Selasa, 10 September 2019

Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno

Tahun 80an dulu , Ketua Cawangan Pas tempat aku pesan, "Kita orang Pas kena sebut Pas satu hari satu kali". Yakinnya Arwah kerana masa tu zaman lawan Umno...jangan masuk Umno tu dia suruh wirid2 Pas setiap hari.  Dia tak kedekut duit bagi satu orang RM3 habuan minyak motor . Zaman tu boleh RM3 kira banyak la rokok Benson 7 batang dah lepas.

Sekarang sudah tukar...setiap hari Ust Idris, Nik  Abduh berzikir berzakar di mulut depa Umno...Umno ..Umno sebagai tanda kasih dan sayangnya kepada Umno setelah Umno hancur di tangan rakyat pada Rabu 9 Mei 2018. Seruan Ust Idris setiap hari kepada walaun jangan lupa ke bangunan Umno PWTC hujung minggu ini.

Ust takut walaun tak ramai hadir dia yang lebih2 buat iklan jangan terpedaya dengan "penyokong Dap" 😁 nak halang walaun ke PWTC. Sebaliknya hang pa nak tau... pemimpin Umno pakat gelak tengok kelaku pemimpin Pas yang lebih Umno daripada Umno..jadi Ghurkha kepada Umno. Kesian...dalam politik kenakan Pas ..Umno memang cerdik sejak dulu lagi .

Tiada ulasan:

Catat Komen