Selasa, 3 Ogos 2010

Nik Aziz Ikon Bapa Perpaduan-DHPP

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mahu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijadikan ikon Bapa Perpaduan Malaysia atas keupayaannya memerintah secara adil di negeri Kelantan.

i samping itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan memainkan peranan yang penting dalam usaha menyatukan kepelbagaian kaum dalam Pakatan Rakyat, kata Timbalan Pengerusi DHPP Pusat, N Balasubramaniam .

Ketika berucap dalam program yang diadakan di Temin, kelmarin, beliau berkata keupayaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menerapkan nilai-nilai adil kepada semua kaum dalam pemerintahan di Kelantan.

Justeru, kata beliau sepatutnya Nik Aziz dijadikan contoh atas keupayaan menyatukan kaum sehingga dikagumi oleh rakyat bukan sahaja di Kelantan malahan seluruh negara.

"Tok Guru sebenarnya adalah bapa perpaduan di Malaysia. Dia memerintah Kelantan dengan adilnya kepada semua kaum. Orang bukan Islam telah terima dasar Islam yang adil. Sekarang ini orang bukan Islam semakin yakin dengan PAS.

"PAS diterima oleh orang bukan Islam sejak 50 tahun lalu tetapi atas beberapa sebab kerana mereka tak sokong Umno BN, mereka tak mahu Umno menang. Selepas pilihan raya umum lalu, orang bukan Islam semakin yakin dengan dasar Islam yang dibawa PAS," katanya.-Harakahdaily.

1 ulasan:

  1. Salam...
    sememangnya kepimpinan Tok Guru dipuji bkn shj oleh org PAS...non muslim juga mengagumi cara pemerintahan Tok Guru...nilah sikap pemimpin yg mangamalkan cara hidup Islam...hablumminallah wahablumminannas..wallahua'lam

    BalasPadam