Khamis, 5 Ogos 2010

Nazri Pertahan Satu Malaysia Kritik Mahathir

Datuk Seri Nazri Aziz mempertahankan konsep 1 Malaysia dengan menegaskan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak wajar mengkritik slogan pentadbiran Najib itu memandangkan rakyat Malaysia sehingga kini pun belum memahami tujuan slogannya, Bangsa Malaysia.

“Apa isu sebenar di sini? Apa yang kecoh? Jika beliau sendiri tidak menjelaskan mengenai (konsep) Bangsa Malaysia bila beliau (Dr Mahathir) menjadi perdana menteri, mengapa sekarang Dr Mahathir mahu kerajaan menjelaskan 1 Malaysia?

“Malah kita sendiri tidak faham apa itu Bangsa Malaysia, tujuan konsep itu,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.-Malaysian Insider Nazri :Rakyat pun tidak faham konsep Bangsa Malaysia Dr Mahathir.

Nazri pertahan PM Najib , TPM Muhyiddin setuju dengan Tun Mahathir kata Satu Malaysia 'blerrr', kelabu dan rakyat tak faham Satu Malaysia.

1 ulasan:

  1. Salam...
    dasar kerajaan yg dimujudkan tidak difahami oleh rakyat..bukankah itu merugikan??? spatutnya dasar yg nak diwujudkan perlu sampai dan difahami oleh rakyat..barulah rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...wallahua'lam

    BalasPadam