Selasa, 30 April 2013

Lain kali tayang bagi banyak lagi video lucah kat markas BN

Siswi 'dicabul' penyokong BN disaran lapor polis
Pengerusi BN Johor Abdul Ghani Othman menggesa dua mahasiswa Kolej Universiti Selatan yang mendakwa dicabul penyokong BN dalam majlis dihadiri perdana menteri semalam tampil membuat laporan polis.

"Tapi kalau berlaku tolong buat laporan pada polis dan biar mereka siasat," katanya ketika ditanya pemberita.

Beliau bagaimanapun berkata, tuduhan itu "tidak semestinya betul siapa yang membuatnya".
Ghani berkata, beliau tidak sedar jika benar dakwaan itu berlaku walaupun hadir dalam program yang dirasmikan Datuk Seri Najib Razak di Skudai itu.

"Ia kawasan awam, kamu tahu. Tiada organisasi mampu melihat kemungkinan berlakunya insiden sebegitu. Ia sebenarnya (tanggungjawab) keselamatan oleh polis," tambahnya.

Dua gadis 19 tahun itu - dirujuk sebagai X dan Y - yang ditugaskan sebagai wanita pengiring bagi menyerahkan pen untuk perdana menteri menandatangani plak mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika keadaan sesak. 

"Kemudian ada seseorang sentuh punggung saya. Saya beritahu dia (Y) 'seseorang sedang sentuh saya'...," kata seorang daripadanya kepada Malaysiakini.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden kolej itu Thock Kiah Wah secara terbuka meminta maaf atas kejadian semalam, termasuk insiden gadis yang didakwa dicabul.

Permohonan maaf itu dibuat selepas 200 mahasiswa berkumpul dan menyatakan bantahan mereka, serta berkali-kali menuntut Thock meminta maaf.

"Semalam saya sudah minta maaf (secara peribadi kepada siswa itu). Hari ini saya minta maaf kepada semua orang. Hari ini saya minta maaf lagi," katanya.-Malaysiakini

Berita berkaitan;
Ketua Pemuda BN Terengganu:'Henti tayang video lucah'-Sinar harian online

Kalau tok guru Umno pun bubuh gambar lucah kat FB depa nak kata apa lagi

Semua dah beli insuran kalau tak menang ada depa nak cabut?

Ramai pemimpin besar Umno dan juga bekas jeneral dan polis yang berpangkat besar menyeberang masuk ke dalam Pas dan PKR.Tahniah! Cuma saya nak kata jika PR gagal berkuasa adakah mereka akan terus bersama Pas dan PKR selepas pru 13?

Terkini bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan telah dilantik sebagai Tuan  Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat.Sebelumnya bekas MB Selangor Tan Sri Muhammad Taib telah menyertai Pas.Dalam ceramah Tan Sri Muhammad Taib kata perjuangan Melayu tak ada dalam kitab suci Al-Quran.

Sudah 12 kali pru Pas ,PKR dan Dap tidak pernah mampu untuk tawan Putrajaya.Adakah mereka yang terjun masuk dalam PR ini sudah sedar dan merasakan bahawa BN pasti tumbang kali ni?Sama-sama kita tengok nanti.

Isnin, 29 April 2013

Zul Noordin..dengar apa pengundi India kata kat hang

Zulkifli Noordin bercakap bohong dan putar belit lagi dengan menyalahkan Pas dan PKR punca beliau hina agama Hindu.Sendiri bikin salah jari kasi tunjuk orang punya muka..Dai..thamby..poorrah.Dengar apa yang pengundi India Shah Alam kata kepada saya bila saya tanya beliau apabila Zul Noordin kata dia cakap hina agama Hindu kerana itu dan ini yang bernama Mr Ragu ;

"Terus terang saya cakap saya undi Pas sejak saya ada di Kulim lagi hinggalah kini saya didaftarkan sebagai pengundi di seksyen 24 ,Shah Alam.U jangan bimbang 5 Mei ini saya juga tetap akan undi Pas.Saya tahu apa kebaikkannya apabila saya undi Pas.Pas tak pernah hina agama Hindu.
Kita ni bangsa Malaysia kita kena jaga semua kaum,agama tu masing-masing dan kita faham Bahasa Melayu dan Islam dijadikan agama rasmi negara.Orang kalau suka cakap putar belit dan kaki bohong dia tidak akan menang.Tak ada bekas pemimpin negara macam Tunku Abdul Rahman ,Tun Hussein On ,Musa Hitam yang hina agama lain tak macam dengan apa yang terjadi sekarang.Saya memang ada tengok video Zul Noordin hina agama saya dan saya tahu dia memang kaki putar belit."

Seorang lagi pengundi India di Kepong Mr Guna ,bila saya tanya isu Hindraf yang kini dilihat mesra BN,dia kata kat saya,"Tu semua tak boleh pakai.Ini kali BN mesti kena punya..Tuhan ada jangan takut."


Agak-agak la kalau jumpa ular dengan Zul ni hat mana dulu hang pa nak buat 'kenduri'?
Bayangkan kalau orang Melayu dan pengundi atas pagar pun tak selesa dengan Zul Noordin takkan orang India nak terkena sekali lagi dengan si Zul ni?

Persoalan ini tak akan terjawab jika BN terus berkuasa

Inikalilah bukan lainkali,Kalau lain kali tunggulah 100 tahun lagi

Ahad, 28 April 2013

Pangkah Bulan kata Ustaz Azhar Idrus

Ceramah ustaz Azhar Idrus di Putrajaya;

Menjawab soalan parti mana yang perlu diundi, berikut ialah jawapan Ustaz Azhar Idrus.

“Kita jawab mudah. Kita duduk di atas padang. Pangkahlah di atas kepala tuan-tuan sendiri. Faham tak? Benda? Tu atas tu (Tangan Ustaz Azhar menghala ke bulan di atas langit). Atas langit tu, jangan pangkah dahi. Nampak tak?”

Hadirin jawab "nampak" sambil tergelak.

Ustaz Azhar menyambung jawapannya.

“Buat apa nak pangkah dia? Kerana dia bulan? Bukan. Kerana dia lawa putih gitu? Bukan. Kerana dia ada hijau di keliling? Tidak. Faham tak, tak kira apa warna pun, jikalau tulah yang nak kepada kebenaran, nak menegakkan manfaat yang boleh dikongsi bersama, nak menjatuhkan kebathilan, buat marilah logo apapun, kita akan sokong. Dulu, kini dan selamanya.

"Kebetulan inilah logo yang telah dipersetujui oleh ulamak-ulamak kita, tok-tok guru kita, ustaz-ustaz kita yang berjumlah ribuan di dalam Malaysia, maka kita bersetuju dengan logo ini di peti undi nanti. Bukan kerana logo tapi kerana partinya sudah menetapkan untuk menegakkan kebenaran,” tegas beliau.

Di majlis itu juga, pelakon popular Mustapha Kamal turut hadir bersama dengan lebih 100 rakannya ke Putrajaya menyatakan sokongan secara terbuka kepada calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa.Petikan laporan
Harakahdaily.

Sementara itu bekas Mufti Perlis menulis dalam twitter beliau;

Dr Mohd Asri @realDrMAZA 
"Air yang lama bertakung akan mula rosak. Manusia yang terlalu lama berkuasa juga demikian. Bila lihat tanda kerosakan, tukarlah."


