di Terengganu.Bila rakyat Terengganu tak bagi karpet merah kepada Jati Hasan Ali mulalah si Hasan yang gunakan agama sebagai alat peribadi beliau terus menyerang Pas di Melaka negeri yang orang kata bernafas pun berbau Umno.Tapi tu dulu Melaka pun tak lama lagi dijangka turut akan meranapkan Umno dalam pru 13 akan datang.
Kerja Hasan Ali sekarang menakut-nakutkan orang Islam dan Melayu dengan jadikan isu agama sebagai senjata untuk orang Melayu benci Pas parti yang pecat beliau Januari lalu.Kata Hasan Ali seperti yang dlaporkan sinar harian online
Justeru kata beliau, cara dan gaya mempertahankan Islam pada era ini memerlukan pendekatan lebih bersifat semasa dan berkesan.
Tambah beliau, sepatutnya sebagai “parti alternatif” Pakatan Rakyat mempelopori pendekatan baru yang lebih berkesan dan meninggalkan cara lama yang mungkin sudah tidak sesuai untuk era ini.
“Malangnya hal ini tidak berlaku. Menyedihkan. Orang lain tertawakan cara kita, maka jangan hairan jika ada Muslim juga yang bertambah “keliru.
“Mungkin yang hendak masuk Islam menjadi terbantut, yang lemah iman tergugat. Maka jangan hairan jika benar ada yang murtad atau yang baru masuk ingin keluar semula. Siapakah punca langsung dan tidak langsung? Berhati-hati dalam isu ini,” kata beliau lagi.
Hasan Ali lupa semasa zaman Umno-BN ni lah nama Islam pernah dicadangkan untuk dihapuskan daripada digunapakai oleh pertubuhan Islam nasib baik Majlis Raja-Raja Melayu yang jadi Ketua Agama Islam tolak kalau dengar cakap Umno masa tu habislah nama Islam pada pertubuhan yang guna nama Islam.Nasib baik yang dengar ceramah Asan Ali tu orang Umno yang lupa sejarah!
Di Selangor semasa Umno-BN berkuasa dulu roboh surau di Bangi, kunci surau tutup surau di seksyen 8, Shah Alam jadi macammana nak azan!
Saya yakin jika Hasan Ali berterusan menakut-nakutkan orang Islam dengan Islam satu hari nanti Allah SWT akan tetap membalasnya.Logo Jati sendiri dah macam logo puak Setan siapa sangka boleh jadi macam ni?Teruskanlah agenda bercakap bohong ,kini dimana-mana pun orangramai mula pertikai percakapan Hasan banyak bohong daripada yang benar.Bak kata orang bohongnya semakin menjadi-jadi sebab dia rasa seronok kerana dia ingat rakyat percaya apa saja yang beliau kata.Betullah kata seorang ustaz dalam masjid ada orang seronok dapat PHD.Malah lagi seronok kalau ada dua PHD!