Selasa, 31 Ogos 2010

Zul Noordin menang undi kafir harbi atau kafir zimmi?

P18 KULIM-BANDAR BAHARU
Jumlah Pengundi: 52,127
Peratusan Kaum: M:69.47% C:18.60% I:11.76% L:0.18%
1. Zulkifli Nordin (PKR) (22,255)
2. Datuk Abdul Aziz Syeikh Fadzir (BN) (16,672)
Majoriti: 5,583
Jumlah undi: 39,949
Peratus mengundi: 76.64%
Undi rosak: 1,022
Penyandang: Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir (BN)
(Majoriti: 7,998 undi)

Keputusan di atas adalah dalam pru 12 (KLIK) yang lalu.

Kata ahli parlimen Kulim Bandar Baharu (Bebas) dulu PKR , Zul Noordin dalam blog beliau yang memuji pandangan ulama muda masuk Umno Fathul Bari Mat Jahaya;

"Agak ironis seorang ilmuan saperti Ustadz Fathul Bari tidak dibenarkan memasuki surau dan masjid untuk bertazkirah, tetapi kafir harbi yang menentang Islam bukan sahaja boleh masuk tempat utama solat, malah dibenar bertazkirah sambil memijak tempat sujud umat Islam yang tanpa segan malu menhulur tangan menagih angpau dan bantuan dari tangan kafir harbi ini." Baca semua di sini.

Di Malaysia ni agak-agak orang bukan Islam ni kategori kafir zimmi atau kafir harbi? Tak pa lah tapi dalam pru yang lalu Zul Noordin menang di Kulim Bandar Baharu agak-agak undi kafir zimmi atau kafir harbi?Adakah semua undi Melayu yang menangkan Zul?Kalau bukan tentu kafir harbi yang bagi 'angpow' kepada Zul untuk menang di parlimen Kulim Bandar Baharu.

Nak tanya jugak antara orang kafir harbi dan orang munafik mana lagi teruk?

Baca juga kerja fitnah Umno di sini.

Baca juga Umno berpesta fitnah di bulan barakah-Peguam Pas

Hari-Hari Pun Terbalik..



Semalam(Isnin 30-08-10) dalam perjalanan pulang jumpa lori trailer terbalik di Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) selepas plaza tol Sri Muda jam 5.30 petang di susur keluar Jalan Bukit Kemuning . Tiada berlaku kemalangan jiwa, pemandu hanya alami cedera ringan.Klik gambar untuk besarkan.

Pagi tadi jam 9.3o sambil dok dengar radio pasang lagu raya dalam kereta tengok -tengok lagi sebiji lori 'bonded' bawa roti terbalik depan mata. Kejadian berlaku di bulatan pekan Sri Muda ,Seksyen 25 Shah Alam berdekatan kuil Hindu.Tak dak sapa pun yang mati dua-dua pemandu dan kelindan selamat.

MasyaAllah dua hari dah berturut-turut tengok lori terbalik. Hati-hati dijalanraya pandu selamat jiwa selamat. Ingat Allah ingat orang tersayang ...saja diceritakan untuk tatapan bersama.

Isnin, 30 Ogos 2010

Umno dan Perkasa ingat Islam hanya untuk orang Melayu

Parti Umno semakin tersisih daripada rakyat bukan kerana Umno tidak kuat tapi rakyat jadi meluat dengan kelaku buruk pemimpin Umno yang cepat melatah tak ketawan hala. Kerja fitnah dan adu domba dah jadi darah daging Umno dulu, kini dan selamanya. Rakyat bertambah-tambah meluat kepada Umno dengan munculnya Perkasa yang diterajui Ibrahim Ali yang juga ahli parlimen Pasir Mas . Tahniah Perkasa!

Bila Umno menyerang Pas ia akan turut serta dilibas Perkasa. Umno dan Perkasa menganggap Islam hanya untuk orang Melayu. Sekiranya fahaman ini dapat disingkirkan daripada kotak fikiran orang Melayu Umno akan 'bungkuih' dengan lebih cepat.

Umno menyerang Pas bertubi-tubi dengan mainkan isu agama dan bangsa kerana keengganan Pas untuk buat perpaduan dengan Umno . Inilah puncanya Umno jadi tukang fitnah dan malukan agama Islam yang kita cintai.Umno kata bulan puasa buat 'gencatan senjata' tapi itulah perangai Umno yang suka mungkir janji yang dibuatnya sendiri. Ini mungkin ajaran Apco yang jadi penasihat kerajaan Umno-Bn.

Ketua Dewan Ulama Pas Ustaz Harun taib ketika mengulas isu orang bukan Islam yang dilarang Perkasa masuk masjid dan surau berkata;

“Apa hak Perkasa mahu undang-undang digubal bagi melarang orang bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau?

“Dalam Islam sendiri tidak melarang. Adakah Perkasa mahu mencabar perintah agama?” kata Ketua Dewan Ulama PAS pusat Datuk Harun Taib kepada The Malaysian Insider.

Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu, pimpinan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali semalam menggesa agar undang-undang digubal melarang bukan Islam memasuki masjid dan surau.

Ibrahim turut menuduh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya dengan mempertahankan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi Surau Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.

Bagi Nik Aziz, tindakan Teo tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Mengulas lanjut, kata Harun, tindakan melarang orang bukan Islam daripada memasuki masjid dan surau akan menyekat mereka untuk mendekati dan memahami Islam.

“Bagi saya orang bukan Islam boleh memasuki kawasan masjid dan surau, Islam tidak melarang. Yang penting mesti berpakaian sopan.

“Ibrahim hanya pandai cakap sahaja... beliau sendiri pun tidak tahu apa yang dicakapkan,” katanya.

Beliau turut membidas Ibrahim kerana mengatakan Nik Aziz kurang bertakwa kerana mempertahankan Teo yang menyampaikan sumbangan dan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada Ahad lalu.

“Saya rasa beliau (Ibrahim) sendiri tidak tahu apa makna takwa, kalau beliau tahu sudah pasti beliau tidak akan cakap.

“Lagipun siapa beliau untuk menilai seseorang itu bertakwa atau tidak, beliau bukan Tuhan nak tentukannya,” katanya.

Harun menjelaskan takwa bermaksud seorang umat Islam itu mengikut perintah agama dan meninggalkan larangannya tetapi yang boleh menilainya hanya Allah.

“Sebagai orang Islam kita perlu ikut perintah Allah dan segala larangan perlu ditinggalkan.

“Kalau Allah suruh kita solat kita kena buat dan kalau Allah larang kita minum arak jangan buat.

“Malah hanya Allah sahaja yang menentukan seseorang itu bertakwa atau tidak, bukan orang lain termasuk Ibrahim,” katanya.-Malaysian Insider Idea Perkasa larang bukan Muslim bercanggah suruhan Islam.

Berkaitan;
Surau:Hasan akan panggil Khusrin-Harakahdaily
Faekah:Tindakan Umno politikkan isu MP Serdang malukan Islam-Malaysian Insider

Teo pakai tudung macam Rosmah pulak !




Malaysiakini melaporkan Teo hadiri satu lagi majlis di surau;

Meskipun dikecam hebat kerana mengunjungi sebuah surau dalam kawasan pilihan raya minggu lalu, ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengunjungi sebuah lagi surau semalam.Gambar sebelah Teo pakai tudung macam Rosmah oleh Malaysiakini.

Teo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga menyumbangkan RM500 kepada RELA.

Bagaimanapun kali ini, beliau tidak memasuki ruang solat tetapi memakai selendang. Majlis tersebut berlangsung di bawah sebuah khemah dalam kawasan surau.

Dalam satu kenyataan hari ini, Teo berkata kunjungannya itu adalah berasaskan kepada prinsip berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama mereka.

Menurut Teo, beliau diberi sambutan yang baik sepertimana ketika beliau mengunjungi surau Al-Huda di Kajang, yang telah mencetuskan kontroversi.-Malaysiakini.

Mula-mula tak pakai tudung , bila kena kecam pakai tudung macam Rosmah Mansor pulak. Lama-lama Teo masuk Islam sapa nak sangka, ini kerja Tuhan..

Berkaitan;
Teo dapatkan pandangan Murshidul Am Pas
-Malaysiakini
Hasan Ali cadang garis panduan lawat surau, masjid-Malaysiakini

Mat Sabu kata Umno jadi macam beruk telan mercun

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan, Umno kini tidak ubah seperti seekor beruk yang tertelan mercun sehingga mulutnya terpaksa dijahit akibat letupan ketika bermain bersama tuannya.

Apa tidaknya, tambah beliau, semua bahan dakyah yang direka khas untuk memecahbelahkan PAS dan Pakatan Rakyat mahupun memperlihatkan kepada dunia bahawa PAS tidak patriotik terhadap negara akhirnya memakan diri Umno.

Katanya, kenyataan demi kenyataan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin hari kian berkumandang di dada akhbar atau media elektronik menghentam PAS dan Pakatan Rakyat.

"Umno tidak ubah seperti beruk yang menelan mercun sehingga mulutnya terpaksa dijahit kerana bahan itu meletup. Bila tuan beruk membakar mercun, dia baling ke atas, maka beruk ingatkan benda apa, lalu melompat dan terus memasukan ke dalam mulutnya.

“Apa lagi, pecah mulut binatang tersebut," ujarnya sinis ketika berucap pada program Ihya Ramadhan Perdana di Tapak Ekspo Seberang Jaya, malam tadi.

Turut berceramah ialah Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Halim Husain

Berucap dalam majlis anjuran Lajnah Penerangan PAS negeri itu, beliau berkata, rakyat kini sudah matang berpolitik dan tidak menunjukkan reaksi terhadap isu yang ditimbulkan Umno itu.

Katanya, Umno BN begitu cemburu apabila melihat PAS bersama DAP duduk sepentas bercakap soal kebajikan rakyat, penyelewengan, penipuan pemimpin Umno dan banyak lagi.

"Fenomena itu yang membimbangkan Umno dan BN. Mereka kecut bila berhadapan dengan pembangkang seperti PAS yang tahu di mana kelemahan parti asobiah itu," jelas beliau.

Menurutnya, ketakutan Umno kepada PAS bertambah teruk apabila PAS berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang kini berperanan sebagai sebuah sayap terbaru parti untuk berhadapan dengan BN pada masa depan.-Harakahdaily.

.