Blogger Penarik Beca tulih dalam blog beliau;
Datang orang Vietnam, anjing dan kucing hilang...
Datang orang Bangla, gadis-gadis Melayu hilang...
Datang amoi China, suami-suami hilang...
Datang ahlil politik, wanita Mongolia hilang...
Datang polis, dadah hilang...
Datang pilihan raya umum, duit kerajaan hilang...
Kalah pilihan raya umum, dokumen hilang...
Keluar laporan sebenar, doktor hilang...
Cakap benar, keluarga hilang...
Besarkan tentera udara, enjin jet hilang...
Kalau hang undi Barisan Nasional, masa depan hang habis hilang... 
Undilah dengan bijak sebelum dengan hang-hang sekali hilang...


Saya nak tambah sikit lagi bukan takat kita hilang duit lembu NFC RM250 juta dan lembu pun hilang!

Sabtu, 27 April 2013

Kalau bab 'deal' Cikgu Pa memang hebat la

Saya malas nak komen bab perebutan kerusi dalam parti Pakatan Rakyat.Silap haribulan aku mencarut ja.Tapi la ni rasa lega la semua kira dah selesai.

PAS beralah, serah Kota Damansara kepada PKR-M'kini
PAS akhirnya beralah dan bersetuju menyerahkan kerusi DUN Kota Damansara untuk ditandingi calon PKR.
Keputusan itu dicapai selepas hampir seminggu parti itu berunding dengan PKR dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
"Selepas rundingan, saya mengumumkan bagi kerusi DUN  Kota Damansara, kami akan kembali kepada status quo seperti sebelum hari penamaan calon.

"Kerusi itu diperuntukkan kepada PKR," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di ibupejabat parti di Kuala Lumpur hari ini.

Oleh itu, katanya, calon yang bertanding di bawah tiket PKR akan menjadi wakil rasmi Pakatan Rakyat.

Penyandang kerusi tersebut, Pengerusi PSM, Mohd Nasir Hashim telah bersetuju bertanding bawah tiket PKR,  sehinggalah PAS turut meletakkan calonnya, Razali Ismail, pada hari penamaan calon.-M'kini

Cikgu Pa kalau bab deal ni memang dia hebat la kalau bab lain aku tak tahu la.Dia orang lama dalam politik ingat senang nak jatuhkan beliau haha

Jumaat, 26 April 2013

Bye-Bye Najib

Betul atau tidak hanya ini yang dapat dilafazkan..BYE-BYE NAJIB!
Kajiselidik: BN, Pakatan 'bersaing rapat' menjelang 5 Mei
Tinggal seminggu lagi menjelang hari pengundian, kajiselidik persepsi terbaru oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcede) menunjukkan BN dan Pakatan Rakyat bersaing rapat dan masing-masing dianggarkan mendapat 40 peratus sokongan rakyat.


Pengarah Umcedel, Prof Datuk Mohd Redzuan Othman (kanan) berkata perbezaan antara BN dan Pakatan dalam kajiselidik yang dijalankan antara 4 April - hari Parlimen dibubarkan - sehingga Sabtu lalu, hanyalah 5 peratus.

Bagaimanapun, Redzuan tidak mahu mendedahkan siapakah yang mendahului atau peratusan sebenar yang diperolehi dalam kajian Umcedel yang sebenar.

Menurutnya, peratusan pengundi yang belum membuat keputusan telah berkurangan daripada 21 peratus pada bulan Mac kepada 9 peratus pada bulan ini.

Katanya, pengundi Cina, yang sebelum ini merupakan majoriti dalam kumpulan 21 peratus itu, kebanyakannya telah memutuskan siapa yang hendak diundi.

Redzuan percaya pengundi yang belum membuat keputusan akan menurun kepada sifar peratus pada hari pengundian nanti.

Katanya, mereka akan didorong oleh beberapa hari terakhir kempen, sepertimana yang dilihat berlaku dalam pilihan raya umum 2008, di mana empat hari akhir kempen yang aktif oleh pembangkang telah mengakibatkan berlakunya tsunami politik pada 8 Mac.

Kajiselidik selama 18 hari itu merangkumi 1,407 responden di Semenanjung Malaysia sahaja. Mereka merupakan pengundi pelbagai peringkat umur dan tidak membabitkan pengundi di Sabah dan Sarawak.

Kajian ini telah dilakukan melalui temubual dengan responden, yang setiap satu memakan satu selama 30 hingga 45 minit.

Redzuan berkata terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi
pola pengundian pada 5 Mei. Hujan lebat pada waktu petang bermakna ramai yang tidak menghadiri sesi ceramah tetapi sebaliknya mendengar radio atau menonton televisyen.-Malaysiakini.Baca semua di sini.

Ada org sms macam ni kat saya;
Bubar parlimen RABU-Rakyat Akan Buang Umno 
Hari penamaan calon SABTU-Semua Akan Bersatu Tolak Umno 
Hari mengundi AHAD-Adalah Hari Akhir Datuk Najib
Tarikh mengundi 5-5-2013-Maka 55 tahun Umno-BN memerintah,2013 tahun Terakhir ..!:-)


Jika anda ada sakit jantung jangan tonton TV3,RTM1 & 2 yang dikawal regim yang lanjut usia.Biarkan regim tua ini membohongi bahawa regim tua Umno-BN masih kuat dan gagah.Hanya ada satu yang dapat selamatkan BN dalam pru 13 ini jika menipu dalam pilihanraya.

Kajian UM menunjukkan pengundi cenderung ke manifesto Pakatan-M'insider

Khamis, 25 April 2013

Satu sen dah tak guna jika BN terus berkuasa selepas pru 13

BN berkeyakinan besar bahawa depa akan terus berkuasa selepas pru 13, 6 Mei depan.Betul atau tidak hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui.Dia yang tentukan segalaNya.

Saya sering bertanya kepada kawan-kawan dan peniaga Cina parti apa yang depa nak pilih dalam pru 13 akan datang.Mereka secara terus terang dan tidak ada rasa takut lagi berkata nak ubah!80 peratus pengundi Cina tolak BN kata kawan saya yang berbangsa Cina.

Seorang peniaga kedai sparepart motor kata negara kita kaya semua ada tapi ramai rakyat masih miskin dan masih ada rumah yang tidak ada bekalan elektrik.Singapura apa pun tak ada tapi lebih maju daripada kita.Yang kaya pemimpin BN contoh Ketua Menteri Sarawak walaupun didakwa ada macam-macam kes salahguna kuasa kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.Dia juga kata apa kita nak takut tukar kerajaan di Putrajaya kalau kerajaan baru berkuasa tak tunai apa yang mereka janjikan lima tahun lagi kita ajar mereka cukup-cukup.

Dah banyak BN bagi kepada rakyat dalam bentuk tunai supaya pengundi undi mereka.Rakyat pulak yang dapat sedikit wang tunai rasa begitu besar dengan duit RM100-RM500.Najib secara perli pulak perbodohkan rakyat kata RM500 cukup untuk makan 12 bulan!Mereka ingat rakyat Malaysia bodoh-bodoh belaka macam lembu yang dicucuk hidung.

Jangan lupa segala wang yang disogok kepada rakyat bukannya percuma.Semuanya adalah wang rakyat dan pembayar cukai.Tidak ada satu sen pun duit poket pemimpin Umno-BN yang didakwa mereka tu semua pemberian BN!Ingat jika BN kembali berkuasa kita semua akan berada dalam keperitan yang tak akan tertanggung lagi.Sekarang ok la ..tapi lepas pru 13 kita akan rasa nikmat hasil undi yang diberikan kepada BN untuk kembali berkuasa.Saman AES sedia dikuatkuasakan sepenuhnya,minyak petrol akan dinaikkan harga.Inilah nikmat yang bakal kita semua rasa.Cuba perhatikan kini kenapa minyak diesel selalu saja tidak ada dan ditulis 'Habis' di stesen minyak?

Satu sen dah tak guna ,menyesal tiada gunanya jika BN terus berkuasa tunggulah 100 tahun lagi untuk lihat perubahan!Jangan mengeluh dan tumbuk meja di kedai kopi jika harga barang terus meningkat.Cegah sebelum parah bukan dah nyawa ikan baru nak menyesal.

Selasa, 23 April 2013

Lepas orang India cium Zul India MIC keluar parti,Hindraf tak mau cium Zul ka?

Selepas dicium India 104 ahli MIC Shah Alam keluar parti-Harakahdaily
Selepas media BN menyiarkan gambar seorang lelaki India mencium calon BN Shah Alam, Zulkifli Nordin,  Naib pengerusi MIC Shah Alam C Supayah bersama 104 pengikutnya keluar meninggalkan MIC.
Ia dibuat sebagai tanda bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana meletakkan Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam.

Perkembangan terbaru ini memberi tamparan hebat kepada BN terutamanya dalam misi untuk merampas negeri Selangor dan pemimpin utama MIC S Vell Paari juga pernah memberikan amaran sama sebelum ini, lapor The Malaysian Insider.

"Ya, hari ini saya hantar surat keluar parti... seramai 104 pengikut saya juga mengambil tindakan sama," kata Supayah apabila dihubungi laman itu.
Supayah yang memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MIC Shah Alam sejak 2009 juga memberikan tiga alasan mengambil langkah keluar parti, salah satu sebab utamanya adalah kerana faktor pengumuman

Zulkifli dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai calon BN di Shah Alam.

"Sebab pertama adalah kerana meletak calon Perkasa Zulkifli Noordin, dia sebelum ini telah menghina masyarakat India dan penganut agama Hindu.

"Bukankah itu jelas penghinaan?" kata Supayah lagi. 

Faktor kedua yang menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut adalah kerana tindakan Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Mohd Zin memijak kepala lembu pada tahun 2009 disamping tindakan calon BN Che Johan Che Pa di Pasir Mas yang memberikan laluan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut.

Zulkifli Nordin adalah Naib Presiden Perkasa.-Harakahdaily

Hahaha lagi banyak orang India cium Zul lagi banyak akan keluar parti.Cium la puas-puas.Hindraf tak mau cium Zul ka?:-)

Sementara itu saya diberitahu ada pemimpin Umno Shah Alam kata Zulkifli Noordin bukan 'Winnable candidate' tapi Zul Noordin ialah 'Wincable candidate'.

Kaki auta dan menipu Melayu, dah jadi kerajaan sementara baru umum nak tolong sekolah agama rakyat


Semua SAR disuntik dana - TPM

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan hasrat untuk memberi suntikan dana kepada kesemua sekolah agama rakyat (SAR) di seluruh negara yang menggunakan kurikulum Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran.
Timbalan Perdana Menteri berkata, mana-mana SAR yang memenuhi kriteria tersebut akan dikategorikan sebagai sekolah agama swasta yang layak menerima bantuan kerajaan.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, suntikan dana itu adalah untuk mengiktiraf sumbangan besar SAR dalam memperkasakan pendidikan Islam peringkat rendah dan menengah di negara ini.
"Saya telah berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang cadangan ini. Kami berpandangan SAR harus diberi bantuan dan sokongan._utusan Meloya

Saya tulis dalam FB saya.."
Orang Melayu masih sokong BN walaupun BN sekat bantuan kepada sekolah agama rakyat.Bila dah tersepit dan takut hilang undi dalam pru 13 maka Muhyiddin Yaasin kata kita akan suntik dana kepada SAR.Orang Cina dan India cerdik guna kuasa undi mereka untuk ajar BN.Orang India bangkit bila pemimpin Perkasa Zul Noordin hina agama Hindu.Kita takkan tak reti nak ajar BN?Muhyiddin hina kita dan janji nak tolong SAR bila jadi kerajaan sementara!"

Zul Noordin kaki penipu,almarhum Fadzil Nor pun tak percaya cakap dia kata Khalid Samad

Hanya Zulkifli Noordin yang mengeluarkan kata-kata perkauman ,kata Khalid-M'insider

Penyandang kerusi Parlimen Shah Alam Khalid Samad membuka tirai kempen dengan menyerang lawannya Datuk Zulkifli Noordin kerana mendakwa mempelajari sifat perkauman daripada Pakatan Rakyat (PR) dengan mengatakan dalam satu ceramah malam tadi tiada seorang pemimpin parti pernah didengar atau mengeluarkan perkataan sedemikian.
Dengan suaranya yang telah serak dua hari selepas Hari Penamaan Calon, Khalid menyelar dakwaan calon Barisan Nasional (BN) itu yang mendakwa membuat kenyataan perkauman semasa bersama PAS.
“Zul Noordin kata semasa dalam PAS, itu (perkauman) tarbiah PAS, kalaulah betul itu sikap PAS, tapi kenapa dia seorang saja yang cakap perkara perkauman macam itu?
“Beribu ahli dan kepimpinan PAS, tapi tiada satu pun yang bercakap macam dia cakap... dia seorang saja yang cakap. Betul?” soal Khalid Samad kepada orang ramai yang disambut dengan jawapan “ya”.
Majoriti masyarakat Melayu Shah Alam yang hadir memenuhi separuh dataran dengan beralaskan surat khabar dan tikar, disamping beberapa kumpulan kecil masyarakat India turut dilihat.
Khalid menambah individu seperti Zulkifli yang suka menipu sanggup mengampu pemimpin demi kepentingan politiknya, perkara sama pernah dilakukannya semasa menjadi peguam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan kes Liwat II lalu.
“Orang macam Zulkifli ini seorang penipu, sanggup membodek semata-mata kepentingan politiknya,” tambah ahli parlimen Shah Alam itu.
Khalid kemudiaan berkata sepanjang bersama PAS semua orang tahu tentang sikap Zulkifli yang suka menipu, malahan mengingatkan tentang nasihat bekas Presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Noor supaya tidak mempercayai naib presiden Perkasa itu.
“Saya teringat pesanan arwah Fadzil Mohd Noor ke atas individu bernama Zulkifli.
“Beliau berkata 10 daripada perkara yang Zulkifli cakap, 12 tidak boleh dipercayai,” katanya lagi dengan nada menyindir Zukifli Noordin.
Shah Alam merupakan ibu negeri Selangor dan memiliki majoriti penduduk Melayu dilihat menjadi kunci kepada pertarungan antara BN dan Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya 5 Mei depan, walau bagaimanapun Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi BN Selangor memilih untuk meletak Zulkifli sebagai calon BN di kerusi tersebut.
Khalid membidas kepimpinan Umno di Selangor sebagai sudah lumpuh sehinggakan Najib terpaksa mencampuri urusan negeri bukan tempat kelahirannya, malahan meletak calon bukan anak jati Selangor.
“Kenapa dia sangat yakin kata boleh menang 101 peratus? Kerana di hantar oleh Najib, tapi dia terlupa Najib bukan pengundi di Selangor.
“Meletak beliau di sini adalah penghinaan kepada Umno Selangor dan tidak menghormati rakyat di Shah Alam,” kata Khalid yang merujuk kepada masyarakat India Shah Alam.
Zulkifli merupakan penyandang ahli parlimen PKR di Kulim-Bandar Baharu tetapi kemudiaannya dipecat pada 2010.
“PKR dah tendang dia pada 2010, malahan Umno pun takut nak terima dia.
“Oleh itu, saya gesa rakyat pula kali ini menendang dia keluar,” kata Khalid lagi yang disambut dengan sorakan “boleh” orang ramai.
Turut hadir dalam program ceramah semalam adalah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan  Naib Presiden Salahuddin Ayub.
Video menunjukkan Zulkifli menggunakan perkataan “Keling”, yang masyarakat India rasakan sebagai penghinaan kaum, tersebar baru-baru ini, beberapa hari selepas satu lagi video menyaksikan beliau mempersoalkan seorang peniaga India mengapa tuhan Hindu tidak menyelamatkan kedainya daripada banjir, menyebabkan kemarahan penganut Hindu.
Zulkifli mengakui kesilapannya itu dan meminta maaf serta mendakwa mengeluarkan kata-kata tersebut semasa bersama PAS.-M'insider


