Ahad, 31 Oktober 2010

Jalan-jalan ke prk Galas.


Pagi tadi pukul 8.3o pagi bertolak pergi ke Galas hanya sebagai 'pelancong politik' sebab kaki tak boleh duduk diam nak juga pusing-pusing tengok suasana prk di Galas. Kami ikut lebuhraya Utara-Selatan dan masuk ke Simpang Pulai seterusnya melalui Cameron Highland yang cuacanya agak sejuk juga dengan 22 darjah celcius dan masuk ke Lojing yang juga dalam kawasan mengundi di Galas.

Nampaknya Umno berkubu sakan di perkampungan orang Asli yang jadi aset utama Umno dalam prk di Galas di Lojing. Suasana siang hari dengan cuaca hari ini mendung sepanjang perjalanan tidaklah begitu meletihkan. Rakyat Kelantan di lihat lebih bergembira dengan kejayaan pasukan bolasepak negeri Kelantan yang berjaya menggondol Piala Malaysia buat pertama kali dalam sejarah bolasepak negeri itu apabila berjaya kalahkan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir semalam di Stadium Bukit Jalil.

Suasana di bandar Gua Musang dan bandar lama Gua Musang lebih meriah dengan kedua-dua poster parti yang bertanding.Lebih kurang dua jam berada di Bandar Gua Musang terus beredar pulang melalui jalan ke Merapoh -Lipis -Karak. Kenderaaan yang menuju ke Kelantan daripada Kuala Lumpur begitu banyak macam kenderaaan perantau pulang berhariraya. Setiap kenderaaan yang menuju ke Kelantan berkibaran bendera Negeri Kelantan dan ada juga yang mengibarkan bendera bulan purnama sambil membunyikan hon dan lampu tanda keseronokkan para penyokong bolasepak Kelantan kerana bergembira Kelantan jadi juara Piala Malaysia.

Bentuk geografi dan mukabumi Dun Galas merupakan satu ujian bagi tukang kempen antara kedua-dua parti yang bertanding. 8.30 pagi - 8.30 malam , 12 jam perjalanan akhirnya sampai semula ke Kuala Lumpur.

Baca juga ;
Suhakam:Hak siswa dicabul di Galas-Malaysiakini
Pasca Piala Malaysia:Lebih 'kad kuning ' di Galas-Malaysiakini
Balik mengundi sekalipun merangkak-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. penamaan calon sdah bjalan lancar dgn khadiran petugas2 PAS dr luar..harap2 4 Nov..prk Galas mjadi milik PAS..amin

    BalasPadam