Rabu, 20 Oktober 2010

Khairy kata BN akan hilang 50 kerusi parlimen

Selepas Tun Mahathir meramalkan kerajaan PM Najib sukar untuk dapat dua pertiga majoriti dalam pru 13 akan datang kini Ketua Pemuda Umno Malaysia pula kata BN akan hilang 50 kerusi parlimen dalam pru 13 akan datang kerana orang bukan Melayu tidak akan menyokong Umno-Bn sama macam dalam pru 12 yang lalu.

PM Najib pernah berkata orang Cina bukan kaum pendatang di negara ini sebaliknya mereka adalah warganegara yang setia . Itu adalah cakap untuk bodek kaum Cina secara tak langsung minta sedekah kepada kaum itu supaya menyokong BN dalam pru 13 akan datang.

Walaupun Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yaasin menyerang dan menembak PR dalam ucapan perasmian Wanita dan sayap Pemuda Umno semalam mungkin Muhyiddin tertinggal keretapi dengan apa yang diucapnya itu. Muhyiddin sepatutnya betulkan pintu dan tingkap Umno yang tidak berpasak seperti yang disebut Khairy yang tunggu masa dilanda taufan kebangkitan rakyat yang sudah muak dengan Umno-Bn.

KuNan nak bagi tumbukan rahsia Muhyiddin nak tembak PR , silap haribulan tertembak dan tertumbuk diri sendiri!

PR pulak kalau dok syok sendiri tak buat kerja dok seronok dengan kenyataan pemimpin Umno akan merudum dalam pru 13 akan datang silap haribulan PR pulak hilang 50 kerusi parlimen. Semua kemungkinan ada...

Berkaitan;
Khairy:BN mungkin hilang 50 kerusi...-Malaysiakini
Muhyiddin komited junjung satu Malaysia, terus 'tembak' Pakatan-TMI
Penyatuan politik :Saya tak tentang tapi Melayu jarang bersatu kata KJ-TMI

1 ulasan:

  1. salam...
    kalo nak dpt undi rakyat..pemimpin kna telus dan amanah dlm mjalankan tugas...harta kekayaan perlu sampai kpd rakyat bkn masuk poket sdiri...wallahua'lam

    BalasPadam