Seperti dijangkakan, tindakan kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam mula mendapat tentangan kumpulan NGO Islam.
Bagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), tindakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu 'disambut' mereka secara amat sinis.
"Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya," kata Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman (kiri) sambil menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada pentadbiran perdana menteri sebelum ini, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketika dihubungi Malaysiakini tengah hari ini, Dr Ma'amor - pemimpin NGO Islam yang dilihat agak 'rapat' dengan kerajaan - berkata, rancangan ETP itu menyalahi pelbagai perkara, termasuk gagasan Wawasan 2020 yang mahu negara ini maju dengan acuan sendiri.
"Budaya kelab malam ini bukan budaya Timur. Ia budaya Barat, budaya berfoya-foya.
"Saya ucap tahniahlah kerana berjaya mengkhianati negarawan negara (Dr Mahathir)," katanya.Baca di sini.
salam...
BalasPadamdunia ini hanya pinjaman..depa ni sedar ke tidak..org lain sume pakat nak buat baik hdup kat dunia ni utk saham di akhirat..depa ni asyik kerja nak menghancurkan bangsa sdiri..dok cakap xkan melayu hilang slagi umno memerintah..kalo cam nila gaya..bkn takat melayu dgn umno2 hi;ang terus...wallahua'lam
Inilah umno. Selagi umno ni tak mampus, orang Melayu dan rakyat Malaysia akan di rundung malang dengan kerakusan pemimpin umno merompak harta negara atas nama projek bajet 2011. Kepada pemimpin Pakatan Rakyat dari PKR dan Pas, yg ada cinta dengan umno pun akan mampus di makan zaman.
BalasPadam