Ahad, 22 Ogos 2010

Ku Li kata piring pun kalau orang mau jadi nilai pertukaran apa salahnya

Malaysian Insider melaporkan Ku Li :tidak salah guna mata wang syariah dinar;

Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyokong langkah Kelantan yang memperkenalkan mata wang syariah dua minggu lalu sebagai kaedah tambahan pertukaran walaupun pusat menganggap ia bercanggah dengan undang-undang negara.

“Saya merasakan kerajaan negeri Kelantan yang percaya pada potensi (dina dan dirham) seharusnya bertindak (ke arah itu) dan berusaha agar ia dapat digunakan,” kata pemimpin veteran Umno ini.

Tengku Razaleigh ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Anak Darul Naim Selangor dan Wilayah Persekutuan (Persada) di sini hari ini.

Sambil mengakui bahawa hanya Bank Negara yang boleh mengeluarkan mata wang sah tiada halangan bagi menggunakan dinar dan dirham sebagai saluran pertukaran tambahan.

Sambil menarik sekeping piring kecil ketika bercakap kepada pemberita, Ketua Umno Gua Musang ini menambah, “ini bermakna kita boleh menggunakan piring kecil ini dengan apa sahaja yang kita mahukan dengan syarat orang yang terlibat mahu menerima piring ini (sebagai nilai pertukaran).”

“Dinar dan dirham diperkenalkan oleh Kelantan... boleh diterima oleh semua, jika kita memilih untuk berbuat demikian,” katanya.

“Undang-undang menekankan bahawa hanya ringgit sahaja boleh digunakan untuk mengelakkan kekeliruan tetapi jika seseorang memutuskan untuk menerima dinar, itu adalah hak mereka,” katanya.

Tengku Razaleigh menambah beliau tidak melihat penggunaan dinar dan dirham sebagai sesuatu yang salah selagi mata wang syariah tidak menggantikan ringgit yang kini merupakan mata wang yang sah.

“Jika orang hendak menggunakan piring ini sebagai sumber (pertukaran) mereka boleh lakukan,” kata beliau sambil menambah, ia tidak boleh digunakan di peringkat nasional.Baca semua klik tajuk di atas.

Berkaitan;

Dinar :Tiada masalah jika rakyat Kelantan setuju-Harakahdaily

3 ulasan:

  1. salam...
    pokok pangkalnye slagi ia blh dterima antara dua pihak..ianya blh dgunakan...wallahua'lam

    BalasPadam
  2. ku li yangbijak.. tapi kenapa dia x sertai pakatan ya? ego atau apa? mungkin dia calon terbaik gantikan anwar andai anwar dipenjarakan ke kes liwat yang xpernah habis2

    BalasPadam
  3. SyerArh, saya dpt maklumat jika PR dpt printah M'sia 16 sept tahun lps, KULI akan jadi PM..

    BalasPadam