Melayu Umno Rasa Seronok Tengok Melayu Pas Menadah Tangan Di Mahkamah

Hari ini Kerajaan Negeri Kelantan dah selesai fail saman Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta.Itulah nasib kerajaan Pas Kelantan yang juga Melayu macam batang tubuh puak-puak Umno. MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz sendiri failkan saman terhadap Petronas.

Nasib MB Kelantan tak sama dengan nasib MB Terengganu yang juga Melayu tapi Umno. MB Terengganu Ahmad Said dan konco-konco Umno Terengganu sedang bergembira sakan dan gelak sampai ke telinga kerana selepas raya Aidilfitri Terengganu akan terima royalti RM1.6 bilion .

Melayu Umno rasa seronok bila tengok Melayu Pas merangkak ke mahkamah menadah simpati untuk dapatkan hak mereka sendiri. Melayu Umno rasa megah dan bongkak walaupun mengaut keuntungan minyak Kelantan yang bukan hak mereka dengan bayar wang ehsan kepada pemimpin Umno Kelantan RM20 juta.

Inilah slogan Satu Malaysia yang diuar-uarkan Umno-Bn. Satu Malaysia hanya untuk Melayu Umno, MCA, MIC dan parti-parti kucing kurap lain yang bersekongkol dengan Umno-BN. Satu Malaysia boleh zalimi bangsa Melayu yang tak sokong Umno seperti Melayu Pas dan Keadilan. Zalim!

Malaysiakini melaporkan K'lantan saman Petronas berhubung royalti minyak;

Kerajaan negeri Kelantan, dengan ketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, telah memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara, Petronas, untuk menuntut royalti minyak yang tidak dibayar sejak 2004.

Saman terhadap Petronas itu meliputi dakwaan melanggar perjanjian kontrak dan juga turut membabitkan isu perlembagaan.

Nik Aziz yang diiringi oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yaakob dan exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan, menyaksikan saman itu difailkan di Kuala Lumpur pagi ini. Turut hadir ialah bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramlli.

Peguam kanan Tommy Thomas mewakili kerajaan Kelantan.-Malaysiakini.


Berkaitan;
Royalti minyak :Kelantan fail kes dakwa diskriminasi Petronas-The Malaysian Insider

Ahad, 29 Ogos 2010

'Si Kitol dan Datuk Mendeliar moden' lebih dipercayai cakap mereka di bulan Ramadhan


Nampaknya kita lebih mempercayai berita -berita yang disebarkan 'Si Kitol dan Datuk Mendeliar moden' dibulanRamadhan yang mulia ini sebagai fakta walaupun berita yang disiarkan itu penuh dengan adu domba dan kebencian yang melampau terhadap mereka yang berbeza agama dengan kita. Puak -puak Umno dan sekutunya memainkan isu orang bukan Islam tak boleh masuk masjid kerana katanya mencemar kesucian Islam. Baca di sini dan tengok di sini.

Gambar sebelah Putera Haakon and Puteri Mette-Marit (kiri) dari Norway menziarahi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam, 10 Mac 2010. — Foto Reuters/Malaysian insider

Di Masjid Putrajaya dan Masjid Negara yang menjadi tarikan pelancong asing ke Malaysia boleh pulak mereka masuk walaupun mereka berhadas besar yang tak pernah mandi wajib sebab depa bukan orang Islam. Bila kena atas batang hidung yang berbeza ideologi politik mereka adu domba dan batu api walaupun apa yang terjadi sebenarnya adalah disebaliknya. Perkataan 'tazkirah' pun keluar daripada mulut mereka yang selama ini Umno amat benci dengan perkataan tersebut terutamanya semasa Umno -Bn perintah Selangor dulu! Tazkirah diharamkan semasa Umno berkuasa di Selangor dulu. Inilah kerja 'Si Kitol' moden di Malaysia sekarang ini. 'Si Kitol dan Mendeliar moden' ini lebih dipercayai daripada orang yang ada pengetahuan dalam bidang agama.

Naib Presiden Pas Mahfuz Omar kata ,"Saya berani mengatakan bahawa, Mais telah didalangi Umno, menipu pihak Istana.

"Memang tidak ada tazkirah, tidak ada ucapan berkaitan politik dan bukan memberi sumbangan kepada ahli PAS," tegasnya.

Tambahnya, tindakan Umno tersebut telah merugikan Islam apabila masyarakat bukan Islam mungkin berpandangan mereka tidak boleh lagi memasuki masjid atau surau.

Sedangkan kata Mahfuz, itu merupakan salah satu cara dakwah kepada bukan Islam dan sememangnya dibolehkan seperti diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu.

"Kalau tindakan itu salah, Mais bukan kena hantar surat amaran kepada ahli parlimen Serdang, tetapi kena hantar juga kepada Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya. Baca semua di sini.

Berkaitan;
Dr Asri: Saya bukan pertahan YB Teo-Malaysiakini
Kunjungi masjid: Wiliam Leong pulak kunjungi masjid-Malasyiakini
Nik Aziz :Jahil agama punca polemik-Malaysiakini

Terengganu akan terima royalti RM 1.6 Bilion, Kerajaan Kelantan dapat apa?

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri akan menerima wang royalti RM1.6 bilion selepas sambutan Aidilfitri.

Namun beliau tidak dapat memberikan tarikh tepat kerana ia bergantung kepada perjanjian antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang hanya akan muktamad selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Kita akan menandatangani perjanjian dengan kerajaan pusat selepasa Aidilfitri nanti.

“Tapi apa yang saya boleh katakan kerajaan negeri akan menerima sebanyak RM1.6 bilion wang royalti minyak,” katanya kepada pemberita selepas program Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Terengganu bersama Anak-anak Terengganu di Selangor dan Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.-Malaysian Insider Terengganu terima royalti minyak RM 1.6 bilion selepas Aidilfitri.

Seramai 3,000 anak Terengganu terdiri daripada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tingga Awam hadir memeriahkan program itu.

Ahmad berkata jumlah wang royalti minyak yang bakal diterima kerajaan negeri Terengganu juga bergantung kepada harga pasaran minyak dunia.

“Sekarang ini harga minyak dunia AS$60 satu tong, jika harga itu naik maka wang royalti juga bertambah dan ia merupakan satu bonus kepada kerajaan negeri.

“Tapi kalau harga minyak jatuh, teruklah kita nanti,” katanya.-Malaysian Insider Terengganu terima royalti minyak RM1.6 bilion selepas Aidilfitri.

Negeri Kelantan yang diperintah Pas juga menuntut pembayaran royalti minyak daripada kerajaan pusat tapi yang diterima ialah wang ehsan yang dibayar kepada pemimpin Umno Kelantan.Semasa Pas berkuasa dulu di Terengganu bayaran royalti telah ditamatkan dan diganti dengan wang ehsan . Umno guna wang ehsan itu untuk tumbangkan kerajaan Pas Terengganu.

Itulah perangai busuk Umno dulu , kini dan selamanya. Bila Umno kalah kira ehsan bila menang kira royalti. Yang kenyang pemimpin Umno yang jadi penyamun harta yang bukan hak mereka.Bila Umno tersepit kerana dikalahkan dengan teruk dalam pru 12 Umno hulurkan tangan busuk mereka yang penuh nanah untuk perpaduan Melayu-Islam. Umno terlupa merekalah pengkhianat bangsa sendiri yang menganiayai kerajaan Pas Kelantan yang seratus peratus Melayu sejak tahun 1990 hingga sekarang.

Sabtu, 28 Ogos 2010

Hudud undang-undang Allah -Tok Guru Nik Aziz

Kata Menteri Besar Kelantan yang juga Murshidul AmPas dalam blok Tok Guru Tekad bersama melaksana hududullah;

Undang-undang Allah

Undang-undang hudud merupakan undang-undang Allah. Ia difardhukan oleh Allah SWT, sebagaimana fardhu (wajib) bersolat, berpuasa dan mengeluarkan zakat. Justeru menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk menegakkan undang-undang hudud sebagaimana perintah Allah SWT.

Natijahnya, kita semua boleh menerima bahawa di sekolah ada undang-undangnya yang mana pelajar perlu mematuhi arahan guru dan pentadbir, di pejabat juga ada undang-undangnya yang mana seorang pekerja perlu mematuhi arahan majikannya, di dalam negara kita juga ada undang-undangnya yang mana rakyat diminta taat patuh kepada pemimpinnya. Maka adakah manusia hidup di dunia Allah ini tidak dikenakan undang-undang? Sudah tentu lebih daripada itu kerana hidup ini satu urusan yang terlalu sulit dan komplikated sehinggakan di luar daripada kemampuan manusia menguasainya. Justeru siapa yang paling berhak menentukan undang-undang hidup di dunia selain daripada pencipta dunia ini sendiri, iaitu Allah SWT. Inilah yang Allah SWT firmankan:

Bermaksud : Hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Dia menerangkan kebenaran dan Dialah sebaik-baik yang memberi keputusan.Baca semua klik tajuk di atas.

Ketika mengulas isu orang bukan Islam masuk masjid , Tok Guru Nik Aziz berkata;

“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” kata Nik Aziz kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit.

Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.

“Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama,” katanya.-Malaysian Insider Nik Aziz pertahan anggota parlimen Teo .


Umno tentang Majlis Fatwa

Tindakan Umno mengapi-apikan isu bukan Islam memasuki Masjid dilihat menentang keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan, mempolitikkan kunjungan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu.

Muzakarah Kali Ke-90 jawatankuasa tersebut yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, mengikut keputusan itu, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

"Nyatalah histeria Umno dan konco-konconya itu memalukan umat Islam dengan tindakan mereka yang bukan-bukan sehingga perkara yang diputuskan halal pun diharamkan oleh mereka," kata Mahfuz.

Keharusan tersebut juga sebagai cara menunjukkan keindahan Islam kepada bukan Islam.

Umat Islam juga dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya.

"Umat Islam janganlah mengizinkan diri mereka diperbodohkan oleh politik perkauman Umno," jelasnya.

Dalam pada itu Teo Nie Ching menjelaskan beliau hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.

Mengenai tindakan memasuki ruang solat utama di surau itu, Teo berkata, beliau hanya memenuhi jemputan.

"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk.

"Saya tidak dinasihatkan oleh (pengurusan) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu," jelasnya. -Harakahdaily.

