Bergasak lagi di ceramah NS-Malaysiakini
Satu kumpulan yang mendakwa mewakili veteran tentera yang cuba
mengadakan protes berhampiran tempat ceramah pembangkang di Rembau,
Negeri Sembilan malam ini telah dihalang oleh penyokong Pakatan Rakyat.
Ianya
bermula apabila sekumpulan 200 orang - yang dikenali sebagai Gerakan
Memartabatkan pejuang Negara - cuba berarak ke tempat ceramah di Kampung
Pulau Bintongan.
Menurut laporan Harian Sinar hari ini,
kumpulan itu mahu mengadakan demonstrasi terhadap timbalan presiden
PAS, Mohamad Sabu, yang merupakan penceramah utama malam ini.
Tetapi ketika menghampiri tempat itu, mereka berdepan dengan para penyokong Pakatan Rakyat yang cuba menghalang mereka.
Kedengaran salah seorang penyokong Pakatan melaung meminta mereka jangan datang dan membuat kacau di situ.
Kira-kira jam 9.30 malam, suasana menjadi panas dan beberapa individu dari kedua-dua pihak mula bergasak.
Keadaan
itu berlaku selama kira-kira 30 minit sebelum ketua PKR Rembau, Badrul
Hisham Shaharin berunding dengan kumpulan tersebut.
Kumpulan tersebut tetap bertegas untuk dibenarkan menemui Mohamad bagi menyerahkan nota bantahan mereka.
Akhirnya, penyokong Pakatan bersetuju membenarkan dua wakil kumpulan itu masuk dan menyerahkan nota tersebut.-Malaysiakini
Sementara itu blog pulakdah.blogspot.com melaporkan geng Perkasa lari lintang pukang kerana diasak penyokong PR..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan