Semasa melancarkan manifesto, Najib gunakan populariti diri, berkempen untuk BN
Datuk Seri Najib Razak cuba mendapatkan sokongan rakyat Malaysia untuk Barisan Nasional (BN) malam tadi dalam apa yang dilihat sebagai pendekatan kempen ala presiden untuk Pilihan Raya 2013, oleh kerana populariti gabungan yang beliau pimpin masih dibelakang populariti peribadinya.
Pengerusi BN itu bertanya kepada penyokong yang hadir di Stadium Putra Bukit Jalil siapa mereka yang letakkan kepercayaan untuk memimpin negara — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, parti komponen Pakatan Rakyat (PR), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, atau dirinya.
Penyokong-penyokong yang memakai baju biru warna BN yang memenuhi stadium itu berdiri dan menyahut “Najib!, Najib!” dengan kuat.
“Kalau rakyat Malaysia jawapannya Najib, maka sokonglah dan undi BN, kerana saya tidak boleh melakukannya bersendirian, saya perlukan pasukan saya,” katanya kepada penyokong yang turut bersorak.
Ketika ditanya pemberita kemudiannya, sebelum beliau meninggalkan stadium, Najib hanya tersenyum dan berkata “Thank You” kepada komen yang mengatakan beliau umpama presiden ketika melancarkan manifesto BN untuk pilihan raya umum (PRU)13.-The Malaysian Insider
Haha..Tun Madey pernah kata Najib kena berundur kalau BN menang tipis sebagai PM.Mintak-mintak BN hilang kuasa biar semua ghuyub.Depan penyokong sendiri boleh la ..cuba depan rakyat tak kira parti apa berani Najib tanya sapa yang layak jadi PM?
Silap haribulan jadi macam di Penang semasa Tahun Baru Cina.Najib tanya,"Are u ready for BN?" penonton yang tengok Gangnam Style kata ."No..no..no!"Muhyiddin tentu kecewa bila penyokong BN kata Najib masih layak jadi PM.Haha
Manifesto BN tak berani sebut turunkan harga petrol,hapuskan tol,hapuskan PTPTN,pendidikan percuma .Terbukti bahawa isu utama tuntutan rakyat ini mereka akan naikkan jika kembali berkuasa.Siap la !Yang lain semua meniru dan ikut apa yang manifesto PR kemukakan.
Manifesto BN tak berani sebut turunkan harga petrol,hapuskan tol,hapuskan PTPTN,pendidikan percuma .Terbukti bahawa isu utama tuntutan rakyat ini mereka akan naikkan jika kembali berkuasa.Siap la !Yang lain semua meniru dan ikut apa yang manifesto PR kemukakan.
salam semua, saya penyokong pakatan rakyat daripada dahulu. namun untuk situasi sekarang, barisan nasional mendahului sekarang sebenarnya..dengan pengumuman manefesto secara langsung malam tadi, telah menyebabkan segelintir rakyat percaya dengan cubaan najib untuk mengekalkan kuasanya..Selain terdapat kerjasama daripada media-media prima yang mampu dan mudah dimiliki oleh rakyat tidak kira mana ceruk yang mereka tinggal. Oleh itu ayuh semua..mari kita berkempen secara sehat bagi membuka mata rakyat yang sedang asyik di taburkan dengan wang...jangan hina mereka,,sedarkan mereka...sesungguhnya orang yang digelapkan dengan wang..bersama-sama syaitan..Terima kasih
BalasPadam-Penyokong PAS
Dia nk ikut kelaku mahadetjugak,buat liat ja kalau nk lepaih kat org lain...
BalasPadam