Isnin, 2 Ogos 2010

Satu Malaysia: Bukan Rakyat Tak Faham Tapi Rakyat Tolak

Mantan PM Tun Mahathir dok menyesal sebab slogan Satu Malaysia tak diterima rakyat. Kata Tun rakyat tak faham apa dia Satu Malaysia. Rakyat tak faham atau rakyat tolak Satu Malaysia?Mana tak tolaknya menyanyi lagu Negaraku , sebut Hidup Rakyat! Hapuskan ISA! semasa majlis memperingati 50 tahun ISA pun kena cekup dan ditahan polis di Petaling Jaya. Rakyat yang berhimpun secara aman tak bawa sebarang senjata merbahaya hanya semata-mata minta ISA dihapuskan pun dilayan macam anjing kurap apa kejadahnya rakyat tak meluat dengan slogan Satu Malaysia.

Kata Tun Mahathir

“Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu, masing-masing ada pendapat berbeza dan tidak boleh disatukan, saya berpendapat satu penjelasan perlu dibuat,” kata bekas perdana menteri kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Mahathir, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) berkata demikian pada sesi soal jawab sempena Multaqa Yang Dipertua Perkim bersama Guru-guru Pendidikan Islam dan warga Perkim peringkat zon utara di sini hari ini.

“Mereka (rakyat) tidak tahu yang mana satu, yang mana untuk orang Cina dan yang mana untuk orang Melayu. Kalau suruh saya buat penjelasan, mana saya tahu bukan saya yang buat slogan itu,” kata bekas presiden Umno ini dipetik Bernama.

Pada 9 Julai lalu, hasil kajian dikeluarkan firma kajian pendapat umum, Merdeka Center juga menunjukkan konsep 1 Malaysia tidak popular di kalangan bukan Bumiputera.

Menurut penemuan itu, kalangan bukan Bumiputera menganggap ia hanya satu usaha Barisan Nasional (BN) mahu memikat sokongan bukan Melayu dan Bumiputera.

Hasil kajian itu berkata hanya 39 peratus masyarakat bukan Bumiputera menerima konsep 1 Malaysia walaupun sudah lebih setahun diperkenalkan.

“Sementara 46 peratus mendapati ia (konsep 1 Malaysia) hanya satu taktik untuk memenangi sokongan politik bukan Melayu manakala 16 peratus mengatakan mereka tidak mengetahuinya atau enggan menjawab soalan ini,” kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian menjelaskan penemuan kajian itu.-Malaysian Insider Mahathir Terkilan Ramai Masih Tidak Faham 1 Malaysia.

1 ulasan:

  1. Salam...
    PAS dr mula lg dah memulakan perpaduan dan sume kaum faham...Parti Islam SeMalaysia (PAS)..'Se' merujuk kpd satu dlm loghat kelantan...skrg ni pun kt dah ada PAS 4 ALL...wallahua'lam

    BalasPadam