Sabtu, 29 Oktober 2011

Selepas bakar pintu pagar rumah Mat Sabu kini hantar peluru nak bunuh Aziz Bari

Profesor Aziz Bari terima peluru nota ugutan bunuh-M'insider

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari yang sedang disiasat oleh tiga pihak berhubung kenyataannya tentang titah Sultan Selangor menerima peluru dengan ugutan bunuh hari ini. Aziz menerima sebutir peluru yang dihantar menerusi sampul surat ke rumahnya di Bandar Baru Selayang dekat sini kira-kira 11.45 pagi tadi.
“Saya menerima sampil surat dengan sebutir peluru, dengan nota berkata ‘jangan kurang ajar dengan Sultan, maut nanti’,” kata Aziz kepada The Malaysian Insider.
Aziz berkata beliau akan berhubung dengan peguamnya untuk tindakan susulan termasuk membuat laporan polis.
“Saya ada majlis di Ipoh, saya akan membuat laporan polis nanti... anda boleh menghubungi peguam saya untuk maklumat lanjut,” kata beliau yang disiasat oleh pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya tentangt titah Sultan Selangor awal bulan ini.-M'insider.

Pada bulan September lalu ada pihak tertentu cuba membakar rumah Mat Sabu Timbalan Presiden Pas di seksyen 19 , Shah Alam.Nasib baik kebakaran rumah Mat Sabu itu hanya sempat membakar pintu pagar rumah saja kerana jira-jiran Mat Sabu yang melihat kejadian tersebut pakat memadamkan api yang dipercayai dilontar dengan bom petrol.


Kini profesor Aziz Bari pulak dapat ancaman bunuh.Bercakap dan kritik raja berdasarkan perlembagaan Malaysia pun nak kena bunuh?Habis apa yang boleh cakap mengenai Raja?Banyak lagi mulut yang celupar kepada raja termasuk Umno sendri yang gelar raja dengan Natang (binatang) di Terengganu tapi tak dapat peluru dapat jadi wakil rakyat ada la.

Bagaimana yang hina dan celupar terhadap hukum Islam kata hukum Islam tak adil, zalim tak mau hantar peluru ka?

 Baca di sini.

1 ulasan:

  1. Nampaknya Raja lebeh mulia dr Rasullullah SAW dan juga lebeh tinggi darjat dr hukum2 yg Allah tetapkan. Madey dan CSL secara terang menghina hukum2 Allah namun tidak seorang pun bangsa melayu yg konon beragama Islam menghantar peluru kepada mereka. Tapi anda akan di ugut bunuh jika anda menghina Raja2...ye Raja2 yg juga ketua Agama Islam negeri2 yg juga tidak kedengaran memberi 'tunjuk ajar' kepada mereka2 yg menghina Islam. So, please la kpd yg yg menghantar ugutan dan peluru kpd Aziz Bari, berfikir sebagai org Islam bkn sebagai org melayu shj. Tak salah utk mempertahankan Raja2 namun anda lebeh mulia jika anda mempertahankan Agama Islam.

    BalasPadam