Ahad, 16 Oktober 2011

Kalau bulan bisa ngomong, bulan akan kata Tun Madey yang ajar Aziz Bari jadi 'kurang ajar'

Pertikai titah sultan: Enggan minta maaf tindakan kurang ajar-Meloya /Bernama

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keengganan Profesor Dr Abdul Aziz Bari memohon maaf serta menarik balik kenyataannya yang mempertikai titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan gereja di Damansara Utama Ogos lepas, ”sebagai kurang ajar”. Beliau berkata, kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bertentangan dengan moral masyarakat Timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam budaya Melayu.
"Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) Ke-11 hari ini.
Dr Mahathir, yang juga Canselor UTP, diminta mengulas kenyataan Dr Abdul Aziz yang disiarkan sebuah portal berita bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukan sesuatu tindakan yang lazim.
Abdul Aziz dilaporkan berkata, sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam. – Bernama

Kalau profesor Aziz Bari kurang ajar Tun Mahathir dan Umno 100 kali ganda lebih kurang ajar dan ajar rakyat jadi kurang ajar.Tun Madey pernah kata orang Melayu mudah lupa.Orang Melayu tak lupa apa yang Tun dah buat kepada raja dan sultan hingga jadi macam sekarang!

Umno jadi maksum dalam bab hina raja dan sultan.Betullah kata almarhum bekas Presiden Pas ustaz Fadzil Nor yang berdoa agar dipanjangkan umur Tun Mahathir agar dapat melihat sendiri taik yang dikucainya.Kini Tun sedang bermain-main dengan segala maluak dan taik yang ditinggalkannya.Tq Tun!

1 ulasan:

  1. biasa la abg misai...

    melayu yg 'gitu-gitu' jer cepat lupa...

    melayu baru x kan lupa...

    BalasPadam