Berkaitan;
Naib Presiden Pas :Tidak salah MP Dap Serdang berada di surau-Malaysian Insider
Pemuda Pas :Fokus masalah sosial ,usah besarkan isu MP Serdang-Malaysian Insider
Dap kesal tindakan Mais ke atas MP Serdang , jawatankuasa Surau-Malaysian Insider
DAP:Utusan , Umno politikkan'tazkirah' Teo-Malaysiakini

Jumaat, 27 Ogos 2010

Brahim Ali kata Khairy elok keluar Umno, dulu besar kepala zaman Pak Lah

'Pertarungan' Brahim Ali Presiden Perkasa dengan Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin melarat-larat hingga cabar mencabar antara kedua pihak.Brahim Ali suruh Khairy keluar Umno sementara Khairy pulak kata jika ahli Umno pilih Perkasa daripada beliau akan keluar Umno.Brahim kata elok la Khairy keluar Umno sebab dulu 'ex' sangat semasa Pak Lah jadi PM.

Pergaduhan abang -adik itu hanya sekadar carik-carik bulu ayam. Bila time pilihanraya gerombolan ini akan bersatu macam tak dak apa pun yag berlaku.Lapor Malaysian Insider Ibrahim Ali :Ahli Umno akan gembira jika Khairy keluar;

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata ramai ahli Umno akan gembira jika Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu atas alasan ‘tidak gembira’ dengan Perkasa.

“Saya rasa ramai ahli Umno gembira kalau dia letak jawatan atau tinggalkan Umno kerana semasa bapa mertuanya jadi perdana menteri, menyebabkan antara punca BN dan Umno kalah teruk pilihan raya umum ke-12,” kata beliau.

Kata Ibrahim, sekiranya majoriti ahli Umno menyokong Perkasa ia adalah satu tanggapan melucukan.

“Apa penyakit KJ?... mungkin tidak dilantik sebagai timbalan menteri, maka kecewanya sudah klimaks dan jadi Perkasa sebagai alasan,” katanya.

“Pada saya, tanpanya mungkin rakyat lagi senang hati pada Umno... apa pun kesian dia.

“Dulu besar kepala... sekarang bila bapa mertua tak jadi PM, maka taring dah hilang, merapu tak tentu pasal,” kata Ibrahim mengulas kenyataan terbaru Khairy terhadap Perkasa kelmarin.Baca semua klik tajuk.

'Berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim'-Nurul Izzah

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menyangkal dakwaan menteri Kabinet bahawa beliau berdosa, sebaliknya menegaskan “lagi berdosa kalau membiarkan kezaliman bermaharajalela.”

“Sememangnya jihad terbesar adalah berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim.

“Justeru, panduan saya hanya al- Quran dan sunah, bukan sesetengah pimpinan yang memilih bulu dalam memperjuangkan prinsip,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini membalas pendirian Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jamil Khir berkata mereka yang memburukkan negara sendiri dengan niat menimbulkan kekacauan disanggap berdosa.

“Kita kena sayangkan dan cintakan negara kita dan perlu bersedia dalam mempertahankan negara kerana ia merupakan satu jihad dan sudah pasti ganjarannya untuk orang yang berjihad ini juga besar.

“Maka, kalau besar ganjarannya, besarlah juga kesalahannya apabila seseorang itu memburukkan negaranya sendiri, maruah negara, di tempat orang dengan harapan negara akan jadi huru hara,” katanya.

Jamil Khir diminta mengulas laporan bahawa Nurul Izzah, yang didakwa mengeluarkan

kenyataan yang menjejaskan imej dan maruah negara dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.-Malaysian Insider


Khamis, 26 Ogos 2010

Kempen anti zina , syabas kerajaan negeri Selangor!

Langkah kerajaan negeri Selangor mengadakan kempen anti zina merupakan satu kerja amar ma'ruf nahi mungkar yang mesti di sokong dan merupakan langkah terpuji. Ditengah-tengah kemelut berleluasanya pembuangan bayi kempen anti zina ini dilihat mampu mencelikkan golongan muda-mudi yang terjebak dalam kancah maksiat akibat geloran nafsu yang tiada sempadan.

Malaysiakini dalam laporannya S'langor lancar kempen anti zina Isnin ini;

Kerajaan Selangor akan melancarkan kempen anti zina, sempena program sambutan kemerdekaan dan penghayatan bulan Ramadan Isnin depan.

Pelancaran kempen tersebut adalah antara aktiviti menarik yang disusun untuk program berkenaan yang akan dilancarkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut kenyataan sekretariat akhbar kerajaan negeri Selangor, program tersebut akan berlangsung selama dua hari mulai jam 3.30 petang Isnin depan sehingga 7.30 pagi 31 Ogos.

Di samping kempen anti zina, antara aktiviti lain yang akan diadakan ialah konsert amal Merdeka, laungan kemerdekaan oleh menteri besar dan banyak lagi.

"Program ini diadakan sempena menghayati bulan Ramadhan dan Menyambut Hari Kemerdekaan yang diadakan secara serentak," tambah kenyataan itu lagi.-Malaysiakini

Felda Gigit Jari , Mahkamah Arah Bayar Peneroka RM 11Juta

Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan mahkamah sebelum ini yang mengarahkan Felda membayar pampasan lebih RM11 juta kepada 354 peneroka sebuah rancangan Felda di Kelantan.

Keputusan ini dipercayai akan membuka ruang kepada lebih tindakan saman terhadap Felda dalam isu manipulasi pengredan kelapa sawit oleh Felda terhadap penerokanya.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak permohonan Felda berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengetepikan permohonan Felda membuat rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu supaya agensi itu membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka-peneroka itu.

Panel hakim selain Alauddin adalah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Seri Md Raus Sharif, mendapati mahkamah itu tidak dapat membenarkan permohonan itu kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa menyemak semula keputusan awalnya.

Mahkamah juga memerintahkan Felda membayar kos perundangan sebanyak RM20,000.-Harakahdaily Mahkamah Persekutuan arah Felda bayar RM11 juta kepada peneroka.

Berkaitan;
Peguam gagal hadir ke mahkamah punca Felda tewas-Bernama/Malaysian Insider

Hukum Hudud Adalah Kewajipan Individu Muslim

Penentang Timbul Kebimbangan Tidak Berasas Tentang Hudud- Mohamed Zainal Abidin Hussin

Setiap kali isu hukum hudud muncul, komen-komen negative ditimbulkan yang dilihat cuba dijadikan bahan untuk menakutkan mereka yang tidak ada pengetahuan berkenaan topik ini.

Dua tokoh Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang segera menolak pelaksanaan hudud yang dibincangkan dalam satu seminar di Kota Bharu baru-baru ini terus menjadikan isu masyarakat berbilang kaum dan zaman moden sebagai alasan.

Sebagai tokoh politik yang mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini, kita memahami kebimbangan tokoh-tokoh ini jika dianggap tidak berjuang menjaga kepentingan golongan terbabit.

Lebih parah ialah kebimbangan tohmahan bahawa mereka kini menjadi barua PAS dalam isu-isu yang merugikan masyarakat bukan Islam di negara ini.

Hakikatnya ini adalah permainan lama yang hanya digunakan untuk menakutkan orang-orang bukan Islam.

Kepada para penentang hukuman syariah termasuk hudud, mereka perlu sedar bahawa penerimaan hukuman ini di kalangan orang Islam adalah sesuatu yang tiada pilihan. Sebagaimana amalan-amalan Islam seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, haji di Mekah dan seumpanya, hukum syariah temasuk hudud adalah kewajipan setiap indidvidu muslim.

Kewajipan melaksanakan perkara ini bukan sekadar dasar PAS atau kehendak Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ia adalah arahan wajib kepada setiap orang Islam. Terpulang kepada mereka untuk melaksanakannya berdasarkan kemampuan dan kuasa yang ada pada mereka.

Seperti telah berkali-kali ditegaskan, pelaksanaan hukum Islam tidak akan mengganggu hubungan hormat-menghormati antara orang Islam dan bukan Islam. Penjelasan berkenaan perkara ini adalah terbuka dan tidak ada apa yang perlu disembunyikan.

Dialog dan perbahasan sihak perlu diteruskan sehingga para penentang yang cuba menakut-nakutkan mereka yang tidak faham dapat dihapuskan sama sekali.

Pelaksanaan syariah tidak jejaskan amalan demokrasi – Pakar

Pakar-pakar perundangan Islam bersepakat bahawa pelaksanaan syariah secara menyeluruh termasuk hukum hudud tidak akan mengganggu proses demokrasi dan hak-hak orang bukan Islam di negara ini.

“Kepada orang Islam, tidak ada pilihan bagi mereka selain hukum hakam yang disyarakkan oleh Allah SWT untuk mereka, sama ada yang berkaitan dengan aqidah, ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, kehakiman, adab, akhlaq, politik, kenegaraan, hubungan antara manusia, antara negara, hubungan manusia dengan alam dan sebagainya,” kata Datuk Mohd Salleh Ahmad, felow kanan, jabatan undang-undang Islam, Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Menurut beliau, dengan pelaksanaan menyeluruh sistem perundangan Islam, suasana harmoni bukan sahaja dirasai oleh masyarakat Islam, malah termasuk mereka yang bukan Islam dan alam sekitar tumbuhan dan haiwan.

“Ciri-ciri perundangan Islam yang mencakupi penyelesaian teras dalam kehidupan manusia akan memberikan suasana baru kerana hukuman-hukuman yang dkenakan mempunyai serampang dua mata untuk kebaikan serta merta (duniawi) dan kebaikan selepas mati (ukhrawi),” jelas beliau ketika membentangkan kertas kerja hukuman sebat dari perspektif Islam, di Kompleks Islam Darulnaim, 19 Ogos lalu.

Bagi ketua hakim syari’e negeri kelantan, Datuk Daud Muhammad, semua undang-undang Islam termasuk hudud telah siap sedia dilaksanakan di negara ini kerana segala prasarana sistem kehakiman syariah telah dipersiapkan.

“Kita hanya tunggu lampu hijau dari pihak yang berkuasa,” kata beliau menjawab soalan peserta seminar yang ingin tahu bilakah perlaksanaan hukum hudud dapat dilaksanakan.

Datuk Daud membentangkan kertas kerja bertajuk Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah, Realiti Pelaksanaan pada seminar tersebut.

Bagi menghadapi tohmahan para penentang pelaksanaan syariah dari dalam dan luar negara, timbalan ketua bahagian penasihat (seksyen syariah) Jabatan Peguam Negara, Muhammad Naser bin Disa berkata sejarah Malaysia silam menunjukkan rantau ini telah bergerak maju semasa tidak ada undang-undang lain selain undang-undang Islam dilaksanakan.

