Khamis, 26 Ogos 2010

Kempen anti zina , syabas kerajaan negeri Selangor!

Langkah kerajaan negeri Selangor mengadakan kempen anti zina merupakan satu kerja amar ma'ruf nahi mungkar yang mesti di sokong dan merupakan langkah terpuji. Ditengah-tengah kemelut berleluasanya pembuangan bayi kempen anti zina ini dilihat mampu mencelikkan golongan muda-mudi yang terjebak dalam kancah maksiat akibat geloran nafsu yang tiada sempadan.

Malaysiakini dalam laporannya S'langor lancar kempen anti zina Isnin ini;

Kerajaan Selangor akan melancarkan kempen anti zina, sempena program sambutan kemerdekaan dan penghayatan bulan Ramadan Isnin depan.

Pelancaran kempen tersebut adalah antara aktiviti menarik yang disusun untuk program berkenaan yang akan dilancarkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut kenyataan sekretariat akhbar kerajaan negeri Selangor, program tersebut akan berlangsung selama dua hari mulai jam 3.30 petang Isnin depan sehingga 7.30 pagi 31 Ogos.

Di samping kempen anti zina, antara aktiviti lain yang akan diadakan ialah konsert amal Merdeka, laungan kemerdekaan oleh menteri besar dan banyak lagi.

"Program ini diadakan sempena menghayati bulan Ramadhan dan Menyambut Hari Kemerdekaan yang diadakan secara serentak," tambah kenyataan itu lagi.-Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Salam...
    tahniah kpd kerajaan Negeri Selangor hususnya EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali danjawatankuaa urusetia krn berjaya mengajurkan prgrm2 spt ini...satu endekatan yg holistikdan keatif...sambil berhibur scr sihat dt jgk ilmu dan sambut kemerdekaan dcaa yg diredai Allah...xsia2 pilih Paktan Rakyat..TAKBIR!!!ALLAHUAKBARX3

    BalasPadam