Siakap senohong gelama ikan duri
Cakap bohong boleh jadi YB

Ahad, 21 April 2013

Tun Madey patut tibai puak BN yang seleweng duit rakyat RM403 juta di Kedah

Tun Madey seru rakyat Kedah sokong BN.Sebenarnya Tun Madey mahu selamatkan Mukhriz anak beliau yang bercita-cita jadi MB Kedah jika BN berjaya rampas Kedah dalam pru 13.Tun Mahathir merayu-rayu dan mengemis undi kepada rakyat Kedah dan berkata,"Orang Kedah dan Pemuda BN kena menilai jasa dan bakti (BN) kepada orang Alor Setar akan nikmat yang diterima. Kenang budi, kembalikan (Kedah pada) BN," katanya sambil menyeru supaya orang ramai keluar mengundi pada 5 Mei untuk "menjatuhkan" Pakatan Rakyat di Kedah.
"Kalau (BN) tak laksana janji, beritahu saya, saya nak tibai,"-petikan Malaysiakini.

Awat tak tibai puak yang jahanamkan duit rakyat sebanyak RM403 juta?Tibai la.Pemimpin Umno-BN Kedah angkat tangan dan serah kalah bila kes ni dibongkar.Mereka tak dapat jawab sekadar tunjuk sana dan tunjuk sini.

Yang ni juga tibai duit rakyat..memang cibai!

Melayu Umno Shah Alam patut ajar Zulkifli Noordin

The Malaysian Insider melaporkan Zul Noordin yakin dengan imej yang dibawanya,percaya BN tawan Selangor.Antara lain Zul kata ,“Saya adalah diri saya,” kata Zulkifli dalam wawancara yang dimuat naik dalam laman tersebut semalam.
“Ia adalah bukti pembaharuan politik yang Najib janjikan untuk mengubah corak politik di Malaysia, berfikir luar kotak. Jadi, saya adalah bukti program transformasi ini,” katanya dengan bangga merujuk kepada pencalonan dirinya walaupun tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti komponen BN.
Peguam syariah dan bekas peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah orang pertama yang bertanding dibawah bendera “Rakan Barisan Nasional” pada pilihan raya umum 5 Mei depan.
Keputusan BN meletak Zulkifli telah menerima kritikan yang kuat, bukan hanya kerana imej ultra Melayu dan jawatan sebagai naib presiden Perkasa, tetapi juga kerana kontroversi baru-baru kerana beliau menghina penganut agama Hindu.
Dalam temubual itu, Zulkifli berkata Najib berani untuk meletakkan satu “spesis yang jarang” seperti beliau dalam pilihan raya akan datang dan rakyat Malaysia perlu menghargainya.
Haha..inilah masanya Melayu Umno Shah Alam nak ajar Zul Noordin.Tu pun kalau berani la.
Semasa hari penamaan calon di Dewan MBSA,seksyen 19,Shah Alam seorang penyokong BN (Melayu) kata kat saya walaupun Zul pernah kutuk Umno kaw-kaw dia akan tetap sokong BN sebab Melayu.Saya kata kalau nak kira Melayu calon Pas Khalid Samad juga Melayu.Dia terus belah..
Pak cik tu juga kata kat saya..PR menang Melayu lingkup.Saya kata dah 5 tahun PR berkuasa 5 tahun Melayu mana yang lingkup?

Sabtu, 20 April 2013

Kamalia lebih bermaruah daripada Sharizat

Kamalia Ibrahim keluar Umno, tanding bebas

Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar.

Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru.

Sejurus sahaja disahkan sebagai calon, beliau juga mengumumkan keluar Umno dan melepaskan semua jawatannya dalam parti Melayu itu.

Selain naib ketua wanita Umno, Kamilia juga melepas jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua Wanita Umno Kuala Kangsar.
Manakala Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata, Kamilia dipecat dari parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas.
Kamilia kelmarin berkata, beliau kecewa dengan “penghinaan” yang ditunjukkan BN dengan tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti iu sebagai calon.

Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, beliau dilapor sebagai berkata.
Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun berkata tidak timbul soal beliau tidak diberi tempat kerana beliau sendiri menolak tawaran bertanding DUN Bukit Chandan.-Malaysiakini

Kamalia nak bertanding atas tiket apa pun dia punya suka.Dia nak merajuk tu hak dia dan memang layak pun dia merajuk sebab Najib layan wanita Umno macam sampah! Sapa pun pun boleh bertanding.Yang syoknya dia keluar Umno bukan kena pecat.Dia dah keluar baru Umno pecat haha.
Jangan dua tiga hari keluar Umno lepas tu masuk balik macam Tun Madey keluar Umno kerana marah kat mantan PM Pak Lah.

Apa pun Kamalia lebih bermaruah daripada Shahrizat Ketua Wanita Umno Malaysia yang keluarganya terpalit dengan skandal lembu NFCRM250 juta.Sampai hari ni Sharizat tak letak jawatan malah syok jadi Ketua Wanita Umno yang memalukan wanita Umno hinggakan digelar wanita lembu.

Apa pun mari kita tumbangkan BN dalam pru 13.Inikalilah!
Baca juga;

Jumaat, 19 April 2013

Roket sudah sampai bulan apa lagi mau?

DAP putuskan guna logo PAS, PKR dalam PRU

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.
Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-13.
Katanya, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Karpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

"Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," katanya ketika dihubungi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung.

Karpal sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu.

Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas.

Tindakan itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS.

"Saya telah tandatangan semua watikah untuk calon DAP (bertanding di semenanjung)," kata Mustafa sambil menyifatkan langkah itu sebagai "bersejarah" untuk PAS.
Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng memberitahu sidang akhbar di Sibu bahawa surat kebenaran bertanding di bawah PKR kini dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke negeri itu

Katanya, PAS sudahpun menghantar surat kebenaran mereka
yang tiba pagi ini dan telah diserahkan kepada calon-calonnya di kawasan luar bandar kerana bimbang surat kebenaran dari tidak sampai pada masanya.