“Sebelum kedatangan penjajah Barat, bukti bertulis dalam pelbagai versi menunjukkan hanya undang-undang Islam yang diterima pakai oleh kerajaan-kerajaan yang di wilayah yang kini bergabung dalam satu entiti yang dsebut Malaysia,” kata beliau ketika membentangkan kertas kerja pelaksanaan hukuman sebat dalam kes jenayah syariah – cabaran dan halangan pada seminar itu.

Peraksanaan undang-undang Islam menyeluruh seperti diamalkan itu menurut beliau, tidak menyekat wujudnya masyarakat berbilang kaum termasuk non-muslim di rantau ini.

“Amalan perundangan Islam juga sama sekali tidak menghalang kerajaan-kerajaan zaman itu berinteraksi dengan masyarakat antarabangsa yang terdiri dari kalangan umat Islam dan orang-orang bukan Islam,” jelas beliau. – harakahdaily.net

* Mohamed Zainal Abidin Hussin ialah pegawai penyelidik Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan.-Malaysian Insider.

Apa pun yang cuba sedaya upaya nak daulatkan hukum Allah di Bumi Malaysia ini ialah Pas. Penentangandi kalangan bukan Islam itu perkara biasa.Tapi bila orang Islam sendiri bantah pelaksanaan hukum Hudud itu yang amat menyedihkan. Tak buat lagi baru dok terang itu ini tentang Hudud dah lawan berapi nak kira lagu mana?

Sekarang yang lawan Hudud bukan takat Dap, Gerakan dan juga MCA tapi Umno turut melawan hukum tersebut dengan mengatakan "sapa nak makan sup tangan pi Kelantan". Ni lagi teruk daripada puak-puak bukan Islam yang tak faham hukum Hudud!

Berkaitan;

Dzulkefly :Elakkan sejarah 2001 berulang-Malaysiakini

Isu Hudud kekal duri dalam daging di Pakatan, kata penganalisis-Malaysian insider

Hudud ;Pas mahu dengar pandangan Pemuda Gerakan Kedah-Malaysian Insider

Adakah CPF Pakatan Rakyat tu kurang ajar?-Penarik Beca

Rabu, 25 Ogos 2010

Liatnya Umno nak bayar hutang

Hutang pilihanraya umum 2004 Umno kepada pembekal bahan pilihanraya masih tak berbayar dan kini syarikat pembekal untuk Umno telah gagal dalam rayuan samannya terhadap Umno yang berjumlah RM 218 juta. Malaysiakini melaporkan Saman Umno :Elegant Advisory gagal dapat rayuan;

Syarikat pembekal barangan pilihan raya, Elegent Advisory hari ini gagal memperoleh kebenaran merayu dari Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan membatalkan saman RM218 juta terhadap Umno.

Syarikat itu mengemukakan tuntutan saman tersebut kerana Umno didakwa gagal menjelaskan bayaran dan perkhidmatan semasa pilihan raya Umum Ke-11 pada 2004.

Peguam yang mewakili Umno Mohd Hafarizam Harun (kiri) memberitahu mahkamah Umno tidak berhubungan dengan orang tengah bagi mendapatkan bekalan barangan pilihan raya.

“Kita (Umno) tidak berhubungan dengan orang tengah. Kita berhubung secara langsung dengan sub-kontraktor yang mencetak poster dan membekalkan barangan pilihan raya,” katanya.

Katanya, jika Elegant Advisory menuntut bayaran, ia harus dimohon bersama sub-kontraktor yang lain.

Peguam Yusfarizal Yusof, yang mewakili Elegant Advisory, berkata sebelum ini, Umno pernah cuba menyelesaikan perkara itu dan mengadakan beberapa mesyuarat tetapi tidak berhasil.

"ini menunjukkan bahawa wujudnya satu bentuk kontrak, sekalipun lisan tetapi Umno harus bayar,” katanya.Pada September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan saman RM218 juta oleh pembekal bahan kempen pilihanraya, Elegant Advisory Sdn Bhd terhadap Umno.

Pesuruhjaya kehakiman Anantham Kasinater berkata, beliau berpuas hati bahawa permohonan itu tidak mempunyai asas dan tidak mematuhi Akta Kontrak 1950.

Mahkamah, katanya, berpuas hati bahawa ia tidak memenuhi Seksyen 71 Akta tersebut.

Oleh itu, katanya, mahkamah berpuas hati bahawa tidak ada kaitan kontrak antara Elegant Advisory dan Umno.-Malaysiakini.

Betulkah Umno tidak berhubungan dengan orang tengah ?

Bolehkah bersatu di bawah ketiak Umno?

Tun Mahathir ajak orang Melayu bersatu sebab takut hilang kuasa politik. Mungkin ada yang kesian dengan Umno yang tak henti -henti zalimi Melayu yang tak menyokong Umno hanya semata-mata perbezaan politik dan ideologi. Sekarang parti Umno sedang menyanyikan lagu Ramlah Ram pagi petang siang malam merayu-rayu ajak orang Melayu bersatu di bawah ketiak Umno. Mai la bersatu, mai la bersatu, bersatu untuk apa?

Cakap memang la senang nak bersatu selamatkan politik Umno tapi dalam masa yang sama kerajaan Pas Kelantan yang juga orang Melayu terpaksa ambil tindakan mahkamah untuk tuntut royalti minyak daripada Kerajaan Umno-Bn yang berkuasa di peringkat persekutuan. Nak tuntut benda yang hak pun kena naik mahkamah setelah permintaan kerajaan Pas Kelantan untuk dapatkan royalti minyak ditolak mentah-mentah oleh kerajaan persekutuan. Kerajaan Kelantan dijangka fail saman Petronas 30 Ogos .

Umno patut dibubarkan dan orang Melayu yang menyokong parti itu bersama-sama bersatu hati buka lembaran baru untuk bersama Pakatan Rakyat perintah Malaysia. Jika PR pulak yang menyeleweng kita pulak sama-sama jatuhkan mereka . Ini demokrasi ,kita rakyat yang berkuasa tentukan siapa yang akan perintah negara. Rakyat adalah 'Raja' sebenar di hari mengundi.

Jangan jadikan diri kita terus tua dalam Umno parti perasuah dulu, kini dan selamanya.

Selasa, 24 Ogos 2010

Tun Mahathir , JKK tak mau jambatan

Bekas PM Tun Mahathir bantah bina jambatan di Langkawi. Kata Tun Mahathir pulau tak elok dijadikan daratan.Turut membantah cadangan nak buat jambatan itu ialah Ahli Parlimen Langkawi (Umno) dan Pengerusi Jawatan Kuasa dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP)

Kepada sesiapa yang pernah pergi ke Langkawi anda mungkin rasa seronok dengan keindahan pulau Langkawi yang banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Tapi jika anda melihat kebanyakkan rumah-rumah kampung penduduk Melayu Langkawi amat daif dan uzur. Tak percaya pi la tengok.

Semasa zaman Tun Mahathir berkuasa dulu banyak projek yang berasaskan pelancongan dibangunkan yang tak dapat tidak terpaksa korbankan tanah-tanah orang Melayu di Langkawi. Yang dapat duit pampasan mungkin ada yang berniaga dan ada juga yang jadi hidup melarat kerana habis tah ke mana dibelanjakan duit tersebut. Ramai orang Melayu Langkawi berpindah atau hijrah ke Perlis dan daratan Kedah untuk terus hidup.

Sekarang kenapa hanya nak dibuat satu jambatan yang hubungkan Langkawi dengan Kuala Perlis jadi ketegaq tak mau projek? Buat jambatan boleh rosakkan keindahan pulau Langkawi? Betoika?Awat JKK Umno tolak projek, tolak pembangunan?Tolak orang Melayu sampai terkeluar pulau hang pa tak bantah pulak.

Tun Mahathir jadi trauma dengan terbengkalainya 'jambatan bengkok' yang dihumbankan ke dalam laut oleh mantan PM Pak Lah . Tun nak jambatan bengkok tapi jambatan lainTun tak mau.

Berkaitan;
Pas Perlis , Langkawi tetap mahu jambatan-Malaysiakini

PM Najib dah jadi lembek macam Pak Lah?

Adakah PM Najib semakin lesu dan lembek dengan segala isu yang melanda negara? Malaysian Insider melaporkan Kepimpinan Najib mula mirip era Pak Lah dakwa Pakatan;

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mula mempersenda kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dengan menggambarkan mirip gaya “Pak Lah” kerana kelihatan bimbang dalam melahirkan pendirian tegas ekoran isu-isu kontroversi kebelakangan ini.

Mereka mendakwa bahawa sikap Najib yang terlalu “berdiam diri” mencerminkan era Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila bekas perdana menteri itu takut dengan orang-orangnya sendiri dalam mengambil pendirian-pendirian tegas.

Pemimpin-pemimpin PR yang dihubungi The Malaysian Insider juga menggesa Najib keluar dari sikap sedemikian, sebaliknya mengecam insiden-insiden bersifat perkauman.

Najib mengambil alih kepimpinan sebagai perdana menteri pada April 2009 selepas menjadi timbalan sepanjang era Abdullah yang mesra dikenali sebagai “Pak Lah”.

Abdullah menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober 2003.

Mereka bimbang sikap sedemikian juga akan menggalakkan pihak lain mencetuskan sentimen kebencian kaum yang dikhuatiri ramai sekarang.

Sikap diam diri beliau membuktikan pandangan saya bahawa musuh utama beliau ialah partinya sendiri,” kata ahli jawatankuasa kerja pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad sambil menambah, sebagaimana dilalui Pak Lah, Najib kelihatan bertindak sedemikian sekarang.

“Saya melihat Najib kelihatan melalui situasi yang sama sebab beliau juga berada dalam persekitaran yang sama,” kata beliau lagi.

Najib, yang juga Presiden Umno, juga bimbang untuk menolak politik berasaskan etnik dalam partinya, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini.Baca semua klik tajuk di atas.-Malaysian Insider

Isnin, 23 Ogos 2010

Kerja biadap dan kurang ajar!

Bulan Ramadhan bulan yang mulia. Tapi kerja-kerja khianat, biadap ,kurang ajar di bulan yang mulia ini dengan mensabotaj rumah Allah dengan membaling cat merah dan botol arak ke dinding surau adalah tidak dapat diterima sama sekali. Lapor Malaysian Insider;

Kawasan pekarangan surau Taman Pulai Impian yang disimbah dengan cat merah awal pagi tadi.Gambar Malaysian Insider.

