Selasa, 19 Oktober 2010

Umno dekati rakyat setelah kalah

PAS berpendapat saranan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak supaya jentera Umno perlu menembusi kawasan pembangkang dengan mengadakan pelbagai program supaya dapat mendekati hati rakyat menujukkan rasa insaf beliau setelah mengalami kekalahan di dalam pilihanraya yang lalu.

Ketika berucap pada Karnival Skuad Sayang 1Malaysia anjuran Wanita Umno di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang, kelmarin beliau berkata, jentera Umno perlu menyahut cabarannya dengan mengadakan program di kawasan pembangkang supaya rakyat dapat mendengar suara hati kerajaan dan bukannya hanya berjuang di kawasan yang selamat.

“Nampaknya pemimpin Umno hanya boleh diajar rasa bertanggungjawab kepada rakyat apabila mereka kalah. Sewaktu mereka berada di puncak kuasa, mereka tidak pandang kepada rakyat yang menderita hidup,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, PAS berpandangan, untungnya rakyat yang memilih parti lain daripada Umno BN, sehingga dapat mengajar pemimpin Umno bahawa mereka adalah khadam rakyat.

Menurutnya, ketika mereka kalah macam-macam program yang dibuat untuk cakna rakyat, kononnya untuk ambil hati rakyat.

“Situasi ini rakyatlah yang paling beruntung kerana semua pemimpin akan berusaha mengambil hati rakyat,” ujarnya.

Jelasnya, PAS dan Pakatan Rakyat melaksanakan program kebajikan dan mengambil berat hal rakyat bukan secara bermusim, tetapi menjadi dasar yang terancang dalam setiap proram kerana ia adalah amanah Allah SWT.-Harakahdaily.

1 ulasan:

  1. salam....
    pemimpin ni perlu mjaga kbajikan rakyat xkira masa dia dipilih rakyat mahupun tidak..sbb tu adalh tanggungjawab yg Allah pertanggungjawabkan kpd mereka...wallahua'lam

    BalasPadam