Rabu, 18 Ogos 2010

Judi bola tak pa , dinar emas tak boleh

Telah menjadi satu budaya dalam Umno apa saja yang ada kaitan dengan Islam Umno akan lawan. Orang Melayu yang sokong Umno bukan takat rasa sengal-sengal dengan syiar Islam apatah lagi syariat Islam lagi mereka jadi Islam fobia.

Kalau perkara yang dilarang agama itu tak mengapa. Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri boleh luluskan lesen judi bolasepak tapi kalau kerajaan Pas Kelantan nak keluarkan Dinar Emas dan Dirham Perak mereka puak-puak Umno, pemimpin Umno akan lawan dan tentang walaupun tak tahu hujung pangkal kegunaan wang tersebut. Belum dapat sebarang penjelasan teruih lawan ni la perangai Umno yang tak berubah sejak Pas perintah Kelantan tahun 1990 dulu.

Kata Tok Guru Nik Aziz MB Kelantan dengan perangai jahat Umno itu yang suka berhasad dengki :

“Mereka pertikai atas dasar politik semata-mata walaupun dengan hujah yang kabur,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Jelasnya, sepatutnya perkara itu tidak menjadi isu apatah lagi kepada orang Islam kerana dinnar emas dan dirham perak sudah diguna sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di JKR 10, di sini semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan pusat sepatutnya menyokong usaha yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan yang berhasrat untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam.

Namun menurutnya, mungkin kerana sikap anti Islam dan hasad dengki yang mendalam, mereka terpaksa melawan dan menentang pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan.

“Mereka terus melatah kerana berasa sengal dengan usaha kerajaan Kelantan berusaha melaksanakan syariat Islam termasuk sistem kewangan,” ujarnya.-Harakahdaily Dengki , punca dinar Kelantan ditentang-Nik Aziz.

3 ulasan:

  1. kasihan umno, kerajaan kelantan yang terhad kewangan pun lagi produktif dari kerajaan pusat umno. sokong dinar emas. ekonomi islam untuk semua!

    BalasPadam
  2. Bukannya apa... kerana Kelantan sentiasa mendahului.. apa saja

    BalasPadam
  3. Pas Kedah tak buat ka Dinar Emas ka Dirham Perak ka?

    BalasPadam