Berita ini juga kurang ajar dan biadap terhadap Malaysia , Kedutaan M'sia di lempar najis , bendera dipijak-Malaysiakini
Sebuah surau di Seremban disimbah dengan cat merah awal pagi ini dipercayai dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab tetapi polis meminta orang ramai bertenang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan ACP Zaki Masroh mengesahkan kejadian tersebut dan meminta supaya orang Islam bertenang.-Malaysian Insider -Surau di Seremban disimbah cat merah.

Ahad, 22 Ogos 2010

Ku Li kata piring pun kalau orang mau jadi nilai pertukaran apa salahnya

Malaysian Insider melaporkan Ku Li :tidak salah guna mata wang syariah dinar;

Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyokong langkah Kelantan yang memperkenalkan mata wang syariah dua minggu lalu sebagai kaedah tambahan pertukaran walaupun pusat menganggap ia bercanggah dengan undang-undang negara.

“Saya merasakan kerajaan negeri Kelantan yang percaya pada potensi (dina dan dirham) seharusnya bertindak (ke arah itu) dan berusaha agar ia dapat digunakan,” kata pemimpin veteran Umno ini.

Tengku Razaleigh ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Anak Darul Naim Selangor dan Wilayah Persekutuan (Persada) di sini hari ini.

Sambil mengakui bahawa hanya Bank Negara yang boleh mengeluarkan mata wang sah tiada halangan bagi menggunakan dinar dan dirham sebagai saluran pertukaran tambahan.

Sambil menarik sekeping piring kecil ketika bercakap kepada pemberita, Ketua Umno Gua Musang ini menambah, “ini bermakna kita boleh menggunakan piring kecil ini dengan apa sahaja yang kita mahukan dengan syarat orang yang terlibat mahu menerima piring ini (sebagai nilai pertukaran).”

“Dinar dan dirham diperkenalkan oleh Kelantan... boleh diterima oleh semua, jika kita memilih untuk berbuat demikian,” katanya.

“Undang-undang menekankan bahawa hanya ringgit sahaja boleh digunakan untuk mengelakkan kekeliruan tetapi jika seseorang memutuskan untuk menerima dinar, itu adalah hak mereka,” katanya.

Tengku Razaleigh menambah beliau tidak melihat penggunaan dinar dan dirham sebagai sesuatu yang salah selagi mata wang syariah tidak menggantikan ringgit yang kini merupakan mata wang yang sah.

“Jika orang hendak menggunakan piring ini sebagai sumber (pertukaran) mereka boleh lakukan,” kata beliau sambil menambah, ia tidak boleh digunakan di peringkat nasional.Baca semua klik tajuk di atas.

Berkaitan;

Dinar :Tiada masalah jika rakyat Kelantan setuju-Harakahdaily

Sabtu, 21 Ogos 2010

Bagaimana dengan bacaan yaasin dan solat hajat untuk calon BN di prk Hulu Selangor?


Apakah Umno sudah lupa dengan banner yang doakan kemenangan calon MIC P.Kamalanathan di prk Hulu Selangor April yang lalu?




Berkaitan;
Khutbah ;umno nafi reka cerita, dakwa enam masjid gugur nama Agong-Malaysian Insider
Mufti teliti isu khutbah-Harakahdaily
Khutbah:Pas sokong siasatan rapi-harakahdaily
Zahid Hamidi fitnah , bohong-Anwar-Harakahdaily
Khutbah:Kenyataan politik sempit Zahid Hamidi-harakahdaily
Khutbah:Polis terima 3 laporan-Malaysiakini
Khutbah :Pemuda umno desak siasatan segera-Malaysiakini
TPM:Sebut Guan Eng dalam khutbah implikasi besar-Malaysiakini
Khutbah: K'jaan negeri nafi nama Lim ganti Agong-Malaysiakini

Ulama cinta dunia punca gejala sosial, buang bayi

Tadi sempat juga la dengar tazkirah di masjid . Dalam kuliah lebih kurang 30 minit tu kata seorang ustaz ulama zaman sekarang cintakan dunia lupa kepada akhirat. Mereka tidak berani menegur pemimpin yang lakukan kezaliman. Mulut mereka diam daripada menegur pemimpin yang lakukan maksiat.

Kata ustaz tu lagi para ulama kejar populariti dan kemewahan kalau takat bayar seratus dua untuk bagi ceramah agama meeka tak akan datang dengan macam -macam alasan. Ulama yang cintakan dunia ini menjadikan Allah Taala turunkan bala dengan berlakunya gejala sosial yang teruk di kalangan masyarakat terutamanya golongan remaja dan muda. Di bulan Ramadhan yang mulia ini gejala buang bayi terus berleluasa . Ini adalah satu bala.

Wallahu a'lam.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Isu Hudud :Karpal Singh VS Nik Aziz

Karpal Singh Pengerusi Dap tak dapat terima Hukum Hudud sebagai penyelesaian masalah buang bayi seperti yang dicadangkan Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz. Bagi Karpal hanya undang-undang sivil saja yang layak dilakasanakan di Malaysia sebuah negara sekular. Karpal bukan orang Islam sudah tentu beliau bercakap mempertahankan undang-undang orang putih yang melakar dan mencipta perlembagaan Malaysia yang juga sekular.

Dalam hal ini Karpal Singh senada dengan Umno kerana Umno tolak awal-awal lagi Kanun Jenayah Syariah yang diluluskan Dun Kelantan dan juga Dun Terengganu semasa Pas berkuasa dulu.

Karpal Singh juga tak perlu celupar nak pertikai hukum Islam dan beliau sesekali tidak layak untuk membicarakan apa-apa pun berkaitan Islam kerana beliau seorang kafir bukan orang Islam. Apa pun melibatkan agama , melibatkan hukum Islam tak ada main-main dan boleh cakap ikut suka. Kalau Umno nak gelakkan Pas dengan kenyataan Karpal Singh tentang Hudud Umno kena gelakkan diri sendiri dulu, suluh muka depan belakang siapa antara Umno dan Karpal Singh yang tolak Hudud di Kelantan terlebih dulu?

Cadangan Tok Guru Nik Aziz agar dilaksanakan hukum hudud terhadap pesalah buang bayi tidak disahut pemimpin Umno mulut mereka jadi bisu . Mulut para Mufti juga tak terbuka untuk menyokong kenyataan tersebut.

Kata Karpal Singh seperti yang dilaporkan Bernama Hudud bukan jawapannya kata Karpal;

"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Karpal mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu semalam bahawa adalah wajar untuk berbalik kepada hudud oleh kerana beliau dakwa undang-undang sivil sekarang gagal mengawal jenayah dan penyakit sosial.

Namun, kata Nik Aziz, keutamaan mestilah menerapkan taqwa atau pendidikan agama terlebih dulu di kalangan rakyat.

Karpal berkata beliau amat jelas dalam perkara itu dan tidak mahu berhujah dengan Nik Aziz kerana pandangan beliau (Karpal) berdasarkan apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan negara sekular.

Karpal berkata pada 1988, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa hanya undang-undang sivil terpakai di sesebuah negara sekular.-Bernama

Khamis, 19 Ogos 2010

Hukum Hudud Dilihat Jalan Penyelesaian Untuk Jenayah, Buang Bayi

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nit Mat berkata kerajaan negeri berusaha melaksanakan Undang-Undang Hudud dan Qisas di Kelantan bagi mendidik umat Islam membendung kejadian buang bayi dan jenayah.

Beliau, yang juga Mursyidul Am PAS berkata, undang-undang yang sedia di negara ini dilihat gagal menangani sebarang bentuk gejala jenayah dan sosial kerana ia tidak disertakan dengan didikan agama.

Katanya undang-undang bukanlah jawapan sebenar ke arah penyelesaian kepada jenayah dan gejala sosial, seperti kes rasuah, pembuangan bayi yang sedang melanda negara sekarang.

"Polis dan menggari pesalah adalah perkara kedua, yang penting dan utama ialah didikan agama supaya dapat ditanam roh takwa di kalangan umat manusia," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Hududullah dan Seminar Hukuman Sebat Syariah di Kompleks Balai Islam, di sini, pada Khamis.

Tiga kertas kerja dibentangkan dalam seminar itu, iaitu "Hukuman Sebat Daripada Perspektif Islam" oleh Felo Kanan Jabatan Undang-Undang Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Mohd Saleh Ahmad; "Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah; Realiti Pelaksanaan" oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad dan Pelaksanaan Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah" oleh Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Seksyen Syariah) Jabatan Peguam Negara, Mahamad Naser Disa.

Kelantan dan Terengganu merupakan dua negeri yang sudah mempunyai Undang-Undang Hudud dan Qisas untuk orang Islam ketika di bawah pentadbiran PAS tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Antara percanggahan itu termasuk pelaksanaan terhadap prosedur, kesalahan dan hukuman jenayah termasuk mencuri dan membunuh yang telah mempunyai peruntukan undang-undang Persekutuan di negara ini.

Nik Abdul Aziz berkata penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak cukup mengawal manusia tanpa disertai didikan dan tarbiyah syariat Islam dari peringkat ibu bapa, guru hingga pentadbir kerajaan negeri dan pusat.

Justeru itu, katanya, kerajaan negeri tetap berusaha untuk melaksanakan hukum hudud yang tidak harus dilihat sebagai suatu hukuman potong tangan terhadap pencuri semata-mata.

Hukum itu sendiri bertindak untuk mengajar umat manusia supaya tidak melanggar perkara yang dilarang tuhan kerana kelak ia akan membawa satu penyakit kanser moral kepada manusia, yang akhirnya menjatuhkan ketamadunan manusia sendiri, katanya.

"Hudud adalah garis sempadan yang ditentukan Allah menghadkan sesuatu yang termasuk dalam apa yang dilarang dan diperintah dan bukan semata-mata hukuman potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi penzina," tegas beliau.-Bernama.

Arab Jahilliah Tanam Anak Perempuan Hidup -Hidup, Melayu -Islam?

Pembuangan bayi yang baru lahir yang dipercayai hasil sumbang mahram makin menjadi-jadi.Makin disebut di sana -sini makin banyak pulak bayi baru lahir dicampak dan dibiarkan kesejukkkan seorang diri.Macam kurap makin digaru makin gatal. Malah ada yang mati kesejukkan atau kelaparan.Anak kecil itu tak berdosa tapi mak-bapaknya manusia yang berhati iblis dan syaitan malu kerana anak kecil itu anak hasil zina.

