Ahad, 10 Oktober 2010

Takziah buat keluarga Ketua Penerangan Pas Kaw Shah Alam

Pagi tadi dapat msg daripada Hj Halim Omar Ketua Penerangan Pas Kaw Shah Alam memberitahu anaknya Ahmad Yasin Al Amin telah kembali kerahmatullah jam 2.30 pagi di Darul Ehsan Medical Centre Shah Alam.

Adik Ahmad Yasin yang meninggal dunia itu baru berusia 4 tahun dikatakan mengidap sakit yang berkaitan dengan masalah tekak (Tonsil) yang menyukarkan beliau untuk bernafas.

Ramai ahli Pas dan penyokong Pas hadir untuk solat jenazah di Surau At Taqwa , seksyen 7 Shah Alam jam 10.45 pagi tadi. Turut hadir ustaz Badrul Amin.

Takziah buat keluarga Hj Halim bersabar atas segala ujian dan dugaan. Gambar di atas ialah saudara Hj Halim (berjubah) sedang mandikan jenazah anak beliau.

2 ulasan:

  1. salam...
    takziah bt Hj Halim sekeluarga...mga roh Allahyarham dtempatkan dkalangan org2 yg Allah muliakan...usia masih muda tpi dia telah pergi mengadap ILAHI...usia bukan faktor penentu kematian seseorang..ada yg Allah akan jemput awal..ada yg akan djemput lewat...pokok pangkalnya...kt perlu stiasa bsedia dgn bekalan scukupnya utk balik ke "kampung" yg kekal abadi...wallahua'lam

    BalasPadam
  2. Takziah buat Abg Halim dan Kak Adibah sekeluarga atas pemergian pejuang kecil yang pergi menghadap Ilahi buat selamanya..keletah anak kecil ini pernah mengusik jiwa..walau usia masih muda..namun sudah ada ciri-ciri pejuang hasil terapan dan didikan kedua ibubapa.

    BalasPadam