Selasa, 2 April 2013

Ustaz Dap cabar Lebai Umno debat dalam bahasa Arab

Ustaz DAP cabar ulama pro-Umno debat
Ustaz DAP Syed Araniri Syed Ahmad Al Idrus mencabar dua ulama pro-Umno untuk berdebat dalam Bahasa Arab.

Syed Araniri yang juga ketua DAP Taman Wira berkata, surat cabaran bertarikh 26 Mac itu ditujukan kepada pegawai khas agama kepada menteri besar Terengganu, Kamal Sadin dan pengasas sebuah sekolah agama Abdullah Sa'amah.

NONECabaran itu dibuat ekoran Kamal dan Abdullah berpendapat bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP, kata Syed Araniri.

"Kenyataan mereka tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral, dan bertujuan mencetuskan perbalahan dan ketegangan antara kaum dan agama," katanya.

Beliau juga menuduh Kamal dan Abdullah mengeluarkan fatwa secara sewenang-wenangnya untuk tujuan publisiti diri sendiri.

Debat dalam Bahasa Arab, jika menjadi kenyataan, merupakan yang pertama seumpamanya dalam situasi politik negara ini.-Gambar dan berita Malaysiakini

3 ulasan:

  1. Salam Bro,Syed Arniri ni tahu tak yang DAP tu anti Islam? Kalau dia tahu baguslah tapi kalau dia tak tahu,kesian dia!Mungkin dia bengong kot!

    BalasPadam
  2. Tok hang DAP anti Islam! UMNO pro Islam ka? Toya mat amin!

    BalasPadam
  3. umno la anti islam sebab tak mau buat hudud, lepastu jemput artis k-pop menari macam beruk sampai nampak seluar dalam. bodoh!

    BalasPadam