Selasa, 4 Oktober 2011

Orang Islam hina Islam lagi hina daripada babi dan anjing

Tun Mahathir yang terus menerus bercakap soal hukum Islam berdasarkan akal semata-mata berkata;

Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: “Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah.”
“Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata (Datuk) Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara.
“Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel... adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.
“Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama,” kata beliau lagi.
“Kerajaan bukan tidak setuju dengan hukum hudud tetapi keadaan dalam negara kita tidak sesuai. Berapa banyak negara Islam yang benar-benar melaksanakan hukum hudud,” soal Dr Mahathir.-The malaysian insider.

Hanya ayat-ayat basi macam ni saja yang mampu dilontarkan gerombolan Umno bila timbul isu Hudud.Ayat lain tak dak dah.Pemimpin Umno yang lain pun sama termasuk Najib yang kata Malaysia tak akan laksana Hudud.Lepas tu cabar Kelantan laksana Hudud.Habis Kelantan tu bukan Malaysia ka.Kelantan tu dok dalam jajahan Siam ka?Semuanya hanya sekadar untuk perleceh dan perlekeh hukum Islam saja bukan ada niat lain pun.Kalau takat kata Malaysia negara berbilang kaum tak sesuai laksana Hudud tu dah lama dah dengar.

Habis nak heran apa kalau orang kafir yang tak tau apa pasal Islam tentang keras hukum Islam kerana yang mengaku Islam lagi kuat hina hukum Allah SWT?Bukan bincang , cari jalan termasuk dakwah kepada orang Islam betul-betul faham hukum Allah SWT tapi secara terbuka cakap kepada orang Islam dan orang kafir kata hukum Islam ni tak layak, tak sesuai, Kalau Abu Lahab dan Abu Jahal lawan Nabi Muhammad SAW kerana bawa ajaran Islam kepada masyarakat Arab Quraish kerana mereka bukan Islam dan jahil tentang Islam tapi kalau orang Islam yang mengaku Islam mengucap dua kalimah syahadah kata Islam , hukum Islam tak sesuai buat apa jadi orang Islam?

Binatang dan seluruh alam yang dicipta Allah SWT pun sentiasa berzikir kepada Allah SWT tapi kita makhluk yang bernama manusia , ada akal jadi hina kata hukum Islam tak sesuai dan tak layak.Tak mau buat sudah la yang cakap macam sial tentang hukum Islam buat apa?

Tiap-tiap tahun buat pertandingan baca al-Quran peringkat antarabangsa apa tujuannnya?Dalam masa yang sama orang Melayu -Islam jadi juara hina hukum Islam.Umno bukan  takat mengaku jadi juara orang Melayu tapi juara hina hukum Islam!Mengaku jadi juara hina Islam boleh tempah tiket masuk Neraka Allah SWT.Buatlah, hinalah ,cercalah, kuntau lidah lah , putar belitlah puas-puas hukum Allah SWT selagi hayat dikandung badan.Tapi ingat wahai Bani Melayu janji Allah SWT terhadap orang cerca dan hina hukumNYA tetap ada habuan yang menunggu bila nyawa dah terputus di halkum.Ingat kita hanya mahkluk bukan pencipta.Mungkin orang Melayu yang jadi kepala  hina Islam ni tak yakin kata dalam kubur ada siksa kubur.Na uuzubillah min za lik.

Melayu yang ngaku Islam tak makan daging babi dan anjing, tengok daging babi pun dah muntah , keluar semua isi perut tapi nak habaq bagi hang pa wooii kalau hina hukum Islam hang pa lagi hina daripada babi dan anjing! Seronokkah kita lihat orang Melayu dan kafir bersama-sama hina hukum Islam?
Baca juga;
Hudud;Pas dakwa MCA jahil, gesa usah buat kenyataan liar-M'insider

1 ulasan:

  1. akibatnya Mahathir lebih rela masuk agama lain selain Islam demi mengelakkan hudud...krah..krahh...krahhh apple lerrr weihhh!!!http://allanpakdoe.blogspot.com/2011/10/pocong-ini-bakal-gigit-kote-muhyiddin.html

    BalasPadam