Mereka yang buang anak itu sudah tentu kebanyakkannya orang Melayu-Islam kerana malu dapat anak zina. Waktu berzina mereka tak malu pada Allah SWT tapi mereka malu kepada manusia kerana dapat anak hasil hubungan zina yang jelas haram dalam Islam.

Allah menurunkan Rasul yang dikasihi di bumi Arab yang panas terik dan kering kontang ada sebab musababnya. Perangai orang Arab Jahiliah yang bunuh bayi perempuan dengan menanamnya hidup-hidup telah berubah sikap dengan lahirnya nabi yang dikasihi Nabi Muhammad SAW.

Kalau Arab Jahiliah setakat bunuh anak perempuan dan tanam-hidup tapi umat Melayu-Islam bunuh anak zina tak kira lelaki atau perempuan dengan mencampakkannya di merata tempat , dalam longkang , tempat pembuangan sampah, masjid , surau dan ikut suka sebab akal dah dirasuk iblis dan syaitan. Baca di bawah sekadar renungan;

Mayat ditemui celah plastik

19-8-10

MELAKA: Polis menahan reman seorang pesakit wanita dan pasangannya bagi membantu siasatan berhubung kes pembuangan mayat seorang bayi lelaki berusia kira-kira lima bulan di kawasan Hospital Melaka (HM), awal pagi kelmarin.

KEJAM...mayat bayi ditemui dalam longgokan sampah di kawasan hospital.
KEJAM...mayat bayi ditemui dalam longgokan sampah di kawasan hospital.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata gadis berusia 20-an ditahan di wad hospital, manakala teman lelakinya juga berusia 20-an ditangkap di Batu Berendam, di sini.

Menurutnya, sebelum itu, seorang Pegawai Perubatan hospital berkenaan membuat laporan berhubung seorang pesakitnya yang juga pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sedang dirawat di wad kecemasan didapati mempunyai tanda-tanda baru melahirkan anak.

Katanya, susulan laporan itu, pihaknya melakukan siasatan dari segenap aspek ke atas pesakit itu dan dia mengakui melahirkan bayi di dalam tandas di HM dan kemudian membuangnya di dalam tong sampah di wad kecemasan hospital itu.

“Siasatan juga menunjukkan bayi yang dipercayai dibuang itu sudah diambil tanpa disedari pihak bertanggungjawab menguruskan sampah. Kami percaya sampah itu kemudiannya dibuang ke dalam tong sampah besar juga di kawasan hospital.

“Berikutan itu, kami melakukan pemeriksaan rapi dengan bantuan anggota forensik beberapa jam di sebuah tong sampah besar berkenaan, namun sehingga petang semalam (kelmarin) belum menjumpai mayat bayi itu,” katanya.-harian metro.

Kalau Umno terus berkuasa itu Melayu ,jika Melayu lain berkuasa itu bukan Melayu!


AJK Pas Pusat Mat Sabu (gambar)baru balik daripada mengerjakan umrah bersama dengan isterinya Kak Normah. Sempat juga la sembang-sembang dengan Mat Sabu pasai politik .

Kata Mat Sabu beliau melahirkan kebimbangan sekiranya ahli Pas, penyokong Pas termasuk pemimpin Pas termakan dengan politik licik Umno yang mengatakan hak-hak Melayu semakin terancam sedangkan apa yang dikatakan Umno itu untuk Umno terus berkuasa.

Umno menganggap kalau sekiranya Umno terus berkuasa , terus pegang tampuk pemerintahan negara hak Melayu tidak akan terancam. Jika Umno hilang kuasa Melayu terancam. Ini mainan politik licik Umno yang memperdayakan orang Melayu.Jika Melayu Umno berkuasa itu Melayu. Jika Melayu Pas berkuasa itu bukan Melayu.

Mat Sabu mengambil contoh apa yang berlaku semasa Pas berkuasa di Terengganu dalam tahun 1999 hingga 2004 yang lalu. Umno menzalimi kerajaan Pas Terengganu dengan membatalkan royalti minyak kepada kerajaan Pas Terengganu. Umno guna duit royalti Terengganu untuk tumbangkan kerajaan Pas di Terengganu . (Ni salah satu bab la Pas Terengganu boleh kalah pru 2004 bab lain pun ada). Adakah MB Terengganu pada masa tu (Tok Guru Haji Hadi) bukan Melayu? Beliau bukan Cina atau India tapi Umno tergamak tarik bayaran royalti sedia ada walaupun kerajaan Pas di Terengganu itu adalah 100% Melayu.

Begitu juga dengan apa yang berlaku di Kelantan , MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz bukan Cina , bukan India tapi beliau seorang Melayu macam PM Najib, macam TPM Muhyiddin Yassin tapi kenapa kerajaan pusat menzalimi kerajaan Pas Kelantan sejak 1990 hingga sekarang. Bayaran royalti minyak untuk Kelantan disekat dan dibayar wang ehsan yang dikuasai pemimpin Umno Kelantan.

Semalam bila aku tengok kenyataan Timbalan Presiden Pas yang melatah bagi amaran kat MCA rasa terkejut jugak. Buat apa nak bagi amaran kat MCA yang sedang berlakon dengan Umno ? Biarkan mereka terjun dengan labu-labunya !

Berkaitan;
Anwar :'Perang besar' M'lasia, Umno tiup sentimen kaum-Malaysiakini
Ekuiti Bumi:Pas Selangor, Timbalan Presiden bidas MCA-Malaysian Insider

Rabu, 18 Ogos 2010

Judi bola tak pa , dinar emas tak boleh

Telah menjadi satu budaya dalam Umno apa saja yang ada kaitan dengan Islam Umno akan lawan. Orang Melayu yang sokong Umno bukan takat rasa sengal-sengal dengan syiar Islam apatah lagi syariat Islam lagi mereka jadi Islam fobia.

Kalau perkara yang dilarang agama itu tak mengapa. Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri boleh luluskan lesen judi bolasepak tapi kalau kerajaan Pas Kelantan nak keluarkan Dinar Emas dan Dirham Perak mereka puak-puak Umno, pemimpin Umno akan lawan dan tentang walaupun tak tahu hujung pangkal kegunaan wang tersebut. Belum dapat sebarang penjelasan teruih lawan ni la perangai Umno yang tak berubah sejak Pas perintah Kelantan tahun 1990 dulu.

Kata Tok Guru Nik Aziz MB Kelantan dengan perangai jahat Umno itu yang suka berhasad dengki :

“Mereka pertikai atas dasar politik semata-mata walaupun dengan hujah yang kabur,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Jelasnya, sepatutnya perkara itu tidak menjadi isu apatah lagi kepada orang Islam kerana dinnar emas dan dirham perak sudah diguna sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di JKR 10, di sini semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan pusat sepatutnya menyokong usaha yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan yang berhasrat untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam.

Namun menurutnya, mungkin kerana sikap anti Islam dan hasad dengki yang mendalam, mereka terpaksa melawan dan menentang pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan.

“Mereka terus melatah kerana berasa sengal dengan usaha kerajaan Kelantan berusaha melaksanakan syariat Islam termasuk sistem kewangan,” ujarnya.-Harakahdaily Dengki , punca dinar Kelantan ditentang-Nik Aziz.

'Ali dan Baba' sedang bertokak siapa yang akan ke Kamunting?

Apakah MCA dan Umno sedang bermain drama atau berlakon filem apabila pemimpin mereka lawan bertikam lidah dalam isu yang melibatkan kepentingan puak masing-masing? Umno nak pertahan hak Umno sementara MCA nak pertahan puak MCA dan kroninya dan minta kurangkan hak-hak bumiputera dalam tender kerajaan. Presiden MCA yang baru memang seorang 'pelakon filem yang hebat ' dan diketahui ramai peminat hingga berjaya menang jawatan tertinggi parti itu dalam pemilihan beberapa bulan yang lalu.

Depa berebut nak sapu projek cuma kalau Umno dapat projek lebih MCA marah begitu juga kalau MCA dapat lebih Umno pulak yang riuh kata hak 'Umnoputera' terjejas! Bukan hak Melayu dan Bumiputera yang diperjuangkan.

Api perkauman pun akan berkemundang yang mengundang bencana apabila ditiup oleh puak masing-masing yang bertelagah umpama dua orang budak bertumbuk yang seorang berkata ,"Ni kepala bapak aku dan ini kepala bapak hang, kalau kau berani kau pijakkk! akhirnya dua -dua tak pijak pun. Pihak polis pulak akan memberi amaran 'jangan main isu perkauman merbahaya', 'tindakan keras akan diambil' akhirnya siapa yang akan ditangkap?

Umno-MCA yang sedang bergaduh juga umpama dua ekor kucing jantan yang dahaga berebut seekor kucing betina . Mereka bercakaran tapi tak luka!

Baca juga ;
Khalid Samad khuatir Perkasa cetus isu , BN guna semula ISA-Malaysian Insider
Kontaktor Melayu:Hanya 5 peratus 'Ali-Baba'-Malaysiakini
Perang mulut MCA-Umno: Chua bidas Hishamuddin-Malaysiakini
Chua kepada TPM:Sila ikuti peredaran zaman-Malaysiakini
Soi Lek kecewa amaran Muhyiddin , usah pukul gendang perkauman-Malaysian Insider

Akhbar tabloid politik Mingguan Era muncul di pasaran


Akhbar tabloid politik terbaru Mingguan Era dengan tema 'Tepat dan telus' keluaran pertama muncul dipasaran dan mula diedarkan hari ini.

Keluaran pertama di muka hadapan dengan isu Pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2010 dengan tajuk'Mampukah Adil, Bebas' dengan ulasan oleh Profesor Emeritius Khoo Kay Kim yang berkata, "Pemilihan yang berdasarkan akar umbi sememangnya baik kerana dapat mengelak berlakunya politik wang dan mengurangkan kewujudan kem-kem dan puak-puak dalam parti.

Tetapi kewujudan kem dalam mana -mana parti memang wujud samada dibuat pemilihan secara akar umbi atau melalui ketua-ketua yang dipilih. Ini sememangnya budaya dalam politik."

Harga akhbar tabloid politik Mingguan Era untuk Semenanjung RM1.50 dan Sabah /Sarawak Rm2.00 dengan 24 mukasurat.

Selasa, 17 Ogos 2010

Kerajaan dulu kira nak tutup sekolah agama

“Jika dibandingkan dengan pemerintahan yang dulu hanya tahu nak tutup sekolah agama tapi kerajaan sekarang menghargai sekolah agama,” ujar Pengetua Ma'had Tahfiz An-Nur, Desa Subang Permai, Ustaz Sobri Mohd Nor.

