Isnin, 4 Oktober 2010

Tak bengkak tapi terus bernanah!

Saya tertarik dengan apa yang ditulis saudara prof Hamirdin dalam blog beliau 'Bercekak' antara lain beliau menulis ringkas tapi tajam ;

Sekarang mana nak sorok? PKR bercekak. DAP bercekak.
PAS pun ada bercekak. Tapi belum bengkak.Baca di sini.

PKR yang amalkan satu ahli satu undi untuk pilih pemimpin mereka yang merupakan parti pertama di Malaysia amalkan siatem tersebut nampak berserabut dan ada sampai tahap adegan baling kerusi, tumbuk menumbuk, dan selerakkan kertas undi dan tong undi dalam pusat kira undi.Akhlak dan moral dibuang ketepi yang penting jawatan yang ditandingi tidak terlepas ke tangan orang lain. Ada calon yang kalah teruk tuduh calon yang menang banyak sebagai penipu dan beli undi. Tu PKR , Dap pon dah mula berkocak semua berpunca daripada ketidakpuasan sesama sendiri seperti yang berlaku di Perak.

Pas? Kata Hamirdin "Pas pun ada bercekak. Tapi belum bengkak". Tapi apa yang berlaku kepada Pas Kawasan Pendang di Kedah di mana hampir separuh daripada kepimpinan Pas Kawasan Pendang letak jawatan menunjukkan air yang tenang jangan disangka tiada buaya! Mungkin tak bengkak tapi dah bernanah-nanah tunggu hari nak meletup. Baca di sini dan di sini.

Pas Pusat belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Pas Pendang yang dikatakan mempunyai ahli Pas paling ramai dalam Malaysia.

1 ulasan:

  1. salam...
    semua ahli perlu muhasabah diri...apa yg ingin diperjuangkan dlm sesuatu parti???matlamat parti atau org yg dipilih utk mjayakan matlamat parti tsbt...wallahua'lam

    BalasPadam