Sementara itu, pengarah pilihan raya DAP Sabah, Fred Fung berkata surat kebenaran dari PKR untuk calon-calon DAP kini dalam perjalanan dari Kuala Lumpur.

"Orang kita menunggu di Kota Kinabalu sekarang untuk mengambil surat tersebut dan menyerahkannya kepada calon-calon kami di Sandakan dan Melalap," katanya ketika dihubungi.

Sandakan dan Melalap masing-masing terletak 319km dan 157km dari Kota Kinabalu.-Malaysiakini

DAP bayar harga logo, serah 2 kerusi pada PKR
Sehari sebelum penamaan calon, DAP Sarawak dan PKR hari ini menyelesaikan pertindihan di tiga kerusi dengan DAP menyerahkan Miri dan Sri Aman sementara PKR bersetuju tidak bertanding di kawasan Cina di Stampin.

Ini bermakna, Pakatan Rakyat mencapai persetujuan supaya berlakunya pertandingan satu lawan satu dengan BN.

NONEKetua DAP Sarawak Wong Ho Leng (kanan) memaklumkan persetujuan itu dalam sidang media di Sibu hari ini.

"Kami akan benarkan PKR bertanding di Miri (dan Sri Aman). Jika kami bertanding di kerusi itu, kami harus menggunakan logo PKR. Adakah kamu akan pinjamkan logo kamu untuk kami bertanding dengan kamu?" katanya.

"Manusia merancang tapi Tuhan menentukan, parti tiada pilihan," katanya ketika ditanya sama ada ia bermaksud DAP tunduk kepada PKR.

Ekoran masalah dengan Pendaftar Pertubuhan, DAP hari ini memutuskan bertanding menggunakan logo PKR di Sabah dan Sarawak.-Malaysiakini

Sementara itu Lim Guang dilaporkan berkata,Guna logo roket dahulu esok.

Penyokong Dap kata kat saya yang sedang cari bendera Pas,"Apa lagi mau roket sudah sampai bulan."
Sebagai orang Islam kita kena berdoa banyak lagi kepada Allah SWT agar apa yang jadi impian rakyat yang sudah lama mahu BN berkubur jadi kenyataan.Tiada siapa pun yang dapat halang kuasa Allah SWT.Matlamat utama kini tumbangkan BN yang lain kira kemudian

Seorang wanita Umno kata kat saya sewaktu dalam bank Islam di Shah Alam,"Buat apa sokong PR pecah belah."Saya kata balik ,"Yang pecah belah Umno kami tak pecah apa pun.Umno bukan takat sapu duit rakyat malah juga kaki tiru apa yang PR buat.Contohnya PR Selangor bagi air free 20m padu dah lima tahun BN siap cakap Selangor boleh bangkrap dan air dalam ampangan boleh kering.Kini BN dalam manifesto Selangor juga nak bagi air free."Muka dia merah padam macam tudung merah Umno yang dia pakai.

Kesian Wanita Umno kalau tak kata 'Wanita Umno Lembu' hari tu dah dapat jadi calon

Kamilia tak dicalonkan, kecewa dengan 'penghinaan'
Timbalan ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim berkata beliau kecewa dengan “penghinaan” yang ditunjukkan apabila parti itu tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti berkenaan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.
NONEMalah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, katanya seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian.

Kamilia berkata, beliau menjangkakan untuk diletakkan sebagai calon di kerusi parlimen Kuala Kangsar, di bahagian Umno yang diketuainya.

Beliau beranggapan demikian memandangkan ketua sayap berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak lagi mahu diletakkan sebagai claon.

Kamilia juga berkata, ketua Wanita Umno negeri di Kedah, Johor dan Terengganu juga tidak diletakkan sebagai calon.

Senarai yang diumumkan BN juga tidak menamakan ketua Wanita Umno Selangor sebagai calon.

“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa.

“Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuang di tempat lain.

“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau buat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya.Gambar dan berita Malaysiakini

Kesian nasib Wanita Umno.Hari tu kalau Kamilia tak desak Ketua Wanita Umno Shahrizat letak jawatan kerana keluarga beliau dipalitkan dengan songlap duit lembu NFC RM250 juta kan dah dapat jadi calon.Kamilia lawan towkey sebab tu habis nasib Wanita Umno dapat balasan!

Kamilia pernah berkata,"Kredibiliti kami dipertaruhkan. Saya telah pergi ke peringkat akar umbi dan ini secara umumnya apa yang mereka kata. Mereka mendapati sukar untuk bertemu dengan rakyat kerana imej pemimpin mereka (Shahrizat) tercemar.
"Masyarakat 'mempermainkan' Wanita dan memanggil kami 'lembu'. Akar umbi Wanita mengatakan mereka susah nak kerja (sukar untuk bekerja dengan isu yang sedang berlaku ke atas ketua mereka). Dan pembangkang pula memberitahu kami bahawa kami tidak perlu berbuat apa-apa kerana ia akan membuat kerja mereka (untuk pilihan raya umum) lebih mudah.

Wanita Umno kritik Ketua Wanita Umno tak dapat jadi calon.Zulkifli Noordin kutuk Umno kaw-kaw suatu masa dulu dapat jadi calon BN di parlimen Shah Alam.Haha

Khamis, 18 April 2013

Najib main silap mata Hindraf jatuh tergolek

Najib meterai janji baru dengan Hindraf
Kumpulan pendesak Hindraf diketuai pemimpinnya P Waythamoorthy hari ini menandatangani satu memorandum persefahaman dengan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat India di Malaysia.
Dokumen berkenaan ditandatangani dalam satu acara di dewan SJK(T), Brickfields, Kuala Lumpur petang ini.

Rangka tindakan asal Hindraf menumpukan enam perkara yang dihadapi masyarakat India – kumpulan pekerja estet yang tersesar, warga tanpa taraf kerakyatan, peluang pendidikan dan pekerjaan, keganasan polis dan kematian dalam tahanan, serta perkauman.

Antara perkara yang dicadangkan adalah penyediaan pampasan dan latihan kepada pekerja estet yang tersesar, penubuhan kementerian hal ehwal minoriti, melaksana suruhanjaya aduan berhubung salahlaku polis.-M'kini

Tu pun kalau BN menang lagi kalau kalah semua pakat terjun masuk lubuk.Janji takat boleh janji ja la.Hindraf pun satu sekali Najib main silap mata jatuh tergolek haha.MIC tentu ketawa.

Yang mati dalam penjara bukan takat orang India,Melayu dan Cina pun ada.Senang ja BN kalah dakwa semua dan sumbat masuk penjara kalau bersalah.Tukar kerajaan la kalau takat janji nak menang pilihanraya nanti kena kencing lagi haha

Kalau calon boleh menang Najib orang Umno-BN pun tak kelapaq tambahla rakyat

Hari ni dalam sejarah.Sejak Najib melaungkan BN akan pilih calon boleh menang dan semua calon boleh menang telah pun diumumkan Najib tapi apa yang kita lihat sebaliknya.Calon pilihan Najib ditentang dan dimaki hamun oleh orang Umno-BN sendiri.Haha..

