Sabtu, 23 Oktober 2010

Puteri Umno kata Pas kafir?



Mungkin apa yang dilaporkan The Malysian Insider ini tersalah lapor atau benar-benar Puteri Umno nak lepas geram kepada Parti Islam Semalaysia sama macam perwakilan Umno dan pemimpin Umno jadikan perhimpunan mereka lepaskan geram kepada orang Cina yang tak menyokong BN

The Malaysian Insider-Negara Islam :Puteri Umno cabar Nik Aziz , Karpal jelaskan pendirian;

Dua komponen Pakatan Rakyat sekali lagi menjadi sasaran Perhimpunan Agung Umno dengan seorang perwakilan Puteri mencabar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP Karpal Singh menjelaskan pendirian masing-masing berhubung soal Malaysia negara Islam.

“Dulu PAS kata Umno kafir kerana berkawan dengan MIC dan MCA, tapi sekarang PAS kafir kerana sanggup berkawan dengan PKR dan DAP.

“Dulu kata Umno kafir kerana tidak mewujudkan negara Islam di Malaysia tapi sekarang PAS sanggup bekerjasama dengan DAP yang sudah jelas menolak Islam,” kata Idamoerni Zakaria ketika menyokong usul agama dan pendidikan Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.-TMI (KLIK TAJUK)

Kenapa bila timbul isu kafir yang tajuk debatnya diberikan oleh Umno dulu , masa tu Puteri Umno tak beranak lagi tajuknya lebih kurang begini setakat yang ingat ' Umno Kata, Pas Kata Umno Kafir' kenapa Umno cabut lari sampai tak sempat nak pakai kasut , kata orang Utara tak cukup tanah batal begitu saja?

Umno kerjanya takut-takutkan Dap kepada orang Melayu kerana parti itu tidak duduk di bawah dagu dan celah kangkang Umno seperti MCA dan MIC. Jika Dap melutut kepada Umno , Dap akan dipandang sama macam Umno layan MCA dan MIC.

Umno juga jadi pak yet dan taukeh -taukeh korporat MCA untuk sapu dan makan komisen segala kontrak kerajaan yang diperolehi kroni BN.

Layakkah puteri Umno nak bercakap bab kafir -mengkafir kalau tengok perangai di atas.Bila timbul pilihanraya isu basi kafir -mengkafir jadi mainan Umno untuk dihidangkan kepada orang Melayu. Kenapa Umno nak sangat-sangat , ulang-ulang dakwa Pas kata Umno kafir? Lu pikir la sendiri ...

2 ulasan:

  1. Puteri dok celah kangkang jantan Umno. Hampa puteri tak kenai lagi Rahim Tambi Chik. Nanti lari tak cukup tanah

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum!

    UMNO DAN PAS – PARTI-PARTI YANG SYIRIK DAN KUFUR

    Para pemimpin dan penyokong UMNO dan PAS di Malaysia kita kini telah disesatkan dengan kesesatan yang amat jauh oleh Ahlil Kitab sehingga mereka tidak menyedari bahawa :

    1. Para pemimpin UMNO dan PAS yang terdiri daripada ahli-ahli PARLIMEN dan DUN adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA atau TAGHUT yang kafir, zalim dan fasik kerana :

    a) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk memerintah ke atas manusia;
    b) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk membuat peraturan dan undang-undang;
    c) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk menguat kuasakan segala peraturan dan undang demokrasi ciptaan manusia ke atas manusia, yang bererti mereka telah menghamba abdikan manusia kepada kekuasaan mereka;
    d) Mereka adalah orang-orang yang disembah sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah oleh manusia kerana segala peraturan dan undang-undang yang dubuat oleh mereka itu adalah ditaati dan dipatuhi oleh manusia.

    2. Para pengikut UMNO dan PAS yang mengamalkan agama demokrasi, yang mentaati segala peraturan dan undang-undang demokrasi dan yang menyetujui dan meredhai agama demokrasi dan segala peraturan dan undang-undang demokrasi, adalah orang-orang kafir, zalim dan fasik kerana :

    a) Mereka melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka menyerahkan kuasa dan hak kepada ahli-ahli Parlimen dan Dun ini untuk berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas manusia;
    b) Mereka melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka menyerahkan kuasa dan hak kepada ahli-ahli Parlimen dan Dun ini untuk membuat segala peraturan dan undang-undang untuk manusia;
    c) Mereka menjadi para hamba kepada Tuhan-tuhan Manusia yang mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia kerana mereka berada di bawah kuat kuasaan peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia;
    d) Mereka menyembah manusia sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah kerana mereka mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang dibuat oleh Tuhan-tuhan Manusia.

    Para pemimpin UMNO dan PAS dan para pengikut UMNO dan PAS adalah orang-orang yang kafir, zalim dan fasik kerana mereka mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi dan mereka menyetujui dan meredhainya yang bererti mereka mengimani, menganuti dan mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah. Allah melarang kita daripada memperjuangkan Islam melalui Metod Demokrasi kerana ianya adalah metod yang syirik dan kufur (Fatir:10). Metod perjuangan Islam adalah bersumberkan daripada al-Quran, Sunnah dan Sirah yang merangkumi pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi.

    Sekian, Terima Kasih.

    Wan Fatimah al-Halbani
    Temerloh, PAHANG DM

    BalasPadam