Empat menag kes cabar AUKU dan UKM , mahkamah putus canggah perlembagaan
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Akta Universiti dan Kolej
Universiti yang melarang penuntut universiti menyertai politik
bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan — keputusan yang dilihat
bersejarah dalam undang-undang melibatkan pentadbiran dan pengurusan
institusi pengajian tinggi negara ini.
Mahkamah membuat keputusan 2-1 dalam permohonan yang dibawa oleh
empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencabar peruntukan
15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Permohonan itu dikemukakan awal tahun lalu selepas mereka dikenakan
tindakan oleh UKM kerana berada di Hulu Selangor ketika pilihan raya
kecil kerusi itu April 2010.
Keempat-empat pelajar itu sudah pun menawatkan pengajian mereka dan menerima ijazah pada majlis konvensyen September lalu.
Keputusan 2-1 itu dikurniakan oleh Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd
Yunus dan Datuk Linton Albert memihak kepada plaintif — kini bertaraf
bekas penuntut UKM. Kes rayuan itu turut didengar oleh Datuk Wira Low
Hop Bing.
Keempat-empat mereka turut telah dihadapkan di mahkamah UKM kerana
disyaki terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor tetapi
telah bebas tuduhan awal Ogos 2010.
Mereka berempat, ketika itu pelajar jurusan sains politik, ditahan
oleh polis di Pekan Rasa dan Ampang Pecah, Hulu Selangor pada 22 April
2010.
Mereka terdiri daripada Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai,
Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adzha sebelum ini
mendakwa tindakan tatatertib yang dikenakan oleh UKM bagi kesalahan
mengikut Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti, adalah
tidak berasas dan tidak sah di sisi undang-undang.
Justeru mereka mencabar seksyen itu yang didakwa bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
Keempat-empat mereka diwakili oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar, Ashok Kandiah dan Hariss Ibrahim.
Sementara itu, pihak defendan terdiri daripada kerajaan Malaysia,
Kementerian Pengajian Tinggi dan UKM diwakili peguam Datuk Muhammad
Shafee Abdullah.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Woon berkata Mahkamah Rayuan
membuat keputusan 2-1 yang memihak kepada permohonan difailkan mereka
tahun lalu dan memutuskan tindakan melarang pelajar menyertai politik
bercanggah dengan Artikel 10 Perlembagaan.
“Ini satu keputusan yang bersejarah, keputusan tanda aras dalam
sejarah... ia melibatkan perjuangan pelajar dan kepentingan publik,”
kata beliau sambil menambah pihaknya memutuskan untuk tidak menerima
ganjaran kos yang diputuskan oleh mahkamah hari ini.
“Mahkamah ada meminta kami jumlah kos yang ingin dituntut. Tetapi
kami memutuskan untuk tidak mengambil ganjaran kos ini sebab kes ini
melibatkan kepentingan orang ramai, kami tidak mahu ganjaran. Kami hanya
mahu kepentingan orang ramai khususnya pelajar dipelihara,” kata Woon
lagi.
Dalam pada itu, Hilman berkata keputusan hakim adalah sejarah kerana kali pertama perjuangan mahasiswa diiktiraf oleh mahkamah.
“Hakim mengulas bahawa generasi muda harus diberi peluang membuat
pilihan dan keputusan sendiri dan ini adalah keyakinan saya sekian lama
kerana generasi muda harus belajar membuat pilihan dan keputusan sendiri
sebelum membuat keputusan untuk negara dan bangsa sebagai pimpinan
negara pada masa depan,” katanya.-Themalaysianinsider
apa kata sultan johor?
BalasPadamkapla banar misai merah atas bawah
BalasPadamBUKTI PERUNDANGAN MALAYSIA ADIL TIDAK MENGIRA BULU
BalasPadamtapi rasanya x kan habis kat cni.. mesty Kerajaan Malaysia, KPM, UKM akan jadi appealed nak cabar diorang balik (jadi responded) kan??
BalasPadam