Khamis, 21 Oktober 2010

Tanya sama Alwi Syaitan mana yang zalim kepada rakyat Kelantan?

Kita hidup ni jangan jadi macam Iblis yang bangga dengan bangsanya , bongkak dan sombong kepada Allah SWT.Iblis yang bangga dengan bangsanya bermegah sebab dijadikan daripada api sebab tu Iblis tak mau sujud kepada Nabi Adam A.S bilamana diperintah Allah SWT sujud kepada Nabi Adam A.S. Akhirnya Iblis jadi bangsa yang dilaknat Allah SWT.Allah SWT bagi pulak peluang kepada Iblis yang merayu-rayu supaya dipanjangkan umur hingga hari kiamat untuk menghasut manusia ke jalan maksiat dan sesat yang sama macam Iblis supaya ramai-ramai manusia masuk neraka macam Iblis.-Wallah hu a'lam

Tu Iblis yang tak mau sujud pada Nabi Adam A.S. Hari ini pemimpin Umno Kelantan MD Alwi Che Ahmad tuduh Nik Aziz 'jual Islam' sanggup berkawan Syaitan' (The Malaysian Insider);

Wakil Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad ketika memberi ucapan usul pada Perhimpunan Agung Umno hari ini. – Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 21 Okt – Perwakilan Umno Kelantan hari ini mendakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjual Islam kerana sanggup berkompromi dengan pihak yang menyindir agama rasmi negara ini.

Timbalan Ketua Umno Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad (gambar) berkata, Menteri Besar Kelantan itu sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan Umno.

Beliau terlebih dahulu meminta supaya semua pemimpin Umno untuk kembali berjuang kerana Islam selain bekerja keras untuk mendapatkan sokongan rakyat.


“Kita perlu perbetulkan semua ini.

“Kita perlu pertahankan Islam, adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz?

“Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.

“Beliau sudah buang semua ini (Islam), beliau berkawan dengan syaitan kerana benci kepada Umno,” kata beliau ketika membentangkan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.Baca semua klik di sini.

Pemimpin Umno bila tengok ramai perwakilan yang ada di depan mata jadi syok , ingat Umno dah kuat semula bila dah pakat kumpul ramai-ramai di PWTC hemtam parti lawan tak ingat apa dah untuk tutup segala kelemahan parti Umno dengan jadikan parti lawan sebagai mangsa untuk dihidangkan kepada perwakilan . Perwakilan pulak tukang angguk dan 'yes man' gelak sampai telinga seronok dengar ucapan kosong pemimpin Umno bantai parti lawan.

Md Alwi tak kisah kalau pemimpin MCA hina Islam, tapi yang jadi mangsa untuk dituduh hancurkan Islam ditujukan kepada MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz berkawan dengan syaitan jual Islam.

Tanya sama Alwi syaitan mana yang zalimi rakyat Kelantan sejak 20 tahun Kelantan dikuasai Pas ? Syaitan yang mana faraidkan duit royalti Kelantan untuk kroni Umno di Kelantan?Syaitan yang bertopengkan manusia atau syaitan yang tak nampak?

Sejak bila Umno pertahan Islam ni?Nak buang perkataan Islam pada pertubuhan Islam dan parti politik tu kerja Syaitan yang nampak atau yang ghaib?Syaitan mana yang dok diam bila ramai orang Melayu Islam murtad?Kerja siapa tarik bantuan kepada sekolah agama rakyat (SAR)? Kerja siapa kini dalam bajet 2011 lebihkan bajet yang ada kaitan dengan Rosmah Mansor daripada bajet untuk sekolah agama?

Itulah Umno parti yang dah tercabut segala jenis gigi baik gigi depan, gigi geraham yang tinggal gusi dengan lidah.Bila bercakap tak ketawan kepala dan ekor.

1 ulasan:

  1. salam...
    mari kt renungi firman Allah dlm surah Al-A'Raff ayat 179 yang bermaksud : "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai"

    BalasPadam