Beliau menyatakan demikian pada majlis ringkas menerima sumbangan kerajaan negeri yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, pagi ini.

“Saya tidak pernah menerima sumbangan seperti ini sebelum ini. Ini merupakan rezeki dari Allah,” ujarnya yang merakamkan perghargaan kepada pemerintahan Pakatan Rakyat.

Dr Halimah menyampaikan cek bantuan tersebut untuk membaik pulih fizikal sekolah agama.

Majlis utama fasa satu mengenai bantuan itu kepada sekolah agama rakyat telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Ma'had Tarbiyah Islamiyah Al-Ansar Kampung Asahan, Batang Berjuntai, Kuala Selangor pada 10 Ogos lalu.

Pada majlis itu, seramai 120 daripada 136 penerima hadir sementara yang selebihnya disampaikan sendiri Dr Halimah dengan pergi ke sekolah berkenaan di samping meninjau masalah yang dihadapi.

Kerajaan negeri telah meluluskan RM2.666 juta daripada RM6 juta telah diperuntukkan untuk sekolah agama rakyat pada tahun ini.-Berita dan gambaroleh Kamarina -Harakahdaily.

Dalang pelacuran: Timbalan Menteri Wilayah Saravanan nafi, motif politik

Naib Presiden MIC Datuk M Saravanan menganggap laporan kononnya beliau merupakan dalang kegiatan tidak bermoral termasuk pelacuran dan mengedar dadah sebagai satu tindakan mahu memburukkan nama dan menghancurkan kerjaya politiknya. “Saya melihat tindakan mereka ini bermotifkan politik... mereka mahu merosakkan nama saya, MIC,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau yang pulang dari Chennai malam tadi berkata tindakan membangkitkan perkara seumpama itu dan mengaitkananya dengan aktiviti-aktiviti tidak bermoral bukan sesuatu yang baru.

“Mereka melakukan macam ini sudah lebih 10 tahun, saya percaya mereka akan terus buat seperti ini. Jadi saya tidak risau...,” kata Ahli Parlimen Tapah ini.

Wakil rakyat penggal pertama itu juga merupakan Timbalan Menteri Wilayah Persektuan dan Kesejahteraan Bandar.

Semalam Pengarah Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berpendapat dakwaan itu sebagai satu tohmahan, tetapi akan tetap menyiasat laporan kononnya seorang timbalan menteri merupakan dalang kegiatan pelacuran.

Laporan dibuat oleh seorang ahli politik berusia 50-an dan berasal dari Ipoh, Perak di ibu pejabat polis daerah Brickfields kira-kira pukul 11.08 malam Sabtu lalu.

Bakri berkata beliau menganggap laporan itu sebagai satu tohmahan kerana ia bukannya dibuat oleh mangsa sendiri tetapi oleh orang ketiga yang mendakwa mendapat emel daripada mangsa.

“Kita tidak tahu siapa mangsa yang didakwa itu. Namun kita akan tetap menyiasat, dan jika perkara itu betul, kita akan lakukan tindakan seterusnya,” katanya.

Ahli politik Pakatan Rakyat itu membuat aduan mendakwa Saravanan terlibat dalam kegiatan pelacuran kelas atasan termasuk membekalkan gadis terdiri pelajar kolej bagi tujuan tidak bermoral.

Ahli politik terbabit membuat laporan polis berdasarkan surat dan emel yang diperoleh daripada seorang gadis yang mendakwa menjadi mangsa timbalan menteri itu, yang turut didakwa terlibat dalam kegiatan dadah dan menggalakkan gangsterisme sekitar tahun 2000 dan 2001.

Bakri berkata polis belum bercadang untuk memanggil timbalan menteri berkenaan untuk memberikan keterangan.

Ditanya sama ada polis telah memanggil beliau untuk siasatan, Saravanan berkata, beliau baru kembali dari India.

Bagaimanapun kata Saravanan, beliau menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

“Biar polis menjalankan siasatan, lagi pun ini bukan kali pertama dakwaan macam ini dibangkitkan,” kata beliau merujuk kepada dakwaan yang pernah dibangkitkan ketika namanya dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya umum 2008.

Malah isu yang sama dibangkitkan ketika pemilihan parti September lalu.

“Walaupun ini bukan dakwaan baru, tetapi saya pelik mengapa ia dibangkitkan semula sekarang,” kata beliau yang mempertahankan jawatan Naib Presiden MIC tahun lalu.

Ketika ditanya sama ada terdapat musuh dalam parti yang cuba mengungkitkan isu ini semula, Saravanan berkata, beliau tidak menyedari kemungkinan tersebut.-Malaysian Insider Saravanan :Dakwaan saya dalangi aktiviti tidak bermoral motifkan politik.

Kontrak RM77 juta upah Apco tertinggi di dunia


Malaysia menjadi negara yang membayar yuran perkhidmatan tertinggi di dunia kepada syarikat pro Zionis-Israel, Apco Worldwide sebanyak RM77 juta.

Malah setelah syarikat tersebut dikecam berhubung kaitannya dengan konsep One Israel dan hubungan rapat pimpinan tertinggi syarikat itu dengan Zionis-Israel, Kerajaan Malaysia di bawah Umno-Barisan Nasional, menyambung semula kontrak perkhidmatannya awal Julai lalu.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, daripada maklumat yang beliau perolehi daripada seorang bekas duta Amerika Syarikat, Malaysia membayar upah paling mahal kepada syarikat itu.

“Saya dimaklumkan oleh seorang bekas duta Amerika Syarikat, daripada sebanyak lebih 50 cawangan Apco di seluruh dunia, tidak ada satu pun yang menerima bayaran bernilai RM77juta, yang paling tinggi ialah USD2 juta atau kira kira RM7 juta sahaja. Perkara ini menimbulkan tanda tanya yang amat merisaukan,” kata Azan kepada Suara Keadilan.

Apco dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak 15 Julai 2009 bagi memulihkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa melalui konsep 1Malaysia.

Setelah lebih setahun gagasan 1Malaysia diperkenalkan Perdana Menteri dan jutaan ringgit dibelanjakan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akur kempen itu belum mencapai sasaran dan masih tidak difahami rakyat.

Azan berkata, kerajaan seharusnya menghentikan khidmat Apco Worldwide sebagai perunding komunikasi bagi membina konsep 1Malaysia, tetapi malangnya kontrak perjanjian dengan syarikat pro-Zionis-Israel itu disambung semula.

“Maknanya, ada agenda tersembunyi, meskipun kelemahan berhubung konsep 1Malaysia ini disuarakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri, tetapi macam ada agenda lain apabila kontrak ini disambung. Kita ragu RM77 juta yang digunakan untuk tujuan apa. Macam mana tak tercapai sedangkan kita bayar RM77 juta, mengapa rakyat masih tak faham tentang konsep 1Malaysia.

“Kesan yang di bawa 1Malaysia, yang diperkenalkan oleh syarikat Yahudi ini menunjukkan kesan negatif sehinggakan tidak ada penerimaan yang tepat oleh rakyat Malaysia berhubung apa sebenarnya konsep 1Malaysia, sedangkan pemimpin nombor satu dan nombor dua juga bercanggah dari sudut penerimaan.

“Berpuluh juta dibelanjakan untuk program dan kempen 1Malaysia sedang-kan hasilnya, rakyat menjadi keliru. Kalau TPM sendiri keliru, bayangkan bagaimana pula dengan rakyat terbanyak,” kata Azan.

Menurut Azan, kenyataan Dr Mahathir dan Muhyiddin, 3 Ogos lalu yang secara terbuka mengakui kelemahan 1Malaysia dilihat memberi tamparan hebat kepada Najib.

Malah katanya, Muhyiddin seolah-olah cuba mengambil kesempatan memburukkan konsep 1Malaysia semasa ketiadaan Perdana Menteri, yang menyaksikan hubungan yang semakin keruh antara kedua-dua pemimpin tertinggi negara itu.

“Kita nampak gambaran memang begitu, mengapa Timbalan Perdana Menteri, selepas Najib bercuti, terus keluar kenyataan yang bercanggah, nampak macam disengajakan dan seperti ada elemen yang disengajakan untuk memburukkan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri,” katanya lagi.-Suara-Keadilan.com.

Isnin, 16 Ogos 2010

MAS rugi RM8 bilion , siapa lindungi Tajudiin

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mempersoal pihak yang melindungi bekas Pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Tajuddin Ramli menyebabkannya bebas daripada pendakwaan yang mengakibatkan kerugian syarikat itu sebanyak RM8 bilion.

Beliau ketika mendedahkan dokumen berhubung kerugian syarikat tersebut mempersoal tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap aduan tersebut sebaliknya mendedahkannya kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia (JSJK PDRM).

"Siapa sebenarnya yang melindungi penjenayah ini dan kes ini daripada disiasat dan siapakah yang melindungi kes ini untuk didakwa kerana ia merupakan kes yang cukup besar.

"Laporan yang dibuat MAS kepada SPRM kenapa tindakan tidak diambil terhadap Tajuddin Ramli. Sepatutnya SPRM siasat perkara itu tetapi dia dedahkan aduan itu kepada JSJK PDRM," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, dekat sini hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut mendedahkan sepucuk surat oleh ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Ramli Yusuff bertarikh 26 Mac 2007 yang menyarankan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengenai bentuk pendakwaan yang boleh dikenakan kepada Tajuddin.

"Datuk Ramli Yusuff mengadakan pertemuan khas dengan perdana menteri ketika itu yang mengatakan bahawa dalam surat ini membuktikan memang ada satu asas yang kukuh untuk mendakwa Tajuddin Ramli.

“JSJK juga membuat beberapa saranan bentuk dakwaan tetapi tidak ada satu pun tindakan drastik dibuat terhadap kes ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa SPRM memberikan jawapan yang bertangungjawab mengenai tindakannya mendedahkan aduan MAS kepada JSJK PDRM.

"Saya meminta SPRM jawab persoalan kenapa dedahkan makulmat berkaitan MAS kepada pihak yang diadu iaitu JSJK Bukit Aman yang bagi kita merupakan satu tindakan yang sangat tidak berintegriti dan membahayakan orang yang membuat aduan," katanya lagi.

Salahuddin yang merupakan salah seorang ahli jawatankuasa khas mengenai rasuah SPRM juga memberitahu, beliau sedang menghubungi pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Seri Azmi Khalid bagi meminta satu mesyuarat khas diadakan bagi membincangkan kes tersebut.

Beliau juga meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melakukan siasatan terhadap kes berprofil tinggi ini.

"Saya rasa pedana menteri perlu campur tangan segera dengan mengarahkan satu siasatan dilakukan dengan serius," katanya.

Dokumen yang didedahkan beliau kepada wartawan itu turut mengandungi aduan MAS kepada polis dan SPRM pada 2009 berhubung kerugian yang didakwa berpunca daripada Tajuddin.-Harakahdaily. Baca juga kisah yang ada kaitan dengan Umi Hafilda di sini.

Berkaitan;

Pas:Mengapa tiada tindakan terhadap Tajudin Ramli?-Malaysiakini

Pas dakwa SPRM bocor maklumat , jejas siasatan kerugian MAS Rm 8 bilion-Malaysian Insider

Dah kenyang hasil DEB baru cakap 'Bastardisation'

Wah ! hebat adik PM Najib , Nazir Razak CEO bank Kumpulan CIMB yang kata dasar Dasar Ekonomi Baru sebagai berikut;

"DEB seolah-olah dilihat seperti dipernyataan-haramkan (bastardisation),” katanya pada sessi soal-jawap selepas menyampaikan cermahnya pada Kongres Ekonomi Cina di Kuala Lumpur petang ini.

Katanya, dasar yang bertujuan membasmi kemiskinan itu sebenarnya telah menjadikan hanya sekumpulan kecil masyarakat yang kaya.

"Apa yang saya tidak faham ialah memberikan golongan itu Permit Import (AP).

"Sekiranya anda hanya mahu sekumpulan kecil orang menjadi kaya, sebaik-baiknya berikan sahaja wang kepada mereka,” katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh kira-kira 500 peserta yang menghadiri majlis anjuran MCA itu.-Malaysiakini.

Tidakkah yang kenyang dan kaya dengan DEB itu ialah pemimpin Umno dan gerombolannya? Nazir Razak berkata demikian di depan taukeh-taukeh korporat Cina dan dapat tepukan gemuruh taukeh-taukeh Cina daripada MCA sebab Nazir berani kata DEB 'Bastardisation'. Nak tarik undi Cina kena hina DEB! Nak tarik undi Cina kena hina bangsa sendiri depan taukeh -taukeh Cina!

Berkaitan;
Perkasa ugut Umno hilang undi Melayu jika layan tuntutan MCA
-Malaysian Insider
Cerdikkah Khazanah belanja RM10 bilion kuasai Parkway-Harakahdaily
Najib terdesak pujuk komuniti Cina-Harakahdaily
Kongres Cina tuntut ekuiti bumiputera dikurangkan-Malaysiakini

Ahad, 15 Ogos 2010

Kes Malek Hussin: Pengajaran kepada pemimpin Pas


Kadang-kadang terpikir jugak sama ada nak kata apa akan nasib yang menimpa Abdul Malek Hussin yang melepas daripada mengaut duit yang dihadiahkan Mahkamah Tinggi berjumlah RM2.5 juta apabila Mahkamah Persekutuan batalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menyuruh pihak kerajaan bayar duit gantirugi kerana tahan Malek Hussin di bawah ISA.

Dulu Malek Hussin adalah aktivis Pas dan pada tahun 1995 kalau aku tak silap beliau bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak atas tiket Pas tapi menjelang hari pengundian beliau jadi belot kepada Pas dengan menarik diri daripada bertanding.Penyokong Pas dan ahli Pas di seluruh negara begitu kecewa dengan Malek Hussin yang berpaling tadah dan mereka menyumpah-nyumpah Malek Hussin . Sehingga kini masih ramai yang teringat-ingat akan pembelotan Malek Hussin terhadap Pas dalam pru tahun 1995 itu.

Kepada pemimpin Pas jangan sekali-kali menganiayai kepercayaan ahli-ahli Pas yang ikhlas berjuang bersama Pas . Nasib yang menimpa batang tubuh manusia yang bernama MalekHussin harus dijadikan pengajaran kepada anda semua! Kuasa Allah SWT tak ada siapa yang mampu menahannya.

Hari ini untung berjuta esok lusa sekupang rabit pun tak dapat malah kena bayar lagi kos guaman itulah yang terjadi kepada Malek Hussin.Sila baca di sini.

Sabtu, 14 Ogos 2010

Nak heran apa tolak matawang syariah hudud pun Umno tolak

Tengoklah perangai pemimpin Umno sama saja dengan pemimpin MCA kalau berkaitan dengan Islam. Baru gempaq sikit baru jolok sikit kata nak buat mata wang syariah Umno dah melenting tak ketawan hala tak tau hujung pangkal terus tolak mentah-mentah. Lain yang dicakap lain yang Umno faham. Tapi kita nak heran apa itulah perangai Umno dulu, kini dan selamanya bila ada kaitan dengan Islam.Pemimpin Umno terus bengkeng , bantah cadangan Kerajaan Kelantan. Menurut Exco Negeri Kelantan Husam Musa ;

"Siapa yang kata (ini matawang). Kita tidak pernah kata ini sebagai matawang. Tapi dari segi syariah, ia memang boleh dianggap sebagai matawang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Katanya lagi, beliau hadir ke majlis pelancaran tersebut semalam dan tidak mendengar menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan emas dan perak itu sebagai matawang.

"Mungkin (Bernama) terlalu terkejut dengan berita itu dan hendak buat sensasi. Kita pun tak pernah kata ini sebagai matawang. Tapi nilainya itu ada," katanya lagi.

Jelaskan, dinar dan dirham tersebut sebenarnya digunakan untuk pertukaran barangan.-Malaysiakini Husam : Emas dinar, dirham perak bukan matawang.

Kata Mustapa Mohamed Pengerusi Umno Kelantan tentang mata wang syariah;

“Saya nasihatkan kerajaan Kelantan jangan pandai-pandai (buat peraturan).

“Apa pun nak dibuat perlu berbincang kerana nanti rakyat terkeliru dengan bidang tugas kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

“Soal mata wang ini bidang tugas kerajaan pusat, bukan kerajaan negeri dan ini apa yang telah dibuat adalah jelas melanggar undang-undang negara.

“Kita ada perlembagaan dan peraturan,” kata beliau dipetik Bernama selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan di sini, hari ini.-Malaysian Insider Mata wang syariah :Tindakan politik Pas kata Mustapa.

Berkaitan ;
Najib: Hanya BNM keluarkan wang sah-Bernama/Malaysian Insider
Wang syariah :MCA cabar Dap nyatakan pendirian-Malaysiakini

57 peratus orang Melayu tak percaya media arus perdana

Enam daripada 10 rakyat Malaysia tidak percaya media arus perdana manakala hanya satu dalam lima mempunyai akses kepada berita “online”, demikian menurut satu kajian yang dikeluarkan baru-baru ini.

Kajian Merdeka Center dijalankan antara 27 Jun dan 25 Julai lalu menunjukkan 57 peratus orang Melayu tidak percaya pada laporan media arus perdana berbanding 33 peratus yakin manakala 10 peratus lagi mengatakan mereka tiada maklumat.

Di kalangan masyarakat Cina pula, 58 peratus responden berpandangan bahawa mereka tidak percaya pada media arus perdana, 30 peratus percaya dan 12 peratus lagi pula tidak tahu.

Hasil kajian itu dilihat mempunyai kaitan dengan arah aliran jualan suram bagi kebanyakan organisasi media arus perdana.

Beberapa eksekutif akhbar mengakui liputan politik yang berpihak telah memberi kesan ke atas paras jualan.

Kajian itu juga menunjukkan bahawa akses kepada alterntif media kekal rendah dengan sekitar 80 peratus responden mengatakan bahwa surat akhbar bercetak masih masih menjadi sumber maklumat utama.

Hanya 21 peratus yang ditemui mengatakan mereka ada membaca berita internet sepanjang sebulan lalu tetapi kebanyakan membaca media arus perdana versi online.

Majoriti responden berkata mereka tiada kepercayaan tinggi ke atas media alternatif meskipun ramai bersetuju bahawa ia sebenarnya lebih boleh dipercayai.

Ulasan-ulasan daripada perbincangan kumpulan fokus juga menunjukkan ramai merasakan kebebasan media masih terhad di negara ini disebabkan amalan tapisan yang kuat.

Beberapa peserta kumpulan fokus juga menekankan bahawa akhbar bahasa Malaysia sangat bias.

Dua penganalisis politik berkata kajian itu bukan sesuatu yang di luar dugaan sama sekali.

“Ini mungkin kerana kumpulan ini belum mendaftar sebagai pengundi ataupun tidak kisah apa yang berlaku di negara ini,” kata Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia ketika ditanya mengenai hasil kajian itu.

“Ataupun mungkin kerana harapan yang tinggi selepas 2008, mereka mungkin jadi kumpulan atas pagar,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Dan, ia juga kemungkinan kerana terlalu banyak ‘politiking’, di mana rakyat sudah penat dengan keadaan itu,” katanya.

Sivamurugan menjelaskan, kegagalan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menjelaskan agenda politik mereka juga kemungkinan telah menyumbangkan penemuan itu.

Dr Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia bersetuju bahawa pemilikan media sahaja belum tentu menjamin kejayaan sesebuah parti politik.

“Dalam menguruskan maklumat, menguruskan media, mesej, kedua-dua pihak kena bekerja kuat mulai sekarang,” kata Agus ketika dihubungi.

“Jika mereka terus memintal, mensensasikan isu, mereka akan tenggelam,” kata penganalisis politik itu.

“Kini maklumat di hujung jari, sama ada media arus perdana atau internet, mereka tidak percaya setiap perkara yang mereka baca. Merek tahu bagaimana hendak menilai,” katanya lagi.

Perangkaan edaran menunjukkan akhbar bahasa Inggeris dan Malaysia seperti New Straits Times, The Star, Berita Harian dan Utusan Malaysia berhadapan dengan kemerosotan jualan pada tahun ini berbanding 2009 iaitu dalam lingkungan 20 peratus.-Malaysian Insider.

Bagaimana pulak dengan kajian yang mengatakan sokongan kepada PM Najib meningkat 72 peratus? Akhbar berbahasa Melayu mungkin betul dengan rancangan TV yang disiarkan serta keputusan 4 nombor ekor dihelaian belakang akhbar mereka. Berita lain belum tentu ada benarnya!