Ahad, 31 Oktober 2010

Jalan-jalan ke prk Galas.


Pagi tadi pukul 8.3o pagi bertolak pergi ke Galas hanya sebagai 'pelancong politik' sebab kaki tak boleh duduk diam nak juga pusing-pusing tengok suasana prk di Galas. Kami ikut lebuhraya Utara-Selatan dan masuk ke Simpang Pulai seterusnya melalui Cameron Highland yang cuacanya agak sejuk juga dengan 22 darjah celcius dan masuk ke Lojing yang juga dalam kawasan mengundi di Galas.

Nampaknya Umno berkubu sakan di perkampungan orang Asli yang jadi aset utama Umno dalam prk di Galas di Lojing. Suasana siang hari dengan cuaca hari ini mendung sepanjang perjalanan tidaklah begitu meletihkan. Rakyat Kelantan di lihat lebih bergembira dengan kejayaan pasukan bolasepak negeri Kelantan yang berjaya menggondol Piala Malaysia buat pertama kali dalam sejarah bolasepak negeri itu apabila berjaya kalahkan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir semalam di Stadium Bukit Jalil.

Suasana di bandar Gua Musang dan bandar lama Gua Musang lebih meriah dengan kedua-dua poster parti yang bertanding.Lebih kurang dua jam berada di Bandar Gua Musang terus beredar pulang melalui jalan ke Merapoh -Lipis -Karak. Kenderaaan yang menuju ke Kelantan daripada Kuala Lumpur begitu banyak macam kenderaaan perantau pulang berhariraya. Setiap kenderaaan yang menuju ke Kelantan berkibaran bendera Negeri Kelantan dan ada juga yang mengibarkan bendera bulan purnama sambil membunyikan hon dan lampu tanda keseronokkan para penyokong bolasepak Kelantan kerana bergembira Kelantan jadi juara Piala Malaysia.

Bentuk geografi dan mukabumi Dun Galas merupakan satu ujian bagi tukang kempen antara kedua-dua parti yang bertanding. 8.30 pagi - 8.30 malam , 12 jam perjalanan akhirnya sampai semula ke Kuala Lumpur.

Baca juga ;
Suhakam:Hak siswa dicabul di Galas-Malaysiakini
Pasca Piala Malaysia:Lebih 'kad kuning ' di Galas-Malaysiakini
Balik mengundi sekalipun merangkak-Harakahdaily

Sabtu, 30 Oktober 2010

Negeri Sembilan kena 'Gomo' , tahniah buat Kelantan

Tahniah buat pasukan bolasepak Negeri Kelantan yang berjaya julang Piala Malaysia buat pertama kali dalam sejarah bolasepak negeri itu apabila berjaya tewaskan pasukan Negeri Sembilan 2-1.Kelantan dengan 'Gomo Kelate Gomo' dilihat berjaya dengan penguasaan bola 55% berbanding Negeri Sembilan 45%.

Negeri Kelantan dapat Sultan baru iaitu Sultan Muhammad ke V, berjaya pulak juarai Piala Malaysia setelah sekian lama menunggu.Pas yang perintah Kelantan genap 20 tahun turut dihadiahkan Piala Malaysia pada tahun ini.Tahniah!

Pada 4 November ni pula hari mengundi di prk Galas. Siapa yang akan kena 'gomo' antara Pas dan Umno-Bn di Galas?Para pengundi dah 'set' siapa yang akan mereka pilih dan 'gomo' parti yang bertanding.

Berkaitan;
Julang Piala Malaysia :Kelantan istihar cuti -Harakahdaily

Samy Vellu; Umno kalah di 70 kerusi jika ingat bukan Melayu tak perlu

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mengingatkan Umno — parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) — tidak boleh menang di hampir 70 kerusi Parlimen tanpa sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum ke-13.

Sehubungan itu beliau menegaskan, pemangku ketua Umno Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani yang mengatakan partinya tidak memerlukan sokongan bukan Melayu sebagai tindakan tidak sensitif dengan senario politik semasa.

Samy Vellu merujuk kepada prestasi BN yang gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen pada Mac 2008.

Kata Samy Vellu, pemimpin Umno itu pada hakikatnya tidak harus jadi ahli politik sama sekali.

“Bagaimana dia boleh bercakap yang Umno tidak memerlukan sokongan orang Cina dan India?” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.-The Malaysian Insider.

Akhbar SIASAH tamatkan penerbitan sementara waktu

Keratan akbar Siasah di atas ialah bilangan 224 bilangan terakhir akhbar Siasah diterbitkan. Klik gambar untuk baca.Penerbitan akhbar Siasah dihentikan penerbitan buat sementara waktu atas sebab-sebab yang tak diketahui walaupun permit akhbar berkenaan tamat pada bulan Mei 2011.

Menurut Ketua Editor akhbar Siasah seperti yang ditulis dalam ruangan Medan Pengarang;

"Untuk pengetahuan pembaca sekalian isu yang ke 224 ini adalah isu terakhir Siasah beroperasi di Jalan Pahang. Siasah akan memulakan operasi di kawasan baru yang agak jauh dari tempat kelahirannya ini.Di situ nanti Siasah akan cuba mengepak dan melangkau frasa kehidupan yang seterusnya dengan lebih yakin dan bebas". Baca semua beli akhbar terakhir Siasah di pasaran.

Dalam maksudnya ....apa yang tak kena?

Khamis, 28 Oktober 2010

Bukti Satu Malaysia Bohong..

Ucapan Ketua Umno Bahagian Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani di PWTC.

Pengundi Cina dan India di prk Galas dan Batu Sapi tak payahlah nak undi Umno-Bn sebab Umno dah tunjuk belang sebenar siapa Umno yang sebenarnya.

Berkaitan: Chua : Ada pemimpin Umno 'tak berapa cerdik'-Malaysiakini

Umno macam Lebai Malang-TGNA

Umno terus membayangkan fobianya terhadap PAS apabila terus bertindak menghentam parti itu dalam isu kerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap Umno yang dianggap sebagai sebuah parti bertaraf elit sebelum ini tetapi pendek akal untuk memahami konsep atau matlamat kerjasama PAS-DAP.

“Kadang-kadang terfikir juga pasal apa tak faham sangat Umno ini pada hal telah berkali-kali kita beri penjelasan. Perbezaan kerjasama antara Umno dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) amat jelas.

“Kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia semalam di bawah tajuk ‘TPM bidas ‘fatwa’ ikut suka Pas’.

“Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA,” Muhyiddin dipetik sebagai berkata ketika berkempen di Galas.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, secara umumnya pemimpin DAP hari ini tidak lagi menjadi kumpulan yang anti Islam sebaliknya beransur-ansur mengenali kesucian agama ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerjasama dengan DAP yang dikatakan sebagai chauvinis Cina tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Tuan Guru menyifatkan Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit sehingga tidak tahu menilai kesyumulan Islam secara keseluruhan.

“Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama Lebai Malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama.

“Apa yang mereka tahu, hanya mengkritik orang saja,” jelasnya.-(Gambar dan berita Harakahdaily).

Pemuda Pas Perak dakwa Zambry buat amalan syirik

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak kecewa dengan tindakan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang didakwanya masih meneruskan amalan perbuatan khurafat dan syirik ketika merasmikan program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar dalam DUN Manong dua minggu lalu.

Dalam majlis perasmian itu, Dr Zamri didakwa telah meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah orang kurang upaya. DUN Manong terletak dalam kawasan parlimen Kuala Kangsar.

Ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan mendakwa upacara tersebut adalah amalan yang diwarisi oleh orang dahulu yang bersifat "karut, syirik dan dan bercanggah dengan akidah Islam".

"Upacara meletakkan tiang seri - tiang tengah rumah - dengan menepung tawar diiringi bacaan doa tertentu adalah amalan karut seperti mahu menjadi rumah itu aman... Kita (orang Islam) hanya diminta untuk bergantung kepada Allah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.-Malaysiakini.

Kalau Umno hina Islam nak dipanggil apa?





Timbalan Presiden Umno Muhyidin Yasiin mahu jadikan subjek matapelajaran Sejarah sebagai wajib lulus SPM dalam ucapannya dalam perhimpunan agung Umno yang lalu. Memang elok sangat-sangat. Masukkan sekali dalam matapelajaran sejarah tu bagaiamana Umno jadi pengkhianat kepada agama Islam, kepada Bahasa Melayu dan juga jadi pengkhianat dan penderhaka kepada Raja-Raja Melayu yang cabut dan hilangkan kuasa Raja-Raja Melayu.

Masukkan juga dalam buku Sejarah kata-kata pemimpin Umno yang tolak hukum Hudud, hina janggut Nabi Muhammad SAW, nak makan sup tangan pi Kelantan.Masukkan juga dalam buku Sejarah tu bagaiamana sejarah yang pasti tak bohong bahawa Umnolah yang menjahanamkan tanah rezab Melayu daripada 3 juta hektar (1957) kepada 1.7 juta hektar (1995).

Tulis juga dalam buku Sejarah biar anak-anak kita , generasi akan datang tahu bahawa yang merentap denyut nadi anak bangsa Melayu dengan membuat pindaan Persempadanan semula kawasan pilhanraya 2003 semata-mata Umno mahu melawan Pas yang perbanyakkan kerusi bukan Melayu. Akibatnya selepas pru ke 11 kerusi Melayu hanya tinggal 54.33 peratus saja . SPR dengan arahan UMNO-BN enggan tambah kerusi majoriti Melayu kerana khuatir kedudukkan Umno terancam.Kerusi Parlimen di Kelantan, Kedah dan Terengganu tidak bertambah .

Demi untuk menang prk di Galas Umno mainkan isu Pas berkawan dengan parti Dap di Galas. Umno lupa Sejarah tapi rakyat tak pernah lupa sikap pemimpin Umno yang suka menghina Islam. Bagi Umno Dap hina Islam diaggap kafir Harbi tapi kalau pemimpin Umno hina agama sendiri nak dipanggil apa?Hina hukum hudud , hukum Allah SWT sedangkan pemimpin Umno beragama Islam.Bagi Umno MCA lawan dan tentang Islam tak mengapa sebab parti itu patuh dan taat kepada Umno!

Mana dia suara-suara yang lantang nak pertahankan agama Islam dalam Umno bila Rosmah Mansor yang jadi penaung Islamic Fashion Festival yang jelas menghina agama Islam?

Berkawan dengan talibarut Yahudi Apco Worlwide boleh dan jadikan agen Yahudi sebagai penasihat kerajaan UMNO-Bn dan dibayar RM70 juta, penyokong dan ahli Umno diam , bisu pekakkan telinga.

Umno berlagak menjadi jaguh pertahankan Islam bila ada pilhanraya dalam masa yang sama pemimpin Umno juga jadi kepala juara menganjurkan pesta maksiat dan hiburan yang melalaikan kepada anak-anak muda Melayu.

Semua ikut suka Ku Li lah..

Nasib Tengku Razali Hamzah dalam politik Umno sama macam Umno layan kita orang Melayu ketika musim pilihanraya.Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yaasin kata ikut Ku Li lah nak kempen cara mana pun sebab Ku Li pengarah pilihanraya. Ku Li dikatakan tidak buat ceramah besar-besaran sepertimana prk sebelumnya.Baca di sini.

Muhyiddin hanya menjadi tukang jaja pembangunan setiap kali pilihanraya diadakan.Itu saja yang ditabur Muhyidin sebagai senjata untuk rakyat undi Umno-BN.

Bagaimana nasib Ku Li selepas prk Galas? Adakah Muhyidin akan terus berkata semua ikut Ku Li?Sama -sama kita tengok nanti. Gambar di atas daripada Utusan Malaysia Online.

Rabu, 27 Oktober 2010

Orang Melayu tunggu apa lagi dalam Umno?



Nampaknya Umno-Bn yang perintah negara kita semakin melampau-lampau dalam segala aspek pemerintahan negara.Semakin rakyat membantah segala kemungkaran yang dilakukan Umno semakin membuak-buak semangat Umno untuk meneruskan segala 'projek' yang membawa kita orang Melayu menuju ke lembah maksiat dan kehancuran.Gambar bawah tu Penyanyi 'Gay' Adam Lambert yang diundang kerajaan Umno-Bn bergencok sakan di stadium Bukit Jalil.Baca di sini.

Bantahan demi bantahan yang berkaitan dengan bangsa Melayu dan agama yang kita cintai dipekakkan telinga malah ditong sampahkan pemimpin Umno yang berkuasa dalam kepimpinan negara. Perkara yang ditegah agama dihalalkan demi mengejar kemasyuran menjaga hati para pelancong luar negara dengan rancangan perbanyakkan kelab malam dan rumah urut (spa).

Di negara kita ketika kecoh dengan perkara yang mensabitkan bangsa kita Melayu yang jadi juara buang anak luar nikah, perzinaan dah jadi kebiasaan , anak bangsa Melayu juara terlibat dengan penagihan dadah, menjadi perempuan simpanan para Datuk dan ahli korporat kita dihidangkan lagi hiburan yang melampau-lampau tanpa ada sekatan. Umno mau kita orang Melayu lalai dengan hiburan tanpa batas dan sempadan supaya senang Umno mencucuk hidung kita ke sana ke mari.Senang Umno nak buat kerja! Takkan kita nak biarkan anak bangsa kita, cucu-cicit kita terus berpaksi kepada Umno yang melaungkan 'hilang Melayu hilanglah Umno'

Atas nama Islam Umno sanggup jadikan Islamic Fashion Festival sebagai program yang dihalalkan semata-mata penaungnya Rosmah Mansor bini PM Najib.Malah ulama muda Umno sanggup pertahankan bini PM Najib kononnya bukan semata-mata salah Rosmah Mansor beliau hanya sebagai penaung sahaja! Ulama zaman sekarang sanggup pertahankan kebatilan dan kemungkaran Umno daripada menyatakan kebenaran betapa apa yang dilakukan Umno itu tersasar jauh daripada hukum hakam Islam.

Kita rakyat terutamanya orang Melayu yang mengaku Islam bukan main lagi pertahankan kalimah Allah daripada digunakan oleh orang yang bukan Islam tapi bila pemimpin Umno , bini pemimpin Umno buat apa saja hina agama Islam mulut kita jadi bisu, pekakkan telinga , buat-buat tak tahu apa-apa yang berlaku kerana amat sayang kepada parti Umno yang jadi juara buat program maksiat untuk lingkupkan anak bangsa kita.

Umno parti yang rakus dan gila kuasa hanya mahu selamatkan Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun daripada terlepas ke tangan rakyat yang mahukan perubahan dalam kepimpinan negara. Umno akan bermati-matian nakkan Putrajaya kita orang Melayu nak lingkup, nak mampoih, kais pagi makan pagi, duduk rumah setinggan sampai 7 keturunan , harga barang keperluan harian meningkat, tol naik, minyak petrol naik, itu bukan jadi keutamaan Umno-BN. yang penting nak jadi apa pun Putrajaya kena selamatkan dulu.

Kita orang Melayu dilayan oleh Umno bila ada pilihanraya. Habis pilihanraya segala projek yang dijanjikan hilang tah ke mana.Umno anggap kita orang Melayu tak ada maruah dan harga diri sebab tu Umno layan kita orang Melayu bila ada pilihanraya.Umno takut sangat-sangat kalau orang Melayu bangkit dan tolak Umno dalam pru 13 akan datang Umno akan hadapi saat yang gelap gelita buat selama-lamanya.Nyawa Umno hanya ada pada orang Melayu yang masih percaya dengan kata-kata manis demi nak pertahankan Putrajaya.

Kita orang Melayu kena yakin dan percaya sungguh-sungguh pada Allah SWT sebagai segala tempat untuk bergantung bukannya 'berTuhankan' parti Umno yang semakin melampau menaja segala unsur hiburan dan maksiat tanpa batas dan sempadan. Pemimpin Umno sendiri yang kata Umno parti perasuah dan busuk hingga ke ususnya. Umno juga dianggap kotor dan jijik tapi Umno tetap tidak lakukan apa-apa untuk berubah (Tun Mahathir dan Ku Li yang kata).

Baca juga;
Hab hiburan:NGO Islam tunggu pilihanraya-Malaysiakini
Festival busana:Pemuda Pas buat aduan pada Jakim-Malaysiakini
Candu hiburan agar rakyat lalai petaka rasuah-harakahdaily

DR Asri:'Hantu' mana curi wang zakat ?

Ekoran laporan audit berhubung perbelanjaan dan pelupusan eset Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Isnin lalu didakwa 'mengesahkan' wujudnya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara.

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kiri) berkata, laporan Jabatan Audit Negara - antaranya menyatakan hasrat MAIWP melupuskan 70 penghawa dingin yang masih baik - memerlukan penjelasan dan jawapan sejauh mana ketepatannya.

"Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak. Namun, kita terpaksa nyatakan.

"Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

"Ke mana pergi segala peruntukan ini?" soal pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 yang dikeluarkan Isnin lalu, 70 unit penghawa dingin itu tiada disenaraikan dalam Laporan Lembaga Pemeriksa tetapi pengurusan MAIWP mencadangkannya untuk pelupusan.

Miskin terus merempat

Selain itu, semasa perpindahan ibu pejabat MAIWP pada Februari 2008, sebanyak 348 aset alih bernilai RM136,265 seperti kelengkapan pejabat, perabot dan penghawa dingin ditinggalkan.

Penemuan lain melibatkan kes pembelian barangan hampir RM80,000 yang tidak digunakan, kehilangan aset bernilai RM45,789 serta pembelian minyak yang meragukan dan melebihi kapasiti tangki.

Dalam satu kenyataan awal petang ini, Dr Mohd Asri berkata, pendedahan audit itu amat menghairankan kerana ketika ratusan juta ringgit wang zakat dipungut, si miskin terus menderita dan merempat.

"Hantu manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban?

"Yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian," katanya dengan nada sinis.

Sehubungan itu, tokoh ulama yang terkenal dengan kelantangannya itu berkata, fungsi zakat perlu dimuhasabah semula sejauh mana kejujuran, kesungguhan dan ketelusan pengurusan zakat yang sepatutnya telah lama membangunkan umat Islam.

Ambil kesempatan asnaf amilin

"Apa yang berlaku di Wilayah Persekutuan adalah isu (yang) didedahkan. Kita tidak tahu bagaimana keadaan pengurusan kewangan umat Islam di negeri-negeri lain.

"Apa yang kita pasti laporan kemiskinan yang menyayat hati terus wujud di pelbagai negeri, sementara kemewahan PUZ (Pusat Urus Zakat) juga ternyata (berlaku) di pelbagai negeri.-Malaysiakini.

"Tahniah Umno-BN berjaya menghancurkan rakyatnya"

Seperti dijangkakan, tindakan kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam mula mendapat tentangan kumpulan NGO Islam.

Bagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), tindakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu 'disambut' mereka secara amat sinis.

"Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya," kata Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman (kiri) sambil menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada pentadbiran perdana menteri sebelum ini, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika dihubungi Malaysiakini tengah hari ini, Dr Ma'amor - pemimpin NGO Islam yang dilihat agak 'rapat' dengan kerajaan - berkata, rancangan ETP itu menyalahi pelbagai perkara, termasuk gagasan Wawasan 2020 yang mahu negara ini maju dengan acuan sendiri.

"Budaya kelab malam ini bukan budaya Timur. Ia budaya Barat, budaya berfoya-foya.

"Saya ucap tahniahlah kerana berjaya mengkhianati negarawan negara (Dr Mahathir)," katanya.Baca di sini.

Puteri Umno Beronggeng di Galas , hutang negara RM362.39 Bilion

Ketika Puteri Umno sedang beronggeng sakan (klik) semasa penamaan calon di Galas kita dikejutkan dengan laporan Hutang negara: Setiap rakyat tanggung RM14,000 beban hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion.

PAS merasa kesal terhadap pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.

“Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

PAS, katanya menganggap bahawa hutang yang meningkat dengan mendadak kerana ketirisan dan rasuah.

Menurutnya, pendedahan Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun RM10 bilion.-Harakahdaily.(Klik)

Rakyat di kampung-kampung seronok dengan kenaikkan harga getah , harga kelapa sawit tapi apa yang berlaku kepada laporan audit negara yang banyak berlaku penyelewengan dan kerugian wang rakyat adakah mereka ambil berat dan mengetahuinya?

Berkaitan;
Pulau Pinang catat hasil paling tinggi-Malaysiakini
KTMB catat kerugian RM1.45 Bilion sehingga 2008-Malaysiakini
Laporan Audit:SPRM siasat 32 kes, meningkat meningkat 7 berbanding 2008-TMI
Hub hiburan :Pemuda Pas sifatkan mundur , jahiliah-Harakahdaily

Selasa, 26 Oktober 2010

Habis la duit aku nak pi Haji..RM 435,850 duit pendeposit dikeluarkan secara tak sah!

Sejumlah RM435,850 telah dikeluarkan melalui 113 proses transaksi yang tidak sah melibatkan 56 akaun pendeposit Lembagai Tabung Haji (LTH) di lima buah negeri bagi tahun 2007 hingga tahun lepas, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2009.

Sabah mencatatkan kes pengeluaran tidak sah tertinggi melibatkan 46 akaun dan jumlah pengeluaran RM355,100, diikuti Wilayah Persekutuan, Terengganu, Melaka dan Selangor.

Menurut laporan itu, antara punca kes pengeluaran wang tidak sah adalah wujudnya pakatan antara juruwang dan penyelia bagi membuat pengeluaran wang tanpa pengetahuan atau kehadiran pendeposit serta kecuaian penyelia untuk mengesahkan kehadiran pendeposit.

Selain itu, maklumat pendeposit seperti nombor akaun, nama dan baki akaun juga dapat diakses oleh juruwang walaupun LTH telah mengeluarkan arahan kerahsiaan maklumat akaun pendeposit pada 2008.-Malaysiakini -Tabung Haji :RM435,000 dikeluarkan secara tak sah.

Kesian Mak cik -pak cik kat kampung, mak long-pak long dok simpan duit lama dah nak pi Mekah tunai rukun Islam ke 5 tengok-tengok duit dalam akaun tah sapa ambik bawa keluar! Celaka sungguh! Laporan audit negara banyak berlaku benda 'ajaib' ! Termasuk laporan di bawah.

Berkaitan;
Audit :Pelajar tak layak juga dapat wang KWAPM-Malaysiakini
Perkeso: Server 'lama' belanja urus RM30 juta -Malaysiakini

TRANSFORMASI CARA UMNO-BN KELAB MALAM DAN SPA JADI KEUTAMAAN

Semasa perhimpunan agung Umno yang lalu pemimpin Umno mahukan transformasi dalam Umno, Umno dah ngaku nak berubah rupa-rupanya perubahan yang Umno mahukan ialah perbanyakkan kelab malam dan spa yang jadi sarang maksiat yang tumbuh macam cendawan di musim hujan.

Malaysiakini- ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina;

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.Baca semua di sini.

Apa pandangan ulama muda Umno yang pertahankan Rosmah Mansor dalam isu Islamic Fashion Festival di mana Rosmah adalah penaungnya bila kelab malam dan spa akan ditambah untuk tarik pelancong ke Malaysia?

Malaysia akan jadi 'syurga' kepada kegiatan maksiat demi memuaskan hati para pelancong sementara rakyat Malaysia pulak sedia berkhidmat untuk puaskan nafsu para pelancong. Haa ambik! ambik! ambik! ini baru betul-betul Umno berubah!

Tok mufti hanya mampu berdiam diri sambil makan elaun bulanan wang rakyat ribuan ringgit tak berani persoalkan kerja mungkar Umno-BN.Hebat! hebat! memang hebat !

Baca juga-Malaysia 'tersangkut' di tangga 56 indeks rasuah-Malaysiakini

Kerja kuat pastikan Pas menang

Dr Zulkefli Mohamad menyeru semua petugas PAS dan Pakatan Rakyat supaya bekerja kuat bagi mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas pada 4 November ini.

Dalam ucapan sulungnya di hadapan ribuan penyokong selepas diisytiharkan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK Dun Galas, beliau mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang hadir memberi sokongan.

"Saya mintak, selepas ini kita sama-sama bekerja kuat untuk memastikan kemenangan PAS di Galas ini," katanya.

Dalam sidang media, Dr Zulkefli berkata, tumpuan utamanya adalah menemui rakyat Galas menjelaskan agenda beliau.

Beliau memberitahu, akan berusaha meneruskan usaha yang telah dilaksanakan wakil rakyat terdahulu, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

"Saya akan teruskan usaha Allahyarham.

"Saya harap pengundi Galas bijak menilai dan akan memberi undi kepada saya mewakili Pakatan Rakyat," katanya.

Berhubung tuduhan pihak tertentu bahawa beliau pernah ditangkap khalwat, Dr Zulkefli menganggap isu tersebut telah selesai.

PRK Dun Galas menyaksikan pertandingan dua penjuru antara beliau dan calon BN, Abdul Aziz Yusof.-Harakahdaily.

Berkaitan-Galas saksi satu lawan satu, BN ditentang SAPP dan Pakatan di Batu Sapi-TMI

Gambar bawah adalah semasa penamaan calon di Galas (gambar daripada Hafiz Musa)


Ada pilihanraya ada pecah tanah projek

Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kiri) merasmikan majlis pecah tanah projek perumahaan rakyat di Gua Musang — projek pertama seumpama itu Ahad lalu, dua hari sebelum penamaan calon. — Foto Bernama

Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri suka berjanji bila ada pilihanraya. PRK Hulu Selangor, PRK Sibu , PRK Manek Urai yang terburai janji.

Adakah rakyat tak serik-serik dengan janji manis Umno setiap kali ada pilihanraya?

Isnin, 25 Oktober 2010

Mana satu betul Melayu hilang atau Umno yang hilang?

Umno kata hilang Melayu hilang lah Umno. Hang Tuah dalam buku sejarah kata 'takkan Melayu hilang di dunia'. Kalau Hang Tuah ada lagi dia ludah-ludah muka pemimpin Umno yang pandai-pandai kata 'hilang Melayu hilang lah Umno'.Hang Tuah dah mati (ikut cerita sejarah la) tapi manusia yang bernama bangsa Melayu ada sampai hari ini .

Begitu juga Umno parti yang pernah diharamkan oleh mahkamah zaman Tun Mahathir jadi PM dulu tapi nama Umno masih terselamat ada lagi sampai hari ini tapi Umno yang ada sekarang bukan lagi Umno lama tapi Umno baru. Mungkin putera dan puteri Umno tak tau kata Umno yang ada sekarang bukan lagi Umno yang asal kena belajar sejarah dengan Muhyiddin Yaasin Timbalan Presiden Umno, tanya Muhyiddin Umno yang ada sekarang ditubuhkan bila?

Melayu bukan hak Umno atau hak sapa-sapa tapi hak Allah SWT yang ciptakan manusia yang dipanggil Melayu.Alhamdulillah saya pun Melayu. Kalau Allah nak lenyapkan bangsa Melayu macam kaum Nabi Lut A.S itu kerja Allah bukan kerja manusia.Kerja manusia patuh dan taat kepada Allah , buat yang disuruh cegah yang dilarang berpandu pulak kepada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW yang dikasihi.

Sehingga hari ini Umno mendakwa merekalah perjuangkan hak Melayu dengan menafikan perjuangan orang Melayu 100 peratus yang ada dalam Pas dan juga dalam PKR walaupun tak semua.Antara pertahankan hak melayu dengan pelingkup hak melayu tentu tak sama.

Kita orang Melayu kena ingat sampai bila-bila pun tragedi pahit yang dilakukan Umno dengan menghilangkan tanah Rezab Melayu hingga tinggal sekangkang kera, buat pindaan persempadanan semula kawasan pilihanraya 2003 dengan perbanyakkan kawasan parlimen bukan Melayu, menghilangkan saham bumiputera berjumlah RM52 bilion hingga tinggal RM2bilion , cubaan Umno untuk buang perkataan Islam pada pertubuhan Melayu dan NGO Islam, membunuh dan penjarakan para ulama termasuk menghina sunnah Nabi .Bahasa Melayu pun Umno tak terjaga macam mana nak jaga bangsa Melayu. Ini semua adalah kenyataan yang tidak dinafikan Umno hinggalah ke hari ini.

Lebih menghairankan dua tokoh veteran Umno Tun Mahathir yang kata Umno parti perasuah dan busuk hingga ke ususnya dan Tengku Razaleigh Hamzah yang kata Umno dianggap orang parti yang kotor dan jijik masih bergelumang dalam bahtera Umno yang terkial-kial cari bantuan oksigen untuk terus bernafas.Baca di sini.

Umno ingat lain-lain bangsa dan kaum yang bukan Melayu akan selama-lamanya bersama Umno perintah negara yang kita cintai ini tapi kuasa Tuhan melebihi segala-galanya. Segala yang dirancang tidak lagi menjadi rakyat semakin bijak mahukan perubahan dalam menguruskan negara.

Rakyat mahukan perubahan dengan meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah(SPRM) di bawah kuasa Parlimen bukan di bawah dagu Peguam Negara dan Perdana Menteri.Begitu juga rakyat tidak mahu SPR menjadi hamba kepada Umno-Bn . Kenapa hari penamaan calon dan pengundian di prk Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi jatuh pada hari bekerja sedangkan prk sebelumnya jatuh pada hari cuti mingguan?

Rakyat tidak menolak pembangunan tapi jika pembangunan yang dilakukan dengan mengorbankan wang KWSP dan dan pelabur PNB untuk projek mega bernilai berbilion ringgit untuk tunjuk kemegahan ia merupakan satu pengkhianatan wang rakyat. PM Najib kata PNB yang nak buat Menara Warisan 100 tingkat bukan kehendak beliau. Kong kali kong!

Baca juga;
Umno punca kuasa politik Melayu hakis bukan kami dakwa Pemuda Pas-TMI

Umno tak sedar siapa yang gam mulut ulama

Umno minta simpati golongan ulama pertahankan parti itu bila timbul isu yang berkaitan agama.

Utusan Malaysia online-Ulama tak mahu campur politik;

Sikap membisu kebanyakan ulama di negara ini adalah disebabkan mereka tidak mahu terlibat dalam mana-mana parti politik.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai pihak yang menjurus kepada soal-soal keagamaan, adalah lebih baik jika mereka tidak dikaitkan dalam urusan itu.

"Saya pun tidak suka bercakap soal politik, saya bercakap tentang perpaduan orang Melayu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan wakil Perak, Datuk Rosli Husin ketika membentangkan usul agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung UMNO semalam yang mahu institusi agama bijak menangani isu berkaitan agama terutama yang ditimbulkan parti pembangkang agar mereka tidak dilihat seperti dilanda 'sindrom bisu.'

Rosli bimbang, jika isu-isu yang dibangkitkan itu tidak segera diperjelaskan kepada rakyat, ia boleh menimbulkan perpecahan umat serta persepsi negatif terhadap Islam.

Dalam hubungan ini, katanya lagi, Majlis Agama Islam di negeri-negeri perlu agresif dan senada ketika memberi penjelasan berkaitan soal hukum dan fatwa agar difahami umum.

Menurut Harussani, beliau sering menjadi sasaran parti-parti pembangkang apabila berusaha membantu menjelaskan sesuatu isu.

"Bila saya kena hentam, tiada siapa pun bantu saya. Tetapi disebabkan saya bercakap atas kepentingan Melayu, saya tak kisah," katanya.-Utusan Malaysia Online

Apakah mufti Perak tidak tahu bila cakap perpaduan Melayu tak boleh elak daripada bercakap soal politik?

Bukankah Umno sendiri melaungkan politik dan agama tak boleh bercampur? Umno melayan golongan ulama umpama kukur kelapa di balik pintu. Waktu nak pakai bawa keluar bila tak guna simpan!

Umno yang dalam keadaan terdesak baru teringat nak guna golongan ulama untuk bela mereka kerana Umno begitu lemah dan mereka sendiri parti yang bergelumang dengan kemungkaran.

Siapa sekarang yang dikatakan golongan ulama yang hebat dalam Umno? Tidak ada.
Siapa di kalangan ahli parlimen Umno yang bijak agama ? Yang ada DR Marshitah Ibrahim dan Jamil Khir Baharom yang jadi senator untuk pegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Dr Mashitah sekarang buat apa sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang jaga hal ehwal agama?

Apa mereka kata tentang Islamic fashion festival yang penaungnya Rosmah Mansor yang jelas menghina Islam? Apa kata mereka bila penyanyi 'gay' Adam Lambert berkonsert sakan di Stadium Bukit Jalil?

Kenapa golongan ulama berdiam diri walaupun Islamic fashion festival tersebut katalah tak ada kaitan dengan politik?Adakah bisu mulut ulama kerana setuju atau takut hilang segala kemewahan bila kritik Festival tersebut?Adakah golongan ulama takut kepada Rosmah Mansor?

Ulama jadi bisu kerana Umno yang mengajar ulama jangan campur adukkan agama dan politik. Sekarang bila Umno dah jadi cacamerba simpati golongan ulama ditagih untuk kepentingan politik Umno.

Siapa yang mengurung ulama yang lantang bersuara , yang tidak mahu bersekongkol dengan Umno-Bn di Kamunting di bawah akta zalim ISA kalau bukan kerajaan Umno-BN. Malah ulama yang menentang ISA dibunuh di Memali.

Ulama yang ada sekarang begitu takut kepada Umno daripada berkata benar , tegas dan berani mempertahankan hukum Allah.

Muhyiddin 'Galas' Projek Ke PRK Galas

Menjelang hari penamaan calon pilihan raya kecil Dun Galas, esok, kini kedua-dua parti sedang bersiap sedia mempamerkan kekuatan menjelang perarakan.

Bandar Gua Musang yang terletak hampir 200 kilometer dari Kota Bharu dan 300 kilometer dari Kuala Lumpur mulai dilimpahi manusia. Ramai yang tidak dikenali kelihatan di sana-sana.

Biar pun hari penamaan calon agak luar biasa kerana diadakan pada hari bekerja, namun ia tidak menghalang kedatangan tenaga kempen dari luar.

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tersebut dianggap banyak pihak sebagai tidak mesra pengundi. Mengambil kira hari mengundi juga jatuh pada hari bekerja, kerajaan negeri menjadikan 4 November ini sebagai cuti umum di Kelantan.

Manakala petugas parti di kalangan penduduk tempatan dan pembantu dari luar mulai memasang sepanduk dan lambang parti di kawasan mereka malam sehingga awal pagi tadi.

Semalam juga berakhir teka teki siapa calon Barisan Nasional (BN), apabila Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Setiausaha Umno Gua Musang, Abdul Aziz Yusof.

Pengumuman itu mengiyakan telahan yang dibuat banyak pihak sebelum ini, orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai calon bagi meneruskan cabaran merampas semula Dun Galas.

“Nampaknya usaha Ku Li untuk memastikan orang kanannya diberi tempat benar-benar menjadi kenyataan. Saya juga diberitahu Ku Li memberi kata dua itu kepada pemimpin kanan Umno di Kuala Lumpur.

“Difahamkan Ku Li hanya menerima pelantikan sebagai pengarah jentera pilihan raya BN sekiranya calon dipilih atas kehendaknya,” kata seorang aktivis Majlis NGO Kelantan.

Beliau juga mendakwa Ku Li menolak cadangan banyak pihak dalam Umno untuk memberi peluang kepadanya sebagai calon di Galas.

Katanya Ku Li sudah melihat dari awal lagi pengaruhnya tidak mampu lagi menarik simpati pengundi di Galas.

“Ku Li sudah tidak ada apa-apa kuasa dan kedudukan dalam Umno sekarang. Jadi sekarang tidak ada apa-apa yang mampu beliau janjikan kepada rakyat Galas.

“Lagi pun rakyat Gua Musang kenal siapa Ku Li. Kalau tanpa ada Kesedar yang bertanggungjawab membangunkan kawasan hulu Kelantan, tiada projek besar yang mampu dilaksanakan kerajaan pusat,” ujarnya lagi.

Muhyiddin juga seperti tidak serik apabila terus menabur janji ketika janji 2009 di Manek Urai belum membuahkan hasilnya.

Jambatan yang menyeberangkan Sungai Lebir di Kampung Manek Urai lama belum kelihatan selepas lebih setahun pilihan raya Dun berkenaan berlalu.

Semalam tiba-tiba Timbalan Presiden Umno itu mendakwa kerajaan pusat memperuntukkan RM180 juta bagi membina 1,500 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Kata beliau rumah itu untuk disewakan dan dijual kepada penduduk miskin dan berpendapatan rendah.

“Projek PPR ini adalah satu nikmat besar kepada rakyat di Gua Musang, kalau nak tunggu kerajaan negeri melaksanakannya, ia adalah sesuatu mustahil, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.

“Walaupun kerajaan Pusat membelanjakan RM180 juta bagi membangunkan projek ini, namun paling istimewa rakyat berpeluang memilikinya kelak pada harga kira-kira RM35,000 seunit atau menyewanya pada kadar RM124 sebulan,” katanya ketika melancarkan Projek PPR Gua Musang di Kompleks Sukan Kesedar semalam.

Gimik kerajaan BN itu dianggap banyak pihak sebagai ketinggalan jauh di belakang memandangkan kerajaan negeri sejak lebih 10 tahun lalu menyediakan lebih 1,500 lot rumah di Tanah Putih.

Kini Tanah Putih sudah bertukar dari hutan belantara menjadi penempatan tersusun. Isunya sekarang rakyat perlu memiliki tanah untuk membina kediaman sendiri dan bukan lot di atas angin.

Lagi pun tidak ramai yakin kemampuan Muhyiddin untuk menunaikan segala janji tersebut ketika kantung duit kerajaan BN sudah kering.

Ada pihak berhujah kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib Razak kini mengharapkan sumbangan dari duit judi Nombor Ekor, Magnun dan apa-apa sahaja bentuk perjudian bagi menampung dana kerajaan.

Kalau sebelum ini keputusan bagi setiap cabutan numbor dibuat sekali sebulan, namun sekarang sampai enam atau tujuh kali dalam tempoh tersebut. Dan setiap cabutan dibuat pengusaha tempat perjudian dapat mengumpul pendapatan sehingga RM7 juta.

Seorang bekas pegawai polis mendakwa tidak ramai yang tahu kepincangan pengurusan kewangan negara di bawah Najib sekarang.

“Pemimpin BN hanya menuduh kerajaan Pulau Pinang menggunakan hasil duit judi untuk warga emas, sedangkan sumber pendapatan kerajaan BN diambil dari judi disenyapkan,” katanya.

Mengambil kira banyak kepincangan urus tadbir negara dan kebimbangan Najib kemaraan Pakatan Rakyat menjejak kaki ke Putrajaya pada pilhan raya umum ke-13, bebanan berat sedang dipikul Abdul Aziz di Galas sekarang.

Abdul Aziz yang sekadar berpendidikan setakat SPM tidak mampu untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dalam negara kepada rakyat. Pengundi Galas perlu mengambil kira perkara ini.

Pilih pemimpin yang tidak menghiraukan soal dosa dan pahala bakal mengundang bala kepada penduduk Dun Galas.-Harakahdaily Umno tabur impian rumah rakyat di Galas.

Baca juga;

Umno peralat JHEOA kawal penempatan Orang Asal?-Harakahdaily

Muhyiddin rasmi projek perumahan rakyat RM300 juta di Galas-Berita harian online

Ahad, 24 Oktober 2010

SPM lawan DR di Galas siapa yang akan menang?

Kedua-dua parti yang bertanding di prk Galas Umno dan Pas sudah mengumumkan nama calon yang akan bertanding di Galas.

Pas mempertaruhkan seorang calon yang mempunyai kelulusan dalam bidang perubatan iaitu Dr Zulkefli Mohamed .

Dr Zulkefli dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.

Kecemerlangannya dalam pelajaran terbukti apabila mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992.

Pengalamannya sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992) kemudian berpindah ke Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang; telah mendidik beliau menyayangi masyarakat dan memahami kesusahan hidup rakyat.

Justeru itu, beliau mengambil keputusan membuka klinik sendiri di Ciku 3, Gua Musang sebagai meneruskan khidmat dan merapatkan lagi hubungannya dengan rakyat.

Dr Zulkefli mula aktif dalam PAS apabila terlibat dengan cawangan ketika berkhidmat di Ciku 3, sehinggalah beliau terpilih untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang.

Beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 di Dun Galas dan pilihan raya umum 2008 bagi Parlimen Gua Musang.-sumber Harakahdaily.

Umno-Bn pula mencalonkan Abdul Aziz Yusof (gambar di copy daripada Malaysiakini) Pengurus Pejabat operasi RPT Kesedar Sungai Terah yang berkelulusan SPM.Baca di sini.

The Malaysian Insider melaporkan; Muhyiddin berkata walaupun latar belakang pendidikan Aziz jauh lebih rendah berbanding calon PAS, namun pucuk pimpinan parti yakin ia bukan satu isu yang besar.

“Saya tak fikir satu kesalahan... dari segi keupayaan dan kebolehan serta bakti yang dicurahkannya selama ini, beliau layak mewakili parti apatah lagi disokong dengan faktor BN sendiri yang mempunyai kemampuan yang lebih besar untuk melakukan pembangunan.Baca di sini.

Sebab tu Umno awal-awal lagi tidak mahu serang peribadi calon parti lawan kerana calon depa tak cukup makan nak lawan daripada segi akademik dan pendidikan. Sewaktu prk Manek Urai dulu Umno bukan main lagi hina calon Pas Mohamad Fauzi Abdullah (Abe Uji) yang hanya bekerja sebagai pemborong ikan.Pas menang di prk Manek Urai hanya dengan majoriti 65 undi.

Umno cari jalan buat fitnah melulu dengan mengatakan calon Pas Dr Zul pernah berkhalwat dengan isterinya sebelum kahwin sebaik saja Pas umumkan Dr Zul calon Pas di Galas beberapa hari yang lalu.Fitnah Umno yang kelam kabut itu pulak terbalik nama. Nama isteri jadi nama ibu Dr Zul.Baca di sini.

Siapa yang akan menang di Galas parti penabur fitnah atau Pas? Hanya rakyat yang jadi penentu.Kuasa rakyat tak ada siapa yang dapat menghalang baik di Galas ataupun tawan Putrajaya yang Umno kata akan pertahan walau dengan apa cara sekalipun.Kalau dah kalah nak pertahan apa?

Itulah Umno parti yang dah nak habis umur



Tadi pi minum jumpa kawan dok cerita tak habis-habis lagi pasai Perhimpunan Umno di PWTC dewan yang Umno kata keramat . Cerita sudah tentu berkaitan 'ugutan' Presiden Umno dan pembodeknya yang jadi tukang karut Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaludin nak pertahan Putrajaya walau apa cara sekalipun. Walaupun hak Melayu katanya terkunci kemas dalam peti besi Perlembagaan tapi kuncinya kena Umno yang pegang . Orang lain tak boleh pegang kalau pegang ...

Kata orang membujur lalu melintang patah.Semangat bukan main nak pertahan hak Melayu sampai kata 'hilang Melayu hilanglah Umno'. Teringat pantun berat penumbuk Labu (Nasib Si Labu-Labi);

Besi maha besi
Besi datang dari Kedah
Nak pergi biaq pergi
Biar tinggal gusi dengan lidah

Umno pun sikit hari lagi jadi lagu tu la.
Kata kawan saya tu , "Orang kalau nak mati memang dia meracau macam-macam, keluar habis segala maluak dan apa saja yang terlintas difikiran , wasiat semua kepada keluarga sebab nak pi buat selama-lamanya. Itulah Umno parti yang dah nak habis umur ." Baca juga di sini.

Naib Presiden Umno Zahid Hamidi kata dalam Umno ada Abu Lahab .Semua pelahap! Dalam banyak- banyak abu yang disebut Zahid ada satu lagi abu yang ditakuti Umno iaitu 'abu mayat' yang semakin hampir kepada Umno.Beliau juga kata mamak ka , malabari ka semua kira Melayu...Gambar atas sebelah kiri bini Presiden Umno suap pulut kuning dalam mulut PM Najib selepas habis perhimpunan agung Umno (mStar online).

Sabtu, 23 Oktober 2010

Adakah CIA dan AS juga akan pertahan Putrajaya untuk Umno-Bn?


Setelah Presiden Umno kata akan pertahan Putrajaya walaupun dengan apa cara sekalipun hari ini Ketua Pemuda Umno Malaysia pulak sambut dan sokong sepenuhnya kata-kata Najib itu, Khairy :Pemuda pastikan Putrajaya tak jatuh ke tangan 'saudagar mimpi'.

Mimpi tak mimpi tak tau la ini kerja Allah SWT tak ada sapa yang boleh tahan kalau dah ditetapkanNYA.Umno bukan Tuhan, Umno tak hebat mana pun besaq kuman pun tak ada, jauh sangat sehebat Firaun yang mengaku dirinya Tuhan akhirnya tumbang menyembah bumi.

Kata Khairy yang jadi pembodek Najib,

“Kepada saudagar mimpi, saya tidak sebaik presiden kerana saya gelarkan mereka sebagai haiwan mitos Rom Carberus.

“Pembangkang ini seperti Carberus yang berkepala tiga, satu kepala nak negara Islam, satu kepala nak sama sama semua manakala satu kepala lagi satu kepala nak sama depan belakang.

“Kalau kita serahkan negara kita kepada saudagar mimpi berkepala tiga ini habis negara kita. Saya mewakili Pemuda Umno dan Pemuda BN berjanji akan mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang,” kata Ketua Pemuda Umno ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2010-The Malaysian Insider.

Kuasa rakyat tak ada siapa yang dapat halang. Rakyat adalah 'raja' bila parlimen dibubarkan. Kuasa ada ditangan rakyat untuk pilih kerajaan baru yang mereka suka.Lainlah kalau ada tangan-tangan ghaib yang cuba gagalkan , buat perancangan rapi termasuk bantuan kuasa asing seperti CIA dan polis dunia Amerika Syarikat yang bermaharajalela di bumi Afghanistan dan Iraq .Adakah CIA dan AS juga akan pertahankan Umno-Bn terus berkuasa di Putrajaya?

Setelah menghancurkan negara Iraq dan Afghanistan AS melantik pemimpin boneka yang menjadi patung suruhannya di Iraq dan Afghanistan.

Lakonan hebat Umno dan Mca yang saling tuduh menuduh untuk bela kaum sendiri tidak lain tidak bukan untuk mereka terus berkuasa bolot segala harta kekayaan negara sampai kiamat.

Gambar di atas sebelah kanan ialah lawatan duta baru AS ke Malaysia di PWTC sewaktu Umno sedang berpatah arang berkerat rotan nak pertahankan Putrajaya daripada jatuh kepada kuasa rakyat.Baca di sini.

Berkaitan;

Najib:Kuasa politik mesti ditangan Umno walaupun hak Melayu sudah 'terkunci'-TMI

Jangan takut gertakan Najib-Harakahdaily

Najib macam yakin berlaku rampasan kuasa-Harakahdaily

TPM bayangkan p'raya mungkin beberapa bulan lagi-Malaysiakini

Puteri Umno kata Pas kafir?



Mungkin apa yang dilaporkan The Malysian Insider ini tersalah lapor atau benar-benar Puteri Umno nak lepas geram kepada Parti Islam Semalaysia sama macam perwakilan Umno dan pemimpin Umno jadikan perhimpunan mereka lepaskan geram kepada orang Cina yang tak menyokong BN

The Malaysian Insider-Negara Islam :Puteri Umno cabar Nik Aziz , Karpal jelaskan pendirian;

Dua komponen Pakatan Rakyat sekali lagi menjadi sasaran Perhimpunan Agung Umno dengan seorang perwakilan Puteri mencabar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP Karpal Singh menjelaskan pendirian masing-masing berhubung soal Malaysia negara Islam.

“Dulu PAS kata Umno kafir kerana berkawan dengan MIC dan MCA, tapi sekarang PAS kafir kerana sanggup berkawan dengan PKR dan DAP.

“Dulu kata Umno kafir kerana tidak mewujudkan negara Islam di Malaysia tapi sekarang PAS sanggup bekerjasama dengan DAP yang sudah jelas menolak Islam,” kata Idamoerni Zakaria ketika menyokong usul agama dan pendidikan Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.-TMI (KLIK TAJUK)

Kenapa bila timbul isu kafir yang tajuk debatnya diberikan oleh Umno dulu , masa tu Puteri Umno tak beranak lagi tajuknya lebih kurang begini setakat yang ingat ' Umno Kata, Pas Kata Umno Kafir' kenapa Umno cabut lari sampai tak sempat nak pakai kasut , kata orang Utara tak cukup tanah batal begitu saja?

Umno kerjanya takut-takutkan Dap kepada orang Melayu kerana parti itu tidak duduk di bawah dagu dan celah kangkang Umno seperti MCA dan MIC. Jika Dap melutut kepada Umno , Dap akan dipandang sama macam Umno layan MCA dan MIC.

Umno juga jadi pak yet dan taukeh -taukeh korporat MCA untuk sapu dan makan komisen segala kontrak kerajaan yang diperolehi kroni BN.

Layakkah puteri Umno nak bercakap bab kafir -mengkafir kalau tengok perangai di atas.Bila timbul pilihanraya isu basi kafir -mengkafir jadi mainan Umno untuk dihidangkan kepada orang Melayu. Kenapa Umno nak sangat-sangat , ulang-ulang dakwa Pas kata Umno kafir? Lu pikir la sendiri ...

Bik Mama 'dipertahan' ulama muda Umno



Ulama muda Umno pertahan bini PM Najib Rosmah Mansor dalam isu Festival Busana Muslim yang kontroversi dengan mengatakan bukan semua salah Rosmah Mansor. Rosmah hanya jadi penaung , penganjur juga mesti dipersalahkan. Maknanya penganjur dan penaung dan semua sekali yang terlibat sama-sama hina Islam tak kira la sapa keluar dulu antara taik dan kentot dua-dua bau busuk!

Malaysiakini-IFF: Ulama muda 'pertahan' Rosmah , selar pembangkang;

Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.

Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya.Baca semua klik tajuk.

Berkaitan;
Mohon maaf dan lantik penasihat syariah , kata Asri-Malaysiakini
Ribuan himpun bantah festival busana Muslim-Malaysiakini
Ulama yang lebih hina dari taik babi-Penarik Beca
Busana Islam:Asri, Pemuda Pas gesa penganjur termasuk isteri PM minta maaf-TMI

Umno bermula dengan fitnah di Galas

Setiusaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor pernah menyarankan supaya golongan cerdik pandai yang belajar di luar negara hanya baca berita Umno Online jangan baca dan percaya portal berita yang bebas. Umno Online berbohong dan sebar fitnah pun penyokong Umno di luara negara kena percaya jangan tak percaya!

Adakah anda mahu jadi lembu yang dicucuk hidung boleh diheret ke sana sini oleh parti perasuah dan kotor seperti Umno?Terkini bila diumumkan saja calon Pas di Galas oleh Murshidul Am Pas Tok Guru Nik Aziz , Umno Online terus sebarkan berita palsu , fitnah dan tidak beretika terhadap Calon Pas di Galas Dr Zulkefli Mohamed bahawa beliau pernah berkhalwat dengan isterinya sebelum kahwin.

Bagi Umno mau menang tidak kira dengan apa cara sekalipun sebab tu Presiden Umno sendiri kata sanggup pertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun! Apa Ku Li kata bahawa Umno dianggap sebagai parti yang kotor sudah jadi kenyataan. Ku Li pulak tenggelam dalam perhimpunan agung Umno hinggalah hari terakhir langsung tak dilayan semua perwakilan dan pemimpin Umno.

Malaysiakini- Calon Pas : Tuduhan Khalwat Fitnah Semata-mata;

Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.

Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.

Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.

Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.

"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olan beliau adalah perokok.

"Saya tidak merokok. Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah," kata Dr Zulkefli.-Malaysiakini.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Umno makan daging sekali dengan bulu, kita masuk angin keluar asap

Seorang perwakilan Umno berkata kawan-kawan Umno dalam Bn tak setia ;

Hasnoor Sidang Husin – wakil Melaka – berkata sekiranya permuafakatan “ayahanda-ayahanda” kita yang terdahulu dilanggar, akan wujudlah insiden seperti peristiwa 13 Mei 1969.

“Apakah kuota 30 peratus untuk bumiputera terlaksana? Pada pendapat saya, kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana golongan bukan Melayu tak bantu pencapaiaan tersebut.

“Hingga hari ini, bukan saja tak bantu, sebaliknya mempertikaikan dasar tersebut.

"Pada pendapat saja pacal yang hina, orang bukan Melayu tak ikhlas sebagai sahabat kita dalam BN,” kata Hasnoor yang juga pemimpin bahagian Bukit Katil.

"Ingatkan, apa model pun yang hendak dilaksanankan, perancangan mestilah mengambil kira kepentingan bangsa Melayu, kerana kalau Umno tidak lagi berjuang untuk nasib Melayu, apalah ertinya kia masih berada dalam dewan keramat (PWTC) inI," katanya.

Menurut Hasnoor lagi, jangan sampai "bangsa lain mendapat daging, orang Melayu mendapat tulang"-Malaysiakini-Monopoli :Bukan Melayu didakwa tak ikhlas .

Nak habaq bagi kat pacal yang hina tu yang kaya raya pemimpin Umno . Yang kena tahan duit berjuta kena dakwa pasai bawa duit sampai dua tiga beg tu sapa?Cina ka Melayu? Yang didakwa buat rumah sampai RM24 juta bila dah hilang jawatan MB di Selangor tu sapa? Cina ka Melayu?

Melayu kaya kerana berniaga, Cina kaya kerana dia berniaga itu hak dia tapi kalau pemimpin Umno kaya meniaga atas angin untung berjuta makan komisen kontrak kerajaan , lesapkan RM52 Bilion saham bumiputera dan Melayu sampai tinggal RM2 Bilion awat tak riuh, awat tak pertikai?Sapa yang makan daging sekali dengan tulang dan bulu kalau bukan Umno yang perlingkup hak Melayu?Kita orang Melayu masuk angin keluar asap.Boleh pangkal hujung lesap.

Kenapa kita nak salahkan bangsa lain kalau bangsa sendiri yang pelingkup hak bangsa sendiri?Bangsa apa yang pernah dituduh makan duit untuk orang miskin (PPRT) sampai RM 40 juta sikit masa lalu?

Kenapa sikit-sikit nak ugut dengan peristiwa 13 mei 1969 bila Umno ditolak rakyat dalam pru yang lalu?Kalau bangsa sendiri Umno sanggup dajalkan macam mana bangsa lain nak percaya dengan Umno?

Apco buat kerja untuk Umno-BN pertahan Putrajaya?

Masih lagi alkisah PM Najib nak pertahan Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun seperti yang disebut Presiden Umno itu;

Ayuh..

Jangankan gerimis, hujan pun mari kita redahi..
Jangankan ribut, taufan pun mesti kita harungi..
Jangankan air bah, gelombang badai pun harus berani kita renangi..
Jangankan gerhana, kelam gelita pun pasti kita terangi..


Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!- Malaysiakini Najib :Apa pun terjadi, Putrajaya mesti dipertahan.

Kalaulah apa yang diucap Presiden Umno diucap oleh lain-lain pemimpin PR sudah tentu mereka dikenakan tindakan di bawah akta hasutan kerana mempunyai unsur-unsur yang boleh menimbulkan sentimen perkauman tapi kerana diucap oleh Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Malaysia ia menjadi halal dan kebal daripada sebarang tindakan.

Umno -Bn sedar mereka tak menyangka akan tersungkur rebah hingga hilang 5 negeri dalam pru 12 yang lalu. Mereka hanya ingat hanya Kelantan saja kekal ditangan Pas paling lebih hanya Pulau Pinang akan terlepas ke tangan PR tapi bila hilang 5 negeri ia menimbulkan kejutan baik di pihak Bn mau pun PR. Demam Umno hingga sekarang belum kebah. Mereka memasang strategi untuk terus kekal berkuasa di peringkat pusat walau dengan apa cara sekalipun.

Apa guna ada Apco penasihat kerajaan Umno-Bn kalau tak buat kerja, 'design' untuk BN terus berkuasa? Dalam bajet 2011 RM350juta untuk Polis Di Raja Malaysia , ber juta untuk Unit Khas Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara di Sabah /Sarawak diluluskan ? Semua ini untuk apa? Cuba hang pa pikir tengok?

Takkan Umno-Bn nak guna kepala masam, kaki pukoi, nak pertahan Putrajaya?Tu hanya sesuai guna dalam pilihanraya saja tapi kerja-kerja yang 'smart' tentu guna pakai golongan profesional dan penasihat dan talibarut Yahudi untuk kekal berkuasa.

Hilang 5 negeri kepada PR boleh berkira lagi tapi kalau Umno-Bn nak hilang semua sampai jadi pembangkang ini hakikat yang tak dapat diterima Umno-BN sampai bila-bila. Umno-Bn buat kerja untuk kekal berkuasa , adakah PR dah pikir cara mana nak jijak kaki ke Putrajaya tanpa berlaku perkara yang tidak diingini? Adakah 'adegan' yang tak ingin dilihat akan berlaku?

RM52 Bilion Saham Melayu Hilang, Pemimpin Umno Buat 'Pekak Badak'

Pemimpin Umno dan perwakilan Umno yang tengah bersidang sikit pun tak pertikaikan bagaimana saham RM52 Bilion untuk orang Melayu dan Bumiputera lesap begitu saja hilang tah ke mana.Cuma tinggal RM2 bilion baki yang selebihnya disapu kroni Umno dan BN.

Para perwakilan dan pemimpin Umno hanya sibuk nak pertahankan hak Melayu dan Bumiputera yang sedia termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Yang hilangkan saham Bumiputera berbilion ringgit tak dibincangkan, tidak dibuat penyiasatan. Adakah perwakilan Umno tidak sedar dan tidak tahu menahu akan kehilangan saham untuk Melayu dan Bumiputera? Adakah para perwakilan buat-buat pekak badak terhadap dalang yang belasah dan melantak saham untuk orang Melayu?

Pemimpin Umno berlakon cari benda yang tak hilang, yang betul-betul hilang disapu kroni sendiri buat pekak badak! Tidak adakah para perwakilan Umno yang berani ke depan untuk bersuara isu kehilangan saham Bumiputera.

Jangan hanya setakat berpatah arang berkerat rotan , muka merah menyala, biji mata membeliak geram ,menyinga tak kena tempat , julang keris nak pertahan hak Melayu tapi jadi penakut dan lembik tak bermaya bila saham Bumiputera RM52 Bilion didedahkan oleh pemimpin bukan Melayu yang tolong habaq dan kabarkan bahawa Umno-BN selewengkan saham orang Melayu dan Bumiputera.

Berkaitan;
Kontrak sosial: Umno lesap saham Melayu?-Malaysiakini

Ucapan pemimpin Umno dan perwakilan menunjukkan Umno dalam keadaan bahaya, terdesak

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat melihat ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai kredit kepada perikatan itu, di samping dengan sendirinya mengakui kedudukan orang Melayu tidak akan terjejas sama sekali meskipun Barisan Nasional (BN) digantikan dari menerajui Putrajaya.

“Ya, saya menganggap bahawa Datuk Seri Najib mengakui kebolehhan dan keupayaan kami Pakatan menggantikan Umno dan Barisan Nasional di pusat... saya anggap mesej yang disampaikan beliau sebagai satu kredit,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kepada The Malaysian Insider.

“Saya secara peribadi melihat beliau terima hakikat akan kedudukan kami untuk menawan Putrajaya,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena merujuk kepada ucapan dasar kedua Najib selaku Presiden Umno semalam.

Mahfuz berkata, pengiktirafan itu terbukti dalam beberapa perkara yang ditekankan oleh Najib, yang juga Perdana Menteri.

Kata Mahfuz, pemimpin-pemimpin BN khususnya Umno selama ini menakut-nakutkan bahawa hak dan kedudukan orang Melayu akan terjejas jika kerajaan pusat dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

“Jadi, kami melihat ucapan pemimpin dan perbahasan perwakilan menunjukkan Umno berada dalam kedudukan bahaya, terdesak untuk mengekalkan kuasa Putrajaya.

“Itu sebabnya Datuk Seri Najib sanggup mengatakan Umno mesti mempertahankan Putrajaya dalam keadaan walau apa pun yang terjadi,” kata Mafuz lagi yang turut khuatir dengan kata-kata “walau apa pun terjadi.”

Kata-kata itu, menurut beliau, Umno akan menggunakan apa jua cara sebagaimana pernah disaksikan di Perak awal tahun lalu.

“Mereka seolah-olah tidak akan meninggalkan kuasa pusat mereka dalam apa cara sekalipun walaupun ia bertentangan dengan lunas undang-undang,” katanya.

Tambah Mahfuz, oleh kerana Najib sendiri mengakui bahawa hak orang Melayu dan semua kaum “terkunci kemas” dalam Perlembagaan, maka “serahkan kunci kepada Pakatan Rakyat” untuk dijaga dengan baik dan adil.

“Umno dan BN sudah boleh jaga kunci, serahkan kunci itu kepada kami,” kata beliau lagi.-The Malaysian Insider-Najib akui hak Melayu dijaga jika pun Pakatan ganti BN di Putrajaya.

Berkaitan;

Najib:Apapun terjadi , Putrajaya mesti dipertahan-Malaysiakini.

Malaysia bukan harta pusaka Umno-Bn-Harakahdaily

Khamis, 21 Oktober 2010

Dr Zulkefli calon Pas PRK Galas


Timbalan YDP Pas Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad (Gambar) telah dipilih sebagai calon Pas untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Dun Galas. Murshidul Am Pas Tok Guru Nik Aziz telah buat pengumuman tersebut sebentar tadi.

Dr Zulkefli adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008 yang lalu.

Berkaitan;
Galas :Dr Zulkefli calon Pas-Harakahdaily.

Dr Zulkefli calon Pas di Galas-Malaysiakini.
Nik Aziz yakinDr Zul mampu pertahan kerja cemerlang di Galas-TMI

Tanya sama Alwi Syaitan mana yang zalim kepada rakyat Kelantan?

Kita hidup ni jangan jadi macam Iblis yang bangga dengan bangsanya , bongkak dan sombong kepada Allah SWT.Iblis yang bangga dengan bangsanya bermegah sebab dijadikan daripada api sebab tu Iblis tak mau sujud kepada Nabi Adam A.S bilamana diperintah Allah SWT sujud kepada Nabi Adam A.S. Akhirnya Iblis jadi bangsa yang dilaknat Allah SWT.Allah SWT bagi pulak peluang kepada Iblis yang merayu-rayu supaya dipanjangkan umur hingga hari kiamat untuk menghasut manusia ke jalan maksiat dan sesat yang sama macam Iblis supaya ramai-ramai manusia masuk neraka macam Iblis.-Wallah hu a'lam

Tu Iblis yang tak mau sujud pada Nabi Adam A.S. Hari ini pemimpin Umno Kelantan MD Alwi Che Ahmad tuduh Nik Aziz 'jual Islam' sanggup berkawan Syaitan' (The Malaysian Insider);

Wakil Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad ketika memberi ucapan usul pada Perhimpunan Agung Umno hari ini. – Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 21 Okt – Perwakilan Umno Kelantan hari ini mendakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjual Islam kerana sanggup berkompromi dengan pihak yang menyindir agama rasmi negara ini.

Timbalan Ketua Umno Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad (gambar) berkata, Menteri Besar Kelantan itu sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan Umno.

Beliau terlebih dahulu meminta supaya semua pemimpin Umno untuk kembali berjuang kerana Islam selain bekerja keras untuk mendapatkan sokongan rakyat.


“Kita perlu perbetulkan semua ini.

“Kita perlu pertahankan Islam, adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz?

“Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.

“Beliau sudah buang semua ini (Islam), beliau berkawan dengan syaitan kerana benci kepada Umno,” kata beliau ketika membentangkan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.Baca semua klik di sini.

Pemimpin Umno bila tengok ramai perwakilan yang ada di depan mata jadi syok , ingat Umno dah kuat semula bila dah pakat kumpul ramai-ramai di PWTC hemtam parti lawan tak ingat apa dah untuk tutup segala kelemahan parti Umno dengan jadikan parti lawan sebagai mangsa untuk dihidangkan kepada perwakilan . Perwakilan pulak tukang angguk dan 'yes man' gelak sampai telinga seronok dengar ucapan kosong pemimpin Umno bantai parti lawan.

Md Alwi tak kisah kalau pemimpin MCA hina Islam, tapi yang jadi mangsa untuk dituduh hancurkan Islam ditujukan kepada MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz berkawan dengan syaitan jual Islam.

Tanya sama Alwi syaitan mana yang zalimi rakyat Kelantan sejak 20 tahun Kelantan dikuasai Pas ? Syaitan yang mana faraidkan duit royalti Kelantan untuk kroni Umno di Kelantan?Syaitan yang bertopengkan manusia atau syaitan yang tak nampak?

Sejak bila Umno pertahan Islam ni?Nak buang perkataan Islam pada pertubuhan Islam dan parti politik tu kerja Syaitan yang nampak atau yang ghaib?Syaitan mana yang dok diam bila ramai orang Melayu Islam murtad?Kerja siapa tarik bantuan kepada sekolah agama rakyat (SAR)? Kerja siapa kini dalam bajet 2011 lebihkan bajet yang ada kaitan dengan Rosmah Mansor daripada bajet untuk sekolah agama?

Itulah Umno parti yang dah tercabut segala jenis gigi baik gigi depan, gigi geraham yang tinggal gusi dengan lidah.Bila bercakap tak ketawan kepala dan ekor.

Hidup Umno! Hidup Melayu! Lama-Lama Orang Melayu Jadi 'Kayu'

Presiden Umno Najib Tun Razak dengan penuh berkobar-kobar di akhir ucapannya dalam ucapan perasmian perhimpunan Umno kata Hidup Umno! hidup Umno!

Najib juga kata dalam ucapannya sekalipun darurat hak Melayu tetap terpelihara.

Woit !orang Melayu dah merempat, orang Melayu dah banyak buang anak luar nikah, orang Melayu dah banyak hilang tanah rezab Melayu, orang Melayu banyak duduk rumah setinggan, orang Melayu dibunuh di Memali oleh bangsa Melayu yang kata hidup Melayu! dan hidup Umno!.

Orang Melayu jadi juara merempit, orang Melayu jadi juara hisap dadah, orang Melayu jadi kepala juara hiburan yang melalaikan . Apa lagi yang ada pada orang Melayu?Parti perasuah , parti yang dah kotor nak jaga hak Melayu , hang pa tak rasa geli dalam perutka dengaq?

Bagi Umno, hidup Umno hidup Melayu. Umno tak jaga Melayu ,Umno jaga perut dan tembolok sendiri. Sebab tu Umno dok jerit-jerit Hidup Umno Hidup Melayu supaya Umno terus berkuasa selama-lamanya sampai kiamat. Orang Melayu jangan jadi pencacai dan 'pak turut' untuk Umno kekal berkuasa.

Umno sanggup 'mandi darah' nak pertahan Putrajaya, takut hilang kuasa, hilang kekayaan yang dikuasai mereka sejak merdeka hingga sekarang. Berbilion ringgit duit rakyat dikorbankan untuk bina Putrajaya bukan duit pemimpin Umno yang amat berkira dengan rakyat.Berapa juta Najib keluar duit poket untuk bina Putrajaya, Tun Mahathir berapa juta? Tak ada! Semua duit rakyat bukan duit Umno.

Orang Melayu percaya dengan kalimah hidup Umno hidup Melayu, tok lebai percaya, golongan profesional dan ulama percaya hatta orang Pas pun turut termakan lakonan Umno tentang nak jaga Melayu.Mereka ingat pintu rezeki duduk dalam mulut Umno yang pelahap jahanamkan bangsa sendiri. Lagi kuat pemimpin Umno jerit sampai parau suara, kering air liur hidup Umno hidup Melayu lagi banyak kekayaan negara masuk dalam tembolok Umno. Umno nak jaga duit, nak jaga periuk nasi Umno supaya tak terjejas bukan nak jaga Melayu. Kita orang Melayu lama-lama jadi 'kayu' habih kerana tertipu dengan slogan hidup Umno hidup Melayu!

Islam pulak jadi bahan mainan dan hinaan termasuk oleh bini Presiden Umno sendiri Rosmah Mansor yang anjurkan Islamic Fashion Festival.Gambar di atas dicopy daripada Harakahdaily.

Laporan Harakahdaily melaporkan NGO Islam digesa kaji festival fesyen Rosmah;

Para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang disifatkan sebagai menghina Islam ketika menganjurkan Islamic Fashion Festival (IFF).

Bagi anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.

Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

"Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Walaupun dinamalkan Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasmikan program IFF itu.

Lo' Lo' juga kesal dengan sesetengah NGO Islam yang dipergunakan untuk menyokong bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

"Saya dapat maklumat ada beberapa NGO Islam diminta membuat memo menyokong bajet PM.

"Saya nak tanya NGO-NGO Islam ni, tak terasa langsung ke nak bantah penghinaan terhadap Islam oleh Rosmah atas penganjuran Islamic Fashion Festival yang penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya?" tanya Lo' Lo'.-Harakahdaily.

Golongan agama dalam Umno, ulama muda masuk Umno awat tak berani tegur Rosmah Mansor yang semakin melampau-lampau dalam segenap segi jahanamkan agama Islam? Dah pandai agama awat jadi bacul dan pengecut ?

Berkaitan;
Najib :Hentikan polemik kaum , jangan bangkit lagi hak Melayu-
TMI
Najib:Pertahan Putrajaya walau apa terjadi, 2011 tahun 'unik'-TMI
Pemuda Pas berhimpun bantah Rosmah-Harakahdaily
Najib mengisyaratkan pertumpahan darah?-Penarik Beca
Festival Busana Muslim hina Islam-Helwa Abim