Rabu, 18 Ogos 2010
Akhbar tabloid politik Mingguan Era muncul di pasaran
Akhbar tabloid politik terbaru Mingguan Era dengan tema 'Tepat dan telus' keluaran pertama muncul dipasaran dan mula diedarkan hari ini.
Keluaran pertama di muka hadapan dengan isu Pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2010 dengan tajuk'Mampukah Adil, Bebas' dengan ulasan oleh Profesor Emeritius Khoo Kay Kim yang berkata, "Pemilihan yang berdasarkan akar umbi sememangnya baik kerana dapat mengelak berlakunya politik wang dan mengurangkan kewujudan kem-kem dan puak-puak dalam parti.
Tetapi kewujudan kem dalam mana -mana parti memang wujud samada dibuat pemilihan secara akar umbi atau melalui ketua-ketua yang dipilih. Ini sememangnya budaya dalam politik."
Harga akhbar tabloid politik Mingguan Era untuk Semenanjung RM1.50 dan Sabah /Sarawak Rm2.00 dengan 24 mukasurat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam...
BalasPadamtahniah..lahir lg media pengantara utk rakyat mengetahui isu yg tepat dan telus...
Tuan,
BalasPadamAssalamualaikum wbt
Saya merujuk rencana tuan - Anwar Perlu 'natural' edisi 1-7 September 2010. Setelah selesai pembacaan, barulah terperasan yang ungkapan 'natural' itu tidak tepat. Seharusnya, ia digantikan dengan 'neutral'.
Saya harap kesilapan seperti ini, walaupun kecil, perlu dihindari dan tidak berulang lagi
Wassalam
Othman Hitam