Isnin, 17 Oktober 2011

Tolong baca terbalik

Najib :Sejarah buktikan pilihanraya Malaysia adil-M'inisder


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah memanipulasi pilihan raya umum di Malaysia supaya kemenangan sentiasa berpihak kepada parti itu. Kata Najib (gambar), jika pilihan raya di Malaysia boleh dimanipulasikan dengan mudah, tidak mungkin BN akan menyerahkan Selangor kepada pembangkang dan Kelantan terus kekal di tangan PAS.
“Walaupun kita tidak manipulasikan, dia tetap akan pusing. Jadi kalau kita tidak jawab dengan baik, orang akan fikir bahawa kita telah memanipulasikan pilihan raya dan gunakan instrumen negara seperti tentera,” katanya semasa berucap pada majlis penutup Konvensyen BN Negeri Sembilan di sini, hari ini.
Tuduhan bahawa BN menggunakan instrumen negara dan memperalatkan pihak tentera juga adalah tidak benar, kata Presiden Umno ini.
“Undi tentera pun kita tidak boleh jamin, ada undi tentera kita kalah, tentera itu bila kita lalu depan dia, dia tabik kita, tapi sampai pilihan raya kita kalah,” katanya.
Najib berkata salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Chandra Muzaffar, yang pernah bertanding atas tiket PKR pernah mengaku kepada beliau walaupun dia tewas di Bandar Tun Razak tetapi dia dapat kelebihan undi tentera di kawasan itu.
Chandra kini merupakan Pengerusi Yayasan 1Malaysia.
Najib berkata, Chandra sendiri menempelak bekas parti yang pernah diwakilinya bahawa tuduhan terdapat penipuan dalam pilihan raya adalah satu pembohongan yang dibuat oleh pembangkang.
“Bila tentera buang undi dia masuk dalam peti undi, akan ada wakil pembangkang menjadi pemerhatinya. Silap sikit dia akan protes, walaupun kita tidak manipulasi tapi dia pandai pusing,” kata Najib.
Kewujudan pihak tentera dan kakitangan kerajaan masih belum lagi membolehkan wakil BN menang secara automatik, katanya.
Apa yang berlaku ialah pembangkang tidak ada jawapan apabila kerajaan mengumumkan pelbagai dasar transformasi yang membolehkan BN mendapat momentum politik, kata Najib yang juga Pengerusi BN.

Di Selangor dalam pru 11 tahun 2004 ditambah masa selama dua jam.Apa tujuannya jika bukan untuk menipu.Jika pilihanraya dijalankan secara adil sudah lama BN berkubur bukan hanya 5 negeri yang ditawan PR dalam pru 12.Bagaimana dengan pengakuan bekas anggota tentera yang kata saya pangkah semua ketas undi.Kalau tak betul tolong saman
Lepas tu baca:
Bekas tentera mengaku tolong pangkah undi-Harakahdaily 17 Ogos 2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxT1z6u1pl9Ik_1fWQrHmIXE5uIHZOXRQeWcFX4F6aJldTpjvLeVtHgtYVZNWNNxvCbCQsz73MQj9QtzPPzOrQHxyRZktNVe_1ryXnzdSvXK1lKFFux0nZ7qa7yR2_3YvYj9arBS-EfkI/s1600/saya+yang+pangkah+semua+undi+POS.jpg
Kenapa BN takut dengan 8 tuntutan ini?Hingga kini 8 tuntutan ini satu pun Bn tak buat.Buat-buat bodo ada la.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan