Di Malaysia semalam berita paling malang melanda negara ini apabila pakar perlembagaan dan undang-undang profesor Dr Aziz Bari digantung jawatan oleh pihak pentadbir Universiti Islam Antarabangsa hanya kerana menjentik dan bagi pandangan kepada raja.Beliau tidak mencarut, maki hamun raja cuma bagi pandangan dan terus digantung jawatan oleh pihak UIA.UIA macam dirasuk Mat Kotak Ezam yang buat laporan polis terhadap Dr Aziz Bari.Seperti yang saya katakan undang-undang duduk dalam mulut Umno bukan berdasarkan budibicara pihak UIA.
Hari ini beratus-ratus pelajar bangun berdemontrasi membela Dr Aziz Bari di UIA.Ini sudah bagus.Pelajar tidak lagi takut suarakan pandangan dan bantahan mereka.Kalau wanita Yaman berani melawan dan dipenjarakan kita anak muda jangan jadi Mat Pondan! Ayuh lawan dan lawan.
Siswa berdemo desak tarik balik gantung tugas Aziz Bari-Malaysiakini
Tidak kurang 700 mahasiswa hari ini berhimpun bagi membantah tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

Mereka melaungkan “Hidup Ilmu”, “Lawan Kezaliman”, “Bebas Aziz Bari” dan menuntut kebebasan akademik di universiti khususnya di kampus berkenaan dipelihara.
Mereka yang berang itu menyokong dan mendokong Abdul Aziz serta mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu.
Sewaktu hendak berarak menghantar memorandum, berlaku kekcohan apabila pengawal keselamatan universiti cuba menghalang mereka daripada menuju ke pejabat rektor UIA, menyebabkan berlakunya tolak menolak berlaku.
Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.
Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.
Sebelum itu, sejak tengahari tadi, pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang UIA manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut.
Menurut seorang pengawal keselamatan, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk.

"Kami terima arahan tak benarkan orang awam dan media masuk hari ini,” kata pengawal keselamatan itu.
Pagi tadi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Rektor UIA Prof Datuk Zaleha Kamarudin menarik balik hukuman terhadap pakar perlembagaan itu.
Mereka menuntut penggantungan tersebut ditarik balik dengan kadar segera "bagi memulihkan imej UIA sebagai institusi akademik yang disegani".
Mereka juga mendesak agar pihak universiti mengadakan siasatan secara adil terhadap kenyataan akademik Abdul Aziz dan bukan melalui "tekanan undang-undang-undang yang bercanggah dengan prinsip akademik".

Memondum tersebut disokong oleh sembilan ahli gabungan dalam SMM antaranya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pro Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).Berita dan gambar oleh Malaysiakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan