Sabtu, 1 Oktober 2011

Kaki putarbelit

Najib nafi mau hapus kuota bumiputera 30%.Najib juga yang umum hapuskan akta keselamatan dalam negeri (ISA) semasa Hari Malaysia 16 September lalu kata akta ISA hanya akan dihapuskan pada Mac tahun depan setelah dua akta baru diluluskan.Pulak dah

Bunyi berdentum-dentum macam bom mau hapuskan ISA tapi kena tunggu tahun depan.Kenapa tahun depan bukan tahun ni?Yang dengar mula-mula rasa seronok hanya sekadar menang sorak dah jadi tak seronok.Tahanan yang duduk dalam penjara  di Kamunting gigit jari ingat dah boleh keluar tapi tak jadi!

Tahun depan awal suku pertama 2012 kemungkinan besar ada pru 13.Jadi dekat pru 13 baru ISA nak dihapuskan .Ingat rakyat hanya benci ISA, tapi rakyat dah lama meluat dekat Umno-BN.Kalau ISA rakyat benci , Umno-Bn lagi rakyat benci
.
Berkuntau lidah la puas-puas sebelum Umno dikafankan dalam pru 13 akan datang.Cakap berbelit -belit.hari ini cakap lain, esok cakap lain.

Najib:kuota akan dibuang, tapi Bumiputra tetap akan dibantu-M'inisder

Datuk Seri Najib Razak memberi peringatan bahawa kuota Bumiputera akan digugurkan satu hari nanti, tetapi menegaskan kerajaan harus terus membantu bakat-bakat terbaik kaum itu bagi memastikan wujudnya persekitaran bisnes yang berdaya saing. Perdana Menteri berkata Model Baru Ekonomi (MBE) menggalakkan tindakan afirmatif berdasarkan meritokrasi dan “kita harus menggalakan hak Bumiputera.”
Katanya, penyediaan kuota akan menggalakkan rasa puas hati, mengehadkan pertumbuhan ekonimi dan menguburkan bakat Bumiputera.
“Apa yang kita lakukan pada masa lalu ialah kita tidak menggalakkan mereka yang sesuai.
“Kita hendak mengetepikan (sistem) kuota tetapi kita mesti sokong mereka (usahawan Bumiputera) bagi membolehkan mereka berkembang maju,” kata beliau pada Khazanah Megatrends Forum 2011 di sini hari ini.
“Jika kita beri mereka kuota, apa yang berlaku ialah mereka rasa selesa dan kemudian tidak akan memperoleh kepakaran mereka,” katanya lagi.
Najib berkata sasaran ekuiti 30 peratus  Bumiputera tiada makna jika mereka terus menjual saham masing-masing.
Katanya, kini kerajaan sedang mencuba pendekatan berbeza dengan mencari Bumiputera yang “baik, teruji dan berdedikasi”, dan menyokong mereka untuk membolehkan mereka lebih berdaya saing.
Sebagai contoh kata beliau, Teraju baru-baru ini melancarkan program untuk melatih 1,100 syarikat Bumiputera kecil, mikro dan pertengahan di bawah program keusahawanan khusus.-M'insider

Apa yang Umno lakukan untuk bantu Bumiputera?Bagaiamana dengan saham Bumiputera yang berjumlah RM52 Bilion yang lesap.Siapa yang sapu.Melayu yang dapat duit saham tu bawa lari pi mana?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan