadi kepala juara mengupah para blogger Umno mainkan isu seks terhadap Anwar Ibrahim kini beralih kepada anak Lim Guan Eng dengan anggapan orang Cina sama macam orang Melayu mudah diperbodohkan Umno pagi petang siang malam!Adakah kes anak LGE dengan Presiden MCA Chua Soi Lek yang terang-terang main seks pada pandangan orang Cina adalah sama?

Begitu juga tindakan pihak berkuasa di UIA gantung tugas Dr Aziz Bari kerana didakwa cuit raja akan menambahkan undi kepada BN dalam pru akan datang.Golongan akademik kini mungkin berlumba-lumba dan tak sabar nak pangkah parti Umno-Bn dalam pru 13 akan datang!

 Anya Corke nafi dirinya 'mangsa' pencabulan'-Malaysiakini

NONE

Mat Kulim Jahil Murakkab

Peguam Pas dalam blog beliau menulis Zulkifli Noordin "jahil murakkab" tentang hudud (klik dan baca).Peguam Pas Hanifa Maidin minta Mat Kulim berhenti jadi jahil murakkab (orang jahil yang tidak tahu dia jahil).

Mat Kulim ni dah tak laku di parlimen Kulim Bandar Baharu.Sekarang main ceramah di Shah Alam dengan kisah Cina Doll nya.Ceramah pulak dalam Tabika Kemas.Jelas kini Umno pulak usung Mat Kulim ni ke sana kemari setelah orang Pas dan PKR kena kencing dengan Mat Kulim ni.


Saya cari dalam google jumpa blog haluan.org,my bab Tasawur Jahiliyah Berasaskan Al Quran 1 antara lain menyebut; 
Lafaz ‘Jahiliyyah’ merupakan istilah yang terdapat dalam Al Qur’an.  Ibn Taimiyyah dalam menjelaskan makna lughawi ‘jahl’ mengatakan:

“Iaitu tidak mempunyai ilmu atau tidak mengikut ilmu. Maka orang yang tidak tahu haq, dia adalah jahil ringan. Tetapi jika dia meyakini sesuatu yang bertentangan dengan haq sebagai suatu kebenaran,  dia disebut jahil murakkab. Demikian pula, orang yang mengamalkan sesuatu yang bertentangan dengan haq, dia tetap disebut jahil meski pun dia tahu bahawa hal itu bertentangan dengan haq.”Baca semua di sini.


Blog ustazsufi.blogspot.com buat kisah orang jahil murakkab;
Si A kata: Ijmak ulama' mengatakan bahawa lafaz niat sebelum solat fardhu dalam bahasa melayu adalah tidak sah.

Si B kata: Saya ada sijil 4 thanawi tetapi saya tak tahu apa itu 4 thanawi.

Si A kata: Apa awak cakap ni? Kata ada 4 thanawi tapi 4 thanawi tu pun awak tak tahu apa kebendenya. Pelik.

Si B kata: Awak pun sama, pelik.

Si A kata: Kenapa?

Si B kata: Awak tahu apa makna ijmak ulama' ?

Si A kata: Ntah.

Si B kata: Ini namanya jahil murakkab. Diri awak sendiri tak tahu apa yg awak tak tahu. Tapi menyamar macam orang alim. Kalau dah tak tahu lebih baik diam. Takpayah lah jadi tikus baiki labu. Gigi dah la tajam, makin rosak labu tu nanti.

Si A kata: ?????

Wallahu a'lam