Isnin, 18 Oktober 2010

Najib warisi kerajaan yang buruk sukar dapat majoriti 2/3 -Tun Mahathir

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal berdepan dengan laluan sukar untuk memperolehi semula majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang ekoran prestasi suram pendahulunya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"(Najib) warisi kerajaan yang buruk. Beliau lebih hebat daripada (perdana menteri) nombor lima (Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang tidak cekap," katanya perdana menteri keempat itu kepada pemberita hari ini.

Ditemui di sebuah forum antarabangsa di Kuala Lumpur, Dr Mahathir terus mengkritik Abdullah, penggantinya yang didakwanya mensia-siakan mandat besar yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2004 lalu.

"Bila kamu mendapat dua pertiga majoriti, ia patut digunakan untuk perkara yang betul. Dalam empat tahun, daripada 2004 hingga 2008 Abdulllah lakukan banyak perkara salah yang menyebabkan beliau kalah pada 2008," katanya.

Dr Mahathir bagaimanapun kelihatan lebih berlembut kepada Najib yang disifatkan "cuba membetulkan keadaan".

Menyuarakan penghargaannya kepada usaha Najib itu, perdana menteri paling dalam dalam sejarah Malaysa itu turut mengambil peluang menyelar bekas timbalannya yang kini menjadi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Beliau lalui masa sukar sekarang. Najib ada beberapa idea yang bagus dan yang tidak berapa bagus.

"Saya harap beliau mendapat sokongan kerana parti alternatif yang lebih buruk akan mengambil alih tampuk kekuasaan," kata Dr Mahathir.-Malaysiakini -Najib sukar perolehi majoriti 2/3, Dr M.

Tun Mahathir tetap salahkan Pak Lah. Secara tak langsung turut terkena batang hidung Khairy menantu Pak Lah yang sekarang tak diangkat duduk dalam kabinet Najib.Khairy dikatakan amat berkuasa semasa Pak Lah jadi PM dulu yang menimbulkan kebencian Tun Mahathir hingga sekarang kepada Khairy.Nasib Pak Lah dah pencen pun kena serang dengan Tun Mahathir.

Pru 13 akan datang adalah yang pertama bagi Najib sebagai PM. Kita akan tengok nanti siapa yang akan kena. Tun Mahathir juga alami era buruk dalam pru 1999 di mana orang Melayu tidak menyokong Umno.

1 ulasan:

  1. salam...
    agaknya nilah adat pemimpin UMNO..salih mempersalahkan antara satu sama lain bila kalah dlm pru...wallahua'lam

    BalasPadam