Sabtu, 9 Oktober 2010

Ku Li terima dan galas jawatan Pengarah PRK Dun Galas

Tengku Razaleigh Hamzah ahli Parlimen Gua Musang yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang akhirnya tamat teka teki dengan menerima dan menggalas jawatan Pengarah PRK Dun Galas untuk BN. Ku Li adalah Umno itu adalah hakikatnya. Dalam isu royalti minyak untuk Kelantan mungkin Ku Li bersama kerajaan negeri Kelantan yang dikuasai Pas tapi dalam politik Ku Li apa pun masih berdarah Umno.

Kat Ku Li ,

“Sebenarnya, saya tidak ada apa-apa yang hendak diperkatakan pagi ini kerana masih belum mesyuarat.

“Saya cuma nak maklumkan telah menerima tawaran pengarah pilihan raya DUN Galas.

“Mengenai calon yang belum buat apa-apa keputusan lagi, mesyuarat pun belum lagi, Perdana Menteri pun saya belum jumpa,” katanya ketika sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini.

Sejurus tiba di lapangan terbang, beliau mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.-The Malaysian Insider Dun Galas :Ku Li sahkan jadi pengarah BN, teka-teki calon berterusan.

Mungkin pemimpin Umno Pusat menjanjikan yang istimewa buat Ku Li termasuk jadi Menteri kabinet dan MB Kelantan jika Umno berkuasa di Kelantan. Janji sebelum dapat semua orang boleh janji . Bila dah dapat Ku Li kemana dan di mana belum tau mungkin akan jadi kukur kelapa yang kembali duduk diceruk pintu.

Apa pun musuh dalam politik yang berseteru seperti Umno kena lawan sampai bila-bila yang sentiasa bohongi rakyat kata hak Melayu hilang tah ke mana-mana. Pemuda Umno Kelantan dan Bahagian Gua Musang pon dah istihar prk Dun Galas umpama 'perang' jadi Pas dan Pakatan Rakyat tak usah dibuai mimpi indah untuk menang mudah di Galas.

Kita bukan nak lawan batang tubuh Ku Li tapi kita nak lawan segala kezaliman Umno-Bn terhadap rakyat Kelantan yang dizalimi sejak 20 tahun yang lalu.Ideologi yamg menjadikan Umno rakus matlamat halalkan cara mesti ditolak seluruh rakyat Malaysia.

Berkaitan;

Siapa pun calon Umno, Pas tetap akan lawan-Nik Aziz -Harakahdaily

Pemimpin Pas : Ku Li nampak tersepit , bukan ancaman di Galas-The Malaysian Insider

1 ulasan:

  1. salam...
    umat Islam perlu bsatu padu...jgn ckp shj tpi tidak bertindak...betindaklah dgn undi anda..ia mampu mngubah sgalanya...wallahua'lam

    BalasPadam