Ini jelas berlaku di Pulau Pinang Umno dan Gerakan telah mengistharkan mereka akan bertanding atas tiket Bebas kerana tidak dipilih Najib.Kata mereka calon pilihan Najib bukan calon yang dikenali rakyat dan tidak pernah turun padang macam mana Najib kata boleh menang?Di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pun sama MCA dah awal-awal lagi mahu boikot kempen pru 13 untuk BN.

Cuba pikir kalau orang Umno-BN pun tak kelapaq kepada calon yang dipilih Najib tambahla para pengundi atas pagar dan rakyat yang akan buat pilihan pada 5 Mei nanti.Paling lawak dan lucu Najib pilih Zulkifli Nordin bekas ahli parlimen Kulim Bandar Bharu yang juga Naib Presiden Perkasa sebagai calon BN di Shah Alam.Kaum India MIC bantah keras dan kritik Najib kerana pilih si Zul yang anti kaum India dan hina agama Hindu.

Dalam parti Pakatan Rakyat pun sama dah nampak nak jadi macam apa yang jadi kepada Umno-BN.Kalau dok berebut kerusi sampai tak selesai lagi dan masing-masing nak berebut jadi calon jangan harap nak sampai Putrajaya hanya setakat syok sendiri ja la!

Saya juga diberitahu berita sedih menimpa Ezam Mat Nor beliau telah buka bilik gerakan BN di Jalan Kebun, Shah Alam tapi dah tutup sebab nama beliau tak masuk dalam senarai calon BN di dun Sri Muda dan parlimen Kota Raja.Nasib Ezam tak seuntung si Zul Kulim.

Menarik;
Dua doktor Pas Kedah digugur,seorang ke Jerlun-M'kini

Senarai calon pru 13 Pas Kedah

N01 Ayer Hangat: Zubir Ahmad

P003 JERLUN: Dato Dr Ismail Salleh

N03 Kota Seputeh: Hj Ismail Wan Teh

N04 Ayer Hitam: Ust Abd Ghani Ahmad

P006 KUBANG PASU: Ir Mohamad Jamal Nasir

N06 Jitra: Dr Rohani Abd Muttalib

P007 PADANG TERAP: Ust Mohd Nasir Zakaria

N07 Kuala Nerang: Syed Ibrahim Syed Omar

P008 POKOK SENA: Dato Mahfuz Omar

N09 Bukit Lada: Ust Ahmad 'Izzat Mohamad Shauki

N10 Bukit Pinang: Romani Wan Salim

N14 Alor Mengkudu: Ust Ahmad Yahaya

N15 Anak Bukit: Dato Ir Amiruddin Hamzah

N16 Kubang Rotan: Mohd Nasir Mustafa

N17 Pengkalan Kundur: Dato Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi

P011 PENDANG: Hj Mohamad Sabu

N18 Tokai: Dato Mohamed Taulan Mat Rasul

N19 Sungai Tiang: Fadzil Baharom

P012JERAI: Mohd Firdaus Jaafar

N20 Sungai Limau: Dato Seri DiRaja Ust Azizan Abdul Razak

N21 Guar Chempedak: Ust Musoddak Ahmad

P013 SIK: Che Uda Che Nik

N23 Jeneri: Ust Ahmad Tarmizi Sulaiman

N23 Belantik: Ust Abu Bakar Bakilani Abu Hassan

N26 Ust Ahmad Fakruddin Fakrurazi

N27 Pantai Merdeka: Hj Abdullah Jusoh

P016 BALING: Brig Jeneral (B) Dato Najmi Ahmad

N30 Bayu: Ust Mahmud Yaakob

N31 Kupang: Johari Abdullah

N32 Kuala Ketil: Md Zuki Yusof

N33 Merbau Pulas: Dato Hjh Ustzh Siti Ashah Hj Ghazali

N36 Bandar Baharu: Mohd Khairi Mohd Salleh


Siapa yang akan menang dalam pru 13 di Kedah BN atau PR?Sekiranya matlamat anda untuk tumbangkan BN daripada terus berkuasa di Putrajaya sudah jadi tanggungjawab anda undi PR.Jika anda undi untuk harga minyak petrol terus melambung sila undi BN.Jika anda undi untuk harga minyak turun silalah undi Pas dan PR.

Berkaitan;
Senarai calon Pas dan PKR di Kelantan-M'kini

Rabu, 17 April 2013

Lagu ni paling popular di 'BILIK GELAKAN' BN Shah Alam



Patut la ada orang kata Bilik Gerakan BN di Shah Alam ada yang tutup frust menonggeng apabila Zulkifli Noordin bekas orang Pas,PKR dan bebas jadi calon boleh menang untuk kalahkan Pas dan PR di Shah Alam.Penyokong Umno-Bn kini dilaporkan hanya mahu bantu calon dun Kota Anggerik dan Batu Tiga  saja tidak mahu bantu Zulkifli Noordin.
Sejarah membuktikan dan kenal siapa Zulkifli Noordin.Ada orang dakwa beliau ni dulu SB haha.Betoi atau tidak wallah hu a'lam.

Lagi haru kini Bilik Gerakan BN digelar Bilik Gelakan apabila Najib umum Zul calon BN di parlimen Shah Alam.

Tun Madey sila dengar lagu ni, siapa si Maha Tua yang Zul kata dalam lagu tu haha.Saya banyak bertanya kepada orang Shah Alam mengenai pilihan Najib si Zul sebagai calon BN di parlimen Shah Alam.Mereka ketawa dan geleng-geleng kepala dan senyum.Seorang pensyarah di Uitm Shah Alam kata kat saya,"Ini mungkin anugerah Allah dan kita lihat nanti siapa yang akan dipilih oleh para pengundi Shah Alam."

Zul Kulim bukan takat kutuk Umno malah kini orang India yang beragama Hindu amat benci kepada Zul Kulim kerana beliau didakwa menghina agama Hindu.

Tak dapat jadi calon Umno nak koyak Umno

Memang tak dapat dinafikan dalam parti apa sekalipun perebutan jadi calon memang berlaku.Kalau yang pakai serban dan kopiah putih pun berlaku masam muka tambah la yang kopiah hitam lagi sakan la.Di Pulau Pinang berlaku Umno nak koyak Umno, nak buat kempen calon yang dipilih Najib kalah,rebah terguling.Calon Pas di Kedah,Kelantan ok ka?

Kami akan pastikan calon BN tewas-Shariff Omar

TASEK GELUGOR: Mantan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Shariff Omar mengakui pengumuman muka baru sebagai calon Pilihanraya Umum ke-13 oleh Umno Pulau Pinang semalam boleh membawa kekalahan dan kehancuran Barisan Nasional (BN).
Beliau yang berbaju 'T' belang berseluar hitam ketika berucap di hadapan ribuan penyokong di pekarangan kediamanya di Pokok Machang, di sini malam tadi kelihatan kecewa.

Ini kerana beliau tidak disenaraikan sebagai calon BN menggantikan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang digugurkan sebaliknya memberikan mandat kepada Ketua Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahya, yang pernah mengalahnya ketika pemilihan Umno beberapa tahun lalu.
Shariff yang juga mantan Timbalan Menteri Pertanian menegaskan, kerusi tersebut sepatutnya menjadi miliknya semula setelah dipinjamkan atas saranan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menamakan Nor Mohamed Yakcop sebagai calon pada Pilihan raya Umum ke-12 lalu.
"Kenapa janji tidak ditepati macam slogan BN. Nampak gayanya dah jadi capati. Apa kata kali ni kita koyak BN yang sengaja memilih individu yang tidak bekerja sebagai calon,” ujarnya.

"Keputusan yang diambil nanti bukan keputusan sendiri tapi atas sokongan hadirin malam ini. Kami akan pastikan calon BN tewas," tambahnya.-Harakahdaily

Baca juga;

Calon BN dituduh miliki ijazah palsu:Kalau diri sendiri pun penipu dengan rakyat lagi la depa kencing!


Lima calon BN Selangor dituduh mempunyai ijazah palsu

 DAP mempersoalkan integriti lima calon Barisan Nasional (BN) Selangor selepas menuduh mereka, termasuk seorang timbalan menteri, “membeli” kelulusan pengajian tertinggi.
Ahli strategi pilihan raya parti pembangkang itu Ong Kian Ming menamakan Timbalan Menteri Luar A Kohilan Pillay, Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) Teh Kim Pooh, Ching Eu Boon dan Lee Ban Seng dari MCA dan ketua hal ehwal agama Umno Ab Wahab Ibrahim menggunakan ijazah akademik dari universiti yang pernah didedahkan menjual ijazah.
“Calon yang merasakan mereka perlu membeli ijazah, baik diperingkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, menyebabkan  integriti mereka dipersoalkan.
“Jika calon ini sanggup menipu pengundi mengenai kelayakan akademik mereka, bahagian penting dalam kehidupan seseorang, bahagian kehidupan mana lagi calon tersebut sanggup menipu termasuk kepentingan awam dan pengurusan dana awam serta tanggungjawab menggunakan sumber awam,” tanya beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Undang-undang pilihan raya Malaysia tidak memerlukan seseorang calon itu mempunyai ijazah sebagai syarat untuk bertanding pilihan raya, kata Ong dan menambah ianya tidak akan meningkatkan taraf kehidupan seseorang dalam masyarakat secara automatik.
Ong menggesa lima calon tersebut mengundurkan diri dari pilihan raya 5 Mei ini jika tidak boleh menafikan ijazah mereka yang boleh dipersoalkan itu.
Beliau mengingatkan mereka, Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mengatakan integriti senarai calon BN telah disahkan dan agak mengecewakan jika terbukti mereka mempunyai ijazah palsu untuk meningkatkan peluang dipilih sebagai calon.
Kohilan yang menjadi calon BN di kerusi parlimen Puchong dituduh membeli Ijazah Sarjana Sains Perdagangan dan Ekonomi Industri dari Pacific Western University, Amerika Syarikat (AS), yang pernah disaman dan ditutup selepas didapati menjual ijazah.
Teh, 62, calon bagi kerusi parlimen Klang, dituduh membeli Ijazah Doktor Falsafahnya dari New Port University, yang Ong dakwa sebagai universiti diragui dan telah mengeluarkan ijazah doktor falsafah (PhD) kepada penyandang Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.
Ab Wahad dari Umno, yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan telah disenaraikan mempunyai PhD dalam Pentadbiran Awam dari Irish International Universiti yang dilaporkan oleh British Broadcasting Channel pada 2008 sebagai palsu, kata Ong.
Sementara calon DUN Pandamaran, Ching mendapat PhD dalam Rangkaian Pemasaran dari universiti diragui St George University International manakala calon BN Kajang, Lee dituduh membeli ijazah pentadbiran perniagaannya dari Universiti Rutherford di AS.-OLEH DEBRA CHONG
PENOLONG PENGARANG BERITA-M'insider

Bukan takat tipu ijazah tipu guna nama tengku pun ada haha..tak percaya tanya ku nan

Selasa, 16 April 2013

Najib tolak 'Tuan Guru' Braheng Ali bertanding atas tiket BN di parlimen Pasir Mas

Lompat si katak lompat
Lompat la tinggi- tinggi
Dalam hati ingat dah dapat
Rupanya orang lain bukan TG Braheng Ali

Haha..dalam politik macam-macam boleh jadi.Hari ni bergaduh esok berpelok-pelok.Dulu bukan main lagi Braheng Ali yang bertanding atas tiket Pas di parlimen Pasir Mas maki hamun pemimpin Umno.Kini beliau walaupun tak masuk Umno dia jadi pembela Umno.Tun Madey yang tertarik dengan Braheng Ali hingga sanggup jadi tukang kempen Braheng Ali kalau Braheng Ali dipilih BN bertanding dalam pru 13.

Tun Madey yang gelar 'Tuan guru' kepada Braheng Ali tentu kecewa kerana 'tuan gurunya'tidak dibenarkan bertanding atas tiket BN.Untuk sejukkan hati Tun Madey Najib hantar Tun kepengkebumian bekas PM Britain Margaret Thatcher.Najib sedar jika ambil Braheng atas tiket BN maka makin bertambah ranap lah BN.

Zulkifli Noordin lagi cerdik pandai bodek Najib sebab tu Zul dipilih jadi calon Bn di parlimen Shah Alam untuk dikuburkan haha.Braheng Ali gerenti terasa hati dengan Najib.Dah banyak air liur dibelanjakan pertahankan Umno tapi tak dapat apa.

Ibrahim Ali tak terpilih calon BN di Pasir Mas
Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali tidak terpilih sebagai calon BN untuk mempertahankan Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu atas tiket PAS.

BN sebaliknya meletakkan Timbalan Ketua Bahagian Umno kawasan itu Che Johan Che Pa walaupun Ibrahim disebut-sebut bakal bertanding sebelum ini. 

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir sendiri secara terbuka berharap Ibrahim dipilih sebagai calon BN. 

Beliau malah sanggup turun berkempen di Pasir Mas sekiranya langkah itu diambil.

Bagaimanapun, seorang lagi pemimpin PERKASA Zulkufli Noordin dengan tidak disangka-sangka dipilih sebagai calon BN di Shah Alam menentang penyandangnya Khalid Samad.

Sementara itu, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah akan mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa pula di Ketereh.

Datuk Seri Dr Awang Adek Husin sekali lagi dicalonkan di Parlimen Bachok.-Malaysiakini

Kesian Umno Shah Alam dapat Zul Kulim jadi calon BN di parlimen Shah Alam

Kesian saya melihat pemimpin Umno Bahagian di Shah Alam yang bertungkus lumus buat kerja untuk pru 13 tapi tidak disenaraikan sebagi calon parlimen Shah Alam.Sebaliknya Najib selaku Presiden Umno telah pilih makhluk yang bernama Zulkifli Noordin bekas ahli parlimen PKR dan Bebas sebagai calon BN di parlimen Shah Alam.Zul Kulim ni juga kini diangkat jadi Naib Presiden Perkasa berkawan dengan Braheng Ali yang juga Presiden Perkasa.

Patutla beberapa minggu lepas Perkasa tunjuk kuat di Seksyen 2,Shah Alam yang turut jemput Tun Madey dalam majlis Perkasa dalam kawasan sekolah.Ishh tak dak muka lain ka Umno Shah Alam nak pilih jadi calon?Warga Shah Alam bukan suka dengan budaya samseng tak ketawan hala yang ditunjukkan Perkasa.Orang Cina dan India lagi tak kelapaq nak undi Zul Kulim ni.Umno Shah Alam tak cerdik sangatka yang pilih Zul Kulim ni jadi calon BN di Shah Alam?

