Sabtu, 27 April 2013

Kalau bab 'deal' Cikgu Pa memang hebat la

Saya malas nak komen bab perebutan kerusi dalam parti Pakatan Rakyat.Silap haribulan aku mencarut ja.Tapi la ni rasa lega la semua kira dah selesai.

PAS beralah, serah Kota Damansara kepada PKR-M'kini
PAS akhirnya beralah dan bersetuju menyerahkan kerusi DUN Kota Damansara untuk ditandingi calon PKR.
Keputusan itu dicapai selepas hampir seminggu parti itu berunding dengan PKR dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
"Selepas rundingan, saya mengumumkan bagi kerusi DUN  Kota Damansara, kami akan kembali kepada status quo seperti sebelum hari penamaan calon.

"Kerusi itu diperuntukkan kepada PKR," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di ibupejabat parti di Kuala Lumpur hari ini.

Oleh itu, katanya, calon yang bertanding di bawah tiket PKR akan menjadi wakil rasmi Pakatan Rakyat.

Penyandang kerusi tersebut, Pengerusi PSM, Mohd Nasir Hashim telah bersetuju bertanding bawah tiket PKR,  sehinggalah PAS turut meletakkan calonnya, Razali Ismail, pada hari penamaan calon.-M'kini

Cikgu Pa kalau bab deal ni memang dia hebat la kalau bab lain aku tak tahu la.Dia orang lama dalam politik ingat senang nak jatuhkan beliau haha

2 ulasan:

  1. Macam mana nak elakkan orang tetap pangkah bulan dalam kertas undi nanti?

    BalasPadam
  2. Bukan ke dah ada MOU..? Dah tu nak runding apa lagi..PAS ni ingat nak jd big brother dlm pakatan..masa lemah bukan main bagus dah Allah bagi sikit kekuatan dah jadi bodoh sombong..dan tamak. .mula la nak buli rakan dlm pakatan Perjanjian dgn rakan dlm pakatan senang2 je di langgar...Tn Presiden bertaraf Tuan Guru..senang2 je hina org secara terbuka suruh masuk akbar pulak tu..Ada 7 yg bertindih, kalau 3 ada alasannya.mcmana yg 4 lagi wahai tuan presiden brtaraf tuan guru..?Bila nak umumkn secara trbuka keburukn mereka..?.bapa kencing berdiri anak kencing berlari...x ada sifat langsung..ini hanya menikm kawan dari belakang je..

    BalasPadam