Scorpene:Najib akan disepina Mahkamah Perancis -Suaram-Keadilan Daily
Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan disepina di mahkamah
Perancis bagi membantu perbicaraan rasuah pembelian kapal selam
Scorpene.
Cytnhia berkata, ia berhubung urusniaga membabitkan pemberian komisen
kapal selam berkenaan yang dilakukan pada 2002 ketika Najib menjadi
menteri pertahanan.
“Kita ada bukti cukup kuat untuk memulakan perbicaraan, individu terlibat akan disepina ke mahkamah,” kata Cynthia.
Katanya, perbicaraan itu tetap akan berlangsung di Perancis walaupun
terpaksa ditunda daripada tarikh asal iaitu September lalu.
“Kita jangkakan perbicaraan boleh bermula September, tetapi peguam
memberitahu ada sedikit masalah di Perancis kerana ada pihak cuba halang
kes ini daripada diteruskan.
“Kita tidak tahu samada pihak di Perancis atau pihak dari Malaysia,
kita tunggu. Kes ini akan berlangsung,” ujarnya ketika ditemui Suara
Keadilan Jumaat lalu.
“Peranan saya sebagai panel, peguam akan beritahu mengenai kes, dan
saya akan beritahu mengenai isu-isu rasuah yang melibatkan pembelian
peralatan keselamatan dan pertahanan negara,” tambah beliau.
Menurut Cynthia, selain menghadiri forum tersebut, beliau dijadualkan
bertemu dengan peguam-peguam yang dilantik Suaram bagi mengetahui
perjalanan kes.
Jumaat lalu, beliau berlepas ke London bagi menghadiri forum di
Universiti Holborn, bagi memberi penerangan kes itu kepada hadirin di
sana tentang perjalanan kes rasuah itu bersama peguam kedua yang
dilantik Suaram, Joseph Breham.
Selaku ahli panel yang bertindak mewakili rakyat Malaysia, beliau
turut mendedahkan rasuah lain yang turut melibatkan pembelian peralatan
pertahanan negara.
Cynthia juga dijadual menghadiri mesyuarat dengan tiga peguam yang terlibat dalam kes ini pada hari ini dan esok.
“Kita akan bincangkan secara mendalam selain akan ditemuramah oleh media dari Perancis,” katanya.
Permohonan Najib-Rosmah diputuskan Khamis-Malaysiakini
Permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin
Seri Rosmah Mansor, untuk mengketepikan sepina yang mahu mereka tampil
memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri
Anwar Ibrahim sebagai saksi pembelaan akan diputuskan pada Khamis ini.
Sehubungan
itu, hakim Makamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah
juga mengarahkan perbicaraan kes liwat II itu bersambung esok.
Pada perbicaraan hari ini, peguambela utama Karpal Singh berkata sepina
itu bertujuan mendapatkan penjelasan berhubung mesyuarat pada 24 Jun
2008, berikutan satu pertemuan yang diaturkan oleh pembantu Najib, Datuk
Khairil Annas dengan pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Menurut
Karpal, semestinya perdana menteri membincangkan pelbagai perkara dalam
tempoh setengah jam hingga satu jam pertemuan itu.
Katanya,
adalah pelik bagi Saiful tidak melaporkan dakwaan kejadian liwat itu
kepada pihak polis tetapi memilih untuk berjumpa dengan Najib.
"Bantuannya
(Najib) diperlukan. Keterangannya penting kerana sebagai orang Islam,
beliau pergi ke Permatang Pauh pada Ogos 2008 dan menafikan beliau ada
kena mengena dengan kematian (warga Mongolia) Altantuya (Shaariibuu)."
Sementara itu, menurut Karpal lagi, pertemuan isteri Najib,
Datin Seri Rosmah Mansor dengan rakan Saiful, Mohd Rahimi Osman, penting
bagi membela Anwar.
Katanya, pegawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira juga telah merakamkan kenyataan daripada Rosmah.
"Ini tidak dinafikan oleh Rosmah."
Karpal
berkata terdapat 112 kenyataan yang ditandakan sebagai dokumen istimewa
dan pihak pembelaan tidak mempunyai akses terhadapnya.
"Justeru, Rosmah mesti tampil ke mahkamah kerana itu sahaja peluang yang tinggal bagi Anwar.”
"Kami
berdoa Yang Arif menolak permohonan yang dibuat oleh Najib dan
isterinya,” kata Karpal sambil menambah perdana menteri juga telah
menimbulkan bukti lain pada pertemuan tersebut.Sementara
itu, berdasarkan penghujahan yang dibacakan di hadapan hakim Datuk
Zabidin Mohd Diah, peguam pasangan itu, Hisyam Teh Poh Teik berkata
saksi yang dipanggil harus mempunyai maklumat yang relevan.
Dalam
kes ini, menurut beliau keterangan yang akan diberikan perdana menteri
dan isteri sekiranya menjadi saksi tidak akan membantu perbicaraan.
"Persoalan sama ada mereka boleh beri maklumat yang relevan dan bukan disebabkan pendakwaraya menawarkan mereka sebagai saksi.
"Pada
pandangan saya, mana-mana pihak tidak ada hak secara automatik untuk
memanggil seseorang sebagai saksi. Ia adalah bidang kuasa mahkamah untuk
menentukan saksi yang dicadangkan adalah relevan sebelum memberikan
bukti. Ini bagi memastikan bukti maklumat tidak menyimpang daripada isu
perbicaraan," kata Hisyam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan