Selasa, 11 Oktober 2011

Isu Bob Lokman: Kalau kita jadi kurang ajar baru depa ada otak

Saya memang geram dengan Jais dalam bab tauliah-tauliah mengajar kat masjid di Selangor ni..Sikit-sikit tauliah dijadikan alasan untuk menahan mana-mana penceramah dan pendakwah yang tazkirah dalam masjid.Jais hanya kira kuasa yang depa ada tapi depa lupa kata kuasa Allah SWT Maha Besar daripada segala kuasa yang depa ada.Jais dan si penguasa yang mengaku kata berkuasa kena ingat setinggi mana pun kuasa yang hang pa ada semua mentekedarah duit rakyat bukan duit yang keluar daripada lubang jamban dalam rumah sendiri.

Jais guna kuasa yang mereka ada tahan penceramah tak ada tauliah dengan jadikan alasan  ini arahan daripada pihak atas, arahan daripada Sultan.Sama la macam polis yang selalu hadir dalam ceramah PR halang majlis ceramah dengan alasan tak ada permit dan kata kami hanya jalankan tugas, ini arahan, arahan, arahan eeeeeeee!Tapi bila geng Perkasa dan gerombolan ganggu ceramah PR dengan baling batu dan botol air tak pulak berani bertindak.

Masjid bukan hanya tempat bicara soal haid dan nifas berbahas bertahun-tahun sampai terkoyak kitab.Tapi masjid jadi fungsi yang lebih besar daripada tu.Kalau setakat artis macam Bob Lokman cerita kisah hidup beliau daripada A-Zuntuk dijadikan pengajaran kena ada tauliah , lepas tu kena tangkap dan kena dakwa apa kejadahnya Jais ni?

Umat Islam yang mahu hampir dengan kebaikan kena ada tauliah dan dihalang tapi kalau duduk dalam dunia maksiat dan kejahatan ok dan tak perlu tauliah.Puak-puak yang mengaku Islam tapi  hina hukum hudud , hukum Allah SWT kata kejam dan zalim semakin bermaharajalela tak perlu tauliah malah semakin dapat sambutan! Puak-puak ni yang patut didakwa dan disuruh bertaubat sebab dah terkeluar daripada Islam.Puak-puak ni dapat tauliah free dan tauliah untuk masuk api neraka Allah SWT jika tak bertaubat.

Sebenarnya kita kena berani lawan dan melawan .Kurang ajar kena dibalas dengan kurang ajar baru depa ada otak.

Kata Bob Lokman kepada Harakahdaily"Saya tidak kira soal larangan dari Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini."Tauliah itu bukanlah satu perkara yang penting. Perkara yang penting bagi saya adalah melakukan pekerjaan yang baik iaitu kerja-kerja Islam.

"Jadi, kenapa mesti ada sekatan ke atas saya dan kenapa pula saya mesti patuhi sekatan-sekatan itu, sedangkan yang saya sampaikan kepada orang ramai itu adalah perkara yang betul," katanya.  "Saya juga tidak merasakan perlu mematuhi arahan itu kerana pada saya mereka yang melakukan tangkapan ke atas saya itu bukan melakukan kerja untuk agama, tetapi untuk Umno," katanya.

Sebelum beliau ditahan dan dibawa ke balai polis, menurutnya, beliau telah bertanyakan beberapa soalan kepada Kadi Hulu Langat tetapi soalan-soalan tersebut tidak dapat dijawab oleh kadi berkenaan.

"Mereka yang datang untuk menangkap saya itu juga mengakui saya tidak menyampaikan perkara yang salah di dalam ceramah saya itu tetapi hanya kerana tanpa tauliah.

"Pada saya, apa yang dilakukan ke atas saya itu jelas arahan politik. Jadi tak perlulah saya ikut arahan mereka itu, malah pada saya mereka bukanlah orang yang wajar saya hormati," katanya.

Beliau secara tegas menjelaskan, mereka yang melakukan tangkapan dan mengenakan sebarang larangan terhadap seseorang yang melakukan pekerjaan baik untuk Islam bukanlah pihak yang wajar dihormati.

Menyentuh tentang tauliah untuk menyampaikan ceramah, beliau juga menegaskan tidak perlu baginya untuk mendapatkan tauliah tersebut kerana tindakan itu juga jelas mempunyai kaitan dengan permainan politik Umno BN.

"Amat pelik dengan apa yang dilakukan ke atas saya. Saya ditangkap setelah saya selesai menyampaikan ceramah. Pada hal jika mereka tak mahu saya berceramah di masjid itu, mereka sepatutnya menangkap saya sebelum berceramah.

"Saya pula hadir ke majlis itu atas undangan. Kalau saya dilarang berceramah sebelum saya masuk ke masjid oleh pihak Jais, saya tak akan berceramah.

