Jumaat, 13 Ogos 2010

Menggemparkan! kertas siasatan polis dijual kira kilo kepada kilang kitar semula

Malaysian Insider melaporkan 10,000 helai kertas siasatan polis hilang, dijual bahan kitar semula;

Selepas negara dikejutkan dengan pendedahan enjin jet TUDM dicuri dan dijual sebagai barang lusuh, polis Gombak kehilangan kira-kira 10,000 keping kertas siasatan yang dijual kepada kilang kitar minggu lalu.

Sehubungan itu, polis menahan lapan lelaki termasuk empat buruh binaan warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes kehilangan kertas siasatan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Kertas siasatan itu dikatakan mengandungi rekod kes-kes jenayah IPD itu yang sudah selesai dan menunggu kelulusan untuk dilupuskan.

Ia disimpan di sebuah bilik di tingkat satu, salah satu daripada bangunan IPD itu yang sedang diubah suai.

Ekoran keadaan fail kertas siasatan itu yang sudah usang dan berhabuk menyebabkan pekerja binaan menyangkakan ia kertas lama yang sudah tidak digunakan lalu mengambilnya untuk dijual kepada kilang kitar semula.

Kertas siasatan seberat kira-kira 2,000kg itu dijual pada harga RM800 kepada beberapa kilang kitar semula di Kepong berdasarkan kadar antara 37 hingga 45 sen sekilogram.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kehilangan kertas siasatan itu hanya disedari Sabtu lalu oleh salah seorang anggotanya yang mahu menjalankan kerja-kerja pembersihan dan mengemas kini fail-fail di situ.

Dipetik Utusan Malaysia hari ini, beliau berkata, pihaknya mengesyaki kertas siasatan terbabit diambil oleh para pekerja yang mengubah suai bangunan tersebut.

Berikutan itu kata beliau, pihaknya telah menahan empat lelaki tempatan iaitu seorang penyelia dan tiga pemandu lori berusia lingkungan 40-an untuk membantu siasatan.

“Empat buruh binaan Bangladesh berusia lingkungan 20-an turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Abdul Rahim berkata, kesemua lelaki terbabit ditahan secara berasingan pada sebelah petang dan malam kelmarin.

Beliau berkata, empat lelaki tempatan ditahan di beberapa kawasan sekitar Kepong manakala kesemua pekerja Bangladesh ditangkap ketika bekerja di tapak binaan.

Katanya, kesemua mereka direman selama empat hari sehingga esok untuk disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.-Malaysian Insider.

Macam mana suspek boleh masuk dalam IPD Gombak?Aaah nak heran apa ketoi enjin jet pun boleh hilang ni kan pulak kertas siasatan.

2 ulasan:

  1. Salam...
    pihak polis perlu ambil iktibar dgn apa yg terjadi...nasib baik khilangan kertas tersebut dpt dkesan awal...kalo x...pegawai yg berkaitan perlu dkenakan tindakan tatatertib...wallahua'lam

    BalasPadam
  2. Kenapa pulak bangladesh jadi kambing hitam? Ni nak cuba bodohkan melayu lagilah tu....

    Letih nak suruh otak ni pecaya tapi masih susah nak pecaya.

    BalasPadam