Mereka yang buang anak itu sudah tentu kebanyakkannya orang Melayu-Islam kerana malu dapat anak zina. Waktu berzina mereka tak malu pada Allah SWT tapi mereka malu kepada manusia kerana dapat anak hasil hubungan zina yang jelas haram dalam Islam.
Allah menurunkan Rasul yang dikasihi di bumi Arab yang panas terik dan kering kontang ada sebab musababnya. Perangai orang Arab Jahiliah yang bunuh bayi perempuan dengan menanamnya hidup-hidup telah berubah sikap dengan lahirnya nabi yang dikasihi Nabi Muhammad SAW.
Kalau Arab Jahiliah setakat bunuh anak perempuan dan tanam-hidup tapi umat Melayu-Islam bunuh anak zina tak kira lelaki atau perempuan dengan mencampakkannya di merata tempat , dalam longkang , tempat pembuangan sampah, masjid , surau dan ikut suka sebab akal dah dirasuk iblis dan syaitan. Baca di bawah sekadar renungan;
Mayat ditemui celah plastik
19-8-10MELAKA: Polis menahan reman seorang pesakit wanita dan pasangannya bagi membantu siasatan berhubung kes pembuangan mayat seorang bayi lelaki berusia kira-kira lima bulan di kawasan Hospital Melaka (HM), awal pagi kelmarin.
KEJAM...mayat bayi ditemui dalam longgokan sampah di kawasan hospital.
Menurutnya, sebelum itu, seorang Pegawai Perubatan hospital berkenaan membuat laporan berhubung seorang pesakitnya yang juga pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sedang dirawat di wad kecemasan didapati mempunyai tanda-tanda baru melahirkan anak.
Katanya, susulan laporan itu, pihaknya melakukan siasatan dari segenap aspek ke atas pesakit itu dan dia mengakui melahirkan bayi di dalam tandas di HM dan kemudian membuangnya di dalam tong sampah di wad kecemasan hospital itu.
“Siasatan juga menunjukkan bayi yang dipercayai dibuang itu sudah diambil tanpa disedari pihak bertanggungjawab menguruskan sampah. Kami percaya sampah itu kemudiannya dibuang ke dalam tong sampah besar juga di kawasan hospital.
“Berikutan itu, kami melakukan pemeriksaan rapi dengan bantuan anggota forensik beberapa jam di sebuah tong sampah besar berkenaan, namun sehingga petang semalam (kelmarin) belum menjumpai mayat bayi itu,” katanya.-harian metro.
salam...
BalasPadamsgt mnyedihkan situsi ni...makin lama makin ramai pla bayi2 yg dbuang... manalah pergi sifat kemanusiaan???anak2 penyambung warisan dan penyalur amal kabaikan slpas kt mati..tpi mereka xsempat berbuat dmikian krn hayat hdup mereka tlh dtamatkan lbih awal oleh ayah ibu yg xbertanggungjawab dan xmngenal hukum Allah...wallahua'lam