Hari ini bila baca Awang Selamat :Mahfuz paling menjijikkan , Pas paling dayus -Malaysiakini rasa macam Awang tu lagi teruk macam Iblis . Kata Awang Selamat yang takut dah tak selamat;
"Pada Awang PAS menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam.
"Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam," tulis Awang Selamat lagi.
Sebaliknya, Awang Selamat mendakwa Umno terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding PAS yang didakwanya "yang baru setahun jagung".
"Umno konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain," tulisnya lagi. Baca semua klik tajuk atau buka Mingguan Malaysia hari ini.
Bagi Awang yang tahap pemikirannya lebih teruk pada Awang yang motong getah, Awang yang jual ikan di pasar, Awang yang tanam padi kerana Awang-Awang tu tau beza yang mana Umno buat tu betoi atau pun tidak .Awang Selamat janji asal Umno semua betoi! Tak dak salah dan silap pada Umno.
Bagi Awang Selamat bila Presiden MCA Chua Soi Lek hina Islam itu tak jijik , tak kotor malah air liur basi Chua Soi Lek Awang Selamat boleh telan sebab bagi Awang Umno-BN cakap apa pun semua betoi! Bagi Awang Selamat Umno-BN jadikan APCO talibarut Yahudi sebagai penasihat kerajaan itu tak jijik , tak kotor malah Umno-BN sanggup bayar berpuluh juta setahun kepada APCO.
Kalau Pas jilat air ludah Umno itu tak dayus tapi bila Pas telan perpaduan dengan Umno itu dikira bijak dan baguih belaka. Awang Selamat umpama ibu ayam yang baru menetas kehilangan anak, marahnya , sembungnya tak kira apa dah bila Pas tolak perpaduan dengan Umno untuk kali kedua. Marahnya macam panglima dalam wayang kulit tapi Awang tak sedar dia hanya kulit kerbau yang diusung kesana kemari oleh pemimpin Umno dan makan upah sampi tua untuk pertahan Umno yang dah busuk hingga ke ususnya (Tun Mahathir kata).
Kata Tok Guru Nik Aziz ,"Parti sekular jaga Malaysia ni hampir 60 tahun dah. Akhirnya bila dia tua sekarang ini dia minta tolong kita pula jaga dia. Dia baik sangat nak jaga perpaduan Melayu, bukan nak jaga Melayu, tapi nak jaga Umno.
"Jaga Melayu lain, jaga Umno lain. Kelantan diduduki oleh orang Melayu, tapi apa dia buat? Dia buat JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) di Kelantan sebagai tempat tadah duit daripada pusat.
"Kalu betul dia nak jaga Melayu dia salur terus ke kerajaan. Kerajaan PAS Kelantan ini pun orang Melayu, bukan orang lain, bukan Korea, bukan Yahudi atau sebagainya," katanya.Baca di sini.
Baca juga ;
Kalau Pas kawan dengan Umno, Pas paling jantan dan menyedapkan-Penarik Beca.
Penyatuan:Pas bukan ego, Umno kena muhasabah kata Hadi-Malaysian Insider
Salam...
BalasPadamxkan ada perpaduan dgn Umno-Apco sampai bila2...wallahua'lam