“Ia adalah bukti pembaharuan politik yang Najib janjikan untuk mengubah corak politik di Malaysia, berfikir luar kotak. Jadi, saya adalah bukti program transformasi ini,” katanya dengan bangga merujuk kepada pencalonan dirinya walaupun tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti komponen BN.
Peguam syariah dan bekas peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah orang pertama yang bertanding dibawah bendera “Rakan Barisan Nasional” pada pilihan raya umum 5 Mei depan.
Keputusan BN meletak Zulkifli telah menerima kritikan yang kuat, bukan hanya kerana imej ultra Melayu dan jawatan sebagai naib presiden Perkasa, tetapi juga kerana kontroversi baru-baru kerana beliau menghina penganut agama Hindu.
Dalam temubual itu, Zulkifli berkata Najib berani untuk meletakkan satu “spesis yang jarang” seperti beliau dalam pilihan raya akan datang dan rakyat Malaysia perlu menghargainya.
Haha..inilah masanya Melayu Umno Shah Alam nak ajar Zul Noordin.Tu pun kalau berani la.
Semasa hari penamaan calon di Dewan MBSA,seksyen 19,Shah Alam seorang penyokong BN (Melayu) kata kat saya walaupun Zul pernah kutuk Umno kaw-kaw dia akan tetap sokong BN sebab Melayu.Saya kata kalau nak kira Melayu calon Pas Khalid Samad juga Melayu.Dia terus belah..
Pak cik tu juga kata kat saya..PR menang Melayu lingkup.Saya kata dah 5 tahun PR berkuasa 5 tahun Melayu mana yang lingkup?
Pakcik tu yg lingkup sbb percaya sgt kat Zul Katak
BalasPadamPakcik ni bodo ke apa? Tak sedarkah dia sendiri pun melayu dan belum lingkup lagi walaupun PR yang perintah selangor? Jelaslah Melayu UMNO ni mudah lupa dan dari spesis bodo aje yang tinggal....hehehe ABCD dan INI KALILAH!
BalasPadam