Jumaat, 21 Oktober 2011

Gaddafi dibunuh tentera Nato dan NTC

Presiden Libya Kolonel Muammar Gaddafi akhirnya terbunuh dalam pertempuran antara pengikutnya yang bertempur dengan tentera pakatan Nato dan pejuang NTC (Majlis Peralihah Nasional) diperkampungannya di Sirte, Libya.

Kematian Gaddafi disambut meriah rakyat Libya termasuk negara pembunuh umat Islam iaitu Amerika Syarikat dan Britain.Gaddafi merupakan penyokong kuat kerajaan Saddam Hussein yang diserang Amerika Syarikat dan Tentera Bersekutu yang turut membunuh Saddam Hussein.Gaddafi juga walaupun seorang diktator yang berkuasa selama 42 tahun sejak 1969 merupakan pemimpin Libya yang menyokong pejuang Palestine melawan Israel.Gaddafi didakwa dunia barat terlibat dalam pembunuhan dan pengeboman pesawat Pan Am Flight 103 Lockerbie, Scotland yang membunuh 270 orang mangsa pada tahun 1988.

Kerajaan baru Libya akan dibentuk gantikan Muammar Gaddafi yang dibunuh .Adakah kerajaan baru Libya merupakan kerajaan boneka kepada Amerika Syarikat ?Negara -negara  Nato yang membantu tentera pejuang NTC selama 6 bulan di Libya sudah tentu menagih projek minyak di Libya.Libya merupakan negara Arab Afrika terbesar mempunyai simpanan minyak.Baca di sini dan di sini.

Tidak ada yang kekal berkuasa selamanya.samaada seorang diktator atau pun tidak .Jika terlalu lama berkuasa dan penuh kezaliman terhadap rakyat sendiri , dendam rakyat sentiasa membara di dalam jiwa.Ia akan diluahkan apabila tiba masanya.

“Ini nasib seorang pemimpin yang memusnahkan kehidupan rakyatnya selama beberapa dekad dan melepaskan tembakan terhadap mereka sebelum kematianya,” kata Mohamed Beltagy, seorang anggota kanan Ikhwanul Muslimin Mesir yang berpengaruh.
“Nasib Muammar seharusnya menjadi satu pengajaran bagi pemimpin Syria Bashar al-Assad dan (Presiden) Yemen (Ali Abdullah) Saleh,” kata beliau dengan merujuk kepada dua pemimpin negara Arab yang masih berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak awal tahun ini.
Presiden Tunisia dan Mesir merupakan pemimpin-pemimpin awal menjadi sasaran dan digulingkan dalam siri kebangkitan politik di negara-negara Arab, di mana presiden-presiden dan raja-raja memerintah sejak beberapa dekad.

Bagaimanapun pemimpin Tunisia Zine al-Abidine Ben Ali dan Hosni Mubarak di Mesir digulingkan selepas protes yang rata-rata kecil lagi singkat berbanding dengan Libya.
Rakaman saat-saat akhir Muammar menemui ajal disebarkan menerusi media massa dan Internet sebaik sahaja kematiannya diumumkan. Muammar ditangkap hidup-hidup tetap mati beberapa minit kemudian dan teori siapa melepaskan tembakan masih menjadi persoalan.

Jenazah Muammar akan dikebumikan di tempat yang dirahsiakan hari ini.
“Neraka menunggu Muammar. Saya benci sesiapa yang meraikan kematian seseorang, tetapi apa yang beliau lakukan ke atas rakyatnya sesuatu yang sungguh kejam,” kata Nancy El Kassab, seorang penerbit eksekutif televisyen Mesir.

“Kematian Muammar akan menakutkan diktator-diktator Arab seperti Bashar dan Ali, dan menjadikan pemimpin-pemimpin Arab yang lain lebih berhati-hati dengan rakyat mereka selepas mereka pulih daripada kejutan berita ini,” kata Alia Askalany, 27, seorang pengurus pemasaran Mesir.-Minsider Arab lihat nasib Muammar Gaddafi mesej buat pemimpin lama berkuasa.

3 ulasan:

  1. kaji gaddafi sblum mgatakn dia kejam..al jazeera merupakn snjata kuat amerika,dy hnya brlatarkn Islamic namun brtntang dn laporan nya,mereka mburukn Islam..

    BalasPadam
  2. manusia tak bertamadun. membunuh mengikut nafsu. adakah mereka masih lagi jahilliyah

    BalasPadam
  3. assalammualaikum waramatullahi wabarakatu wahai saudara islam yng ku cintai dan kasihi...seandainya ada hamba allah yng paling penakut dan lemah d muka bumi ini aku lah orang itu...selawat dan salam ke atas junjungan nabi muhammad saw berserta keluarga dan para sahabat2 nya.....dunia akhir zaman penuh tipu daya dan banyak fitnah dan pembohongan....ya allah bantu lah kami dengan rahmat mu ya allah...........

    BalasPadam