Saya yakin ramai pemimpin Umno dan ahli Umno sendiri tidak suka kepada Zul Kulim ni.Saya tak kata Zul Kulim ni kaki auta dan putar alam tapi anda boleh nilai sendiri apabila beliau bercakap.Zul Kulim adalah calon pilihan Tun Madey bukan pilihan Najib-Rosmah.

Baru-baru ni timbul isu Zul Kulim didakwa hina agama Hindu.Isu penyokong Umno heret kepala lembu pun masih orang India ingat tambah la ambik Zul Kulim bertanding di Shah Alam lagi haru jadinya BN di Selangor.

Najib sengaja pilih calon BN untuk parlimen dan dun supaya BN kalah pru 13! Tak percaya?Orang Cina MCA dah boikot pru 13,Orang Melayu Umno dah berdemo kerana Najib pilih calon boleh menang bukan pilih calon yang mesra akar umbi!Bagi Najib calon boleh menang lebih penting walaupun tak dikenali.Mampoih sungguhla kali ni...Inikalilaaah!
Baca ;
Naib Presiden Perkasa Zul Noordin calon BN Shah Alam-M'kini

80 peratus muka baru di Selangor, Zulkifli Nordin sah bertanding di Shah Alam-M'insider

Kalau nak minyak petrol naik harga undilah BN,kalau mau minyak murah dan turun harga undilah PR

Isnin, 15 April 2013

Bagi Umno-BN kerajaan sementara atau bukan depa balun serupa ja!

Semalam Najib PM sementara umumkan pemberian kepada kaum Sikh sebanyak RM4 juta supaya kaum tu sokong BN.Hari ni TPM sementara Muhyiddin Yaasin pulak umumkan pemberian RM2 juta kepada penulis dan sasterawan supaya sokong BN.

Dah jadi kerajaan sementara umum sana umum sini guna duit rakyat beli undi.Depa balun serupa ja!

Calon Pru 13 PKR Selangor

PKR bertanding di 11 kerusi Parlimen serta 21 DUN di Selangor.
Parlimen

Ampang: Zuraida Kamaruddin
Gombak: Azmin Ali
Hulu selangor: Khalid Jaafar
Kapar: G Manivannan
Kelana Jaya: Wong Chen
Kuala Langat: Abdullah Sani
Pandan: Rafizi Ramli
Petaling Jaya Selatan: Hee Loy Sian
Sabak Bernam: Aziz Bari
Selayang: William Leong
Subang: R Sivarasa

DUN
Batang Kali: Ramachandran Kandasamy.
Batu Caves: Amirudin Shaari.
Batu Tiga:  Rodziah Ismail 
Bukit Antarabangsa: Azmin Ali
Bukit Lanjan: Elizabeth Wong
Bukit Melawati: S Manikavasgam
Dengkil: Aman Shah
Ijok: Idris Ahmad
Kajang: Lee Chin Cheh
Kota Anggerik: Yaakob Sapari
Kuang: Tengku Maraziah Tengku Sulaiman.
Permatang: Yahya Mat Saari
Port Klang: Khalid Ibrahim
Rawang: Gan Pei Nei
Sementa: Daroyah Alwi
Semenyih: Hamidi Haasan
Seri Andalas: Xavier Jeyakumar
Seri Muda: Shuhaimi Shafie
Seri Setia: Nik Nazmi Nik Ahmad
Taman Medan: Haniza Talha

Sumber Malaysiakini

Ahad, 14 April 2013

Pemimpin Umno hadiah penyepak dan' roti jari' untuk selesai masalah

Lelaki dakwa ditampar, disepak pemimpin kanan Umno
Satu laporan polis telah dibuat terhadap seorang pemimpin kanan Umno yang didakwa menampar dan menyepak seorang lelaki minggu lepas.

top umno leader assault polis report.jpgMenurut laporan itu yang dilihat oleh Malaysiakini,kejadian itu 
berlaku di Putrajaya pada 5 April pada sekitar jam 11.30 pagi dan laporan itu dibuat pada jam 5.13 petang.

Pengadu itu mendakwa kejadian itu berlaku ketika dia pergi ke pejabat pemimpin Umno itu untuk meluahkan maalah yang dihadapinya.

"Sebaik saja saya masuk ke pejabat (pemimpin Umno itu) terus menampar muka saya sebanyak lebih kurang lima kali dan menyepak bahagian belakang badan saya.

"Saya tidak tahu mengapa beliau bertindak sedemikian terhadap saya.

"Saya telah mengalami kesakitan di bahagian muka dan belakang badan saya tetapi tiada sebarang kecederaan ataupun luka yang saya alami," laporan polis itu dipetik.

"Tujuah saya buat laporan polis ini adalah untuk melindungi diri dan takut sekiranya saya diapa-apakan di kemudian hari. 

"Laporan polis dibuat oleh saya tanpa dipaksa oleh mana-mana individu," kata lelaki berusia 50 tahun itu.

Ketika dihubungi, balai polis di mana laporan itu dibuat mengesahkan menerima aduan tersebut.

Malaysiakini  tidak menyiarkan identiti pemimpin Umno tersebut sementara menunggu untuk mendapatkan komennya.-Gambar dan berita Malaysiakini.

Baca juga ;
Ditetak kerana bendera parti-sinarharianonline

Sabtu, 13 April 2013

Daripada yang muda,tua dan betina semua samseng,anda mampu mengubahnya!



PRU13 tangan anda mampu mengajar mereka semua .Tolak Umno-BN.Bukan takat samseng taik minyak malah mereka juga jadi perompak dan penyamun wang rakyat.
Bukan sekadar tampar nyamuk tapi dipijaknya kita ,dilenyeknya kita kerana mereka ingat negara ini macam harta pusaka mereka yang punya!

Video seks: Cikgu Pa kata "tak jadi kudis gatal pun"


Mustafa dakwa Umno terdesak, sanggup guna taktik kotor untuk jatuhkannya

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air. 
Ketika berucap pada satu majlis di markas PAS Kampung Molek di sini malam tadi, beliau berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.  
“Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno,” katanya.
Mustafa  berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan. 
Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya. 
“Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai Setiausaha Agung kerana isu video ini.
“Saya hidup lagi ni, (masih) Setiausaha Agung PAS lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar,” katanya.
Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai, sebaliknya berkata “sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen.”
Selepas itu, Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar. — Bernama

Sementara itu dalam ceramah Pakatan Harapan Rakyat di seksyen 16 Shah Alam malam tadi Ng Swee Lim (Sekinchan) ulas isu video seks tersebut kata,,"Dada ke atas Mustafa Ali,perut Najib,bawah Soi Lek...tak malu laa asyik fitnah orang ja.."

Bagi saya senang ja mana-mana pemimpin yang buat taik elokla terjun dalam lubang jamban.Manusia tak terlepas daripada salah dan silap.Berani kerana benar takut kerana salah.

Nak lawan dengan Umno kena berani jangan jadi penakut dan hangat-hangat taik ayam.Bak kata orang biaq rebah terguling tapi misai tak kena tanah.Bujur lalu melintang patah.Tapi dok tengah syok perang kalau pemimpin buat taik rasa macam misai pun hilang!

Mustafa:I am not the man in sex video-Free Malaysia Today