Ahad, 1 Ogos 2010

Dap Pecat Ahlinya , Pas Bila Lagi?

Harakahdaily melaporkan Dap pecat Tee Boo Hock;

Ekoran dakwaan menyalahgunakan kepala surat Exco untuk sokongan mendapatkan kontrak Majlis Perbandaran Klang (MPK), DAP semalam memecat ahli MPK Tee Boon Hock dari parti itu berkuatkuasa serta merta.

Keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Disiplin DAP bermesyuarat hari ini.

Naib Presiden DAP, Tan Kok Wai berkata tindakan itu dibuat selaras dengan perinsip parti yang menekankan integriti dan kebolehpercayaan.

"Ini merupakan kali pertama Jawatankuasa Disiplin DAP memulakan penyiasatan berdasarkan laporan media kerana ini melibatkan kepentingan masyarakat awam dan sebagai satu tindakan yang mencerminkan prinsip asas parti DAP yang mementingkan integriti dan kebolehpercayaan," tegas Kok Wai yang juga merupakan Ahli Parlimen Cheras. Baca semua klik tajuk di atas.

Ada kawan-kawan sms kata ' Dap dah pecat ahli dia, Pas?'. Dalam juga maksud sms tu.

Berkaitan;
Dakwaan rasuah :DAP pecat ahli majlis MPK
-Malaysian Insider
Ronnie, Teng dipanggil jawatankuasa disiplin DAP-Malaysiakini

8 ulasan:

  1. Tak, Pas tak akan pecat. Tapi dia cari jalan utk bersungguh2 kata yang salah tu bersih.

    Ahli2 Pas yg walak, bila pemimpin dia buat salah, dia akan salahkan syaitan. Syaitan yang hasut pemimpin dia buat salah. Pemimpin dia tak salah jugak.

    Hang walak ka?

    BalasPadam
  2. Kalau Khalid Samad buat salah, dia akan dipecat. Kalau Hassan Ali....

    BalasPadam
  3. Walak....... jgn tak walakkkkkkk.....

    BalasPadam
  4. JK PARTi PAS akan pecat ahli nya sekiranya ahli itu dari golonagn ANTI UG ..lihat apa yg berlaku kepada Khalid dan yg terbaru Hassan ali tak di bicara pun ....

    DAP nampak lebih baik dari parti PAS ...

    anti kezaliman /

    BalasPadam
  5. sallam...
    kepada bloggers yg berhaluan PAS tolong jangan tulis dan copy paste berita-berita yang boleh merugikan PAS... jika rasa tak puas hati nyatakan sahaja usul atau isu bila ada muktamar di peringkat cawangan, kawasan, negeri mahupun kebangsaan... janganlah kamu menyerang individu didalam PAS dan membuat orang lain membenci individu tersebut, ini kerana anda mungkin menjadi penghasut, penghasad, atau speaker kudeta...

    anda perlu tahu bilamana seorang pemimpin diberi mandat dgn majority, bilamana tanggungjawab berat dari majlis syura ulamak yang tak terpikulkan, dan yang paling penting bilamana pemimpin tersebut bai'ah untuk menjadi pemimpin...

    jika berlaku lagi hal tersebut yakni menyerang saraf PAS, Ana tidak akan teragak-agak untuk mengusulkan didalam muktamar supaya PAS mengharamkan terus Blog kepada Ahli-ahlinya dengan bermodulkan disiplin organisasi dalam PAS 1.2.6 Dalam perkara yang tidak disebutkan dalam Perlembagaan "Majlis Syura Ulamak" berkuasa membuat apa jua keputusan dengan syarat tidak bertentangan dengan islam (Rujuk FASAL 79(2)Pindaan 1993).-amanah al-marhum ust haji Hassan Syukri ...

    Anda diberikan Hak untuk bersuara , tetapi bukan menyerang... Takbir!

    BalasPadam
  6. Pasu bunga
    Hang wala' sungguh , orang macam kau ni kalau jadi pemimpin memang paling x layak. Suruh duduk, duduk, suruh berdiri hang berdiri. Macam Umno ..wala' x kena tempat.

    BalasPadam
  7. ini bukan pasal wala' tak wala',, kadang2 ana ada jugak rasa tak puas ati dengan sikap sesetengah pemimpin PAS, malahan dengan tuan guru presiden pun ana tak puas ati... tetapi ini berkenaan dengan PAS dan Ahli-ahlinya yang lain...
    jika kita asyik bercerita keburukan dalam PAS , aper pulak pandangan orang lain terhadap PAS , aper pulak pandangan orang bukan islam terhadap organisasi islam , aper kata jemaah lain terhadap jemaah gerakan islam...

    yang penting bagi kita adalah berUsrah, jika tiada Usrah beginilah jadinya

    BalasPadam
  8. WALAK membawa REBAH... Takut pandangan buruk orang lain kepada PAS? Oleh itu, mentadbirlah dengan baik. Kalau tak mampu mentadbir bagi je pada orang lain yang lebih layak. Kenapa pas suka hentam umno tapi masa yang sama perangai pemimpin sama je macam umno? Kami pandang dari sisi sebagai RAKYAT bukan sebagai AHLI pas. Kalau kami pandang dari sisi sebagai ahli pas maka kami TERPAKSA WALAK walau pemimpin buat kerja BODOH. Kenapa nak haramkan blogger? Bukankah perangai itu sama macam umno yang mengharamkan harakah, suara keadilan & roket? Tolonglah... janganlah pas pulak ambil alih tugas umno untuk terus MEMBODOHKAN orang Islam. Rata-rata orang Islam diperbodohkan di dunia ni. Adakah pas nak sambung agenda tu? Kalau kamu semua nak jadi BODOH, itu kamu semua punya pasal. Tapi sebagai RAKYAT kami inginkan pemimpin bijak mentadbir agar kami rakyat hidup senang.

    Kongsi-kongsilah kuasa antara ULAMA & PROFESIONAL. Jangan harapkan ULAMA saja mentadbir kerana ULAMA hanya tahu hukum halal haram tapi tiada skil berpolitik. PROFESIONAL pula kadang kala terbabas tentang halal haram maka ulama diperlukan untuk mengimbangi kuasa eksekutif. Kalau 100% harap ulama saya kira pentadbiran akan jadi tidak seimbang.

    Pas dah kira ok berbanding umno tapi sikap pemimpin yang minta diWALAK tak tentu hala ni yang jadi masalah. Buat kerja BODOH pun kena WALAK. Kami RAKYAT bukan ada USRAH dengan pemimpin. Kami pun bukan hadir muktamar untuk beri komen pada pemimpin. Bila sorang TERPEKIK yang lain akan turut TERPEKIK. Kami ada karier kami masing-masing. Kamu juga ada karier kamu. Jadi, buatlah kerja masing-masing sebaik mungkin. Kalau buat silap janganlah harap kami kena WALAK. Kamu nak walak dengan kerja BODOH presiden dan kawan-kawan UGnya, itu kamu punya pasal. Kami peduli apa?

    Rakyat pilih pas kerana benci umno. Alih-alih kamu nak bersekedudukan dengan umno. Mana ada jalan? Pasal tu presiden pas dan puak-puak UG dibenci. Cuma kamu semua yang terpekik-pekik TAKBIR. Apa makna ALLAHU AKBAR kalau presiden buat kerja BODOH? Yang kamu semua tau hanya TERPEKIK tanpa berfikir.

    TOLONGLAH FAHAM apa RAKYAT nak... Janganlah perasan rakyat menyokong pas. Ahli pas ada berapa kerat je? Rakyat nak pentadbir negara yang baik tak kira dari pas, pkr, umno atau dap. Kamu nak terpekik HIDUP UMNO ke, TAKBIR KE, REFORMASI ke kami langsung tak nak ambil peduli. Nak terpekik sampai pagi pun boleh asalkan rakyat dapat hidup selesa.

    Akhir kata... JANGAN JADI BODOH & TERUS DIBODOHKAN OLEH MANA-MANA PEMIMPIN.

    BalasPadam