Rabu, 25 Ogos 2010

Bolehkah bersatu di bawah ketiak Umno?

Tun Mahathir ajak orang Melayu bersatu sebab takut hilang kuasa politik. Mungkin ada yang kesian dengan Umno yang tak henti -henti zalimi Melayu yang tak menyokong Umno hanya semata-mata perbezaan politik dan ideologi. Sekarang parti Umno sedang menyanyikan lagu Ramlah Ram pagi petang siang malam merayu-rayu ajak orang Melayu bersatu di bawah ketiak Umno. Mai la bersatu, mai la bersatu, bersatu untuk apa?

Cakap memang la senang nak bersatu selamatkan politik Umno tapi dalam masa yang sama kerajaan Pas Kelantan yang juga orang Melayu terpaksa ambil tindakan mahkamah untuk tuntut royalti minyak daripada Kerajaan Umno-Bn yang berkuasa di peringkat persekutuan. Nak tuntut benda yang hak pun kena naik mahkamah setelah permintaan kerajaan Pas Kelantan untuk dapatkan royalti minyak ditolak mentah-mentah oleh kerajaan persekutuan. Kerajaan Kelantan dijangka fail saman Petronas 30 Ogos .

Umno patut dibubarkan dan orang Melayu yang menyokong parti itu bersama-sama bersatu hati buka lembaran baru untuk bersama Pakatan Rakyat perintah Malaysia. Jika PR pulak yang menyeleweng kita pulak sama-sama jatuhkan mereka . Ini demokrasi ,kita rakyat yang berkuasa tentukan siapa yang akan perintah negara. Rakyat adalah 'Raja' sebenar di hari mengundi.

Jangan jadikan diri kita terus tua dalam Umno parti perasuah dulu, kini dan selamanya.

1 ulasan:

  1. Salam...
    org melayu kna tukar mentaliti spy memilih parti yg bkn hanya memeprjuangkan bangsa shj...tpi kna pilih parti yg memperjuangkan agama Islam, kbajikan rakyat dan mengamalkan hablumminallah, wahablumminnannas...wallahua'lam

    BalasPadam