Khamis, 19 Ogos 2010

Kalau Umno terus berkuasa itu Melayu ,jika Melayu lain berkuasa itu bukan Melayu!


AJK Pas Pusat Mat Sabu (gambar)baru balik daripada mengerjakan umrah bersama dengan isterinya Kak Normah. Sempat juga la sembang-sembang dengan Mat Sabu pasai politik .

Kata Mat Sabu beliau melahirkan kebimbangan sekiranya ahli Pas, penyokong Pas termasuk pemimpin Pas termakan dengan politik licik Umno yang mengatakan hak-hak Melayu semakin terancam sedangkan apa yang dikatakan Umno itu untuk Umno terus berkuasa.

Umno menganggap kalau sekiranya Umno terus berkuasa , terus pegang tampuk pemerintahan negara hak Melayu tidak akan terancam. Jika Umno hilang kuasa Melayu terancam. Ini mainan politik licik Umno yang memperdayakan orang Melayu.Jika Melayu Umno berkuasa itu Melayu. Jika Melayu Pas berkuasa itu bukan Melayu.

Mat Sabu mengambil contoh apa yang berlaku semasa Pas berkuasa di Terengganu dalam tahun 1999 hingga 2004 yang lalu. Umno menzalimi kerajaan Pas Terengganu dengan membatalkan royalti minyak kepada kerajaan Pas Terengganu. Umno guna duit royalti Terengganu untuk tumbangkan kerajaan Pas di Terengganu . (Ni salah satu bab la Pas Terengganu boleh kalah pru 2004 bab lain pun ada). Adakah MB Terengganu pada masa tu (Tok Guru Haji Hadi) bukan Melayu? Beliau bukan Cina atau India tapi Umno tergamak tarik bayaran royalti sedia ada walaupun kerajaan Pas di Terengganu itu adalah 100% Melayu.

Begitu juga dengan apa yang berlaku di Kelantan , MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz bukan Cina , bukan India tapi beliau seorang Melayu macam PM Najib, macam TPM Muhyiddin Yassin tapi kenapa kerajaan pusat menzalimi kerajaan Pas Kelantan sejak 1990 hingga sekarang. Bayaran royalti minyak untuk Kelantan disekat dan dibayar wang ehsan yang dikuasai pemimpin Umno Kelantan.

Semalam bila aku tengok kenyataan Timbalan Presiden Pas yang melatah bagi amaran kat MCA rasa terkejut jugak. Buat apa nak bagi amaran kat MCA yang sedang berlakon dengan Umno ? Biarkan mereka terjun dengan labu-labunya !

Berkaitan;
Anwar :'Perang besar' M'lasia, Umno tiup sentimen kaum-Malaysiakini
Ekuiti Bumi:Pas Selangor, Timbalan Presiden bidas MCA-Malaysian Insider

1 ulasan:

  1. Muktamar akan datang CAMPAKKAN saja pemimpin yang sedia ada ni. Mereka ni semuanya berjiwa umno yang suka mencantas dan mengampu. Perwakilan muktamar perlu lebih bijak dari pemimpin-pemimpin BODOH yang mereka telah tersalah pilih sebelum ni. Jangan jadi 2x bodoh. Cukuplah perwakilan muktamar melakukan SEKALI kesiapan. Jangan buat kesilapan kali kedua. Selamatkan PAS dari pemimpin ala-ala umno ni.

    Elok mulakan dengan mencampakkan presiden & timbalan yang BODOH tu dulu. Kemudian diikuti dengan hasan ali, tantawi & mustafa ali serta yang sewaktu dengannya. Maaf cakap terus terang tak berlapik lagi baik walaupun menyakitkan hati segelintir penyokong. Kalau tak berterus terang puak-puak ni tak reti bahasa. Selalu mendabik dada kami dipilih oleh perwakilan muktamar. Oleh itu, perwakilan kali ni jangan jadi BODOH lagi. Cukup-cukuplah tu kalau sayang pada PAS. Nak tuduh saya agen umno pun suka hati anda semua sebab ala-ala umno ni memang bermentaliti begitu. BODOH tak nak belajar...

    BalasPadam