"Jadi, ini amat jelas tangkapan atas arahan politik Umno BN, bukannya tangkapan kerana kerja-kerja Islam, manakala saya pula melakukan kerja-kerja Islam, jadi tak perlulah saya ikuti arahan mereka itu," tegas beliau.

BOB LOKMAN: Jais perlu lebih terbuka-TVSelangor.com

Berikutan penahanan artis popular Bob Lokman oleh Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) ketika memberi tazkirah di sebuah surau di Hulu Langat mengundang reaksi pelbagai pihak.Antaranya Ketua Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman yang mengesa JAIS agar lebih bersikap terbuka dalam menjalankan tugasnya sebagai institusi yang memperkasakan Islam di negeri ini.
Dr Rani menjelaskan pihaknya tidak mempertikaikan tindakan JAIS menghalang penceramah yang tidak bertauliah, tetapi usaha ini dikhuatiri mengekang proses pembelajaran agama di negeri ini.

"Kes-kes seperti ini JAIS sepatutnya terlebih dahulu dengar ceramah tersebut, sekirannya orang itu berceramah tidak betul, tegur golongan itu.

"Saya sendiri sebagai Pesuruhjaya PAS tidak setuju dengan ceramah berunsur politik kepartian di dalam masjid mahupun surau, tetapi sekirannya ceramah itu bersifat politik Islam ia tidak menjadi masalah.
"Siapa yang menyatakan politik berasingan daripada Islam, maka golongan itu perlu mengucap kembali," katanya.
Bob Lokman dipercayai ditahan atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah dan dibawa ke balai polis berdekatan.
Penulis lirik lagu Isabella itu difahamkan mencerita pengalamannya sewaktu bergelumang dengan kegiatan seni kepada hadirin surau itu malam tadi.
Dr Rani yang juga ADUN Meru berpendapat tindakan JAIS menggunakan alasan tiada tauliah sebagai menghalang sesorang dari berceramah dilihat kurang tepat.
"Sekirannya benar Bob Lokman bercakap benda yang tidak betul, beritahu, jangan terus tangkap, kalau benar Bob Lokman salah dakwanya di mahkamah, soal tahan seseorang dengan alasan tanpa tauliah, itu tidak berapa tepat,"jelasnya.
Usaha TVSelangor bagi menghubungi JAIS untuk mendapatkan reaksi mereka masih belum berhasil.
Sebelum ini, Pengarah JAIS, Tuan Haji Marzuki Hussin berkata pihaknya tidak membenarkan mana-mana ahli politik dari mana-mana parti untuk berceramah dan berpolitik di masjid sejajar dengan titah Sultan Selangor yang tidak mahu masjid menjadi gelanggang politik.
Marzuki menjelaskan sekiranya ahli politik dipanggil untuk mana-mana upacara mahupun perasmian yang bertempat di masjid dan surau haruslah dibuat dipekarangan premis tanpa ucapan berunsur politik dan lambang parti.
"Kita telah mengeluarkan surat edaran dan peraturan masjid, ianya hanya dibenarkan diluar pekarangan masjid tanpa sebarang lambang mana-mana parti politi, banner mahupun risalah politik dan ucapannya bebas dari unsur politik," jelas Marzuki.
Susulan daripada itu, pihak JAIS tidak akan memperbaharui tauliah kepada mana-mana ahli politik yang sebelum ini memiliki sijil tersebut daripada pihaknya..

Baca juga di sini.

3 ulasan:

  1. orang agama di negeri kita lebih suka kalau kita lompat atas pentas, tanggal baju, nyanyi dan jerit kuat-kuat. pas tu jerit, "dah makan ke belum!?" atau bertanya dengan lantang: "Dah makan ke belum?" Tak dengar pun! Baiklah...seterusnya saya akan menyampaikan sebuah lagu ciptaan saya sendiri berjudul TAULIAH ABADI, lagu dan lirik oleh saya sendiri, dan inilah lagunya... inilah yang orang suka, tak perlu tauliah pun. maknanya program sesat begini lebih diutamakan ketimbang program di masjid dan surau. ini tanda akhir zaman.

    BalasPadam
  2. hai kenapa bila terjadi sesuatu disalahkan UMNO..kan selangor ditadbir oleh pakatan dan kenapa MB tak minta kebenaran drp SULTAN supaya JAIS jgn ganggu tugas orang PAS.Ini menunjuk yang PAS tak ada power.

    BalasPadam
  3. pada pendapat aku, tauliah ni perlu diambil oleh bob lokman bagi mengelakkan timbul salah faham oleh orang ramai berikutan isu ajaran sesat yang semakin berleluasa terutamanya di negeri selangor.

    BalasPadam